Laman Webantu KM2: 6261 File Size: 2.9 Kb * |
TAG SP 406: TOI: Musharraf Berkemungkinan Digulingkan: Putera Saudi By TImesIndia 1/11/2001 3:58 pm Thu |
[Catatan Penterjemah: Mungkin Putera Turki tidak faham sangat akan
politik di rantau sini. Kalau dia faham tentu dia akan menyebut
kemungkinan penggulingan kerajaan itu akan menular di Malaysia
lebih awal lagi daripada di Indonesia. Ini berlaku tanpa ada kaitan
keagamaan, tetapi kerana kebangkitan rakyat Malaysia yang
multi-kaum tetapi sedar betapa pilihanraya yang dijangka pada
2004 adalah terlalu lama untuk ditunggu kalau kerajaan yang ada
sekarang ini mahu disekat daripada terus membazirkan harta rakyat
kepada projek yang membazir. Lihatlah nanti!!!!!. ]
Musharraf Berkemungkinan Digulingkan: Putera Saudi
(Musharraf may be toppled: Saudi Prince)
Washington: Putera Saudi, Turki as-Sudari khuatir bahawa Presiden
Perves Musharraf mungkin digulingkan seandainya Amerika Syarikat
meneruskan pengeboman Afghanistan ketika bulan Ramadhan.
Demikian yang dilapurkan oleh Wall Street Journal.
Putera Turki yang merupakan penerbit akhbar Al Riyadh, dan
beberapa ahli keluarga istana (As Saud) khuatir akan berlakunya
ketidakstabilan di dunia Islam gara-gara peperangan terhadap
Afghanistan berterusan sepanjang Ramadhan ataupun seandainya
AS mula mengebom pula negara lain seperti Iraq, kata akhbar itu.
'Ramadhan adalah bulan penting,' kata Putra Turki. 'Semangat
keIslaman akan terus meninggi dan sokongan terhadap kumpulan
Islamia akan meninggi juga. Beberapa kerajaan mungkin digulingkan
kerananya.' Apabila ditanya apakah negara yang dimaksudkannya, putera itu
menjawab: 'Pakistan, Indonesia. Kami khuatir akan peperangan
saudara di Pakistan. Kesannya akan sungguh menakutkan.'
Terjemahan: SPAR Asal: http://timesofindia.indiatimes.com/ Musharraf may be toppled: Saudi prince
WASHINGTON: Saudi Prince Turki as-Sudairi fears that Pakistan
President Pervez Musharraf may be toppled if the United States
continues to bomb Afghanistan during the holy month of Ramzan,
reports Wall Street Journal. The prince, the publisher of Al Riyadh newspaper, and other
members of the royal family fear destabilisation of the Islamic world if
the war against Afghanistan continues during Ramzan or if the US
begins striking other nations such as Iraq, says the journal.
"Ramadan (Ramzan) is very important," said Prince Turki. "Emotions
will run high. There will be more support for Islamic groups. Some
governments can be toppled." Asked what countries he was referring to, the prince said: "Pakistan, Indonesia. We worry about civil war in Pakistan. The impact will be dramatic." ( PTI ) |