Laman Webantu KM2: 6254 File Size: 5.1 Kb * |
TAG SP 401: Pravda - Saddam Hussien Lebih Digeruni Dari Bin Laden By Dmitry Litvinovich 31/10/2001 12:19 pm Wed |
Pravda.ru (Saddam Hussein Is Scarier Than Bin Laden)
Oleh: Dmitry Litvinovich Tentera Iraq sedang bersedia menangani serangan daripada AS dan
Britain. Kenyataan George Bush mengenai kengerian September 11
yang dikaitkannya dengan Saddam dan juga serangan Anthrax di
Amerika, sudah menjadi satu isyarat kepada Saddam untuk bersiap
sedia. Timbalan Perdana Menteri Iraq Tariq Aziz menyatakan dalam
satu kenyataan, bahawa risikan Iraq sudah menerima maklumat akan
kesediaan AS dan Britian mahu menyerang 300 sasaran di Iraq
dengan peluru berpandu. 'Kami memang memantau perkembangan di Amerika dan England
dan sedar lambat laun serangan ini akan dilancarkan juga. Ini bukan
sahaja satu kesilapan yang besar, dunia Arab tidak akan memaafkan
perkara ini, kerana ia adalah berbentuk serangan menceroboh.'
Setiausaha Pertahanan Amerika Donald Rumsfeld ada berkata: 'Ada
orang yang mahukan Saddam Hussin tidak lagi memimpin Iraq, dan
saya adalah antaranya.' Kemudian dia menyebut: 'Pentadbiran ini
tidak takut menyebut perkataan 'Iraq' kerana ia sudah tersenarai
sebagai salah sebuah negara yang menaja keganasan untuk waktu
yang lama. Tidak syak lagi Iraq mengatur keganasan dan
menyokongnya. Sebagai seorang pemimpin sebuah negara
keganasan, Saddam Hussin merupakan ancaman kepada negara
lain dan dunia termasuk Amerika Syarikat.' Menjawab satu soalan,
apakah ada rencana menyerang Iraq, Rumsfeld menjawab: 'Kami
lakukan apa yang disebut oleh Presiden yang mahu memusnahkan
keganasan di seluruh dunia.' Amerika tidak menyorokkan keinginannya mahukan Saddam
digantikan oleh orang yang boleh dianggap selesa kepada Amerika.
Amerika mengaku ini bukannya satu perkara yang mudah. Semua
usaha untuk menaja rampasan kuasa di Iraq telah menghadapi jalan
buntu, kerana Saddam mempunyai sokongan kuat dalam negaranya.
Sekatan ekonomi antarabangsa memang baik untuk Saddam. Amerika
mencuba sedaya mungkin untuk melumpuhkan Saddam agar melutut
akhirnya. Memang tidak mudah menyangka apakah tindakan dunia
Arab kalau perkara ini berlaku. Cuma tidak boleh dijangka apa pula
tindakan Russia nanti. Apakah Russia akan memencilkan sekutu
lamanya itu ketika ia dihantui masalah dan melupakan kepentingan
ekonomi dan strategi itu ataupun tidak?
Terjemahan: SPAR Asal: http://english.pravda.ru/main/2001/10/29/19497.html
2001-10-29 DMITRY LITVINOVICH: SADDAM HUSSEIN IS SCARIER THAN BIN LADEN
Iraq's army is preparing to repulse an attack from the US and Great
Britain. The statements from George W. Bush about Iraq's connection
to the acts of terror of September 11 and the spread of the anthrax
virus could not help being noticed in Baghdad. As Iraq's
Vice-Premier Tareq Aziz said in his statement, Iraqi intelligence has
information about America and Great Britain's readiness to launch
missiles on 300 targets on the territory of the country.
'We are attentively watching the events taking place in America and
England, and we know that sooner or later this strike will take place
in reality, Aziz said. This will be a very serious mistake. The Arab
world will not forgive this, for it is unfair, real aggression.'
US Minister of Defense Donald Rumsfeld went further and in his
Saturday interview, he stated, 'There are some people who would
like Saddam Hussein to be out of Iraq; I am surely one of them.'
Then, he went on: 'This administration is not afraid of pronouncing
the word 'Iraq.' Iraq has been on the list of the countries that are
sponsors of terrorism for a long time already. There are no doubts
that Iraq as a state carries out acts of terrorism and supports them.
Saddam Hussein, being the leader of the terrorist state, poses a
threat to other countries of the world, including the United States of
America.' Answering the direct question if there was an attack on
Iraq planned, Rumsfeld said, 'We are doing what we are doing and I
tell you that the president has declared this war to be against
terrorism networks all over the world.'
America does not conceal the fact that it would like to exchange
Saddam for a leader who woul be more loyal towards America. The
US also admits that it will be very hard to do so. All attempts to
provoke a coup d'etat and to overthrow Hussein have ended in
failures. Saddam has colossal support within his country. The
international sanctions are good for Saddam as well. America is
surely trying to gain the maximum number of opportunities from this
situation and put Saddam on his knees. It is easy to guess the
position the Arab world will take, but it is hard to imagine what Russia
would do in such situation. Would it leave its old ally in trouble and
forget about its economic and strategic interests or not?
Dmitry Litvinovich PRAVDA.Ru
|