Laman Webantu KM2: 6243 File Size: 12.5 Kb * |
TAG SP 394: Pilger: Peperangan Penuh Pembohongan [Mesti Baca] By John Pilger 29/10/2001 10:09 am Mon |
Peperangan Penuh Pembohongan
(Hidden Agenda Behind War On Terror) Oleh: John Pilger Peperangan membasmi keganasan ialah satu pembohongan. Tiga
minggu sudahpun berlalu sejak pengeboman dilancarkan
bertalu-talu, tidak seorangpun pengganas yang dilaungkan oleh
Amerika telah tertangkap ataupun terbunuh di Afghanistan.
Sebaliknya, sebuah negara yang antara termiskin, dan paling
tertekan sedang diganasi oleh pihak yang paling berkuasa -
membuatkan juruterbang Amerika mengeluh kerana ketiadaan
sasaran perang sehingga terpaksa memusnahkan rumah yang
diperbuat daripada lumpur kering, sebuah hospital, gudang
Pertubuhan Palang Merah, beberapa buah bas yang mengangkut
para pelarian. Berbeza dengan siaran gambar yang diterbitkan oleh New York, kita
tidak melihatnya semua ini. Tony Blair masih belum memberitahu kita
kenapakah tujuh orang kanak-kanak daripada sebuah keluarga
boleh dibunuh dengan zalmnya - dan apakah kaitan mereka dengan
Osama bin Laden. Kenapkah bom berangkai (cluster bombs) digunakan? Masyarakat
British seharusnya mengetahu mengenai hal bom ini, yang
digunakan oleh pasukan RAF (Royal Air Force - tentera udara
Britain - penterjemah). Pengguguran sesuatu bom itu akan
meledakkan ratusan bom kecilan yang keluar menyembur untuk
membunuh dan melumpuhkan mangsanya. Kalau ada bom yang tidak
meledak di bumi, ia berfungsi laksana jerangkap samar
menunggukan orang yang akan memijaknya untuk meledak pula.
Kalaulah ada senjata yang direka khas untuk memusnahkan tindakan
keganasan, bom berangkai adalah senjata yang memang berkesan.
Saya pernah melihat sendiri mangsa senjata berangkai Amerika di
negara lain, seperti yang mengenai seorang kanak-kanak Laos
yang mengutip bom itu untuk meledak mengerat kaki kanannya dan
menghancurkan sebelah mukanya. Percayalah, perkara yang sama
sedang berlaku di Afghanistan, dan nama anda terpalit kerananya.
Tidak seorangpun yang telibat secara terus dengan kengerian
September 11 merupakan rakyat Afghanistan. Kebanyakan mereka
adalah rakyat Saudi, yang nampaknya merencana dan menerima
latihan di Jerman dan Amerika Syarikat. Khemah yang dibenarkan
oleh Taliban untuk kegunaan Osama bin Laden telahpun
dikosongkan beberapa minggu yang lalu. Lagipun, pasukan Taliban
itu adalah ciptaan Amerika dan British. Pada 1980-an, tentera
perkauman yang mewujudkan mereka telah dibiayai oleh CIA dan
dilatih oleh SAS untuk memerangi Russia.
Pembohongan itu tidak terhenti di situ. Ketika Taliban menguasai
Kabul pada 1996, Washington diam membisu. Kenapa? Di waktu itu
pemimpin Taliban sedang dalam perjalanan menuju Houston, Texas
untuk diraikan oleh para ekskutif sebuah syarikat minyak, Unocal.
Dengan ikhsan rahsia kerajaan AS, syarikat minyak itu membuat
cadangan menawarkan satu peruntukan yang besar daripada
keuntungan perusahan minyak dan gas yang (bakal) disalurkan oleh
Amerika daripada Asia Tengah jajahan Soviet merentasi bumi
Afghanistan. Seorang diplomat AS berkata: 'Taliban akan wujud laksana keluarga
Saudi.' Dia menjelaskan betapa Afghanistan berkemungkinan
menjadi sebuah jajahan minyak Amerika, menjanjikan keuntungan
yang besar kepada barat, tanpa demokrasi di bumi Afghan itu dan
wujudnya sekatan terhadap kaum wanita. 'Kami boleh hidup dengan
peraturan itu,' katanya. Perundingan itu terbantut, tetapi ia menjadi satu keutamaan kepada
pentadbiran George W.Bush yang memang amat berpihak kepada
industri petroleum. Bush mempunyai satu muslihat untuk mengerudi
simpanan minyak dan gas yang terperam di lembah Kaspian, yang
merupakan satu simpanan sumber bahan-bakar fossil yang belum
diterokai dan menjanjikan bekalan tidak terhad kepada Amerika
untuk satu generasi lamanya. Hanya, kalau saluran paip itu dapat
merentasi Afghanistan, barulah Amerika mampu mengawalnya.
Tidaklah menghairankan apabila Setisusaha Negara AS Colin
Powell, kini sudah merujuk kepada perkataan kumpulan 'Taliban
yang sederhana', yang akan menganggotai satu 'persekutuan yang
longgar' tajaan Amerika untuk mentadbir Afghanistan. (kenapa
bukan tajaan Amerika British? - penterjemah). 'Peperangan
membasmi keganasan' adalah merupakan satu topeng untuk
merencana perkara ini: sebagai satu alat untuk mencapai strategi
Amerika yang berselindung di sebalik kehebatan kuasa Amerika
yang diperhebatkan oleh gelagat mengibarkan benderanya.
Komando 'Royal Marines' (British) yang akan ditugaskan membuat
kerja gila-gila, akan merupakan semacam askar upahan Washington
untuk memperkasakan nafsu imperialnya, dicampurkan juga nafsu
serakah Blair yang tidak perlu disebutkan panjang lebar lagi. Setelah
mencetuskan suasana yang menjadikan Britain sasaran pengganas
disebabkan gelagatnya mahu berdiri sama tinggi dengan Bush, kini
Blair menyanggupi penghantaran askar Britian untuk menapakkan
kaki di bumi Afghanistan dengan agenda yang bercelaru
sehinggakan Ketua Pertahanan Britian ada menyebut betapa konflik
itu 'akan berlanjutan selama 50 tahun.' Sikap yang tidak
bertanggungjawab ini memang menakjubkan. Tekanan ke atas
Pakistan sahaja akan menyemarakkan satu krisis yang belum pernah
berlaku di benua Hindi-Pak itu. Setelah melakukan laporan
beberapa peperangan sebelum ini, saya kerap terpesona oleh
kebodohan pemimpin politik yang yang rapuh kuasanya, tetapi amat
ghairah melambaikan selamat jalan kepada askar-askar muda,
sedangkan mereka sendiri tidak berani menyanggah pejuang
Taliban. Di zaman kapal perang mempunyai kuasa, para pemimpin imperial
kita menutup keganasan mereka dengan projek kemanusian. Blair
tidakpun terkecuali daripada tindakan itu. Seperti mereka dulu, dia
sengaja menutupi kebenaran. Kalau pembunuhan mereka yang tidak
berdosa pada September 11 adalah sesuatu yang tidak boleh
diampun, begitu juga sepatutnya apabila orang yang tidak berdosa
dibunuh di mana jua. Dengan membunuh pihak yang tidak berdosa di Afghanistan, Blair
dan Bush telah memperlekehkan martabat mereka sebaris dengan
penjenayah yang mengganas di New York. Apabila bom berangkai
digunakan, menggugurkannya secara 'tersilap' dan 'tersalah-kira'
adalah satu pembohongan semata-mata. Pembunuhan adalah tetap
pembunuhan, tidak kira ia dibuat secara menghunjam pesawat
terbang mengena sebuah bangunan ataupun menghunjamnya ke
arah 'Oval Office' dan 10 Downing Street.
Seandainya Blair benar-benar menentang sebarang bentuk
keganasan, sudah tentu dia menarik Britain keluar daripada
perdagangan senjata. Pada hari menara kembar New York
dimusnahkan, satu pameran kelengkapan perang yang
mempamerkan segala senjata pemusnahan (termasuk bom berangkai
dan pelusu berpandu) hinggalah segala alat penyiksaan dan
pendera hak asasi manusia, telah dibuka di Docklands, London
dengan tajaan penuh kerajaan Blair. Pelanggan kelengkapan perang
yang terbesar untuk pasaran Britain ialah regim Arab Saudi, yang
memenggal kepala pesalah dan menaja pelbagai unsur fanatik
amalan Taliban. Kalaulah betul Blair mahu menonjolkan 'budaya beretika Britian'
sudah tentu dia mengusahakan sebaik mungkin untuk mengurangkan
ugutan keganasan di bahagian dunia di mana wujudnya banyak
keperitan dan kemarahan. Tentu dia bertindak lebih berkesan
daripada berlagak sakan, menuntut agar Israel menghentikan
penaklukannya di bumi Palestin dan mengundurkan diri daripada
wilayah yang dikuasainya selepas perang 1967, seperti yang
disyaratkan oleh Majlis Keselamatan, yang dianggotai oleh Britain
sebagai anggota tetap. Tentulah Blair sudah menghentikan sekatan ekonomi yang
dianjurkan oleh PBB - yang sebenarnya merupakan tindakan khas
Amerika dan Britain - kerana sekatan ini telah menghenyak rakyat
Iraq selama lebih satu dekad, menyebabkan kematian lebih setengah
juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Kematian semacam itu
bermakna lebih banyak kematian kanak-kanak dalam setiap bulan
berbanding jumlah yang terbunuh di Pusat Dagangan Dunia.
Sudah ada tanda-tanda Washington akan melebarkan peperangan
yang wujud kini kepada Iraq, walaupuan tanpa kita sedari, hampir
setiap hari RAF dan pesawat perang Amerika sudahpun mengebom
Iraq. Tidak ada gembar-gembur akhbar akan hal ini, dan tidakpun
disebut di kaca TV. Inilah keganasan yang begitu lama tempohnya,
melibatkan kempen peperangan Anglo-Amerikan sejak Perang
Dunia kedua. Akhbar Wall Street Journal telah melaporkan betapa
Amerika Syarikat dan Britain sedang dihantui dilema di Iraq, kerana
sudah kekurangan bahan sasaran. 'Kita kehabisan sasaran,' kata
seoarang pegawai Amerika. Itu kisah dua tahun dulu, dan mereka
masih meneruskan pengeboman itu. Berapakah belanjanya kepada
pembayar cukai Britain? 800 juta pound sterling setakat ini.
Mengikut laporan dalaman PBB, yang menyeluruhi tempoh lima
bulan, 41 peratus mangsa serangan itu adalah orang awam. Di
bahagian utara Iraq, saya telah bertemu seorang wanita yang
kematian suami dan empat orang anaknya, yang dicatatkan dalam
laporan itu. Suaminya ialah seoranga gembala ternakan, yang
menguruskan kambing bebirinya bersama seorang ayahnya yang tua
dan dibantu oleh anak-anak beliau. Ketika itu pesawat perang
Britian menggugurkan bom membunuh mereka, serta merta. Kawasan
itu adalah satu lembah pertanian yang terbuka, tanpa ada sebarang
sasaran tentera berdekatannya.
'Saya mahu berjumpa dengan juruterbang yang melakukan perkara
ini,' kata balu itu ketika melutut diperkuburan ahli keluarga
kesayangannya. Mereka tidakpun menerima sebarang bantuan
seperti yang diterima oleh keluarga mereka yang mati yang
berkumpul di St. Paul Cathedral di mana Ratu Britain turut serta, tidak
juga ada iringin konsert mainan Paul McCartney.
Tragedi yang dideritai oleh orang Iraq, Palestin dan Afghan adalah
satu kebenaran yang benar-benar bertentangan dengan segala
gembar-gembur dan pembohongan yang disiarkan oleh media barat.
Di sebalik pembohongan betapa mereka adalah pengganas dunia,
majoriti rakyat beragama Islam di Timur Tengah dan Selatan Asia
adalah merupakan mangsa keadaan keganasan itu. Mereka menjadi
mangasa kepada sikap nafsu serakah Barat dalam menguasai
sumber asli di negara mereka sendiri atapun berdekatan dengan
negara mereka. Memang tidak ada peperangan membasmi keganasan. Kalau benar
ada peperangan semacam itu, pasukan Royal Marines dan SAS
tentu sudah lama menyerang pantai Florida, kerana di sana
terdapat penganas yang dibiayai oleh CIA, bekas diktator Latin
Amerika dan para penzalim, yang diberikan perlindungan dengan
ramainya berbanding di tempat lain di dunia.
Namun, masih ada peperangan yang berlanjutan antara pihak yang
memang amat berkuasa dengan yang tidak berupaya menyanggah
kuasa dengan alasan baru, agenda terpendam yang baru, dan
pembohongan terbaru. Sebelum ada seorang anak kecil lagi yang
akan mati dengan kejamnya, ataupun disebabkan kebuluran, dan
sebelum terciptanya satu kumpulan fanatik yang baru di Barat
mahupun di Timur, sudah tibalah masanya untuk rakyat Britain
menyuarakan pendapat mereka untuk menghentikan peperangan
yang penuh kepalsuan ini. Mereka seharusnya mendesak satu
inisiatif yang berani dan bercorak tidak ganas yang betul-betul
memerlukan keberanian pimpinan politik.
Kelmarin, ibu bapa Greg Rodrigues, seorang anak muda yang mati di
Pusat Dagangan Dunia, ada berkata: 'Kita banyak membaca berita
untuk menyedari bahawa kerajaan kita sedang menuju ke arah
perbuatan membalas dendam, dengan segala kebarangkalian,
anak-anak lelaki dan perempuan, ibu bapa, sahabat dan taulan di
tanah yang jauh di seberang, yang akan mati, merana, dan terus
merencana serangan balas yang akan mengena kita juga.
'Ini bukan cara yang sebaiknya.....bukan dengan nama anak kami,
yang sudahpun mati.' Tamat. http://mirror.icnetwork.co.uk/news/allnews/
page.cfm?objectid=11392430&method=full
|