Laman Webantu KM2: 6241 File Size: 10.7 Kb * |
TJ SP MGG: PAP, seperti UMNO, sedang berkuasa, tetapi risaukan masa depannya By M.G.G. Pillai 29/10/2001 9:33 am Mon |
Harakah (The PAP, like UMNO, is in control, but nervous of the future)
Oleh: MGG Pillai Walaupun PAP (People's Action Party) sudah memerintah
Singapura sejak 1959, kita dapati tidak ada puak pembangkang
yang pernah menang pilihanraya dan mampu memberikan
penentangan terhadapnya. Namun, PAP terus mengubah-suai
perundangan dan kawasan pilihanraya untuk menjamin satu puak
pembangkang yang lemah, sentiasa berkecamuk dan tidak mampu
bersatu padu menyanggah satu gergasi yang sungguh teguh. Ia
telah menghapuskan sistem kawasan pilihanraya yang diwakili oleh
seorang perwakilan, dan memilih pemilihan beberapa orang wakil
untuk sesuatu kawasan pilihanraya. Kawasan yang besar ini
dulunya mempunyai empat orang wakil, kini ia ditambah untuk lima
ataupun enam orang. Semuanya dikumpulkan dalam kawasan di
mana kemungkinan adanya tenaga pembangkang. Memang tidak
boleh disalahkan sistem ini, kerana tanpanya kumpulan minoriti akan
kehilangan wakilnya di parlimen. Apabila sebuah masyarakat autokrat didominasi oleh satu bangsa
tertentu, seperti di Singapura dan Malaysia, suara minoriti itu akan
kurang kedengarannya. Saya melihatnya di Malaysia di mana orang
bukan-Melayu menjadi ahli Parlimen hanya daripada kawasan di
mana kaumnya adalah yang majoriti, ataupun daripada kawasan
pilihanraya di mana majoriti pengundi adalah orang Melayu yang
menyokong Barisan Nasional. Di Kelantan, ada seorang wakil yang
dipilih daripada kaum Cina sehinggalah tahun 1990, apabila
kemudahan itu dipupuskan sebaik sahaja PAS memegang kuasa.
Tetapi, mereka tidak boleh diabaikan, dan PAS terpaksa membuat
peraturan memberikan mereka hak bersuara. Singapura mempunyai
suara Cina seramai tiga per empat daripada keseluruhan
pengundinya, berbanding Melayu yang mempunyai suara sekitar 55
peratus sahaja di Malaysia. Namun demikian, kelebihan bersuara ini
memberikan kuasa meminggir itu lebih meyakinkan.
Strategi kerajaan PAP, walaupun tidak memberikan keuntungan yang
terserlah dalam pilihanraya, memang tidak boleh dipersalahkan.
Parlimen Singapura telah dibubarkan pada 18 Oktober, dengan hari
penamaan calon dilaksanakan satu minggu kemudiannya, dan hari
mengundi sembilan hari kemudian pada 3 November. Dewan
persidangan yang baru akan dianggotai oleh 84 MP (Ahli Parlimen)
bermakna bertambah satu dari yang dulu. Tetapi, kawasan
pilihanraya telah dilakar semula dan diumumkan satu hari sebelum
parlimen dibubarkan. Ini bererti pihak pembangkang tidak mampu
berkempen dengan berkesan dalam satu waktu yang singkat. Pihak
pembangkang mendakwa kerajaan PAP mengubah kawasan
pilihanraya itu untuk menyingkir ataupun membesarkannya, termasuk
kawasan yag secara tradisinya ia diberikan sokongan. Tetapi,
Suruhanjaya Pilihanraya memang tidak boleh disalahkan kerana
tindakan ini. Kempen yang singkat ini telah diwartakan menjadi undang-undang,
untuk menghindari usaha kerajaan, tetapi secara praktikalnya,
adalah bertujuan untuk mengekang pergerakan pembangkang.
Keadaan ini mungkin tidak berjaya di Malaysia, di mana parti
kerajaan begitu bercelaru, dan diperlekehkan selalu kerana sikap
kurang-tahu, seperti juga parti pembangkang; UMNO sedang
dihantui masalah besar kerana PAS sentiasa menyanggahnya dalam
kempen untuk menjuarai undi orang Melayu. Kerana kegagalan
UMNO ini ia sudah kehilangan kepercayaan orang Melayu dan tidak
lagi berupaya untuk menandingi tahap kecanggihan PAS yang
sudah meningkat. Parti bukan-Melayu baik dalam kerajaan ataupun
pihak pembangkang, terus beromong-kosong untuk terus kehilangan
penyokong. Perdabatan politik terus kehilangan martabatnya apabila
UMNO, bukannya PAS, yang mahukan status negara Islam
cadangannya itu diiktiraf, walaupuan ciri-ciri melayakkan
pengiktirafan itu amat berbeza dengan agenda PAS.
Apabila kerajaan PAP Singpura, melahirkan rencana perwakilan
secara berkumpulan sebelum parlimen dibubarkan, segala dalil yang
direncanakannya, telah diterima tanpa banyak soal ketika itu.
Namun, ia memberikan satu gambaran yang tersembunyi betapa
banyak yang tidak kena dengan pemerintahannya; dasarnya
walaupun diterima dengan luas, membeza-bezakan rakyatnya
sehingga menunggu masa untuk dipertikaikan. Selama 42 tahun
berkuasa, ia telah meminggirkan lebih ramai orang Singapura
daripada yang berani dimuslihatkannya. Sebab musababnya tidak
pun siapa yang tahu; kerana sesiapa yang berani menyanggah
menghadapi risiko yang tinggi harganya.
PAP akan memegang tampuk kuasa hanya kalau ia mampu
memimpin masyarakat Cina. Tetapi, kepimpinan itu sudah kelihatan
goyah dan semakin menghampiri persoalan yang payah. PAP kerap
mengadu-dombakan sesuatu masyarakat dengan yang lainnya,
dengan kepercayaan inilah ciri-ciri menampilkan satu masyarakat
yang hidup berasaskan meritokrasi. Tetapi, konsep kehidupan
secara ini sudah dipersoalkan oleh satu masyarakat generasi yang
terdidik, yang merupakan cucu-cicit generasi yang menerokai PAP
untuk memegang kerusi kuasa. Inilah juga masalah yang sama
menghantui UMNO, dimana ia meraih sokongan kepartian orang
Melayu tetapi bukan lagi teras budaya Melayu itu. Bahaya semacam
ini belum menghantui PAP lagi, tetapi dijangka akan muncul juga
sebaik sahaja penghulu besar mereka Mr. Lee Kuan Yew yang kini
berusia 78 tahun, sudah tidak lagi bernyawa.
PAP yang memegang kuasa dengan cara autokrasi dan memerintah
tanpa belas kasihan untuk menegakkan satu konsep pemerintahan
yang tegap pendiriannya, di mana pihak pembangkang tidakpun
berbisa. Tetapi, besar kemungkinan ia akan kehilangan kuasa yang
unggul itu, apabila dan hanya ketika para pengundi berpendirian
mereka tidak menyenangi lagi konsep pemerintahan seperti itu.
Perkara semacam ini belum lagi akan berlaku. PAP akan menang
besar kali ini, dengan kemunculan beberapa kerat MP yang
bersuara lantang dalamnya. Singapura sedang dilanda krisis,
ekonominya sedang merudum dan peristiwa September 11 di
Amerika menyulitkan masalahnya lagi. Kisah Osama bin Laden dan
penaklukan Afghanistan yang menyuntik kebangkitan terhadap Islam
walaupun tidak disebut tetapi ternyata sudah wujud. Mr. Lee telah
menyindir orang Melayu Singapura agar pergi berperang untuk puak
Taliban. Setiap satu krisis, apabila diada-adakan ataupun direncana
memberikan ruang kepada PAP menekan kebangkitan rintihan
dalaman. Masalah Malaysia-Singapura adalah salah satu isu yang
sudah bertahun lamanya berjaya memerangkap minda orang Cina
Singpura agar takut dan curiga kepada kemungkinan bangkitnya
ketuanan Melayu. Serangan pengganas di Amerika Syarikat, dan
tanggapan umat Islam untuk berjihad selari dengan laungan Osama
bin Laden, kemunculan anthrax dan keganasan di Amerika Syarikat,
telah berjaya menarik minat rakyat Singapura untuk bersatu
menyokong hanya satu parti politik di Singapura dalam usaha
menepis kebangkitan Islam, dan segala bencana daripada
menjenguk bumi Singapura. Mereka beranggapan parti itu berjaya
menampan kebangkitan kemarahan Islam di Malaysia dan Indonesia
terhadap pengeboman di Afghanistan. Pembangkang Singapura, menjerit terhadap sikap politik sempit ini
tanpa kejayaan, kerana bukan mudah usaha itu. Walaupun wujud
kumpulan pembangkang yang tidak rasmi untuk melawan konsep
pilihanraya Singapura itu, kerajaan berjaya melumpuhkan usaha
mereka. Para pemimpinnya dan bukannya parti politik mereka yang
menjadi tontonan ramai, seperti di Malaysia. Selagi mereka
berperanan begitu, mereka akan menjadi bercelaru dan mudah
ditumpulkan ketokohan mereka oleh kumpulan yang berseteru.
Adalah menjadi usaha kerajaan Singapura dan Malaysia untuk
mengekalkan status quo semacam itu. Kerana itu PAS dan DAP,
sentiasa bertelagah sesama mereka. Kerana itu Dato' Fadhil Noor
dan Mr.Lim Kit Siang tidak dapat berunding secara bertolak ansur
kerana takutkan masyarakat beranggapan mereka terlalu mudah
menyerah kalah. Tetapi, di Malaysia ramai orang yang berfikiran
waras nampak segala kelemahan ini dan mulakan cabaran terhadap
isu yang menonjol dan bukannya ketokohan mereka.
Pembangkang Singapura belum lagi nampak masalah yang besar
melepasi yang kelihatan sekarang ini. Tetapi mereka
berkemungkinan merampas kuasa dengan memenangi konsep GRC,
yang dianggap oleh PAP sebagai hak mereka. Perkara ini tidak akan
berlaku dalam sekelip mata. Untuk memenangi cara ini memerlukan
perancangan yang diatur untuk tiga ataupun empat pilihanraya
umum lagi. Inilah cara memperkuatkan sokongan akar umbi, sambil
menjangkakan wujudnya kekalahan dan penarikan diri, sehinggalah
tiba masanya nanti seperti yang berlaku pada PAS pada pilihanraya
1990 di Kelantan dan pada 1999 di Terengganu.
Jadi, kenapakah PAP amat ghairah mendedahkan kecurigaannya
terhadap masa depan? Ramai pemimpin yang ada belumpun lahir
ketika PAP memegang kuasa pada 1959. Anak-anak zaman ini
sudah semakin tertekan dengan keadaan kerajaan mentadbir
negaranya. Ia berjaya membangun berasaskan kelemahan negara
jirannya, menjadi sebuah negara maju dunia pertama, yang
dikelilingi oleh jiran dunia ketiga. Kesannya ia menarik segala
kebencian dan kemarahan daripada segenap kawasan
sempadannya. Kemelesetan Singpura telah menggoncang keyakiann
terhadap kebangkitan ekonominya. Mereka yang terus terjejas
adalah mereka yang selama ini keseronokan menikmati ekonomi
global, dan inilah mereka yang menyokong kerajaan untuk
mendapatkan hak untuk menikmati keunggulan dan kemewahan
dunia. Setelah mencapai kemerdekaan dulu, pemimpin PAP Singapura
mempunyai satu ikatan janji dengan rakyatnya. Sebagai gantian,
mereka memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap
politiknya. PAP telah memberi ruang kepada rakyat Singapura untuk
menjadi kaya raya melalui perniagaan dan bukan melalui politik.
Pihak pembangkang merasakan kebebasan mereka tersekat setelah
Mr.J.B. Jeyaratnam menjadi pembangkang sejak 1967. Ini bererti
ekonomi adalah pelancar kemenangan. Inilah yang membuatkan
PAP pening kepala apabila krisis terus melanda. Pihak
pembangkang akan menghadapi masalah besar kalaulah ia hanya
memenangi satu kerusi dalam satu GRC, ataupun memenangi lebih
banyak kerusi yang diramalkan oleh PAP, mungkin empat ataupun
lima MP. Inilah yang diperakui oleh PAP setelah melihat segala
sindiran itu di angin lalu. M.G.G. pillai Terjemahan: SPAR-01-1731 Asal: KM2 6228 |