Laman Webantu KM2: 6235 File Size: 9.5 Kb * |
TAG SP 391: Pelarian Berpusu Di Sempadan, Orang Lain Kita Tuduhkan By Robert Fisk 28/10/2001 11:02 pm Sun |
Independent UK (As the Refugees Crowd the Borders, We'll Be Blaming Someone Else)
Oleh: Robert Fisk 'Memang jelas mereka tidak lari meninggalkan Taliban tetapi kerana
takutkan bom dan peluru berpandu'.
Anak lelaki Mullah Mohammed Omar yang berusia 10 tahun
sudahpun mati. Mengikut cerita para pelarian Afghan, dia melarikan
diri daripada Kandahar, dibawa ke sebuah salah satu hospital yang
teruk rosaknya oleh ayahnya yang merupakan 'Amirulmukmin' puak
Taliban. Tetapi, budak itu yang diangkut dengan kereta milik ayahnya
telah diserang oleh pesawat perang Amerika dan mati dengan luka
yang ditanggungnya. Tidak ada sesalan dalam hal itu. Begitu juga pada 1985, ketika
pesawat perang Amerika mengebom Libya, mereka telah
memusnahkan anak angkat-perempuan Kolonel Muamar Gadaffi
yang baru berusia 6 tahun. Tidak ada sesalan dalam hal itu. Pada
1992, seorang juruterbang Israel yang memandu helikopter Apache
buatan Amerika telah menggunakan peluru berpandu bikinan Amerika
untuk menembak Said Abbas Moussawi, ketua tentera gurilla
Hizbollah, di Lebanon. Turut terbunuh anak lelaki Moussawi yang
berusia 10 tahun ketika itu. Apakah anak-anak yang tidak berdosa mesti menerima kematian
dalam pelukan ayah mereka dan di depan mata kita - dan tidak ada
sesiapa yang menyesalnya. Kalau hidup bersandarkan pedang, mati
pun dengan mata pedang, soalnya sekarang si anakpun kena
bahananya. Pada 1991 dulu, akhbar 'The Independent' telah
mendedahkan serangan tentera Amerika di Peperangan Teluk yang
menjahanamkan kubu perlindungan keluarga Saddam Hussein - dan
keluarga para penyokong kuat beliau. Ketika itu yang turut dibunuh
oleh serangan Amerika itu ialah lebih 300 manusia yang
berselindung di Ameriya, Baghdad. Bukannya anak-anak Saddam,
tetapi manusia biasa. Kini, Presiden George Bush sudahpun
meluluskan satu arahan kepada CIA untuk membunuh Osama bin
Laden. Alangkah aibnya perkara ini, seolah-olah dasar yang sama
dipakai lagi? Bilangan yang tercedera semakin meninggi. Kita sudah mendengar
kisah pilu betapa rakyat di Kandahar tertanam di bawah runtuhan
batu, dan kanak-kanak yang bersepai dihunjam bom Amerika yang
meledak berkecai-kecai. Puak Taliban masih menegah wartawan
asing melawat tempat itu untuk mengesahkan tragedi yang berlaku,
melegkan Amerika kerana orang luar tidak akan tahu. Jadi, apabila
wartawan TV berjaya menjumpai 18 buah kubur yang baru di
kampung Khorum di pinggir Jalalabad kira-kira satu minggu yang
lalu, Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld masih lagi
mempersendakan kematian itu sebagai berita karut. Saya fikir dia
tidak akan dapat mengarut lebih lama lagi.
Kalaulah setiap peperangan yang dicetuskan itu bertujuan membawa
keadilan yang abadi dan kebebasan bepanjangan, mempunyai corak
yang sama - di mana Amerika menunjukkan kehebatannya di udara,
dengan menindas keupayaan lawan kerana kehebatan radarnya,
setiap peperangan itu masih memamparkan beberapa musibah yang
tidak diduga. Pada 1999, NATO mendakwa ia terpaksa berperang
untuk membantu pelarian Albania-Kosovo pulang ke kampung
halaman mereka - sedangkan kebanyakan pelarian itu masih lagi
berkumpul di kampung halaman sendiri, ketika peperangan itu
diisyiharkan. Kerana pengeboman keatas Serbia yang membuatkan
mereka kehilangan kampung halaman itu. NATO sebenarnya
bertanggongjawab kerana keperitan mereka, kerana Serbia memberi
jaminan untuk bertindak terhadap puak Albania kerana keganasan
pasukan NATO. Namun, kisah pembasmian kaum telah disalurkan
keatas puak Serbia pimpinan Slobodan Milosevic. (Kini, rakyat
Amerika pun sedar projek mengganyang yang ditaja oleh NATO itu
adalah muslihat pentadbiran Clinton melencongkan kisah
nafsu-syahwatnya dengan Monica Lewinsky- penterjemah).
Kali ini, tipu muslihat NATO tidak akan dapat memukau lagi. Apabila
ribuan pelarian Afghan berpusu-pusu di sempadan, semakin jelas
bahawa mereka bukannya melarikan diri daripada serangan Taliban
tetapi mereka mahu mengelakkan serangan bom dan peluru berpandu
kepunyaan AMERIKA. Takkan tergamak puak Taliban melancarkan
pembasmian etnik bangsanya sendiri. Para pelarian bercakap akan
ketakutan dan kengerian serangan bom kita yang mengena bandar
dan kediaman mereka. Mereka itu menjadi gugup kerana
'peperangan membasmi keganasan' kita. Mereka adalah manusia
yang tidak berdosa yang menjadi mangsa persis mereka yang mati di
Pusat Dagang Dunia pada 11 September. Kemanakah kita selepas
ini? Inilah satu soalan yang penting, kerana, apabila angin pekat musim
sejuk mula berhembus di banjaran pergunungan Afghanistan, akan
bermula nanti satu tragedi, yang tidak mampu dihindari oleh setiap
tukang canang dan tukang telek, lagi. Kita akan berkata betapa
ribuan yang akan mati itu adalah mangsa kebuluran dan kesejukan
yang sengaja dimangsakan oleh kedegilan Taliban. Ataupun mereka
mati kerana sikap keganasan Taliban yang sengaja telah merampas
dan mencuri bekalan makanan yang digugurkan.
Saya ingin membuat pengakuan - setelah diasak oleh propaganda
Israel mengenai penggunaan perkataan 'keganasan' setiap kali
seorang Palestian membaling seketul batu terhadap orang yang
menakluk tanah halaman mereka - sehinggakan saya dapati
perkataan 'keganasan' yang ditonjolkan oleh Israel itu sudah
menjadi satu kepalsuan yang berbau fahaman rasis. Walaupun kita
kerap disogokkan frasa 'Peperangan terhadap keganasan' yang
ditaja oleh BBC dan CNN, keadaan sebenarnya adalah amat
berbeza. Kita bukannya merancang untuk menyerang pasukan berani
mati Tamil Tigers ataupun pembunuh ETA ataupun Real IRA atau
gurilla KDP Kurdish. Sedangkan, AS telah berbelanja besar
menyokong para pengganas di Latin Amerika, terutama puak Contra
yang masih boleh kita ingat lagi. Bagaimana pula dengan sokongan
AS dan bantuan wang dan kelengkapan perang yang diberikannya
dulu kepada Taliban, yang kini mahu dimusnahkannya? Seperti yang
pernah saya katakan dahulu, inilah dia peperangan terhadap musuh
Amerika. Apabila tarikh 11 September itu semakin dihayun untuk
menjadi satu tarikh keramat, kita sebenarnya menuntut balas terhadap
jenayah yang menyanggah kemanusiaan di New York dan
Washington. Tetapi tidak pula kita sibuk mewujudkan satu mahkamah
tribunal untuk mengadili mereka yang bertanggungjawab.
Angka 6,000 itu masih menjadi perkiraan yang menakjubkan
walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu. Tetapi apa jadinya
apabila angka yang mati kerana kita penyebabnya semakin meniggi
menjadi sama banyaknya? Para pelarian telah memberitahu saya di
kawasan sempadan Pakistan betapa jumlah yang mati disebabkan
pengeboman di Afghanistan sudah meningkat tinggi, daripada
berdozen hingga beratus dan terus meninggi. Apabila pertubuhan
PBB membuat laporan mereka yang mati kebuluran dan yang malang
kerana lari dari serangan bom, masanya tidak akan mengambil lama
untuk angka 6,000 keluar menjelma. Cukupkah nanti angka itu?
Bolehkah 12,000 kematian orang Afghan melegakan perasaan marah
kita, sedangkan mereka tidak ada kena mengena dengan Taliban
ataupun Osama bin Laden? Bagaimana pula dengan 24,000 orang?
Kalau kita fikir kita tahu apakah tujuan sebenarnya kita berperang
membasmikan keganasan itu, apakah kita mempunyai keupayaan
berfikiran waras? Memang pasti, kita akan menuduh puak Taliban kerana tragedi yang
akan terjadi. Seperti caranya kita menuduh mereka kerana
pengekspotan najis-dadah daripada Afghanistan. Tony Blair telah
menunjukkan keghairahan menyebut pembabitan Taliban dengan
najis-dadah. Dan kita memeprcayainya sambil melupakan wujudnya
satu pengumuman daripada UN Drug Control Program (Program
kawalan dadah PBB) minggu lalu betapa pengeluaran dadah di
Afghanistan sudah menurun sehingga 94 persen, terutama sekali
kerana ketabahan Mullah Omar mengetatkan kawalan di kawasan
pertadbiran Taliban. Kebanyakan keluaran 'opium' (candu dadah) di
Afghanistan, seperti yang anda teka dengan tepatnya - ditaja oleh
sahabat kita di Pakatan Utara. (ha.ha.ha. inilah kumpulan yang
digembar-gemburkan oleh TV Mahahtir sebagai kumpulan wira yang
gemilang dan disokong oleh kerajaan Malaysia. Duta Afghanistan di
Malaysia datangnya daripada kumpulan dadah ini - penterjamah.)
Peperangan kali ini, kalau mengikut anggaran Mr. Bush adalah
sesuatu yang 'tidak pernah terjadi sebelum ini' - tetapi tidak juga
mengikut yang dia fikirkan. Peperangan ini bukannya megnenai
keadilan, kerana itu bukan matlamatnya. Tidak juga mengenai
kebebasan. Peperangan ini akan memuncak dengan kematian yang
dahsyat dan berganda kengeriannya apabila dibandingkan dengan
kengerian 11 September. Apakah kita mempunyai sebarang rencana
menghadapinya? Mampukah kita memutarkan rentak kepalsuan
'peperangan memerangi keganasan' menjadi satu peperangan
memerangi kebuluran dan kemiskinan dan kematian, walaupun ini
bermakna kita perlu menangguhkan dulu hari penentuan untuk
menghukum Osama bin Laden, yang telah kira rancang dulu.
Tamat. Asal: KM2 6197
http://argument.independent.co.uk/commentators/story.jsp?story=100895
|