Laman Webantu KM2: 6221 File Size: 19.1 Kb * |
TAG SP 389: MSNBC - Penghinaan dan kecederaan di Afghanistan By Anundathai Roy 1/1/1999 12:26 am Fri |
[Article 51 of the UN Charter (as a treaty, binding on the US
government) says, "Nothing in the present Charter shall impair the
inherent right of individual or collective self-defense if an armed
attack occurs against a Member of the United Nations, until the
Security Council has taken measures necessary to maintain
international peace and security. The US, the state that advertises itself as founded on reason and the
rule of law, has transformed itself into an international outlaw, the
greatest rogue state. Much of humanity may suffer from this crime for
years to come. - Carl Estabrook] (Insult and injury in Afghanistan) Oleh: Anundathai Roy NEW DELHI, Okt.20 - Ketika kegelapan malam mencengkam
Afghanistan pada Oktober 7, ketumbukan bala tentera Amerika yang
disokong oleh apa yang disebut sebagai 'Pakatan Antarabangsa
Mengganyang Keganasan' (yang boleh dikatakan satu ciptaan
pemangku yang disenangi dan direstui PBB), telah melancarkan
serangan udara keatas Afghanistan. Saluran TV sengaja memainkan
lakaran animasi-komputer menunjukkan gambaran peluru berpandu,
pengebom yang kalis radar, bom yang mampu menembusi kubu
pertahanan dan 'Mark 82 high-drag bombs' (bom ledakan berganda)
PBB yang kini teraib menjadi satu akronim sahaja, tidakpun diminta
untuk memberikan mandat melancarkan serangan udara itu. (Seperti
yang pernah disuarakan oleh Madeline Albright satu ketika dulu,
'Amerika bertindak secara multilateral apabila dia mampu, dan secara
unilateral apabila ia merasakan perlu.') Bahan bukti terhadap
pengganas itu telah dikongsi-sama di kalangan kawan dalam
'Pakatan' itu. Selepas itu mereka pun mengumumkan betapa tidak
perlu difikirkan apakah segala bahan bukti itu boleh diterima-pakai
oleh mahkamah. Dengan itu secara sepontan, keluhuran
undang-undang yang berabad usianya sudah dihumban menjadi tidak
berguna. Kejaran Si Buta Tidak ada yang boleh dijadikan asas kewarasan satu tindakan
keganasan, apakah ia dilakukan oleh kumpulan pelampau beragama,
militia peribadi, pergerakan revolusi rakyat - ataupun apakah ia
sengaja merupakan satu muslihat untuk bertindak balas oleh sebuah
kerajaan yang sah. Pengeboman keatas Afghanistan bukannya
bercorak tindakan balas kepada apa yang berlaku di Washington
ataupun New York. Ia merupkan satu lagi tindakan keganasan yang
menakutkan terhadap penduduk dunia. Setiap manusia yang tidak
berdosa yang terbunuh mestilah dicampurkan dan bukannya ditolak,
kepada jumlah manusia yang tidak berdosa yang terkorban di New
York dan Washington. Manusia jarang sekali memenangi peperangan mereka; kerajaan
jarang pula merasakan kehilangan manusia. Manusia mati terbunuh
dan penduduk kampung di kewasan terpencil di Qala-e-Zaman di
bahagian tenggara Kabul, telah menyaksikan kesan serangan bom
Amerika itu. Enam orang awam, lima antaranya adalah daripada
sebuah keluarga - telah dilapurkan terbunuh pada serangan 18
Oktober. Kerajaan yang terhenyak mampu bertaut semula, laksana kepala
'hydra' yang banyak cabangnya. Mula-mula mereka gunakan
bendera kebangsaan negara untuk menyungkup minda rakyat dan
memekap pemikiran sebenar mereka. Kemudian bendera seperti itu
akan digunakan sebagai penutup dan penghias keranda yang
dimuatkan mayat-mayat askar yang mati terkorban kerana kerelaaan. Di
dua pihak di Afghanistan dan Amerika, rakyat biasa dua buah negara
ini sedang mengongsi satu perasaan yang sama - mereka terpaksa
hidup merelakan kejadian kesilapan yang menyebabkan tindakan yang
membuta dan yang amat dahsyat bahananya. Setiap longgokan bom
yang digugurkan mencari mangsa Afghan telah dipadankan dengan
peningkatan perasaan histeria di Amerika terhadap Anthrax, rampasan
pesawat yang mungkin bertambah dan pelbagai tindakan keganasan
lagi. Tidak ada jalan mudah untuk melepasi lingkaran jeram keganasan dan
kezaliman yang mengganyang dunia masakini. Sudah tiba masanya
setiap bangsa di dunia berdiam seketika, merenung ke dalam telaga
kebijaksanaan masyarakat, baik yang purba mahupun yang kini ada.
Kejadian 11 Sepember telah merobah corak dunia selama-lamanya.
Kebebasan, kemajuan, kekayaan, teknologi, peperangan - semua
perkataan ini sudah pun menyauk satu makna yang baru. Setiap
kerajaan harus menerima hakikat ini, dan memilih kaedah baru dalam
tugasan merka denan segala ketelusan dan keinsanan. Malangnya
sehingga kini, tidak ada sebarang tanda wujudnya satu sikap menilai
semula keadaan yang ada daripada para pemimpin Pakatan
Antarabangsa itu. Ataupun Taliban Ketika mengumumkan serangan
udara itu, Presiden George Bush pernah berkata: 'Kita adalah sebuah
negara yang aman damai,.' Duta Amerika yang popular, Tony Blair,
(yang juga merupakan perdana menteri UK) telah melaungkan cakap
Bush itu. 'Kita adalah manusia yang cintakan kedamaian.' Barulah kita
tahu betapa cakap mereka amat berbeza, indah khabar dari rupa.
Teori dan Amalan Ketika berucap di ibupejabat FBI beberapa hari kemudiannya; Presiden
Bush berkata, 'Inilah masanya dan inilah seruannya. Tibalah masanya
untuk Amerika sebagai negara yang paling bebas dan merdeka
seantero dunia yang diasaskan oleh nilai murni yang menolak
kebencian, keganasan, pembunuh dan keiblisan. Kita tidak akan
mudah putus asa.' Berikut adalah senarai negara yang pernah diperangi oleh Amerika -
dan mengebomnya - sejak Perang Dunia Kedua. China (1945-46,
1950-53), Korea (1950-53), Guatemala (1954, 1967-69), Indonesia
(1958), Cuba (1959-60), Belgian Congo (1964), Peru(1965), Laos
(1964-73), Vietnam (1961-73), Kamboja (1969-70), Grenada (1983),
Libya (1986), El Salvador (1980-an), Nicaragua (1980-an), Panama
(1989), Iraq(1999-99), Bosnia (1995), Sudan (1998), Yugoslavia
(1999) Kini Afghanistan pula. (Bagaimana dengan perang proksi di
Sudan, Yemen, Somalia, Ethiopia, Eritheria, Sharjah -UAE, Kocovo,
Chechnya ? - penterjemah) Jelas, Amerika tidak pernah letih dalam hal penaklukan ini. Inilah yang
dikatakan dunia paling damai dan bebas di dunia. Apakah jenis
kebebasan yang dipertahankannya? Dalam negerinya, kebebasan
bersuara, beragama, berfikir, ekspressi naluri eksenian, selera
makanan, pilihan seksual (ada hadnya) dan banyak lagi contoh yang
menunjukkan keseronokan. Di luar negaranya, kebebasan untuk
mendominasi, keaiban dan penindasan, - yang menyangkuti agama
sebenar Amerika; 'pasaran bebas'. Dengan itu apabila kerajaan AS
mentauliahkan satu perang salib yang dinamakan 'Operation Infinite
Justice' ataupun 'Operation Enduring Fredom', kita di Dunia Ketika
merasakan lebih kuat lagi gegaran ketakutannya. Kerana kita faham
'infinite justice' kepada segelintir manusia adalah juga 'infinite justice
(keadilan yang abadi) kepada orang lain juga. Begitu juga kita faham
betapa 'Enduring Freedom' (Nikmat Kebebasan) untuk segelintir
manusia bererti 'Enduring Subjugataion' (Bahana Penindasan)
kepada orang lain. Pakatan Antarabangsa Terhadap Keganasan ialah satu bentuk muslihat
politik di kalangan negara kaya di dunia. Bukankah mereka yang
membuat dan menjual segala jenis senjata perang, mereka mempunyai
simpanan senjata penghapusan mega - senjata kimia, bologi dan
nuklear. Mereka telah bergiat dalam banyak peperangan dan
bertanggungjawab dengan kebanyakan keganasan, penindasan,
pemusnahan etnik, dan pencerobohan hak asasi manusia dalam
sejarah tamadun ini, dan telah menaja, melengkapi dan mengongkosi
tidak terhitung banyaknya diktator dan despot. Antara mereka memang
sudah ramai yang mendewakan sehingga taksub; segala keiblisan,
keganasan dan peperangan. Walaupun wujud segala dosa yang
meremukkan perasaan, puak Taliban masih tidak seangkatan dengan
segala syaitan ini. Warisan Perang Apabila kerajaan Amerika menamakan peperangan mereka sebagai
'Operation Infinite Justice' ataupun 'Operation Enduring Freedom',
kita di Dunia Ketiga merasakan gegaran ketakutannya. Ini adalah
disebabkan hukuman 'infinite justice' untuk segelintir manusia
membawa makna hukuman yang sama kepada orang lain.
Puak Taliban telah terjebak dengan suasana keruntuhan segala porak-
peranda, najis dadah dan jerangkap samar yang merupakan ekoran
zaman Perang Dingin. Pemimpin mereka yanng tua sudah pun berusia
sekitar empat puluhan. Ramai yang cacat dan menghadapi kehilangan
anggota seperti buta sebelah mata, kudung tangan ataupun kakinya.
Mereka telah hidup dalam satu masyarakat yang sungguh tercalar dan
tercakar oleh kemusnahan perang. Antara Amerika dan Soviet Russia
dan sepanjang 20 tahun tempohnya, sekitar $45 billion dollar telah
dihamburkan untuk membeli senjata keluaran mereka untuk diguna
memusnahkan Afghanistan. Senjata yang paling tercanggih merupakan
satu cebisan lambang kemodenan yang berjaya memasuki gerbang
kehidupan masyarakat zaman pertengahan yang kuno dan tebal
fahaman lamanya. Anak-anak muda lelaki yang kebanyakannya sudah
yatim piatu yang membesar di zaman itu menggunakan senjata sebagai
mainan mereka tanpa mengetahui apa erti keselamatan dan keenakan
hidup berkeluarga, dan tanpa memahami keibuan dan kemesraan kaum
hawa. Kini, sebagai pemimpin dan lelaki yang baligh dan dewasa,
puak Taliban hanya tahu mebelasah, merejam dengan batu, merogol
dan menganiayai wanita, kerana mereka tidak tahu apa lagi yang
boleh dilakukan dengan kaum wanita. Peperangan yang bertahun
lamanya, telah menafikan mereka perasaan berlembut, getaran kasih
sayang dan kelembutan kemanusian yang penuh kemesraan. Mereka
menari mengikut getaran bom yang meledak dan menghunjam bumi
persekitaran mereka. Kini mereka berpaling arah daripada segala
kemomokan itu terhadap bangsa mereka sendiri.
Yang Dilanyak Menjadi Debu Satu setengah juta manusia kehilangan nyawa selama 20 tahun
terjalinnya pertembungan yang meledak sebelum peperangan yang
terbaru ini. Afghanistan hancur menjadi runtuhan batu-batan yang kini
ditumbuk lumat untuk menjadi debu. Pada hari kedua pengeboman
dilancarkan, juruterbang Amerika pulang ke pangkalan mereka kerana
ketiadaan sasaran untuk menjatuhkan bom yang mereka bawa. Seperti
yang disebut oleh seorang jururuterbang, Afghanistan 'bukannya
mempunyai sasaran untuk diserang' Pada satu sidang akhbar di
Pentagon, Donald Rumsfeld, Setiausaha Pertahanan AS telah ditanya
apakah Amerika sudah kehabisan sasaran untuk diserang.
'Mula-mula kita mahu serang sasaran,' katanya, 'dan kedua kita
tidak kehabisan sasaran, Afghanistan yang tidak ada sasaran itu...' Ini
yang disambut dengan ketawa besar di majlis itu.
Pada hari ketiga, Jabatan Pertahanan AS telah berlagak angkuh
betapa ia sudah pun mencapai tahap ketuanan keatas Afghanistan?
(Apakah mereka sudah pun menghancurkan dan memusnahkan juga
ataupun semua 16 buah pesawat juang Afghanistan?)
Bermacam lapuran sudah tersibar luas mengenai kecederaan orang
awam dan mengenai bandar yang kosong setelah rakyat Afghan
meluru ke garisan sempadan yang telah pun tertutup. Jalan besar
sudah pun ditutup ataupun dimusnahkan. Mereka yang berpengalaman
bertugas di Afghansitan berkata betapa pada awal November, konvoi
mengangkut makanan tidak lagi dapat mendekatai 7.5 juta Afghan
(mengikut taksiran PBB) yang akan hidup terpencil dan kelaparan
disebabkan musim sejuk. Mereka berkata pada hari-hari yang
mendekati musim sejuk ini, sama ada peperangan diteruskan ataupun
diusahakan mengaghih makanan kepada yang kebuluran. Hanya satu
sahaja rencana itu dan bukan keduanya.
Perlumbaan Menderma Secara Menyindir
Sebagai satu tanda mereka berperikemanusiaan, kerajaan AS telah
menggugurkan 37,000 paket makanan kecemasan di Afghanistan. Ia
menyebut mahu menggugurkan sejumlah 500,000 paket. Ini adalah
bersamaan dengan satu hidangan makan kepada setengah juta
penduduk daripada jumlah berjuta yang memerlukan makanan itu.
Kerana itu petugas pertubuhan bantuan telah mengutuk sumbangan itu
sebagai bersifat menyindir, berbahaya walaupun Amerika
menganggapnya sebagai satu proses kebajikan masyarakat. Mereka
mengatakan usaha pengagihan cara itu adalah kerja sia-sia. Pertama,
bekalan makanan itu tidak akan sampai kepada mereka yang
benar-benar memerlukannnya. Kedua, yang lebih berbahaya, mereka
yang berlari mendapatkan bungkusan makanan itu menghadapi risiko
terjebak kepada jerangkap samar yang terbenam dan manjadi satu
perlumbaan sumbangan yang tragis pula.
Namun demikian, paket makanan itu mengandungi maklumat yang
penuh propaganda. Isiannya telah disiarkan dalam akhbar perdana.
Kita diberitahu hidangan makanan adalah bercorak makanan
'vegeterian' (tanpa daging) dan halal. Setiap paket mengandungi
sehelai bendera Amerika (untuk sapu mulut selepas makan, kerana
ketiadaan air; tetapi mungkin ada yang gunakan untuk sapu tempat
lain, kalau ketiadaan air juga - penterjemah). Kemudian terdapat
sebungkus beras, mentega kekacang, salad kekacang, jam strawberry,
keropok, raisins (anggur kecut), apple fruit bar, perasa, mancis,
sepasang garpu dan sudu, sehelai kertas pengelap dan kertas
panduan yang bergambar. Selepas tiga tahun kemarau panjang, muncul pula taburan bekalan
makanan dari udara di Jalalabad! Inilah dia satu pencemaran budaya,
kerana kegagalan memahami perasaan apa yang telah terjadi
sepanjang masa manusia kelaparan dan dihantui kemiskinan
sebenarnya. Usaha kerajaan Amerika untuk menggunakan
kesengsaraan ini untuk menonjolkan watak dan ketokohan mereka
adalah satu tindakan seolah-olah mereka mahukan keterampilan
martabat itu dengan cara meminta sedekah.
Cuba kita terbalikkan sinario itu sebentar. Bayangkan pula kalaulah
kerana Taliban yang meledakkan bom di New york City, sambil
menyebut selama itu bahawa sasaran mereka ialah kerajaan Amerika
dan segala dasarnya. Bayangkan kalau sepanjang pengeboman itu
kerajaan Taliban menggugurkan bungkusan roti nan dan kebab yang
dibalut dengan cantik dengan bendera Afghanistan. Mampukah rakyat
Amerika merasa lega hati mereka dan mengampunkan kerajaan
Afghan? Katakanlah mereka memang lapar, dan amat memerlukan
makanan yang digugurkan itu, dan membuka setiap paket dan
memakannya, mampukah mereka melupakan segala pengaiban yang
diterima? Rudy Giuliani, datokbandar New York City, telah
memulangkan hadiah bernilai $10 juta dollar daripada seorang putera
Saudi kerana ia datang dengan iringan sedikit perkataan yang berupa
nasihat terhadap dasar Amerika di Timur Tengah. Apakah keangkuhan
itu satu kenikmatan yang hanya menjadi hak orang yang kaya raya
sahaja? Apa Akhirnya? Di bahagian dunia sebelah sini kita perlu membuka telinga untuk
mendengar getaran dan dengungannya yang muncul daripada rebana
kemarahan manusia. Tolonglah, hentikan peperangan ini.
Kalau tidak mahu menghentikannya, sikap menyemarakkan kemarahan
ini akan mencetuskan pelbagai bentuk keganasan lagi. Kebencian dan
balasan tidak akan bersedia masuk kembali kotak pemerapannya
selepas is terbuka. Bagi setiap 'pejuang' dan pengikut dan
penyokongnya yang terkorban, ratusan manusia yang tidak berdosa
menjadi mangsa juga. Untuk setiap ratusan manusia tidak berdosa yang
terbunuh, besar kemungkinan beberapa bakal pejuang akan dilahirkan.
Ini tidak bermaksud bahawa mereka yang melaksanakan serangan
udara pada September 11 itu tidak boleh dihambat dan ditangkap.
Mereka perlu dicari (kalau belum lagi mati - penterjemah). Tetapi,
apakah peperangan itu jalan yang terbaik mengesan mereka? Apakah
disebabkan seekor nyamuk, kelambu yang baru mesti dibakar? Apakah
kemungkinan kemarahan itu yang membuatkan dunia ini satu tempat
yang tidak menyenangkan hidup kita? Presiden George Bush baru-baru ini berlagak sombong; 'Apabila saya
bertindak, takkan saya melancarkan satu peluru berpnadu berharga $2
juta dollar arah satu khemah kosong yang berharga $10 dollar dan
mengena punggong seekor unta. Tindakan saya akan merupakan
sesuatu yang menepati sasarannya.' Sepatutnya Presiden Bush sudah
lama sedar tidak ada satu sasaran di Afghanistan yang berbaloi
ditembak dengan peluru berpandu yang sungguh mahal harganya itu.
Mungkin untuk menjimatkan belanja, dia harus mengeluarkan peluru
yang lebih murah harganya untuk menembak sasaran yang murah
harganya di negara miskin (tetapi itu pun kerja yang tidak akan
memuaskan nafsu pengeluar senjata blok pakatan bersatu).
Kemarahan Yang Bercambah Setiap hari peperangan itu dibiarkan berlanjutan, kemarahan yang
membuak itu akan terus bercambah bebas di dunia ini.
Pasanglah telinga di bahagian rantau ini, dan anda akan mendengar
rentakan pukulan kemarahan manusia. Tolonglah, hentikan peperangan
ini sekarang, Terlalu ramai manusia yang terkorban. Peluru berpandu
yang pintar itu belum cukup pintar lagi. Semuanya diledak untuk
membebaskan kemarahan yang terpendam.
Kepada masyarakat Amerika yang baru sedar betapa aibnya apabila
martabat dan maruah diri tercemar dan tercedera, yang kehilangan
orang yang tersayang dengan kejamnya, kebodohan pendapat dalam
'pertembungan ketemadunan' dan 'Yang Baik vs. Yang jahat'
merupakan perbincangan yang akan membuatkan ramai lagi keliru.
Mereka kerap menerima sokongan sindiran daripada jurucakap
kerajaan laksana suntikan harian vitamin dan ubat pelega. Perubatan
biasa itu menentukan tanahbesar Amerika akan terus mengekalkan satu
enigma betapa rakyat Amerika pada keseluruhannya merupakan
manusia yang sempit fikirannya, yang ditadbir oleh kerajaan yang
bercampur baur dengan mereka yang memang amat suka menjaga tepi
kain orang lain. Bagaimana pula dengan kita yang tidak terdaya menepis bermacam
bentuk propaganda yang tidak dapat diterima oleh akal kita? Memang
tidak banyak bezanya kalau dinilai segala makanan yang digugurkan
setiap hari di Afghanistan itu dengan propaganda yang kita baca dan
dengari. Patutkah kita menoleh tempat lain ataupun makan sahaja
disebabkan kita terlalu lapar? Ataupun apakah kita harus terus
menonton wayang propaganda yang disiarkan setiap hari sehingga
satu ketika kita beramai-ramai akan bangkit dan menyuarakan
bantahan kerana sudah lama tidak tahan?
Apabila tahun pertama mellinium baru melangkah dengan laju untuk
menutup tirainya, tentu kita terfikirkan apakah kita kehilangan hak untuk
memimpikan sesuatu? Mampukah kita melakarkan bayangan
bagaimana rupanya keindahan itu? Mampukah kita membuang masa
bersantai melihatkan kerlipan mata seekor cicak yang baru lahir di
siang hari, ataupun membayangkan bisikan cencorot yang membisik
sesuatu di telinga tanpa memikirkan menara Dewan Dagang Dunia dan
Afghanistan? Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6214 |