Laman Webantu KM2: 6219 File Size: 12.8 Kb * |
TJ SP MGG: Anthrax dan peperangan di Afghanistan By M.G.G. Pillai 23/10/2001 1:36 pm Tue |
[Semakin lama semakin banyak masalah dan kesilapan telah timbul dalam
peperangan ini sehingga memeningkan pihak yang merancang. Kegagalan bom
mengena sasaran serta terkorbannya mereka yang tidak berkenaan telah
mengaibkan Amerika. Amerika mungkin boleh menawan bumi Afghanistan tetapi ia
tidak akan berjaya menawan hati rakyatnya yang beriman. Tanpa itu kerajaan
bonekanya akan terus bergoyang.... Anthrax dan peperangan di Afghanistan
(Anthrax and the war in Afghanistan) Oleh: M.G.G. Pillai. Beberapa hari kebelakangan ini berita yang diterima daripada Amerika ialah
yang ada kaitan denGan peperangan di Afghanistan dan kisah Anthrax yang
menakutkan sehingga Kongres terpaksa ditutup untuk sementara. Nampaknya
sesuatu berita itu ada kesinambungannya antara kisah yang satu kepada yang
lagi satu, dan inilah yang membuatkan Washington tidak berapa gembira.
Negara itu semakin ketakutan dan cemas dengan serangan 'bioterror' sehingga
ada segelintir yang berani meneruskan siasatan mereka. CNN dan jaringan TV
termasuk program 'talk shows' menjadi hangat dengan kisah ini sehinggakan
merebak ke tempat lain. Timbalan perdana menteri sudah pun mengeluarkan amaran untuk memenjarakan
sesiapa yang menyebarkan berita mengenai anthrax ini.
Yang menjadi sasaran untuk tuduhan ialah Iraq, Syria, Libya, Osama bin
Laden dan kumpulan Al-Qaeda, dan sesiapa juga yang dapat menyumbang kepada
kecelaruan dalam peperangan terhadap keganasan.
Yang tidak pernah dituduh ialah mereka yang mempujnyai segala kemampuan
mencetuskan keributan itu: kumpulan sayap kanan di Amerika Syarikat, yang
mampu dan berupaya membuatkan orang ramai menderita ketakutan seperti yang
pernah mereka lakukan sebelum ini.
Ketika bangunan kerajaan di Oklahoma dibom pada 1995, tuduhan yang pertama
kerajaan Amerika ialah pengganas (pejuang?) Islam, mungkin juga ketika itu
Osama bin Laden. Tetapi Timothy McVeign, yang telah pun dikenakan hukuman
mati kerana keganasan itu, bukannya seorang fundamentalis Islam, tetapi
adalah anggota kumpulan anarkis sayap kanan di Amerika.
Kisah anthrax yang menakutkan, sebaliknya menjadi satu bahan lencongan yang
amat berguna kepada Washington sambil mereka mengendalikan peperangan.
Anthrax memang berbahaya, hanya kalau disebarkan dengan alat senjata yang
berpadan. Kerana itu ia mengecualikan kumpulan pengganas sebagai
penyebarnya. (Tetapi CIA pun pengganas juga -penterjemah)
Sebelum ini memang ada satu kes anthrax yang digunakan sebagai bahan
menakutkan di Amerika Syarikat. Ketika itu kumpulan Rajneesh Group yang
dikatakan satu kumpulan fanatik Hindu telah menggunakan racun ini untuk
menguasai sebuah bandar di Oregon. Rencana itu gagal dan dua orang yang
merancangnya telah dipenjarakan. (Cerita sebenar waktu itu kumpulan itu
sudah mengancam penyebaran agama Kristian TV - TV avangelical - dan ramai
orang putih Amerika yang taksub mempelajari ajaran Rajneesh daripada
pelusuk dunia datang ke Amerika -penerjemah)
Kemudian satu kumpulan di Jepun mendapati penggunaan anthrax sebagai bahan
untuk menakutkan di Tokyo sebagai kimia yang leceh dan telah memilih kimia
'sarin' yang sama bahayanya tetapi tidak berapa mudah bertukar menjadi wap
dan cecair. Itupun menyulitkan mereka, walaupun ada yang mati dan para
perancangnya akhirnya merengkok dalam penjara.
Yang menakutkan Media yang sepatutnya menumpukan usaha kepada pergolakan perang di
Afghanistan menjadi kelamkabut kerana terpaksa memberikan gambaran yang
menakutkan betapa wujudnya panik dan ketakutan disebabkan anthrax itu.
Rakyat Amerika ditakutkan dan inilah yang memberikan peluang kepada
pentadbiran Bush dan tukang canang perangnya kebebasan merancang peperangan
di Afghanistan untuk menaklukinya. Memang kita tidak payah diragukan kemampuan Amerika Syarikat mengedarkan
sendiri anthrax, termasuk di negara asing, sambil menganggap perkara ini
tidak terfikir oleh orang lain. Kerana itu apabila diamati, jelas kepada kita bahawa pandangan kritis
terhadap perpaduan sejagat untuk memerangi keganasan itu berada di tempat
lain, terutama sekali di Britain. Muslihat ini adalah bertujuan mahu
meningkatkan sokongan terhadap seorang presiden yang naik setelah dibantu
dan diputuskan oleh mahkamah. Tetapi jelas kini betapa ia sudah kecundang dalam peperangan propaganda,
seperti juga yang dijangkakan kalau ia berperang di daratan nanti. Sudah ada
lapuran berita Amerika yang memberi kiasan betapa kempen peperangan yang
didasari oleh rangkaian Anglo-Saxon itu akan menghadapi banyak rintangan
sebaik sahaja ia bermula. Sudah ada satu usaha mendesak agar peperangan itu ditamatkan menjelang
Krismas, tetapi apakah Afghanistan akan membiarkan kumpulan Anglo-Saxon
selepas itu? Siapa pula yang akan menunjukkan muka untuk meredakan keadaan
dengan sogokan barang makanan dan harta-benda.
Itu sudah menjadi satu kemestian, jika tidak ia akan membengkak menjadi
satu konflik yang lebih besar untuk membisul di dunia Islam. Osama bin
Laden sudah menjadi wira rakyat, laksana seorang yang bertaraf wali di
Peshawar. Seperti yang ditulis oleh Robert Fisk, dalam akhbar
'Independent', lagi lama Osama Laden dapat bertahan, lagi mencangkam
ngaumannya yang akan bergema di seluruh Timur Tengah. Mereka mahu jatuhkan
Taliban daripada berkuasa. Mereka mahu Pakatan Utara membantu berjuang
untuk mencapai hasrat mereka, tetapi tidaklah sampai Pakatan Utara itu
dapat pula berkuasa. Bekas raja Afghan yang sudahpun berusia 80-an, kini diusung ke hadapan
daripada sarang persaraan setelah terhumban mendapatkan suaka di Itali dan
dijadikan bahan umpan untuk menegakkan satu kerajaan sementara di
Afghanistan. Tetapi dia telah digulingkan daripada takhtanya 40 tahun yang
lalu dalam satu rampasan kuasa oleh adik iparnya berasaskan dalil yang sama
yang membuatkan dia menjadi umpan semula.
Sejak penggulingannya itu Afghanisgtan telah diserang bertubi kali oleh
beberapa kerjaan yang saling berganti tetapi bersifat pro-Soviet dalam
pentadbiran mereka, sehinggalah Soviet Union telah disingkir lapan tahun
yang lalu. Kumpulan yang menganggotai Pakatan Utara telah merampas kuasa,
tetapi rekod sejarah menunjukkan betapa Taliban telah dapat merampas kuasa
mereka dengan mudah sekali. Semuanya Sama Sahaja Amerika dan Britain tidak punyai pilihan lain sekarang, tetapi mengerakkan
tentera daratnya, seandainya mereka mahu mengekalkan maruah dan kesatuan
mereka di kalangan negara Islam, terus terpelihara.
Kedua negara kuasa besar ini mempunyai satu sejarah panjang yang merakamkan
mereka mudah mungkir janji. Kali terakhir berlaku hanya satu dekad yang
lalu. Waktu itu mereka mengajak semua negara Islam bersatu bersama mereka
dalam Peperangan Teluk menentang Iraq.
Begitulah nampaknya di Afghanistan. Pengeboman selama ini mungkin sudah
membunuh lebih 300 manusia mengikut dakwaan Taliban. Orang Afghan tinggal
dalam kawasan bergua di pergunungan, dan segala bom itu, betapa tepat dan
pintar, tentu akan mengena mereka, membunuh dan mencederakan sehingga
menjatuhkan maruah mereka. Mereka tidak akan mudah ingat bahawa pasukan
bersekutu telah 'menang' perang itu. Itu sebabnya episod anthrax yang menakutkan itu muncul bertepatan dengan
masanya untuk mengelakkan kerja-kerja membuat pengumuman mengenai dasar
kerajaan yang menakutkan yang menyangkuti amalan politik dan perhatian
global. Kini, pelencong itu telah berjaya, tetapi untuk berapa lama?
Segala bom yang digugurkan itu tidak akan menyelesaikan satu apa pun di
Afghanistan. Inilah dia sebuah negara yang wujud selama ini dengan cara
setiap kaum itu berpecah belah tetapi secara berpolitik, dapat besatu-padu
apabila memerangi masyarakat lain dan penceroboh yang mahu menguasai
mereka. Begitulah juga dengan harapan besar kepada serangan darat nanti. Anda tidak
dapat meneka manakah sebenarnya kesetiaan Afghan itu, setiap saat. Memang
mudah untuk mengkucar-kacirkan kesetiaan sesuatu kaum itu, tetapi peribahasa
bahawa 'musuh kepada musuh aku adalah kawanku' adalah satu panduan yang
mesti difikirkan. Peperangan Afghan ini dilancarkan bermodelkan Peperangan
Vietnam dulu, keputusannya nanti tidak akan berbeza jadinya.
Pentagon ada menyatakan bahawa struktur kepimpinan Taliban sudah pun
dimusnahkan hingga hancur lebur. Tetapi, mengikut lapuran Independent pada
hari Ahad (21 Okt. 01), struktur pemerintahan itu merupakan seorang manusia
yang berbaring di atas sehelai permaidani, dengan sepucuk senjata usang
disebelahnya, sebuah telefon yang tidak pernah berbunyi kerana tidak
berfungsi dan 'sebuah tekoh yang paling besar di dunia.'
Beberapa landasan kapal terbang sudah dibom? Semua pesawat terbang telah
terkandas dan tidak perlu bertempur di udara. Semua itu tidak perlu diambil
kira. Apabila pasukan bersekutu menggugurkan tentera mereka, akan sedar
betapa landasan tidak dapat digunakan oleh pesawat pejuang lagi. Walaupoun
Pakatan Utara sekarang keseronokan kerana diberikan keutamaan untuk
menggantikan Taliban, dalam kerajaan pasca perang nanti. Tetapi mereka akan
tetap terpahat dalam ingatan Afghan sebagai boneka Barat.
Satu kesan yang paling ketara dalam peperangan ini ialah kesedaran di
kalangan kaum Pashtun untuk menaruh keyakinan kepada puak Taliban yang akan
dirombak pentadbirannya betapa pun besarnya kebencian dan ketakutan
terhadap mereka. Inilah caranya untuk mengalahkan musuh mereka.
Menyungkup Masalah Yang Ada Saya kerap mengesan adanya cemuhan di CNN betapa peperangan itu tidak
dilancarkan dengan baik. Perasaan kurang puas hati itu terselindung di
sebalik perbincangan mengenai anthrax yang sentiasa ditonjolkan dan beberapa
komentari yang sengaja beragenda bagaimana keadaan sebenar peperangan itu.
Ada anggapan oleh semua pihak bahawa Amerika Syarikat dan Afghanistan
adalah berada dengan kekuatan yang sama, dan menjadi satu perkara mudah
untuk kekuatan Amerika menumpaskannya.
Tetapi, ada juga askar Anglo-Saxon yang sudah mati. Tidak ramai yang mati
itu, kata Pentagon. Tetapi ramai juga yang sudah terkorban, kata Taliban.
Kebenarannya tentu ada di antara dua angka, dan memang banyak jumlahnya
untuk menggerunkan pentadbiran Bush seandainya ketakutan Anthrax itu
menghilang pergi. Sementara itu, Timur Tengah bergolak lagi. Serangan September 11 itu, telah
menghenyak Amerika Syarikat untuk mengkaji semula sokongan padunya terhadap
Israel, yang secara berani mengganyang Yasir Arafat dan pentadbiran
Palestin. Washington telah terkejut dengan serangan balas OIC yang membuat deklarasi
mereka, yang meniru gelagat NATO bahawasanya serangan terhadap anggota
pertubuhan adalah sama dengan serangan kepada seluruh perikatan itu. Kini,
sekutunya yang paling setia di kalangan dunia Islam tidak lagi bersedia
menjadi patung boneka dalam isu Afghanistan. Lagipun, kalau perkara ini
reda, besar kemungkinan ada regim itu yang akan menghadapi bencana.
Gangguan Anthrax itu akan menghilang tidak lama lagi, terutama sekali
apabila jumlah yang terkorban terus meningkat. Pentagon mempunyai cara pelik
untuk menangani masalah mereka yang terkorban. Kalau lima orang dalam satu
pasukan berjumlah 20 terbunuh, jumlah yang terkena malapetaka itu dianggap
berat. Kalau 200 orang dalam satu pasukan menyerang berjumlah 10,000,
jumlah yang kena kemalangan itu dianggap ringan sahaja. Jadi, muslihat
politik ini dianggap dapat mengekalkan moral perjuangan dan menyembunyikan
musibah malapetaka yang melanda. Ketika saya menuntut di Harvard, mengikuti kursus Nieman, pada 1976, ada
seorang veteran perang Vietnam yang memberitahu saya salah satu tugasnya
dulu di Saigon, ialah mengeluarkan angka kecelakaan secara berdikit, supaya
tidak mengejutkan rakyat Amerika sehingga ada pula yang jatuh sakit.
Dalam satu minggu katanya, lebih satu ratus askar Amerika yang mati, tetapi
hanya lapan orang yang diumumkan. Yang lain itu disimpan dalam peti beku
dan diumumkan setiap minggu untuk diberikan tabik-bormat apabila kerajaan
menanam mayat. Peperangan Afghanistan tidak akan memakan masa sepanjang itu. Tetapi ia akan
berjalan sehingga seluruh dunia Islam naik marah melihatkan bumi mereka
diserang secara berterusan. M.G.G. Pillai Terjemahan: SPAR-01-1711 Asal: KM2 6210
|