Laman Webantu KM2: 6217 File Size: 3.4 Kb * |
TAG SP 387: AP - PBB Kata AS Bom Klinik Tentera By AP 23/10/2001 1:22 pm Tue |
[Awas: Laporan ini dipetik daripada (agensi) akhbar Amerika. Tajuknya
dia sebut klinik yang kena bom, tetapi bila melapurkan kenyataan PBB
dia sebut 'hospital' seperti yang didakwa oleh Taliban. Di CNN,
menteri perang George Bush, tidak mengaku berlakunya pengeboman
hospital itu, dan mengatakan cakap Taliban tidak boleh dipercayai
- penterjemah] Oleh: Associated Press (AP) ISLAMABAD, Pakistan - PBB telah memperakukan satu laporan
(Taliban) yang mengatakan AS telah mengbom satu hospital tentera
di bahagian barat bandar Herat, tetapi ia tidak mempunyai maklumat
mengenai tahap bencana yang berlaku. Pemimpn Taliban pernah menyebut bahawa serangan udara British
dan AS pada hari Isnin itu telah memusnahkan sebuah hospital, dan
membunuh lebih 100 pesakit dan petugas hospital. Mereka tidak
menyebut apakah hospital itu kepunyaan awam ataupun tentera.
Britain menafikan pembabitan pesawatnya menyerang Herat, dan
Pentagon juga menyebut tidak tahu-menahu akan perkara itu. Tidak
ada sebarang reaksi kepada dakwaan PBB itu.
Jurucakap PBB Stephen Bunker, sambil mengutip sumber PBB di
Afghanistan, telah berkata pada hari Selasa bahawa sebiji bom telah
gugur mengena hospital tentera dalam kawasan ketenteraan di
Herat. Pegawai PBB tidak dapat mengesahkan apakah hospital itu
digunakan ketika itu ataupun apakah ada orang awam dan tentera
yang cedera, demikian kata bunker di Islamabad.
Pemipin Taliban telah menghalau hampir semua wartawan asing,
menyulitkan pihak media membuat taksiran bebas terhadap bencana
yang dialami oleh orang awam sepanjang kempen serangan udara
yang sudah berjalan lebih dua minggu itu.
Tamat. Terjemahan: SPAR. Asal: http://dailynews.yahoo.com/h/ap/20011023/wl/
attacks_afghanistan_hospital_3.html U.N.: U.S. Bomb Hit Military Clinic
The Associated Press ISLAMABAD, Pakistan -- The United Nations confirmed Tuesday
that a U.S. bomb had struck a military hospital in the western Afghan
city of Herat but said it had no information regarding casualties.
Afghanistan's Taliban rulers had said a U.S. and British airstrike
Monday hit a hospital, killing more than 100 patients and medical
workers. They did not say whether it was a civilian or military
hospital. Britain denied its planes took part in any raid against Herat, and the
Pentagon said it had no specific information about the purported
incident. There was no immediate reaction to the U.N. comment.
U.N. spokeswoman Stephanie Bunker, citing independent U.N.
sources within Afghanistan, said Tuesday that a bomb hit a military
hospital within a military compound on Harat's eastern edge.
U.N. officials did not know whether the hospital was being used at
the time, or whether any civilians or military personnel may have
been hurt, Bunker said in Islamabad. Afghanistan's Taliban rulers have expelled almost all foreign
journalists, making it difficult for media to come up with independent
assessments of civilian casualties in the more than two-week-old
air campaign. © Copyright 2001 The Associated Press |