Laman Webantu KM2: 6215 File Size: 10.1 Kb * |
TAG SP 385: Pravda - Kabul Akan Dikuasai Turki? By Sergei Borisov 23/10/2001 1:03 pm Tue |
[Memang kesihan rakyat Afghan kerana kuasa besar dunia telah berpakat
untuk mengatur (memprogram) hidup mereka di hari muka. Rusia nampaknya ingin
tumpang sekaki dalam kancah ini setelah teraib dulu sebegitu teruk sekali.
Tetapi banyak negara Islam sekadar memandang dan amat takut untuk menghulur
bantuan ketenteraan. Malah mereka tidakpun berusaha untuk menekan Amerika
dengan memboikot negara Amerika secara besar-besaran. Apalah gunanya OIC
menghentam melalui perkataan jika bertong-tong minyak masih disalurkan kepada Amerika tanpa sebarang sekatan?
- Editor] Kabul Akan Dikuasai Turki? (Kabul To Be Occupied By Turks?) Oleh: Sergei Borisov Mengikut rencana Amerika mengenai operasi serangan daratnya di
Afghanistan, Kabul akan dikuasai oleh Pasukan Tentera Khas
Turki. Demikian yang dilapurkan oleh perkhidmatan maklumat
'Debka'. Rencana operasi darat itu memang sudah siap. Kalaulah
George Bush tidak membuat pertukaran, kerana sebab tertentu,
demikianlah rancangannya. Kebanyakan askar itu akan diangkut ke
kawasan operasi dengan menggunakan helikopter. Helikopter itu
akan bertolak daripada kapal induk Kitty Hawk, yang kini berlabuh
di Lautan Arab, berdekatan Pakistan. Sebarang sokongan pasukan
pembantu akan diangkut dengan helikopter daripada pangkalan di
Pakistan. Mengikut rencananya, bukan sahaja pasukan Amerika,
malahan juga pasukan Turki yang akan terlibat dalam kumpulan ini.
Amerika beranggapan kehadiran Turki itu akan menyingkirkan
sebarang tanggapan bahawa operasi mereka itu berbau satu
'perang salib'. Satu lagi tugas tentera Amerika ialah menyekat kemaraan pasukan
Taliban daripada menghalang kemaraan pasukan Pakatan Utara
menuju Kabul. Ini adalah tugas berganda; satu untuk memudahkan
kemaraan askar Pakatan Utara bergerak ke Kabul, di sebaliknya
tidak membenarkan mereka memasukki ibu negara Afghanistan itu.
Debka memberikan penjelasan betapa Amerika tidak mahu
membenarkan kereta-kebal Pakatan Utara kelihatan di bandar Kabul.
Semua kereta kebal itu adalah buatan Russia, dan mengikut Amerika
besar kemungkinannya jurupandu keretakebal itu adalah askar
Russia. Namun, Russia tidak memperakukan bantuannya kepada
Pakatan Utara itu dalam apa bentuk pun.
Debka menyatakan pada September 23, melalui perbincangan
telefon, ada satu bentuk janji mulut yang telah dicapai antara Putin
dan Bush. Mengiktu perjanjian itu, Washington memperakui betapa
Moscow boleh melibatkan diri dalam rencana penubuhan kerajaan
baru pasca Taliban. Pada waktu yang sama, askar Russia tidak
dibenarkan memasukki kabul. Ada satu lagi pasukan yang akan
memasukki Afghanistan daripada Tajikistan dan akan mengawal
antara Kandahar dan Jelalabad. Pusat pendaratan itu telah pun
dikuasai oleh pasukan khas AS. Pasukan khas Amerika itu telah
mendapatkan maklumat peninjauan sasaran tetapi untuk dibom dan
telah melancarkan penerbangan untuk membedil beberapa
kumpulan yang setia kepada Osama bin Laden.
Minggu lalu, ahli keluarga 'Afghan Arab' yang tinggal di Mesir,
Jordan, Yemen, Arab Saudi dan Lebanon telah menerima berita
kematian saudara mereka di Afghanistan. Tidak pun diketahui akan
kemalangan di pihak Amerika. Mengikut beberapa sumber, ibunegara
Afghanistan itu sudah pun jatuh ke tangan satu pasukan bersama
Amerika, British, Jerman, dan pasukan peninjau Pakistan. Pasukan
Taliban telah meninggalkan Kabul dalam dua pasukan yang
berpecah dua hala: satu menghala ke arah terkumpulnya tentera
Pakatan Utara, dan satu lagi ke arah timur. Pasukan yang
melepaskan Kabul bercadang menuju ke Gindukush, dan kalau
berjaya mereka mampu bertahan sepanjang musim sejuk. Satu hari
sebelum pengeboman Amerika itu, Mullah Omar telah memberi
arahan kepada komandernya agar terus berjuang. Kalau Amerika
mengasak mereka ke tembok sekali pun, mereka mesti terus
berjuang. Mengikut rencana Amerika ketumbukan awal pasukan bersekutu
mesti menumpaskan Taliban, dan pasukan yang lain akan terus
menghala ke Gindukush. Pakar tentera menjangka bahaya yang
paling sengit - pertempuran di pergunungan - masih lagi belum
berlaku. Ada yang khuatir Osama bin Laden berkemungkinan
membuka satu medan perang kedua di Timur Tengah, di Asia
Tengah dan di Balkan, sambil meneruskan kempen keganasan di
Amerika Syarikat. Amerika menjangkakan Osama Laden akan meninggalkan
Afghanistan. Terdapat tiga tempat di dunia ini di mana beliau
menyorok; Somalia, Yemen dan Chechnya. Hari ini, Osama
dikatakan bergerak dalam kereta ambulan. Tidaklah diketahui
apakah itu satu strategi yang baik, apabila difikirkan Amerika
menyerang banyak sasaran yang dianggap tidak berbahaya.
Pasukan khas AS tidak menolak kemungkinan Osama bin Laden
dapat keluar dengan menggunakan perkhidmatan pesawat udara.
Ada pemimpin politik Amerika yang lebih merasa yakin. Ada juga
desas-desus di Senat bahawa Osama Laden akan ditangkap tidak
lewat dari pertengahan November. Walaupun semua sumber itu
mempunyai kesamaan dalam satu pendapat. Osama Laden masih
lagi berada di Afghanistan, berpindah randah daripada satu gua
kepada dua yang lain. Terdapat beberapa wanita, pembantu dan
pengawal peribadi yang menemaninya. Sergei Borisov Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: http://english.pravda.ru/main/2001/10/23/18842.html
2001-10-23 SERGEI BORISOV: KABUL TO BE OCCUPIED BY TURKS?
According to the plan of the US ground operation in Afghanistan,
Kabul will be occupied by Turkish Special Forces. 'Debka'
information service reports that the plan of the ground operation is
ready. If George Bush does not change it for any reason, the ground
operation will go according to the following.
Most soldiers will be transported to the battle field by helicopters.
The helicopters will take off from the deck of the Kitty Hock aircraft
carrier, which is now in the Arabian Sea, near Pakistan. The task of
these forces is to occupy the Afghan capital. They will be supported
by additional troops, also transported by helicopters from Pakistan.
According to the plan, not only American, but also Turkish Special
Forces will be part of this group. The Turkish forces are to be an
occupational force in Kabul. Americans seriously watch the Muslim
world's reaction to the events in Afghanistan. They probably
suppose that the Turkish presence will not allow one to call the
Afghan operation a 'crusade." One more task of US ground forces is to suppress the opposition of
forward groups of the Taliban blocking the advance of the Northern
Alliance's forces to the capital. That is a double task: on one hand,
to pave the way to the capital for the Northern Alliance, on the other
hand, not to admit them to the capital. Debka explains it in this way:
Americans do not want the Northern Alliance's tanks to appear in
Kabul. The tanks are of Russian origin, so, according to Americans,
the tank crews might be Russian as well. Though Russia did not
confirm its assistance to the Northern Alliance to be of that kind.
Moreover, the Debka information service stated that on September
23, during a telephone conversation, a kind of oral treaty has been
concluded between Putin and Bush. According to this treaty,
Washington confirms that Moscow can participate in forming
theAfghan post-war government. At the same time, according to this
treaty, Russian troops should not enter Kabul.
One more group will arrive in Afghanistan from Tajikistan and will
occupy border lines near to Kandagar and Jelalabad. The landing
places are to be controlled by US Special Forces. Special task
groups will gather reconnaissance information, fix targets of
bombardments, and carry out battles with forward groups of 'Afghan
Arabs' directly under the command of bin Laden. Last week,
families of the 'Afghan Arabs' in Egypt, Jordan, Yemen, Saudi
Arabia, and Lebanon got to know about their beloved ones' deaths
in Afghanistan. There is no information about US losses.
According to some reports, the Afghan capital is to be partly
controlled by American, British, and German task groups and
Pakistan reconnaissance groups. The Taliban's forces will leave
Kabul in two directions: toward the Northern Alliance's troops and
to the northeast. In Kabul, only separated groups of the Taliban will
remain. They will maraud and mine streets. The troops leaving Kabul
will intend to force their way to Gindukush. If they manage to
accomplish this, they will have enough food to hold out for the
whole winter. The day before the bombardments, mullah Omar
instructed their commander not to give up if Americans drive them
against the wall. According to the plan, the advanced groups of the coalition must
disarm the Taliban, while other battle-worthy forces will force their
way to Gindukush. Military specialists suppose the most dangerous
thing - mountain battles - is yet to come. Though Osama bin Laden
could any time open the second front in the Middle East, in Middle
Asia, and in the Balkans, while launching a terror campaign in the
USA. Bin Laden himself, Americans suppose, is going to leave
Afghanistan. There are three spots in the world where terrorist
number one could hide himself. Theu are Somali, Yemen. and
Chechnya. Today, Osama seems to go by ambulance. It is not
known whether or not it this good protection or not, especially taking
into account the fact that Americans bombed so many peaceful
targets. The US Special Services do not exclude the possibility that
Osama bin Laden might manage to pass through the border or just to
fly out, regardless of all the troubles of air travel. American
politicians are more self-assured. There is a rumour in the Senate
that bin Laden will be caught no later than the mid-November.
However, all sources are united on one opinion: bin Laden is still in
Afghanistan, moving from one cave to another. One or several
women, aids, and body guards accompany him.
Sergei Borisov |