Laman Webantu KM2: 6206 File Size: 1.7 Kb * |
TAG SP 382: TOI: Lapuran: Missi Pertama AS Yang Kecundang By TimesIndia 22/10/2001 3:34 pm Mon |
[Bayangkan betapa kurangnya berita kemusnahan militari di pihak
Taliban walaupun sudah berpuloh peluru berpandu pintar dilepaskan
oleh Amerika. Sebaliknya ia mengena sasaran awam, pakar periuk api
UN, gudang palang merah dan kini hospital awam pula. Amerika
sudahpun tewas sebab itulah ia membeli semua imej satelit dunia.
Tetapi pendedahan ekslusif Al Jazeera akan mengaibkan Bush dan
kabinet tenteranya di seluruh dunia.....
- Editor] (First US ground mission a failure: Report)
Oleh: Times of India MOSCOW: Missi pertama tentera darat AS memasukki Afghanistan
yang dikuasai oleh Taliban pada Sabtu dulu telah kecundang,
demikian laporan sebuah agensi berita Russia membuat laporannya
pada Ahad lalu. Interfax yang menyebut sumber tentera di Tajikistan berkata pasukan
tentera khas AS tidak mencapai sebarang hasil kejayaan. Malahan ia
tidak juga dapat mempengaruhi sebarang keadaan ketenteraan di
Afghanistan. Lebih 100 anggota pasukan khas itu mendarat dengan helikopter di
Kandahar, tidak jauh daripada Bukit Babashah. Mereka mendapati
kawasan itu dikawal dengan ketat oleh Taliban dan membuatkan
mereka terpaksa cabut lari tanpa mencapai sebarang kejayaan
memusnahkan landasan rahsia Taliban itu, kata Interfax.
Laporan itu mengatakan pasukan khas AS itu telah diangkut daripada
pangkalan di Pakistan daripada Pasni dan Jacobabad.
|