Laman Webantu KM2: 6205 File Size: 4.5 Kb * |
TAG SP 381: TOI: Taliban Meminta 500,000 Sukarelawan Daripada Pakistan By TimesIndia 22/10/2001 12:22 pm Mon |
[Setakat ini hanya askar Amerika dan British sahaja yang
turun padang. Yang lain masih berdilema dan kalau ada pun
sekadar menunjuk muka sahaja. Perang ini sebenarnya menyalahi
undang-undang antarabangsa. Lagipun buktinya tidak ada. Kita
pasti bukti itu tidak akan ada walaupun Osama sudahpun tiada...
- Editor] (Taliban asks for 500,000 volunteers from Pakistan)
Oleh: Times of India LONDON: Taliban telah meminta beberapa kumpulan agama di
Pakistan menghantar sekurang-kurangnya 500,000 sukarelawan,
walaupuan AS melancarkan serangan darat di Afghanistan pada
awal minggu. Permintaan untuk mendapatkan sukarelawan itu akan meningkat.
'Setiap selang hari, sekitar 500 hingga 1,000 manusia menyeberang
sempadan untuk menyertai Taliban,' demikian laporan Sunday Times
menyebut kenyataan seorang pemimpin agama di Karachi.
Dua sukarelawan Muslim British akan memikul senjata minggu ini menentang
tentera Amerika dan British memerangi Taliban.
Abdul Halim, 24, seorang warga Bangladeshi daripada Whitechapel
di East London, memang sudah terlatih sebagai seorang pejuang.
Dia pernah mengikuti latihan selama empat bulan tahun lalu di bawah
kelolaan Osama Laden dan Al-Qaeda. Ketika saya ada di benteng pertahanan, terdapat orang Arab,
Pakistan, Indonesia dan Uzbek,' kata Halim.' Memang banyak
bahayanya. Askar Pakatan Utara memang pintar menembak. Pernah
saya ditembak oleh pakar tembak mereka yang menyorok di atas
pokok.' Mengikut laporan itu, Halim telah menceritakan bagaimana dia
menjalani latihan dalam ilmu teknik mensabotaj dan pertarungan satu
lawan satu oleh pelatih Bangladeshi di kem Al-Qaeda. Yang khusus
dipelajarinya ialah cara menggunakan 'mercury-switches' yang
merupakan alat penting dalam ledakan bom. Tetapi dia belum pun
disuruh memasangnya. Sukarelawan kedua ialah bernama Abdullah, 21 tahun yang
merupakan seorang jurutera telekomunikasi daripada Ilford. Wajahnya
tertutup rapat oleh penudung kepala. Dia berkata betapa Osama
Laden menjadi inspirasi perjuangannya untuk menentang tentera
British dan Amerika. 'Saya akan menganggap diri saya seorang hipokrit seandainya saya
tinggal di Britain sedangkan ia mengisytiharkan perang terhadap
Afghanistan tanpa saya membuat sesuatu mengenainya,' kata Abdullah. (PTI)
Terjemahan: SPAR Asal: Taliban asks for 500,000 volunteers from Pakistan
From: Times of India LONDON: Taliban has requested religious groups in Pakistan to send
in at least 500,000 volunteers even as the US launched ground
attacks inside Afghanistan this weekend, media reports said on
Sunday. The demand for volunteers will go up. "Every second day, some 500
to 1,000 people are crossing the border to join the Taliban," a
Sunday Times reported quoted a cleric in Karachi as saying.
Two British Muslim volunteers will take up arms this week against
American and British forces fighting the Taliban.
Abdul Halim, 24, a Bangladeshi from Whitechapel in East London, is
already a trained fighter. He spent four months in the war-torn
country last year with Osama Bin Laden's al-Qaeda network.
"When I was on the front line, there were Arabs, Pakistanis,
Indonesians and Uzbeks," Halim said. "There was danger. The
Northern Alliance are fine marksmen and one once shot me out of a
tree." According to the report, Halim described how he had been trained in
sabotage techniques and hand-to-hand combat by Bangladeshis
attached to the al-Qaeda network. He learnt, in particular, how to
use mercury switches, a key component of terror bombs, but had
never been asked to plant one. The second volunteer, who called himself Abdullah, 21, is a
telecommunications engineer from Ilford. With his face hidden by a
headscarf, he said Bin Laden was an "inspiration" and justified
fighting the American and British forces.
"I would consider myself a hypocrite if I lived in Britain while it was
waging war against Afghanistan without doing anything about it," he
said. ( PTI )
|