Laman Webantu   KM2: 6202 File Size: 4.4 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 378: Pravda: Afghanistan - Pertembungan Pertama, Siapa Merana?
By Timofei Byelo

22/10/2001 11:20 am Mon

[Pentagon masih lagi menafikan komandonya telah ditangkap hidup-hidup di Afghanistan. Ia asyik mengatakan helikopternya sedang dalam misi 'cari dan selamat' (search and rescue) sahaja. Soalnya semua helikopter yang datang itu lengkap dengan senjata berbisa belaka..... - Editor]


Pravda.Ru
22.10.01

AFGHANISTAN - Pertembungan Pertama, Siapa Merana?

Oleh: Timofei Byelo

Ketika pasukan Tentera Khas AS menyerang Afghanistan, pertembungan pertama mereka telahpun terlaksana dengan membawa maut kepada sekitar 20 hingga 25 askar Amerika, demikian laporan Taliban (Awas...ini adalah laporan PRAVDA yang anti-Taliban dan tidak mesra dengan Amerika. Kita terpaksa petik berita ini kerana lama sangat menunggu pengakuan Britain dan AS - penterjemah)

Dua hari sebelum ini sebuah helikopter AS telah terhempas, membunuh dua orang askar AS (tetapi Amerika kata ini adalah kesilapan di pangkalan di Pakistan yang membabitkan kematian seorang sahaja). Taliban, yang dipetik oleh akhbar harian El Mondo di Sepanyol dan stesen radio Portugis Radio Renascenca, mendakwa telah menembak jatuh sebuah helikopter pengangkutan tentera AS. Yang menjadi mangsa dikatakan antara 20 hingga 25. Maklumat ini telah diperakukan oleh TV satelit Al Jazeera.

Sumber Taliban mengatakan helikopter datang daripada Pakistan dan telah ditembak jatuh di ruang udara Afghanistan. Kabinet Taliban telah bersidang dan mengambil keputusan membuat rencana baru untuk menentang para penceroboh itu.

Menteri Pelajaran Afghanistan telah mengeluarkan pesanan 'Kami berpesan kepada rakyat Amerika, kalau mereka mahu hidup selamat, janganlah datang memasuki Afghanistan. Kami orang Afghan sudah bersiap sedia dan menunggu untuk menentang sebarang serangan dan Amerika akan menangguna banyak bencana seandainya mereka menyerang,.' Kabinet juga taleh membuat keputusan untuk mengagihkan kelengkapan penangkis pesawat terbang dan pelancar roket kepada pasukan Taliban yang bertahan di pergunungan.

Strategi yang digunakan oleh puak di Kandahar adalah sama dengan cara yang mereka gunakan terhadap tentera Soviet. Ketika itu dan juga kini, askar Taliban mengandungi askar daripada negara jiran yang tinggal dan faham betul dengan keadaan bumi di situ.

Laporan bencana ini belum lagi diperakukan ataupun dinafikan oleh Pentagon sehingga kini.

Timofei Byelo
Pravda.Ru

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://english.pravda.ru/main/2001/10/22/18762.html

2001-10-22


AFGHANISTAN: FIRST CONTACT - 20/25 US COMMANDOS KILLED

As the US Special Forces invade Afghanistan, the first direct combat has been waged between the two forces, the result being between 20 and 25 American soldiers killed, according to the Taliban.

Two days after a helicopter was downed, killing two US military personnel, the Taliban, quoted by Spanish daily El Mundo and the Portuguese radio station Radio Renascenca, claim to have shot down another military transportation helicopter. The victims are said to be between 20 and 25. This information is also confirmed by the satellite TV station Al-Jazeera.

Taliban sources state that the helicopter came from Pakistan and was shot down over Afghanistan territory. The Taliban cabinet has met and has decided on new measures to confront the invaders.

Behind the message expressed by the Taliban education minister 'Our message to the Americans is, if they want to remain safe and sound, do not come to Afghanistan. The Afghans are ready and waiting to confront any attack against this country and the USA will suffer a very great number of victims if they decide to attack,' is the decision to distribute mobile anti-aircraft equipment and rocket-launched grenades as the Taliban take to the mountains.

The military strategy adopted by Kandahar is thus the same as that which was used against the Soviet forces, which were comprised in their majority by soldiers from neighbouring states who lived in, and knew, the same type of terrain.

The reports of these casualties have not been confirmed or denied by the Pentagon to date.

Timofei BYELO PRAVDA.Ru