Laman Webantu KM2: 6199 File Size: 9.9 Kb * |
TAG SP 376: Pravda - Taleban - Siapakah Mereka? By Bancroft-Hinchey 22/10/2001 10:40 am Mon |
[Kalaulah Taliban itu memang tidak disukai oleh majoriti rakyat
Afghan mereka tidak akan mampu menguasai sebahagian besar negara itu
dengan berbekalkan beberapa ribu pejuang yang kebanyakkannya tidak
terlatih dengan senjata tetapi lebih terlatih dengan ilmu ugama!.
Taleban berjaya menguasai Afghanistan bukan kerana senjata tetapi
kerana akhlak dan ilmu yang tidak dapat ditandingi sesiapa di sana...
Malangnya ramai yang mengutuk mereka tidak tahu kepala hujung
cerita. Akhlak dan ilmu itulah sebenarnya senjata untuk menawan hati
manusia!!. Pravda.Ru Taleban - Siapakah Mereka? (The Taleban - Who and What?) Oleh: Bancroft-Hinchey Panglima tentera Pakatan Utara, Jeneral Dostan berpendapat, bukan
semua orang Taliban itu tidak berguna. Di Afghanistan mereka lebih
terkenal sebagai mengajar Sharia, Al Quran dan perundangan Islam
mengikut cara ajaran dulu-dulu. Hukuman memenggal kepala dan
menyebat dikhalayak ramai di padang bola ataupun stadium
merupakan amalan biasa buat mereka. Namun demikian, Jeneral Abdul Rachid Dostan berpendapat 'Bukan
semua Taliban itu orang yang jahat, ramai yang dapat memberikan
khidmat yang baik kepada rakyat. Pada lazimnya mereka adalah
kaum Pashtoon, dan kumpulan ini mesti mempunyai wakil dalam
kerajaan yang akan datang.' Pendapatnya itu diberikannya kepada
'Der Spiegel'. Kebanyakan anggota Taliban dilahirkan di khemah pelarian di
Pakistan ketika penaklukan tentera Soviet, setelah diminta berbuat
demikian oleh Presiden Afghanistan ketika itu Najibullah. Mereka
telah dilatih dan diongkosi oleh Osama Bin Laden. Ada pihak yang
menyebut latihan itu adalah dengan penglibatan cergas CIA. Majoriti
yang dilatih oleh CIA itu adalah Pashtun, dan ramai juga pejuang
daripada negara lain seperti Saudi, Kuwait, Uzbek dan hinggalah
Pakistan. Pada tahun 1994, mereka menumpaskan pasukan mujahidin
Hezbi-i-islami yang dipimpin oleh Gulbuddin Hekmatyar, setelah
mereka berjaya menunaikan tugas kerajaan Pakistan melindungi satu
konvoi perdagangan antara Islamabad dan Asia Tengah. Sebagai
pejuang berani, mereka akhirnya berjaya menguasai Kabul pada
September 1996. Setelah diterima dengan hati terbuka oleh penduduk yang begitu
lama tertekan oleh panglima perang dan raja dadah, pemerintahan
Taliban telah memerangi korupsi dan mengenakan peraturan dalam
aturhidup rakyat Afghanistan. Dengan sokongan pasukan perkhidmatan risikan Pakistan dan juga
wang yang didermakan oleh kumpulan mafia Pakistan (ingat laporan
ini datang daripada Pravda yang anti-Taliban!!! - penterjemah)
akhirnya Taliban telah merenggang kuasa Pakistan itu dan bergerak
bebas sebagi satu kuasa yang mesra dengan Islamabad. Banyak lagi
negara islam yang lain menyumbang bantuan kepada Taliban. Arab
Saudi sebagai contohnya, menyumbang banyak kelengkapan perang
dan wang sehingga pertengahan 2000. Ideologi Taliban dikatakan bermodelkan ajaran yang satu ketika dulu
diwujudkan di India pada zaman abad ke-19, dan dicampurkan
dengan budaya Pashtoon serta ajaran Wahhabi. Ajaran Wahhabi
adalah syor Mohammad ibn Abdal Wahab (1703/92). Taliban
merupakan satu pertubuhan yang ramai kaum Pashtoon. Di awal
perang saudara dulu Uzbek dan Tajik telah berjaya menduduki Kabul
sehinggalah mereka dihalau oleh Taliban.
Mereka kini menguasai sekitar 10 peratus kawasan utara Afghanistan
sahaja. Kemenangan Taliban itu membolehkan kaum mereka
mendapat balik tanah yang pernah dirampas dulu.
Ketika pemerintahan Clinton, puak Taliban dilihat sebagai satu
benteng terkuat menampan kekuatan Iran di rantau itu. Namun,
Clintonpun mempunyai masalah untuk menyetujui fahaman Taliban
yang menyekat kebebasan kaum wanita secara menafikan mereka
kebebasan untuk bekerja dan kanak-kanak perempuan pergi
bersekolah. Peraturan radikal ini yang membuatkan Taliban tidak disenangi oleh
ramai penduduk Afghanistan. Sebagai contoh terbaru ini, kaum
wanita tidak diberikan hak rawatan percuma. Kini, regim Taliban
sedang meraung kerana diasak dan berkemungkinan tidak dapat
bertahan lama. Hanya Pakistan yang terus mengikhtiraf kerajaan
Taliban. Kini, regim ini sedang ditentang habis-habisan dari dalam dan luar.
Wakil Afghanistan di PBB bekas presiden Burhanuddin Rabbani
berkata Taliban kini melarikan diri ke pergunungan.
Inilah masanya yang paling perit untuk pasukan antarabangsa yang
mahu campurtangan dalam hal ehwal Afghanistan seperti yang
pernah dialami oleh Russia dulu. Osama Laden yang menyatakan bahawa askar Amerika adalah lebih
teruk daripada askar Soviet, kini ternyata sudah bersedia menantikan
serangan Amerika mengikut rencana mereka yang nombor tiga.
Pravda.Ru. Lisbon Portugal Catatan: Pravda.ru (Russia) ada melaporkan sebuah helikopter
Amerika yang membawa 25 penumpang telah ditembak jatuh dan
Taliban kini sedang mengurung 11 komando yang masih bernyawa
lagi. Kita mahu tunggu apakah penjelasan Amerika seterusnya.
Apakah Taliban akan menyeret askar ini di jalanraya pada selepas
Jumaat yang akan datang? - penterjemah.
Terjemahan: SPAR Asal: http://english.pravda.ru/main/2001/10/22/18763.html
2001-10-22 THE TALIBAN - WHO AND WHAT? Public enemy number one or 'not all are bad people' in the words
of the Taleban's chief opponent, General Dostan of the Northern
Alliance' The Taliban are better known in Afghanistan for doling out the
Sharia, the Koranic Law, in its most crude and raw form. Public
beheadings, mutilations, and floggings in packed football stadiums
have become commonplace. However, General Abdul Rachid Dostan of the Northern Alliance, the
main armed opposition group fighting the Taliban regime in the north
of the country, has declared that there are Taliban and Taliban. 'Not
all of the Taliban are bad people; there are many who can provide
good services to the people. In general, they are Pashtun, a group
which should be represented (in a future common government)," he
declared in an interview with Der Spiegel.
The Taliban were born in refugee camps in Pakistan during the
intervention of Soviet forces, at the request of the beleaguered
president of Afghanistan, Najibullah. Financed and trained by Osama
Bin Laden, some say with the complicity and even active
involvement of the CIA, the majority are from the Pashtun tribe,
although there are several thousand Moslem fighters from other
nations, from Saudis and Kuwaitis to Uzbeks and Pakistanis.
In 1994, they swept to victory against the Mujaheddin force
Hezb-i-Islami, led by Gulbuddin Hekmatyar, after being initially used
by the Pakistani authorities to protect a trade convoy to establish a
route between Islamabad and Central Asia. Excellent fighters, they
beat off attack after attack and captured Kabul in September, 1996.
Originally accepted as liberating heroes by a population oppressed
by numerous drug and warlords, the Taliban began by fighting
corruption and imposed a degree of normality to the daily lives of the
citizens of Afghanistan. Aided by the Pakistani secret services and, some say, by money
from the Pakistani mafia, the Taliban soon freed themselves from any
yolk with Islamabad and became a force friendly with Pakistan, but
strictly autonomous. However, other Moslem states aided the Taliban
as they swept across the country from south to north in a number of
brilliant military successes. Saudi Arabia, for example, provided
important quantities of arms and money until mid-2000.
The ideology of the Taliban is based on an obscure sect, which
developed in India during the nineteenth century, mixed with Pashtun
lore and Saudi Wahhabism. This is the western term for a sect
founded within Islam by Muhammad ibn Abd al-Wahhab (1703/92),
which defends the position of a Unitarian God (Wahid), banning the
praying to any prophet, angel. or saint. Wahhabism preaches a literal
and strict interpretation of the noble Qu'ran and adherence to the
doctrine of predestination. The fact that the Taliban are made up of the majority Pashtun is
important, since during civil war, the northern minority Uzbek and
Tajik warlords were in Kabul, but their strongholds were, and are,
isolated regions in the northern 10% of the territory that they hold
today. The advent of the Taliban, going back the Pashtun lands, was
,therefore, a foregone conclusion. During the Clinton administration,
the Taliban were seen as an important counterweight to Iran in the
region, but there was a diplomatic correction due to their policy on
women, refusing to allow them access to education, forbidding girls
from going to school, and prohibiting women from working.
This radicalism, mixed with violence, earned the Taliban mistrust
even among some Pashtun tribespeople and open revolt in
non-Pashtun areas since 1996. For example, women were recently
denied the right to health care. Today, the regime faces its hardest test in what would logically
appear to be its death throes. Isolated diplomatically, Pakistan being
the only country to recognize this regime, and facing a massive
military operation from within, and outside, its borders, and its
representative in the United Nations being former President
Burhanuddin Rabbani, the Taliban now take to the mountains.
This may be the worst nightmare for the international force
intervening in the country, as the Soviet Union itself witnessed.
Osama Bin Laden, who has issued declarations expressing surprise
that the American troops are much worse than the Soviets, seems to
be ready and waiting for phase three.
Timothy BANCROFT-HINCHEY PRAVDA.Ru LISBON PORTUGAL |