Laman Webantu KM2: 6191 File Size: 13.4 Kb * |
TAG SP 375: Peperangan ala Amerika [Mesti Baca] By John Pilger 21/10/2001 10:54 am Sun |
[John Pilger adalah antara wartawan terbaik dunia - Editor]
Oktober 15, 2001. (War American Style) Oleh: John Pilger Serangan Anglo-Amerika terhadap Afghanistan sudah pun sampai ke satu sempadan yang
baru. Ini bererti bahawa perang ekonomi Amerika itu sentiasa dibantu oleh ancaman
berpanjangan adanya serangan ketenteraan terhadap setiap negara lain, tanpa
sebarang kesahihannya. Inilah juga peperangan yang membahayakan penduduk di negara
sendiri. Matlamat kemuncaknya bukanlah penangkapan seorang fanatik, yang sebenarnya
bersifat satu putarbelit media semata-mata, dan bertujuan memacu kuasa imperial
barat. Inilah hakikatnya yang tidak mahu dijelaskan oleh imperialis moden dan segala
jongosnya, sedangkan masyarakat di barat yang terdedah kepada rencana jihad yang
menyeluruh itu sepatutnya mempunyai hak untuk tahu.
Kerana terlalu ghairah, Tony Blair hampir membuat pengumuman niat yang sebenar
yang berbeza dengan sikap pemimpin British sebelumnya sejak Anthony Eden dulu.
Bukan sahaja Blair menjalankan peranan sebagai budak suruhan Washington, sikapnya
yang suka cakap banyak seperti yang ditunjukkan kepada persidangan 'Labour Party',
telah memberi ingatan betapa usaha menghidupkan kembali watak imperialisame itu
sudah semakin terserlah. Hark, pengebom 'gentleman' mempunyai wawasan akan wujudnya
satu dunia baru untuk 'golongan yang lapar, terhimpit hidupnya, kehilangan
segalanya, yang serba tidak-tahu, mereka yang tinggal serba kesempitan daripada
padang pasir di Utara Afrika higgalah kawasan peleseran di Gaza dan menjangkau
banjaran gunung Afghanistanistan.' Demikianlah visinya ketika dia bersekongkol
menggugurkan bom memusnahkan mereka dan menyekat edaran makanan untuk membantu
kanak-kanak yang kelaparan. Apakah semua ini satu lelucon? Tentu tidak, seperti yang telah diingatkan kepada
kita oleh Frank Furedi dalam 'New Ideology of Imperialism', yang tidak pun berapa
lama dulu, 'bahawa cakap-cakap mengenai nilai kerukunan imperialisme jarang sangat
dipersoalkan di barat. Imperialisme dan perkembangan sejagat kuasa negara barat
diperkenalkan dalam bentuk yang kesamaran positifnya, seolah-olah itulah penyumbang
utama kepada tamaddun manusia.' Pencarian itu menjadi silap, tersasar jauh apabila
didapati betapa fascisme, dengan segala tanggapan akan ketuanan budaya dan
perkaumannya adalah imperialisme yang sebenarnnya, dan itulah juga perkataan yang
kerap lesap dalam setiap pedebatan akedamia. Kalau diikutkan tradisi fahaman
Stalinis, imperialisme sudah tidak wujud lagi.
Apabila khatamnya perang dingin, muncul satu peluang yang baru, menggantikannya.
Krisis politik dan ekonomi di negara yang membangun, yang sebahagian besarnya
disebabkan kesan imperialisme, seperti pertumpahan darah di Timur Tengah dan
kemusnahan pasaran komoditi di Afrika, kini menjadi satu imbaun berpadan untuk
imperialisme. Walaupun perkataannya masih tidak boleh disebut, para pemikir barat,
samada konservatif ataupun liberal, kini sudah berani mengulang-ulang ekspressi
pilihan Tony Blair dan George Bush yang berbunyi; 'tamaddun'. Perdana menteri Italy,
Silvio Berlusconi dan bekas editor Harold Evans pernah mengongsi satu perkataan yang
maknanya sebenar bergantung kepada satu perbandingan dengan mereka yang tidak
bertamaddun, rendah diri dan mungkin mencabar 'nilai-hidup' barat, terutama sekali hak
yang dikurnia Allah untuk mengawal dan merompak golongan yang tidak bertamaddun
itu. Kalaulah wujud sebarang kesangsian terhadap serangan yang mengena Pusat Dagang
Dunia itu sebagai kesan langsung kepada kemusnahan imperialisme, Osama Bin Laden,
sebagai pencernaan mutasi imperialisme, telah menghamburkannya dalam satu rakaman
video segala caciannya mengenai Palestin, Iraq dan tamatnya sifat ketuanan
Amerika. Dia tidak sekali pun menyebut kebenciannya terhadap tamaddun dan
'miniskirt' serta sebab-musabab mereka yang mabuk dan dikasi oleh ketaksuban
Americanisme. Segala usaha untuk mengambil kira kebesaran dan kesinambungan serta
bahana keganasan imperial Amerika itu dianggap oleh golongan atasan sebagai satu
perkara yang dianggap 'taboo'. Bertentangan kepada metos (dongeng), usaha penaklukan Vietnam oleh Amerika satu ketika
dulu dianggap oleh pengkritik sebagai satu 'perjuangan suci' di mana Amerika telah
'tersungkur' dan terpaksa melutut. Hollywood telah memainkan peranan menyingkirkan
kebenaran kezaliman itu, mengikut caranya membentuk jalan fikiran kita, cara
mentafsir sejarah sezaman kita ini, dan tamaddun manusia yang lainnya. Kini, oleh
kerana kebanyakan berita yang disiarkan itu banyak mengikuti jalinan rencana
Hollywood, yang dibesar-besarkan oleh kecanggihan teknologi, dengan tipudaya untuk
memperkecilkan segala kerja bajingan dan dosa barat, adalah tidak menjadi satu
kehairanan kalau tidak ramai yang dapat melihat akan kesan titisan darah (daripada
penyembelihan barat itu). Apakah secara kebetulan bahawa Afghanistan kini diserang dengan bom yang menggunakan
pesawat pengebom B-52 yang sama yang pernah menghancurkan Indochina 30 tahun dulu.
Di Kambodia sahaja, 600,000 manusia kehilangan nayawa dibaham bom Amerika, sebagai
satu katalis untuk melahirkan Pol Pot, seperti yang diperakukan dengan jelasnya oleh
fail CIA. Sekali lagi akhbar menulis nama Diego Garcia tanpa sebarang penjelasan
lanjut. Itulah tempatnya B52 mendapat bekalan minyak. Tiga puluh lima tahun dulu
secara senyap-senyap dan sambil menolak arahan PBB, kerajaan British pimpinan Harold
Wilson telah mengusir keseluruhan penduduk Pulau Diego Garcia di lautan Hindi itu
untuk menyerahkan pulau tersebut kepada Amerika selamanya sebagai tempat menghumban
(menguji) senjata nuklear dan sebagai pangkalan untuk pesawat yang berkeupayaan
terbang jauh untuk mengawasi Timur Tengah. Mujurlah penduduk pulau itu memenangi
tuntutan mahkamah terhadap kes mereka tahun lalu, barulah kisah betapa mereka pernah
dinyahkan oleh imperialisme muncul di bidang media Britain.
Mungkin juga satu kebetulan apabila John Negroponte menjadi duta Amerika mewakili
Bush di PBB. Pada minggu ini dia telah menyebut ugutan Amerika kepada dunia
sejagat betapa ia perlu menyerang lebih banyak negara lagi. Pada awal 1980-an dulu,
Negroponte menjadi duta Amerika di Honduras, dan dia telah menaja penubuhan satu
skuad pembunuh regim itu yang dikenali dengan nama 'Batallion 316'. Tugas skuad pembunuh
itu ialah menghapuskan pembangkang demokrat, sedangkan CIA menjalankan kegiatan
perang 'contra' di Nicaragua. Tugas istimewa mereka ialah membunuh para guru dan
menyembelih para bidan. Inilah bentuk keganasan yang amat lumrah di Amerika Latin,
sedangkan para penyiksa dan pembunuh utama itu dilatih dan diongkosi oleh polis dunia
yang memerangi 'keganasan sejagat'. Mungkin inilah juga sebabnya Florida menempatkan
lebih ramai pengganas dan pembunuh upahan berbanding setiap negara lain di dunia
ini. Berita yang tidak dibaca zaman ini ialah kisah 'peperangan membasmi keganasan' yang
penuh muslihat untuk membolehkan pencapaian matlamat yang memperkasakan Amerika.
Semua itu mengambil kira: menyogok dan memujuk kerajaan yang lemah dan rakus dalam
wilayah bekas jajahan Soviet di Asia Tengah. Kerja merasuah ini adalah satu tugas
penting utnuk menentukan peningkatan kuasa Amerika di rantau itu dan penggerudian
simpanan minyak dan gas yang masih dara di rantau itu. Penaklukan Macedonia oleh
NATO yang merupakan satu perjalanan odissi penjajah di rantau Balkan, menjamin
pengembangan industri kelengkapan perang Amerika dan pemacuan dasar perdagangan ala
pintu-terbuka. Apakah yang dimaksudkan oleh Blair ketika dia menawarkan kepada golongan miskin
'ruang dalam pasaran kita supaya kita mengamalkan dagangan bebas seiras yang kerap
kita khutbahkan'? Dia berpura-pura menabur empati terhadap sebahagian perasaan
penderitaan dan kemarahan: terhadap 'perasaan disisihkan.' Justeru, ketika bom-bom
berguguran, 'lebih banyak tawaran baru' mengikut ihsan World Trade Organisation (WTO)
ditawarkan kepada golongan miskin, yakni lebih banyak penswastaan, lebih banyak
pembetulan struktur, lebih banyak kerja-balun-membalun segala sumber dan pasaran, lebih
banyak pemansuhan tarif dan cukai. Pada hari Isnin dulu, Setiausaha Negeri Perdagangan
dan Industri, Patricaia Hewitt, telah mengadakan satu persidangan dengan pertubuhan
sukarelawan untjuk mengisytiharkan betapa 'sejak 11 September, sudah diwujudkan satu
program yang menyeluruh' untuk memberi faedah kepada kumpulan miskin diberikan
'kebebasan dagang yang lebih luas' . Mungkin juga beliau telah mencontohi program
negara yang melarat dimana rakan sekabinet beliau, Clare Short telah mewujudkan
Department for International Development ( DID = Jabatan Pembangunan Sejagat) untuk
memberi sokongan kepada kempen penswastaan bagi pihak syarikat multinasional British,
seperti mereka yang mahu mengenakan khidmat yang tinggi harganya dalam sumber yang
berharga seperti bekalan air. Bush dan Blair mendakwa bahawa 'seluruh dunia menyokong kita.' Ini tidak benar, kerana
mereka hanya didampingi segelintir elit yang mempunyai agenda tersendiri seperti
Vladimir Putin yang mahu menghapuskan Chechnya, yang kini diberikan keizinan, dan China
yang mahu menyauk semua penentangnya, yang sudah diizinkan juga. Sehubungan itu, bagi
setiap bom yang meledak di bumi Afghanistan dan berkemungkinan dihunjamkan juga di bumi
Iraq, semangat kebangkitan Arab dan Islam yang militan akan bangkit membiak sehingga
terlakar garisan peperangan yang mencetuskan 'pertembungan tamaddun' yang memang
sudah lama ditungu-tunggu oleh fanatik di dua bahagian yang berseteru. Dalam
masyarakat yang kita wakili hanya secara lakaran sahaja, sikap menggunakan dua
kayu-pengukur oleh Barat sudah semakin jelas kini. Inilah yang membuatkan mereka kagum
walaupun secara tragisnya, akan sepakatan kumpulan marhaen di merata dunia
terhadap mereka yang dimangsakan oleh Episod 11 September.
Itulah, dan sumbangannya kepada kemunculan semula sifat perkauman di Britain, yang
merupakan pencapaian utama kerja-kerja pendakwahan Blair. Kepastiannya yang usang
terhadap cakap-cakap untuk berperang yang sebenarnya gambaran kumpulan elit
politik dan media yang tidak pernah mengenal erti perang. Sebaliknya, masyarakat yang
mendengar tidak pernah memberikannya mandat untuk membunuh orang yang tidak berdosa,
seperti orang Afghanistan yang kerjanya sebelum terkorban dulu hanyalah mencari
jerangkap samar dan memusnahkannya. Mereka ini dibunuh oleh bom Amerika ketika mereka
tidur. Gaga-gara pembunuhan kejam semacam ini meletakkan Bush dan Blair sama tahapnya dengan
mereka yang merencana dan melaksanakan pembunuhan ngeri di menara kembar dulu.
Mungkin, belum ada lagi seorang perdana menteri yang tersilap langkahnya dengan
perasaan rakyatnya, yang merasa tidak senang, kebingungan dan terkial-kial memikir
apa yang harus dibuat seterusnya. Bancian Gallup mencatatkan pendapat ramai dengan
kadar 82 persen yang berkata 'sebarang tindakan ketenteraan hanya boleh dilaksanakan
setelah identiti penjenayah yang benar-benar didapati bersalah benar-benar dapat
disahkan, walaupun proses itu memakan masa berbulan untuk melaksanakannya.'
Di kalangan mereka yang digaji dan diamanahkan untuk bercakap telah memilih untuk diam
membisu. Di manakah perginya ahli parlimen yang pernah bersuara lantang
memperkenalkan diri mereka, tetapi kini seolah-olah malu untuk bersuara? Mana
perginya suara protes satu masyarakat yang bertamaddun, terutama mereka yang semakin
gian menguruskan agensi bantuan dan menerima sumbangan kerajaan dan kerap juga
tugasannya dan kemudiannya mengisytiharkan status 'non-political' ketika kelantangan
suara mereka itu dapat menyelamatkan masyarakat yang miskin dan mungkin dibom itu
diselamatkan? Chris Buckley daripada 'Christian Aid' yang bertugas secara bertungkus
lumus dan segelintir manusia lainnya, memang kita hormati dan kecualikan dalam
seruan kita ini. Mana perginya mereka yang kerap mencanangkan kebebasan akademik
dan kebebasan berpolitik yang sudah pasti merupakan permata ketemadunan barat? Masa
yang lama mencanangkan 'liberal realisme' dan mengandaikan imperialisme itu sebagai
'crisis management', dan bukannya sebagai penyebab sesuatu krisis itu, telah
memuntahkan bahananya. Apabila kita bercakap mengenai perundangan sejagat dan pencarian
keadilan yang berpada, walaupun dari segi diplomasi ataupun menyanggah keganasan kita
itu mungkin tidak menyumbang kepada peningkatan kerjaya seseorang. Ataupun seperti
yang pernah ditulis oleh Voltaire: 'Adalah berbahaya bersikap benar ketika kerajaan
berbuat salah.' Tetapi ia tidak merobah hakikat mengatakan sesuatu fakta itu benar.
Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6167
|