Laman Webantu KM2: 6188 File Size: 18.2 Kb * |
TAG SP 374: Iranian: B1-B2 Anggota Badan Yang Tidak Bertuan By Mohsen Makhmalbaf 21/10/2001 9:43 am Sun |
http://www.iranian.com/Opinion/2001/June/Afghan/
The Iranian Afghanistan: Anggota Badan Yang Tidak Bertuan (Bahagian 1-2)
(Afghanistan: Limbs of No Body - Part 1-2)
Oleh: Mohsen Makhmalbaf Seandainya anda membaca artikel ini sehingga tamat, ia akan memakan masa
satu jam lamanya. Selama satu jam itu, 14 lagi insan yang akan mati di
Afghanistan disebabkan peperangan dan kebuluran dan 60 orang lain menjadi
orang pelarian di negara orang. Penulisan ini bertujuan memberikan
gambaran kenapa terjadinya kefanaan dan penghijrahan. Kalaulah perkara
yang menyedihkan ini tidak membawa sebarang makna dalam kehidupan anda
yang manis belaka, janganlah teruskan membacanya.
Pada tahun lalu, saya telah menghadiri Festival Filem di Pusan, Korea
Selatan. Di sana saya telah ditanya apakah rencana masa depan saya dalam
dunia filem. Saya menjawab, 'Afghanistan'. Secara spontan saya disoal,
'kenapa Afghanistan?' Kenapa begitu? Kenapakah sebuah negara yang begitu
melarat sehingga orang negara Asian yang lain seperti Korea Selatan
tidakpun pernah mendengarnya? Sebabnya amat menyerlah. Afghanistan tidak mempunyai sebarang peranan di
dunia ini. Ia bukannya sebuiah negara yang boleh dikenang laksana sesuatu
komoditi yang khusus ataupun kerana kemajuan sain, atau sebagai sebuah
negara yang mempunyai pencapain karyawan yang terunggul. Di Amerika
Syarikat, Eropah dan Timur Tengah, mungkin situasi ini berbeza dan
Afghanistan hanya dikenali sebagai sebuah negara yang ganjil sekali.
Keganjilan ini, sebenarnya tidak mempunyai sebarang makna yang positif.
Meraka yang mengenali nama Afghanistan selkaligus merangkapnya kepada
kisah penyeludupan, kumpulan Taliban, fundamentalis Islamia,
peperangannya dengan Russia, satu kisah perang saudara yang panjang,
kebuluran dan amalan kesusilaannya yang tinggi. Inilah satu potret
berbentuk subjektif yang ketiadaan kesan kedamaian dan kestabilan untuk
pembangunan. Kerana itu tidak ada keinginan yang dapat melambai para
pelancong luar untuk menjelajah negara ataupun para pedagang untuk
melabur di Afghanistan. Apakah kerana itu ia harus dibiarkan lesap begitu sahaja? Inilah
pengaiban yang mungkin meransang perasaan seseorang menulisnya dalam
kamus dunia betapa Afghanistan bolehlah digambarkan sebagai sebuah negara
yang mengeluarkan dadah dan di mana penduduknya kelihatan kasar, garang
dan berfahaman fundamentalis dan yang mahukan kaum wanita mereka
menyungkup muka dalam selubung yang tidak ada lubangnya.
Tambahkan pula kisah pemusnahan satu patung tegak Buddha yang baru-baru
ini mencuit perasaan simpati keseluruhan dunia dan menyebabkan para
peminat budaya dan lukisan mempertahankan ukiran batu itu secara
menggila. Tetapi kenapakah tidak ada sesiapa kecuali Pesuruhjaya Tinggi
PBB Puan Ogata menyatakan perasaan betapa mereka tersentuh dengan
kemungkinanya satu juta Afghan yang mati kelaparan disebabkan keadaan
kebuluran yang sungguh memilukan? Kenapakah tidak ada sesiapa yang
membincangkan perihal kematian? Kenapakah semua orang terjerit terlolong
mengenai kemusnahan sebatang patung Budha tetapi enggan bersuara langsung
menyekat kematian Afghan yang kelaparan dan meraung? Apakah di zaman
dunia moden ini, ukiran batu lebih bermakna nilainya daripada manusia
yang bernyawa? Aku telah menjelajah merata Afghanistan dan menyaksikan cara hidup
sebenar di negara itu. Sebagai seorang pembikin filem aku telah
menghasilkan dua filem 'feature' mengenai Afghanistan dengan jarak tempoh
selama 13 tahun; ('The Cyclist', 1988 dan 'Kandahar', 2001). Ini telah
memungkinkan aku mengkaji lebih 10,000 muka surat pelbagai buku dan
dokumen untuk pengutipan data buat perfileman. Hasilnya aku dapat menilai
Afghanistan dalam perlbagai bentu rupanya berbanding dengan kisah lain di
dunia. Ia menjadi gambaran yang lebih berkecamuk, berbeza dan tragis,
tetapi lebih jitu dan lebih positif. Inilah satu gambaran yang memerlukan
perhatian dan bukannya dilupakan ataupun untuk ditekan.
Tetapi, di manakah Sa'di untuk menjadi saksi kepada tragedi ini -
bukankah Sa'di yang mereka gurindam 'Semua manusia adalah anggota badan
yang berjasad' seperti yang dirujuk kepada PBB dan terpahat di pintu
gerbangnya kini? Fahaman rakyat Iran terhadap Afghanistan tidak banyak bezanya dengan
fahaman orang Amerika, Eropah dan Timur Tengah. Kalau ada yang berbezanya
ia tertumpu kepada jarak dekatnya. Pekerja Iran, penduduk yang menghuni
wilayah selatan Tehran dan penduduk kelas pekerja di pekan-pekan Iran
tidak berapa selesa dengan orang Afghan kerana mencurigai mereka sebagai
pesaing untuk mendapatkan pekerjaan. Dengan mendesak Menteri Buruh Iran,
mereka berjaya mendesak agar orang Afghan dihantar pulang ke negara mereka.
[Lihat kisah bergambar]
Masyarakat Iran kelas menengah pula, menyukai sikap amanah orang Afghan
dalam membuat kerja-kerja pertukangan. Kontraktor pembangunan berpendapat
bahawa pekerja Afghan adalah lebih baik lagi berbanding pekerja Iran dan
mereka tidak pula mendesak bayaran yang tinggi-tinggi. Penguatkuasa
anti-dadah mendapati mereka sebagai punca utama dalam pengedaran dadah
dan mahu mereka ditangkap dan dihantar pula sebagai satu jalan untuk
menamatkan masalah dadah di negara itu. Para doktor pula menganggap mereka
sebagai punca penyakit endemi seperti 'Selsema Afghan' (Afghan Flu) yang
memang tidak wujud sebelum itu di Iran. Memang wujud ubat pelali dalam
Afghanistan, tetapi kini ia terpaksa mencetuskan belanja lebih untuk
pelalian polio untuk rakyat Afghanistan yang mendatang itu.
Setiap kali wujud tajuk besar mengenai sesebuah negara, ia perlu
diselidiki sentiasa. Imej sesebuah negara yang disiarkan dalam sesuatu
media adalah merupakan rangkuman fakta mengenai negara itu dan satu
pandangan bayangan betapa manusia di dunia ini memikirkan hal ehwal
negara itu. Seandainya ada beberapa negara yang teringinkan sesuatu
tempat itu, adalah menjadi satu kemestian agar berita yang benar
disediakan mengenainya. Malangnya, apa yang saya tanggapi mengenai Afghanistan itu sudah banyak
yang tiadanya yang dapat menarik minat keinginan dunia luar, kecuali
bijian poppi. Kerana itu Afghanistan menjadi tidak penting kerana tidak
dapat mengongsi berita dunia, dan segala andaian penyelesaian masalahnya
itu untuk masa yang terdekat adalah sesuatu yang nampak berat. Kalaulah
ia menyerupai Kuwait, tentunya Afghanistan mempunyai minyak dan lebihan
pendapatan daripada penjualan minyaknya.Tentu ia sudah dirampas balik
oleh Amerika dalam masa tiga hari dan kos pengembelingan tentera Amerika
itu boleh dibayar balik daripada lebihan pendapatan minyak.
Ketika Soviet Union masih wujud, orang Afghan mendapat perhatian media
Barat kerana perjuangan mereka menentang Blok Timur (Eastern Bloc) dan
kejayaannya menyaksikan penekanan komunis. Apakala Soviet berundur dan
berepecah kemudiannya, kenapakah Amerika Syarikat yang mendokong hak
asasi manusia, tidak memberikan tumpuan menyelamatkan 10 juta kaum wanita
yang dinafikan hak pelajaran dan kegiatan sosial ataupun menyumbang
terhadap pembasmian kemiskinan dan kelaparan yang mengancam begitu ramai
manusia? Jawapannya amat mudah sangat kerana Afghanistan tidak mempunyai apapun
sebagai ganjarannya. Afghanistan bukannya seorang gadis sunti yang indah
paras rupanya dan mendenyutkan jantung seribu kekasihnya. Malangnya hari
ini ia sudah menyerupai seorang wanita tua. Sesiapa yang kepingin
merapatinya akan dihantui perbelanjaan tinggi kerana sakit yang kerap
melanda. Kita juga tahu bahawa kita tidak punyai masa seperti seorang
Sa'di ketika mana 'semua manusia itu adalah anggota kepada satu jasad.'
Tidak ada pengumpulan statistiks yang bersungguh-sungguh di Afghanistan
sejak dua dekad yang lalu. Kerana itu, semua data dan angka adalah
berbentuk relatif dan taksiran semata-mata. Mengikut perangkaan,
Afghanistan mempunyai jumlah penduduk seramai 20 juta dalam 1992. Selama
20 tahun dan sejak penaklukan Russia, lebih kurang 2.5 juta Afghan telah
mati disebabkan bahana perang ataupun secara tidak langsung disebabkan
serangan ketenteraan, kebuluran dan kekurangan perubatan.
Dengan lain perkataan, setiap tahun sekitar 125,000 orang ataupun sekitar
240 manusia setiap hari ataupun 14 orang setiap jam ataupun seorang
setiap sekitar lima minit telah menemui maut disebabkan tragedi ini.
Peristiwa ini sama dunianya dengan kisah kematian anggota kapalselam
Russia ('Kursk'-penterjemah) yang kecundang beberapa bulan lalu di lautan
dalam seperti yang diberikan liputan berita melalui satelit setiap satu
minit akan saat kecemasan mereka. Begitu juga halnya ketika dilakukan
liputan langsung mengenai penghancuran tugu Buddha (Bumiyan) dulu.
Tidak ada yang bercakap mengenai kematian tragis orang Afghan setiap lima
minit selama 20 tahun yang lalu. Namun, nasib pelarian Afghan lebih
menyayat hati. Mengikut perangkaan yang lebih terperinci jumlah pelarian
Afghan yang mencari perlindungan di Iran dan Pakistan ialah 6.3 juta.
Kalaulah angka ini dibagikan dengan tahun, hari, jam dan minit selama 20
tahun itu, setiap seorang Afghan menjadi orang pelarian bagi setiap satu
minit. Angka ini tidak termasuk mereka yang lari daripada utara ke
selatan dan sebaliknya untuk melepaskan diri daripada peperangan saudara. Aku sendiri tidak dapat mengingatkan negara lain yang mempunyai
penduduknya dikurangkan sebanyak 10 peratus melalui kematian dan 30
peratus melalui perghijrahan dan terus dihantui sikap tidak acuh dunia.
Jumlah manusia yang terbunuh dan pelarian di Afghanistan adalah bersamaan
dengan jumlah keseluruhan rakyat Palestin. Itupun tahap simpati orang
Iran terhadap Afghan tidakpun melebehi 10 peratus daripada tahap simpati
mereka terhadap Palestin dan Bosnia, sedangkan kami mengongsi bahasa yang
sama dan sempadan antara dua negara. Ketika melepasi stesen kastam Dogharoon di sempadan untuk memasuki
Afghanistan, aku terbaca satu papan tanda yang memberi amaran kepada para
pelancong mengenai beberapa benda yang kelihatan ganjil rupanya. Yang
mereka maksudkan itu ialah jerangkap samar. Papan tanda itu berbunyi:
'Setiap 24 jam, tujuh orang terpijak jerangkap samar di Afghanistan.
Hati-hati agar tidak menjadi seperti mereka pada hari ini ataupun esok.'
Aku telah melihat perangkaan yang lebih menakutkan daripada salah satu
kem Palang Merah. Ada satu kumpulan daripada Kanada yang bertugas
mematikan jerangkap samar yang mendapati kisah tragedi yang terlalu
memilukan, sehingga mereka putus asa dan pulang ke negara mereka.
Berdasarkan perangkaan yang sama, untuk selama 50 tahun lagi, rakyat
Pakistan mesti memusnahkan jerangkap samar itu secara kumpulan untuk
membolehkan sesuatu kawasan itu selamat untuk dihuni. Inilah bahananya
apabila setiap puak dan kaum di Afghanistan telah menanam jerangkap samar
untuk memerangkap musuh mereka, tanpa mencatatkan penanaman mereka itu
dalam satu peta untuk membolehkan kerja-kerja menggali dan memusnahkannya
semula. Jerangkap samar itu tidak ditanam mengikut amalan tentera yang
memudahkan pengutipannya apabila keadaan sudah aman. Ini bererti
Afghanistan sudah menanam jerangkap samar untuk memerangkap diri sendiri.
Apabila hujan lebat turun, air yang mengalir itu telah menghanyutkan alat
perangkap itu dan menjadikan laluan yang satu ketika sebelumnya dianggap
selamat menjadi laluan yang berbahaya.
Statistik ini mendedahkan setakat mana keadaan kehidupan di Afghanistan
itu menjadi tidak selamat hingga mencetuskan sikap rakyatnya untuk
berhijrah keluar negara. Orang Afghan menganggap cara hidup mereka yang
berbahaya. Mereka kerap dihantui keraguan berdepan dengan kelaparan dan
kematian. Kenapakah Afghan tidak boleh berhijrah? Apabila sebuah negara mempunyai
kadar penghijrahan meningkat sehingga 30 peratus, sudah tentu ia sudah
hilang punca akan masa depannya. Daripada 70 peratus yang berbaki itu,10
peratus sudahpun mati dibunuh. Baki 60 peratus itu tidak berupaya
menyeberangi sempadan, kalau mereka terdayapun mereka terpaksa berpatah
balik kerana ditolak oleh negara jiran.
Keadaan yang berbahya ini menjadi satu penghalang kepada kewujudan orang
asing di Afghanistan. Tidak ada pedagang asing yang berani melabur di
Afghanistan kecuali dia seorang peniaga dadah dan pakar politik yang
terbang keluar masuk secara terus daripada negara barat. Inilah yang
menyulitkan usaha menyelesaikan krisis Afghanistan. Pada waktu ini,
disebabkan sekatan PBB dan masalah keselamatan, kecuali tiga buah negara
yang melakukannya secara rasmi dan dua negara secara tidak rasmi, tidak
ada pakar politik di Afghanistan. Yang ada hanyalah taksiran diplomatik
yang disumbangkan daripada jarak jauh.
Kekaburan krisis negara itu semakin meningkat kerana dibebani oleh
pelbagai bentuk tragedi dan kedunguan dunia mengenainya. Aku pernah
menyaksikan sekitar 20,000 lelaki, perempuan dan kanak-kanak di pinggir
kota Herat yang mati kebuluran. Mereka sudah tidak berdaya untuk berjalan
lagi, hanya terbaring kelaparan menunggu mati.
Inilah kisah kebuluran yang berlaku baru-baru ini. Pada hari yang sama,
Pesuruhjaya Tinggi Suruhanjaya Pelarian PBB, Puan Sadako Ogata dari
Jepun, pernah menziarahi orang yang sama dan menjanjikan betapa dunia
akan membantu mereka. Tiga bulan kemudiannya, aku terdengar di Radio
Iran, Ogata menyebut jumlah orang Afghan yang mati kerana kelaparan
menjangkau sehingga satu juta di seluruh negara.
Dari situ saya merumuskan betapa tugu Buddha itu bukannya dihancurkan
oleh sesiapa; ia gugur ke bumi kerana keaiban melihatkan segalanya. Aib
kerana dunia tidak memahami masalah Afghanistan. Ia hancur kerana sedih
memahami kehebatannya itu tidak dapat digunakan.
Di Dushanbeh, Tajikestan, aku telah menyaksikan satu kumpulan 100,000
Afghan yang lari daripada wilayah selatan menuju ke utara dengan berjalan
kaki. Seolah-olah mereka lari daripada satu bencana besar. Babak pelarian
sebenar ini tidak ditayangkan kepada dunia luar di mana juga. Kanak-kanak
yang kelaparan telah berlari daripada medan perang dengan berjalan kaki
tanpa kasut berbatu-batu jauhnya. Tidak lama kemudian mereka telah
diserang oleh musuh dalam negara sebelum dinafikan hak suaka politik oleh
Tajikestan. Akhirnya, beratus ribu mati kebuluran di tanah lapang antara
Afghanistan dan Tajikestan, tanpa ada sesiapa yang ambil peduli akan
nasib mereka akhirnya. Seorang penyajak Tajik terkenal, Puan Golrokshar pernah menulis: 'Apakah
peliknya, kalau ada seseorang di dunia ini mati kesedihan melihatkan
nasib yang melanda Afghanistan. Yang peliknya tidak ada yang mati kerana
kesedihan ini.' Afghanistan ialah sebuah negara yang kehilangan perwatakannya kerana
sebab yang pelbagai. Apabila wanita Afghani menutup muka mereka bererti
10 juta daripada 20 juta penduduk Afghanistan tidak membenarkan wajah
mereka dilihat oleh dunia. Sebuah negara yang wujud di mana setengah
jumlah penduduknya tidak dapat dilihat oleh kaum wanitanya, adalah sebuah
negara yang kehilangan imejnya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak ada siaran television.
Terdapat beberapa akhbar yang menerbitkan dua muka surat sahaja dengan
nama seperti 'Shariat', 'Heevad' dan 'Anise' yang menyiarkan teks sahaja
tanpa sebarang gambarnya. Beginilah keadaan media di seluruh Afghanistan.
Lukisan dan gambar-gambar sudah diharamkan mengikut amalan agama.
Wartawan asing tidak dibenarkan memasuki Afghanistan, apalagi untuk
mengambil gambar. Walaupun Afghanistan sudah memasuki abad ke-21, tidak ada sebarang
pembikinan filem ataupun pawagam di Afghanistan. Satu ketika dulu
terdapat 14 panggung wayang yang menayangkan filem India dan ada beberapa
studio filem secara kecilan yang meniru cara pembikinan filem India.
Semuanya sudahpun pupus. Afghanistan tidak pernah menghasilkan sebarang filem untuk catatan dunia
filem sejagat. Namun, Hollywood pernah mengeluarkan filem 'Rambo'
menceritakan kisah perang di Afghanistan. Keseluruhan penggambaran filem
itu dibuat di Hollywood dan tidak adapun seorang Afghan yang diambil
untuk berlakon di dalamnya. Kalau adapun babak yang authentik ialah
kehadiran Rambo di Peshawar, Pakistan. Itupun hasil kerja teknik
perfileman yang disebut 'back-projection'. Teknik ini digunakan
semata-mata untuk urutan aksi yang mencetuskan keseronokan. Apakah
penggambaran Hollywod itu melambangkan imej sebuah negara yang kehilangan
10 peratus rakyatnya melalui kematian dan 30 peratus lagi yang melarat
sebagai orang pelarian dengan satu juta sekarang ini sedang menanti
panggilan maut kerana kelaparan?
Russia pernah mengeluarkan dua buah filem mengenang pengorbanan
tenteranya ketika mereka menakluk Afghanistan. Kumpulan Mujahidin pernah
membuat beberapa filem selepas Russia berundur dan filem mereka itu
merupakan bahan propaganda dan tidak semestinya imej sebenar keadaan yang
lalu ataupun Afghanistan masakini. Secara kasar, filem itu adalah
menonjolkan keperwiraan segelintir Afghan yang berjuang di padang pasir.
Terdapat dua filem 'feature' yang diterbitkan di Iran mengenai keadaan
pelarian Afghan; 'Friday' dan 'Rain'. Saya telah mengeluarkan 'The
Cyclists' dan 'Kandahar'. Inilah keseluruhan imej mengenai Afghan di Iran
dan dunia media. Dalam perkiraan pembikinan program TV dunia
keseluruhannya, pengeluaran filem dokumentari memang terhad. Mungkin
ialah satu-satu konspirasi dalam negeri ataupun luar negara ataupun
disebabkan kejahilan sejagat yang menyebabkan Afghanistan kekal sebagai
sebuah negara tanpa imejnya. Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6187 |