Laman Webantu KM2: 6182 File Size: 6.7 Kb * |
TAG SP 371: Asiaweek - Semua Taliban Disukai By Matsuko Murakami 20/10/2001 3:38 am Sat |
http://www.asiaweek.com/asiaweek/daily/foc/0,8773,180342,00.html
Asiaweek Okt 18, 2001 (The Talibans Are Well Liked) Oleh: Matsuko Murakami Seorang doktor berbangsa Jepun, Tetsu Nakamura bertugas merawat
pesakit kusta dan pelarian di Afghanistan dan Pakistan. Inilah tugas
yang membolehkannya meneliti kehidupan sebenar di negara yang
bermasalah itu. Dia berkata, daripada pengamatannya selama ini, dunia
telah silap mentafsirkan kumpulan Taliban. 'Ada yang tidak kena
dengan laporan media,' katanya. 'Cakap-cakap mengatakan Taliban
bengis dan zalim adalah tidak benar.' Nakamura berkata kumpulan
fundamental ini menerima sokongan yang kuat daripada penduduk
Afghanistan terutama mereka di luar bandar. 'Jika tidak, bagaimanakah
mereka boleh mentadbir 95% negara Afghanistan sedangkan mereka
mempunyai hanya 15,000 anggota bersenjata sahaja?'
Orang kampung yang terletak di sekeliling hospital Peshawar yang
menjadi pusat perubatan Nakamura dan 10 buah klinik yang berada di
bahagian timur daya Pakistan dan bahagian timur Afghanistan, merasa
lega dengan keamanan yang ditegakkan oleh pemerintahan Taliban,
katanya. Orang Pashtun yang merupakan dua-pertiga penduduk Pakistan,
dapat menerima ajaran Islam yang tegas kerana itu sudah menjadi
amalan mereka selama ini, katanya. 'Wanita tidak dinafikan pekerjaan
dan golongan pelajar tidak dinafikan pelajaran. Malahan setengah
doktor tempatan di klinik saya adalah doktor wanita'
Jadi, kenapakah penduduk di Kabul, dikatakan mahu melihat Taliban
digulingkan? 'Puak Taliban mungkin bertindak cara lain di sana,' kata
beliau ketika kami bertemu di Tokyo barau-baru ini. 'Mereka terpaksa
membetulkan keadaan hidup yang penuh korupsi di bandar. Mereka yang
terlalu kuat mengutuk Taliban adalah Afghan dari kelas atasan yang
dinafikan hak mereka berseronok.' Penjelasan Nakamura itu
mengingatkan saya kepada beberapa tayangan rakaman sejak serangan
terjadi di New York dan Washington. Rakaman video yang dibuat oleh
wartawan Peranchis di Afghanistan, menunjukkan wanita Afghan mengutuk
Taliban dengan kesatnya. Mereka semuanya memakai pakaian sutera
dengan mengenakan cincin besar di jari mereka.
Nakamura berusia 55 tahun, berkata kumpulan anti-Taliban yang diberi
nama Pakatan Utara itu bukannya pasukan pejuang kebebasan yang
disebut oleh para wartawan barat. Orang kampung lebih takutkan
mereka kerana mereka lebih ganas daripada puak Taliban, katanya.
Mereka menghukum orang yang tidak berdosa secara zalim dan secara
berahsia dan tidak seperti yang dilakukan oleh Taliban yang membuat
kerja itu sebagai ingatan kepada orang lain.
Nakamura bertugas untuk Peshawar - kai Medical Services, sebuah
agensi bantuan Jepun yang berpangkalan di Fukuoka City yang telah
beroperasi di jajahan Peshawar selama 17 tahun. Pada pertama kali dia
melawat kawasan itu ialah ketika menjadi peluncur salji pergunungan
dan masih lagi menuntut di sekolah perubatan di Fukuoka. Ketika ittu
dia terkejut melihatkan kekurangan perubatan, terutama sekali untuk
pesakit kusta. Dia menawarkan perkhidmatan sukarela di hospital itu
pada 1984. Katanya: 'Saya habiskan banyak masa dalam mencuba memahami
pesakit saya, cara hidup mereka dan nilai hidup - kenapa yang
menyebabkan mereka menangis atau apa yang menjadi perkara yang
berharga dalam hidup mereka. 'Mujur, saya boleh makan di mana saja
dan tidur di mana-mana,' katanya. Nakamura telah melihat orang asing melawat Afghanistan dan pulang ke
negara mereka untuk mengkritik budaya Islam - dari kacamata barat.
'Orang-orang ini mungkin jadi hero ataupun heroin di London ataupun
New York,' katanya, 'tetapi mereka tidak memberikan sebarang
sumbangan kepada kebajikan Afghan.' Menyentuh cadangan bahawa Taliban
telah memencilkan negara itu daripada dunia sejagat, Nakamura
berkata: 'orang Afghan mungkin lebih berpengetahuan daripada orang
Jepun, kerana mereka mendengar siaran harian BBC dalam Bahasa mereka
setiap hari.' Yang amat merunsingkan doktor ini ialah nasib berjuta pelarian yang
kebuluran di dalam Afghanistan dan persekitarannya. Lebih satu juta
penduduk ini sedang kelaparan, katanya, sedangkan lebih 40% yang
hampir kebuluran. Dia berpendapat 10% akan mati pada musim sejuk.
Nakamura dan para pembantunya telah menghentikan peranan memberi
keutamaan kepada penyakit kusta pada 1080-an dulu kerana terlalu ramai
pelarian yang menanggung penyakit malaria, diarrhea, jangkitan dan
demam. Musim panas berpanjangan sejak beberapa tahun yang terdekat
telah membuatkan penuduk menjadi pelarian. Keadaan semakin buruk
disebabkan pengeboman Amerika dan kisah penaklukannya. Pertubuhan
bantuan Nakamura telah membantu kerja-kerja menggali telaga untuk
minuman dan untuk pertanian dan bertujuan membolehkan para pelarian
pulang semula ke kampung mereka. Nakamura pulang bercuti ke Jepun untuk sementara sambil memikirkan
pusat tugasannya di Pakistan dan Afghanistan. Kata Nakamura: 'Ia
adalah laksana fatamorgana nun jauh di tengah padang pasir.' Dia
teringatkan bumi Afghanistan yang berwarna merah-keperangan dan
wajah-wajah petani Afghan yang keriangan apabila menerima bekalan air
telaga membasahi tanah ladang mereka. Begitu juga dengan wajah-wajah
askar Taliban yang membantu orang kampung dan desa. 'Saya ada satu
soalan mudah saja,' katanya. 'Apakah yang dipertahankan oleh kuasa
besar sehingga sanggup mengebom sebuah negara kecil dan melarat ini?'
Ini adalah satu soalan yang baik. Tamat Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6174 |