Laman Webantu   KM2: 6169 File Size: 10.3 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 367: Guardian - Menggelonsornya Kerajaaan Arab
By Said Aburish

18/10/2001 12:50 pm Thu

http://www.guardian.co.uk/Print/0,3858,4279609,00.html

The Guardian. 18 Oktober, 2001.


Menggelonsornya Kerajaaan Arab

(The Coming Arab Crash)

Oleh: Said Aburish

Sahabat dunia Barat yang paling akrab dalam dunia Arab di Timur Tengah - Fahd di Arab Saudi, Abdullah di Jordan, Mubarak di Mesir dan Yassir Arafat ketua PLO - merupakan quartet politik yang amat rapuh pemerintahannya. Besar kemungkinannya segala masalah endemi dan kebangkitan semangat fundamentalis Islam di negara, mereka akan menjadi penyebab menggelonsor dan khatamnya regim mereka itu dalam jangkamasa lima tahun yang mendatang.

Walaupun pemerintahan Arab Saudi, Jordan, Mesir dan Palestin digugat pelbagai masalah yang serupa, besar kemungkinannya Arab Saudi yang akan menjadi kawah pergolakan di kalangan negara yang amat pro-barat itu. Raja Fahd sudah pun berusia 79, dan sedang sakit. Kematiannya nanti akan disambut oleh saingan beberapa orang yang mengidamkan takhtanya walaupun masalah ekonomi semakin merudum dan penentangan pertubuhan Islam semakin menguntum.

Ketika ini, keadaan tenang memang jelas kelihatan di Arab Saudi. Tetapi satu pengamatan yang lebih teliti mendedahkan pelbagai masalahnya. Sejak Fahd bin Abdel Aziz menaikki takhta kerajaan Saudi moden sebagai raja nombor lima, pada 1982, ekonomi negara sudah semakin mengecut. Namun, korupsi sudah berleluasa tanpa dapat dibendung dengan mudah. Hasil negara daripada indusri minyak sudah menurun kepada $40 bilion sahaja, namun sebahagian besar rakyatnya masih hidup menderita. Pada 1993, kadar per kapita adalah sekitar $5,000 tidak sampai satu pertiga angka pada awal 1980-an dulu. Mengikut taksiran angka ini dijangka menurun lagi, dan secara amalannya inilah yang memihak kepada kebangkitan fundamentalis Islamia, yang membesar secara kejutan kerana itulah sahaja pertubuhan yang tidak mampu diharamkan oleh kerajaan. Apabila wujud perasaan bencikan barat, ia bererti ada bahaya yang menunggu dan lebih banyak keganasan terhadap kepentingan barat.

Rasuah dan keperitan hidup marhaen Saudi merupakan satu wadah yang mendasari kebangkitan satu pertubuhan pembangkang yang popular dan kematangan satu generasi masyarakat terdidik Saudi yang memang telah lama menolak perangai keluarga diraja istana. Fahad dan ahli keluarganya memang dikaitkan dengan barat. Salah-guna kuasa dan segala dosa yang dilakukan oleh warga diraja termasuk membenarkan penempatan askar tentera Amerika di tanah suci Islam, sebenarnya menyusahkan barat daripada membawa kebaikan kepada mereka. Apabila unsur-unsur ini dirangkumkan, telah mencetuskan satu semangat yang menggalakkan lebih ramai rakyat Saudi menganggotai pergerakan Islam militan dan mengecutkan tapak popular diraja yang semakin mengecut bidangnya itu.

Satu perbalahan mengenai aturan pengganti akan mencetuskan pakatan antara kumpulan fundamentalis Islam dengan angkatan tentera menentang pihak istana - ataupun beberapa warga istana yang akan bersatu dengan pihak angkatan tentera dan pasukan keselamatan untuk menentang saudara mara mereka. Inilah masa yang sukar untuk Warga Istana Diraja Saud meneyetujui Barat untuk memerangi kumpulan Islam. Lebih-lagi apabila tidak ada ancaman terus yang menghantui Arab Saudi dan tindakan 'jenayah' Osama Laden itu diterima dengan senang oleh kebanyakan umat Islam.

Keadaan yang serupa dijangka akan meletus di Jordan juga. Raja Abdullah yang masih muda dan tidak berpengalaman itu sedang dihayun angin masalah. Lebih dua pertiga rakyat di negaranya adalah warga Palestin yang amat bersimpati dengan sebarang tindakan anti-Amerikan disebabkan sokongan Amerika menyebelahi Israel. Sokongan terbuka Raja Abdullah terhadap tindakan Amerika mengganyang Osama Laden dan penyokong ketenteraannya tidak menyumbang apa-apa kebaikan kepadanya selain melunturkan martabatnya. Di waktu ini penentangan terhadap Abdullah masih belum tersusun dan tidak ada kumpulan yang bersuara secara terbuka mahu menjatuhkannya daripada takhta. Namun, sudah ada pembangkang yang kuat dan lantang suaranya dan bersifat fundamentalis Islam, yang pada satu ketika menguasai satu per empat kerusi di parlimen Jordan. Seperti yang berlaku di Arab Saudi, tidak ramai yang menyokong barat untuk memerangi sesama Islam. Kalau ada mereka yang bersetuju, mereka turut mengecam Abdullah kerana mengekalkan perjanjian damai dengan Israel dalam usaha untuk mengambil hati Barat sambil melukakan perasaan orang tempatan.

Masalah Jordan memang mempunyai kaitan serantau di dalamnya. Syria ialah sebuah negara yang secara tradisinya memang anti-barat dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap orang Jordan. Rakyat Jordan memang menyetujui sikap keras Syria terhadap Israel dan amat mengkagumi cara politik semi-sosialis jiran mereka di bahagian utara itu. Tambahan pula, Saddam Hussian merupakan tokoh yang popular di Jordan. Beliau dilihat sebagai Saladen zaman moden yang menentang barat.

Pada keseluruhannya, semangat anti barat yang tertanam di sanubari orang Jordan itu, tidak kira apakah mereka berfahaman sekular ataupun beragama Islam, memang amat kental sekali. Sebarang bantuan Jordan kepada barat walaupun semata-mata berbentuk diplomatik, sudah tentu akan melantun dan menyulitkan kedudukan Raja Abdullah dan masalah kronik yang menghantuinya. Namun, sikap Jordan yang bergantung-harap kepada bantuan ekonomi Amerika sudah pun memaksa kerajaan bertindak mematuhi sikap yang tidak popular itu.

Di Mesir, keadaan ekonominya memanglah lebih teruk lagi berbanding Arab Saudi dan Jordan. Episod September 11, telah menjejaskan industri pelancungan Mesir kerana industri ini menyumbang kepada pengutipan matawang asing. Keadaan ini semakin menekan apabila bilangan lalulintas di Terusan Suez turut berkurangan. Semua ini muncul ketika demam rakyat kerana bencikan presiden Mubarak semakin kuat gigilnya.

Sejak kebelakangan ini penentangan terhadap Mubarak dan pemerintahan regimnya yang disokong oleh angkatan tentera Mesir, terhad kepada kumpulan fundamentalis Islam sahaja. Tetapi kini, keadaan sudah berubah. Pihak akhbar sudah naik marah apabila kebebasan akhbar mereka disekat. Masyarakat menengah Mesir sudah pun merungut kerana Mubarak berbelanja besar dalam hal ehwal luar dan tidak menumpukan kepada masalah dalaman Mesir. Pelbagai kisah rasuah dan nepotisme merupakan cerita biasa. Apabila rakyat sudah tidak sabar lagi dengan gelagat Israel dan juga Amerika bererti populariti Mubarak sudah berada di tahap bawahan sahaja. Keadaan ekonomi Mesir yang semakin menggelonsor ini yang terhenti untuk seketika apabila berbilion hutang berkarat dimansuhkan ketika tercetusnya Perang Teluk dulu sebagai ganjaran Mesir menyokong Amerika Syarikat ketika memerangi Saddam Hussin - kini timbul semula sebagai masalah besar negara. Mesir mempunyai hutang yang melebehi $30 bilion dollar, jumlah penduduknya meningkat setiap tahun melebehi satu juta, dan kiriman wang yang dihantar oleh rakyatnya yang bertugas di negara pengeluar minyak sudah semakin berkurangan kerana negara itu tidak lagi memerlukan tenaga pekerja yang ramai seperti dulu. Kali ini Mesir tidak lagi dapat mengharapkan bonus daripada pemansuhan hutang.

Arafat, yang merupakan sahabat barat yang terkini, mempunyai masalah politik dan ekonomi yang sama dihadapi oleh Fahd, Abdullah dan Mubarak. Pihak pembangkang daripada puak Islam memang lengkap bersenjata dan bersedia melancarkan perang gurilla memerangi beliau dan juga Israel. Dia telah gagal mewujudkan satu entiti politik yang dapat diterima oleh rakyatnya. Apabila Perjanjian Oslo dan perjanjian sampingan yang mengiringinya telah gagal memuaskan harapan rakyat Palestin, mereka berpaling kepada Hamas, Islamic jihad dan beberapa kumpulan Islam yang lain. Mereka ini memang tidak sebulu dengan fahaman barat dan amat membenci sikap Arafat yang mudah akur kepada muslihat barat itu, semua kumpulan ini tidak pernah memeram persetujuan mereka kepada tindakan Osama Laden.

Oleh kerana beliau tidak ada satu benda pun untuk ditunjukkan sebagai kejayaannya kepada rakyat dalam peranan sebagai broker yang jujur kecuali kesetiaan kepada Amerika Syarikat, Arafat mendapati dirinya semakin tidak disenangi dan terpaksa menggunakan khidmat polis khas untuk melindungi dirinya daripada kebangkitan rakyat Palestin itu. Apabila dia mengenakan sekatan kebebasan akhbar, segala ketokohannya pun terhumban ke arah kancah kebencian rakyatnya. Suaranya tidak lagi dianggap mewakili rakyat Palestin, dan masalah yang dicetuskan oleh masyarakat Islam telah menghenyak hidupnya lagi.

Adalah amat sukar untuk memikirkan apa yang boleh menyelamatkan Arafat. Taraf hidup masyarakat Palestin semakin menurun. Pengangguran sudah melebehi 30% dan semakin meninggi di kalangan lulusan universiti. Orang yang rapat dengannya semakin dipalit angin rasuah dan nepotisme. Kalau dikirakan sikap Sharon yang memang tidak sebulu dengan Arafat, kemungkinan meledaknya perang saudara di kalangan sesama Palestin adalah serba mungkin. Yang tidak terlintas di fikiran mungkin akan tercetus juga. Inilah kemungkinan berlakunya satu pakaan Arafat-Israel memerangi Hamas dan beberapa kumpulan Islam Palestin yang lain.

Segala ancaman yang menghantui Arab Saudi, Jordan, Mesir dan Arafat adalah amat benar. Yang akan menyulitkan perkara ini lebih dahsyat lagi berbanding zaman dulu ialah kedegilan Amerika mahukan penglibatan pemimpin Arab dalam usaha mereka memerangi sesama Islam. Ketokohan pemimpin yang pro-barat itu sudah menjadi begitu nipis sehinggakan menggugat sebarang usaha melibatkan mereka menyokong pergerakan memerangi Osama bin Laden, akan berakhir dengan kewujudan satu situasi di mana mereka akan kecundang tanpa upaya untuk mengelakkan bencana yang lebih besar lagi.


Tamat

Terjemahan: SPAR.

Asal: KM2 6168