Laman Webantu KM2: 6162 File Size: 1.4 Kb * |
TAG SP 365: NesMax - Pakar Kajibumi: Saya Tahu Di mana Osama Bersembunyi By NewsMax 17/10/2001 11:46 am Wed |
http://www.newsmax.com/showinsidecover.shtml?a=2001/10/16/135326
NewsMax Pakar Kajibumi: Saya Tahu Di mana Osama Laden bersembunyi
(Geologist: I Know Where bin Laden Is)
Pakar kajibumi Jack Shroder yang bertugas di University of
Nebraska-Omaha, merasa yakin dia tahu di mana Osama Laden bersembunyi.
Schroder pernah membuat kajian di Afghanisgtan, dapat mengecam formasi
tanah dan batu-batan daripada gambar video yang menunjukkan Osama Laden
bercakap selepas berlakunya pengeboman AS sepuluh hari yang lalu.
Demikian laporan UPI, hari ini. Dia telah memberitahu isterinya dan juga Omaha World-Heralds, dia telah
dihubungi melalui telefon akan rakaman gambar itu tetapi enggan menyebut
apakah soalan itu dikemukakan oleh kerajaan.
Mengikut kajiannya, keadaan batu-batan itu hanya terdapat di dua wilayah
di Afghanistan: Paktia dan Paktika, kira-kira 125 batu daripada Kabul.
Kawasan itu katanya memang dipenuhi gua dan dikuasai oleh Pashtun, salah
satu kumpulan etnik yang sedang cuba menguasai seluruh Afghanistan.
Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6152 |