Laman Webantu KM2: 6161 File Size: 6.8 Kb * |
TAG SP 364: Iviews - Pada Hari FBI Datang Bertandang By Riad Abdelkarim 17/10/2001 11:44 am Wed |
http://www.iviews.com/scripts/articles/
stories/default.cfm?id=13416&category_id=39
(The Day the FBI Visited) Oleh: Riad Abdelkarim - 5 Oktober, 2001
Bunyi deringan loceng pintu pada hari minggu itu, tidak menjentik
sebarang perasaan yang ganjil di hati saya. Saya tolak ke tepi, komputer
laptop dan seketul Chicken McNuggets di tangan untuk melihat siapa yang
berada di depan pintu. Ketika saya meninjau di lubang pintu saya melihat
dua orang yang kemas pakaiannya dan memakai cermin gelap di matanya. Ini
membuatkan saya mengagak mereka mestilah pendakwah 'Jehovah Witness' yang
memang mesra datang mengunjung kawasan perumahan di situ. Tetapi, sebaik
sahaja saya membuka pintu saya melihat mereka berdua lebih tua lagi
daripada pengembang ajaran Kristian yang kerap berdakwah itu. Kalau ada
sebarang kesangsian akan identiti mereka, ia mudah lesap, apabila mereka
menunjukkan lencana jawatan sambil mengumumkan siapa mereka - persis
lakonan dalam filem X-files - bahawa mereka adalah daripada FBI (Federal
Bureau of Investigation). 'Apa yang boleh saya bantu anda?' tanya saya.
Kehairanan awal saya itu bertukar cepat apabila mereka menjelaskan
keinginan berbincang dengan saya 'mengenai peristiwa Selasa dulu'.
Pastinya mereka merujuk kepada serangan ngeri yang menjahanamkan Pusat
Dagangan Dunia dan Pentagon. Saya menjawab kesedian bercakap hal itu kalaulah mereka boleh membuat
temujanji dulu untuk bertemu di pejabat tempatan 'Council on
American-Islamic Relations (CAIR = Majlis Perhubungan Amerika-Islam) di
mana saya memberikan khidmat sebagai salah seorang Lembaga Pengarah.
Walaupun mereka tersentak dengan cadangan saya itu, mereka akhirnya
bersetuju. Kami bersetuju bertemu petang keesokan hari, tetapi mereka
berdua tidak menunjukkan diri, untuk menebual saya ataupun menelefon
untuk membatalkannya. Keesokan pagi, saya merasa tidak sedap badan ketika
bangun dan meminta semua temujanji pelanggan klinik saya diatur semula,
sebelum saya pergi mengutip beberapa bekalan perubatan yang saya
perlukan. Sepanjang ketiadaan saya itu, dua orang agen siasatan yang lain
telah datang menziarahi rumah saya dan tempat kerja. Apabila mereka gagal
menemui saya, mereka memberi amaran kepada isteri saya bahawa 'mereka
akan datang lagi.' Akhirnya saya berjaya menghubungi salah soerang agen
penyiasat itu melalu telefon selular, dan saya membuat satu temujanji
berjumpa beliau dan rakannya di sebuah kedai kopi.
Apa yang berlaku seterusnya boleh digambarkan dengan cara terbaik sebagai
satu 'usaha memancing' (maklumat - penterjemah) dan menyerupai satu babak
yang mudah di lihat dalam wayang video gred B. Sambil memegang satu fail
yang bertanda 'RAHSIA/SECRET' dan meletakkannya di depan mereka, agen itu
mula-mula sekali menyoal akan latar belakang saya. Salah seorang mereka
mengubah satu ayat di tengah-tengah untuk menanyakan 'Bila anda datang
memasuki AS?' menjadi 'Di mana anda dilahirkan?' Mereka terkejut apabila
diberitahu saya dilahirkan di Santa Monica, California dan telah tinggal
di California Selatan sepanjang hayat saya. Kemudian, saya disoal
mengenai fahaman politik saya dengan soalan yang agak samar seperti
'Adakah kami orang yang jahat dalam perkara ini?' Saya beritahu agen
perisikan itu dengan keras bahawa sepatutnya tidak ada sebab kenapa
serangan udara itu boleh berlaku. Lagipun, saya memberitahu mereka betapa
fahaman politik saya memang sudah jelas diketahui kerana saya kerap
menulis pendapat yang selalu diterbitkan oleh akhbar di seluruh dunia.
Malahan, beberapa hari selepas tragedi itu, tulisan saya mengutuk
serangan dan gambaran betapa masyarakat Islam Amerika telah menunjukkan
kemurungan dan kedukaan sambil mempamerkan keberanian mereka telahpun
diterbitkan oleh akhbar di California, Texas, Connceticut, Washington
D.C., New Jersey dan Madrid, Sepanyol.
Agen siasatan itu kemudian menyoal segala keanggotaan saya dalam beberapa
pertubuhan American-Muslim yang ternama dan juga pertubuhan bantuan.
Mereka tidak pernah menanyakan nama individu secara khusus ataupun
meminta saya mengecam sebarang gambar orang-orang yang mereka syaki. Ada
satu ketika wawancara itu menjadi kelam, apabila saya menanyakan kenapa
mereka pergi ke klinik saya, sedangkan saya sudah memberikan nombor
telefon selular saya untuk dihubungi. Jawapan mereka itu menjelaskan
betapa merewangnya segala siasatan yang mereka laksanakan. 'Apabila kami
diberitahu anda keluar rumah ketika sakit, kami terfikir yang buruk
bahawa anda sudahpun lari meninggalkan negara ini.' Saya tidak dapat
menahan geli hati dan ketawa . 'Tolong hiburkan saya lagi!' Ke mana saya
mahu pergi untuk melarikan diri? Saya adalah seorang rakyat Amerika. Saya
Setelah 75 minit kemudiannya, saya semakin yakin bahawa agen siasatan ini
tidak bertindak berasaskan maklumat tertentu tetapi cuma meraba-raba
dalam kegelapan mencari sesuatu. Saya rasa meluat melihatkan cara ini.
Saya tidakpun mempunyai sebarang niat jahat terhadap mereka yang telah
menemubual saya. Saya sedar mereka hanya 'mematuhi arahan'. Seperti
rakyat Amerika lain yang beragama Islam ataupun mempunyai darah Arab,
saya amat menyokong usaha FBI menyiasat kegiatan keganasan yang dahsyat
itu dan mencari penjenayah yang terbabit ke muka pengadilan. Tetapi, apa
yang tidak saya selesa ialah disoal kerana agama saya, asal-usul etnik
saya ataupun fahaman politik saya yang sah. Seperti yang ditulis oleh
lidah pengarang Christian Science Monitor minggu lalu, 'mengarahkan agen
FBI mengetuk pintu rumah orang Arab dan mereka yang beragama Islam tanpa
sebarang klu adalah satu cara yang jelas untuk sengaja mencetuskan
ketakutan sedangkan sikap bekerjasama adalah lebih diperlukan lagi.'
Dalam kata perundangan, semua ini disebut sebagai 'profiling' (sengaja
menebar jala!). Kalau mengikut fahaman saya, ini adalah sifat perkauman..
Seharusnya ia tidak diberi tempat di negara saya ini.
Catatan: Riad Abdelkarim ialah 'physician' di Los Angeles dan pengarah
perhubungan CAIR wilayah barat Amerika. Sepatutnya Dr.Riad sebutkan
betapa dalam angkatan bersenjata Amerika ada sekitar 5,000 askar Amerika
yang beragama Islam, lengkap dengan imamnya yang berpangkat Kapten,
dilantik apabila ramai askar Amerika yang menganut agama Islam selepas
peperangan 'Desert Storm' - penterjemah.
Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6160 |