Laman Webantu KM2: 6158 File Size: 14.7 Kb * |
TAG SP 362: IUK - Janji Manis, Bikinan Iblis By Robert Fisk 17/10/2001 11:26 am Wed |
http://argument.independent.co.uk/
commentators/story.jsp?story=99860 17 Oktober, 2001 (Promises, broken promises) Oleh: Robert Fisk Ketika kegemilangan Empayar British, jamuan teh diadakan di taman dengan
menyediakan teh pekat untuk dicampur susu dan dituangkan dalam teko yang
dipanaskan dulu, sebelum menuangnya ke dalam cawan untuk dimaniskan
dengan ketulan gula. Pepohon bunga-kertas (bougenville) yang mengeluarkan
warna merah lembayung dan ungu di tembok berdekatan tempat saya berdiri,
sedangkan beberapa ekor burung hitam berlumba mengejar sesama mereka di
antara bebilah rumput yang baru dipotong, di depan sebuah hotel kecil di
Peshawar tempat saya berlindung. Nun, hujung satu lorong kecil di situ
terdapat satu perkuburan British yang menyemadikan tentera daripada
Surrey dan Yorkshire yang mati terkorban pada abad ke-19 dulu, bahana
pembunuhan kumpulan manusia yang disebut ghazi; panggilannya ketika itu.
Inilah kumpulan fundamental Afghan yang masih muda yang pada awalannya
mengiringi kumpulan yang mati itu untuk berperang. Itulah kumpulan yang
mengikut Captain Mannering ketika merakamkan kisah Perang Afghan Kedua -
sebagai 'kumpulan lelaki yang bergelar taliban'.
Pada zaman itu kita kerap suka berbuat janji. Kita telah menjanjikan
sokongan kita kepada kerajaan Afghan seandainya mereka mengnyahkan
Russia. Kita menjanjikan kekayaan kepada Empayar India termasuk
komunikasi dan pendidikan sebagai ganjaran kesetiaan mereka. Tidak banyak
yang berubah sejak itu. Kelmarin, sepanjang harian yang memanjang
sehingga petang, pesawat pejuang telah membelah langit yang menguning di
bahagian angkasa laman kecil hotel penginapan saya itu, dengan bunyi
supersonik yang nyaring dan menyakitkan telinga, sambil naik meninggi
laksana helang daripada landasan Peshawar untuk meluru arah pergunungan
Afghanistan. Gempita enjin jet itu tentu menggegarkan tulang-tulang
purba yang tersimpan rapi di perkuburan lama di hujung lorong tadi,
sepertimana tembakan kehormatan terakhir yang pernah mengejutkan
kesunyian tanah perkuburan itu dulu. Apabila dilihat akan sebuah TV di
kamar tidur saya yang pecah dan rosak kerana gegaran enjin yang hebat itu
adalah bayangan betapa sejarah imperial itu sedang mengulangi kisah lama
dengan sendirinya. Jeneral Colin Powell telah berdiri tegak di samping Jeneral Parvez
Musharraf setelah memberikan janjinya untuk meneliti secara serius segla
masalah yang menyangkuti Kashmir dan perwakilan Pashtu dalam kerajaan
baru Afghan. Setiausaha Negara Amerika Syarikat dan seorang jeneral yang
kini mesti kita sebut sebagai Presiden Pakistan itu, telah menghabiskan
banyak masa sedangkan dentuman meriam oleh sebuah empayar purba, yang
kini diwakili oleh angkatan tentera India rancak memuntahkan pelurunya.
Jeneral Musharraf mahukan kempen mengganyang Afghanistan itu dilaksanakan
untuk satu waktu yang singkat sahaja, sebagai ganjaran menyokong 'usaha
Amerika memerangi keganasan'. Musharraf mahukan satu penyelesaian kepada
masalah Kashmir. Powell menjanjikan persahabatan Amerika yang akrab dan
akan ke India untuk menunaikan apa yang telah mereka cakap.
Janji-janji manis memang merupakan satu bahagian penting konflik kita.
Dalam peperangan 1914-18 - terdapat satu lagi masalah memerangi
kesyaitanan, yang mesti boleh kita ingati, kerana itulah masanya British
membuat janji. Seluruh masyarakat Yahudi dunia, terutama Yahudi di
Russia, tentu ingat janji kita menyokong penubuhan satu tanahair untuk
Yahudi di Palestin. Kepada orang Arab, Lawrence of Arabia telah
menjanjikan kemerdekaan mereka. Terdapat satu babak yang sungguh indah
dalam filem yang sama jodolnya di mana Peter O'Toole, yang berpakaian
jubah Arab dan menampakkan wajah yang tidak dapat menyerupai wajah Osama
Laden, meminta Jeneral Allenby (Jack Hawkins) memberikan janji manis
memerdekakan Sherif Husseyn sebagai balasan kepada sokongan Arab untuk
menghancurkan angkatan tentera Turki. Untuk satu ketika yang penuh
tandatanya, Hawkins menunjukkan riak keengganannya, kemudian dia mula
tersengih menunjukkan senyuman yang canggih sambil berkata: 'Apa
salahnya!'. Apakah saya tidak melihat satu senyuman yang sama rupanya
pada wajah Tony Blair ketika dia memegang tangan Yassir Arafat dengan
erat di genggamannya, sambil memimpin Arafat melalui pintu gerbang No. 10
Downing Street, pada minggu ini? Akhirnya kita telah mengenakan penaklukan ketenteraan Anglo-Peranchis
menyeluruhi tanah Arab yang membantu kita dulu dan, tiga dekad
kemudiannya, memberikan kepada kaum Yahudi hanya separuh tanah Palestin.
'Segala janji,' mengikut pendapat seorang ahli akademik Palistin, Walid
Khalid, 'adalah untuk ditepati'. Tetapi, bukanlah janji yang dibuat
ketika manusia berperang. Ketika muncul Perang Dunia Kedua, kita telah menjanjikan kemerdekaan
kepada Lubnan yang dijajah oleh Peranchis ketika itu, sebagai balasan
untuk mereka berpaling tadah terhadap penjajah 'Vichy' mereka. Apabila
Peranchis mengengkari janji-janji mereka, penjajah Vichy itu dinyahkan
pada 1946 dengan penuh keaiban. Dua tahun kemudiannya, Presiden
Roosevelt, yang ghairah mahukan hak menyamun minyak Saudi daripda British
di penghujung musim perang - telah menjanjikan istana Saudi bahawa beliau
tidak akan membiarkan Palestin dipinggirkan.
Pada 1990, ketika Kuwait telah ditakluk (oleh Iraq) kita mahukan dunia
Islam dan Arab menyebelahi kita memerangi Iraq. Presiden Bush Senior
telah membuat janji untuk menubuhkan 'Order Dunia baru' yang bebas
daripada ancaman nuklear - bebas daripada senjata peperangan - untuk
membolehkan keseluruhan Timur Tengah berada dalam keadaan aman. Sebaik
sahaja Iraq dinyahkan daripada bumi Kuwait, kita taja satu Puncak
Persidangan Timur Tengah di Madrid, dan telah menjual lebih banyak peluru
berpandu, kereta kebal, dan jet pejuang kepada negara Arab dan Israel,
dalam kuantiti yang lebih banyak lagi berbanding tiga puluh tahun
sebelumnya. Di waktu yang sama keupayaan kuasa nuklear Israel tidak
pernah disebut langsung.
Kini, kita mengulangi semuanya sekali lagi. Belumpun sampai tiga hari
Powell menunjukkan minat terhadap masalah Kashmir, Yassir Arafat yang
digelarkan sebagai orang tua Gaza yang tidak berguna, ataupun 'Osama
Laden kita' mengikut gelaran yang menghinakannya oleh bekas panglima
Ariel Sharon - telah dipelawa untuk berjumpa dengan Tony Blair di Downing
Street, kerana Blair sudah menjadi seorang penyokong kuat terbaru
Palestin dan kemerdekaannya, yang mahukan penubuhan satu negara merdeka
Palestin termasuk Jerusalem (Baitul maqdis) yang merupakan satu versi
baru tawaran Bantustan yang pernah ditawarkan kepada Arafat. Mr. Tony
Blair tidak perlu sangsikan kemarahan Amerika kerana sebelum kejadian
September 11 di Amerika dulu, Mr. Bush pernah bermimpi penubuhan sebuah
negara merdeka Palestin yang dapat menerima kewujudan Israel. Lantas, Mr.
Arafat yang telah bercakap dalam Bahasa Inggeris begitu lama sejak lama
tidak berbuat demikian sebelum itu, terus menyokong pengeboman
Afghanistan. Kesian orang Afghan. Mereka tidak ada lagi untuk
memperingatkan dunia ini betapa satu ketika dulu Yassir Arafat yang sama,
pernah memberikan sokongannya yang sungguh ghairah menyokong penaklukan
Afghanistan oleh Soviet. Kenapakah kita gemar bermain politik cakar-cakaran, memberikan janji
manis kepada sekutu yang terdesak setelah bertahun-tahun menerima,
malahan merencana, segala ketidak-adilan di Timur Tengah dan Asia
Tenggara. Berapa lama lagi kita perlu menunggu, sebelum terlambat,
menarik sekatan terhadap Iraq, dan membenarkan puluhan ribu kanak-kanak
Iraq untuk hidup sempurna? Bagaimana dengan janji-janji ketika mahu
menjatuhkan Sadam Hussin dulu untuk menarik semua pasukan tentera kita di
semenanjung Arab? Lagipun, cubalah ulangi perkara ini dengan lantangnya,
kalaulah kita tepati semua janji itu, setiap tuntutan Osama Laden dapat
ditunaikan. Memang seronok membaca kandungan sepenuhnya ucapan penuh Osama Laden
ketika membuat tuntutan selepas serangan Menara Dagang Dunia seperti
yang dibuat dalam rakaman video beliau. Osama Laden telah bertutur dalam
Bahasa Arab, dalam satu hal yang perlu diterjemahkan dalam bahasa
inggeris, betapa 'negara kita (Islam) telah menanggung aib selama 80
tahun, ..' dan merujuk kepada 'ketika pedang kita menjangkau Amerika
selepas 80 tahun...'. Osama Laden mungkin bersikap zalim, ganas, bengis,
ataupun berhati syaitan, tetapi dia sungguh pintar. Saya fikir dia telah
merujuk secara khusus kepada Perjanjian Sevres 1920, tulisan kuasa sekutu
yang menang, yang telah berjaya menumpaskan Empayar Ottoman dan selepas
600 tahun berjaya memansuhkan sistem bersultan dan khalifah, sekaligus
menghancurkan juga impian perpaduan Arab. Seorang professor Amerika
Professor James Robbins, kerap dapat mengecam pembantu khas Osama Laden,
bernama Ayman Zawahri - pernah bercakap di dalam gua 11 hari dulu yang
telahpun dirakamkan videonya, betapa pertubuhan Al-Qaeda 'tidak merelakan
berulangnya tragedi Andalusia di Palestin.' Andalusia? Memang, kemelut
Andalusia telah mengakhiri kerajaan Islam di Sepanyol pada 1492.
Kita boleh menabur janji-manis di mana kita suka. Tetapi, orang Timur
Tengah mempunyai ingatan yang lebih panjang. Pada pertengahan 90-an, saya
kerap memasuki kedai buku di Algeria. Di kawasan tigasegi Bentalha,
ratusan manusia yang tidak berdosa telah disembelih oleh kumpulan Islam -
mungkin juga oleh pasukan tentera kerajaan - yang kebanyakannya telah
berjuang di Afghanistan memerangi Russia. Saya memasuki kedai itu untuk
mencari buku mengenai Islam, budaya Islam sejarah Islam dan ajaran
al-Kuran. Semuanya ada di situ. Di bahagian para yang besar, itu juga
bentuk bukunya. Tetapi di kedai buku Kaherah, saya akan menjumpai buku
mengenai sains nuklear, kejuruteraan kimia, aeronotik, kajian biologi dan
sebagainya. Buku teks penerbangan tentu buat waktu kini, membawa kiasan yang baru
pula. Begitu juga buku mengenai kajian biologi. Saya mengsyaki, alasan
kenapa semua itu disangsikan mempunyai kaitan kepada sejarah Arab yang
diaibkan. Masyarakat Arab merupakan golongan yang terawal di kalangan
ahli sains di permulaan millenium kedua. Ketika itulah kumpulan Kristian
- satu lagi bahan tumpuan Osama Laden, - baru sahaja cuba melepasi dunia
kebengongan mereka mengenali dunia Islam. Jadi, sejak beberapa dekad yang
lalu, ketika fahaman kita mengenai Arab itu terlalu terpaut kepada
kekayaan minyak - yang memaut pula satu kumpulan Arab yang mudah disogok,
dan kebanyakannya masih mundur kehidupannya, yang menunggukan sumbangan
bantuan kita. Ramai antara mereka yang mengemukakan soalan yang wajar
mengenai sejarah dulu dan masa depan mereka, mengenai agama dan sains,
mengenai - seperti yang saya syaki - apakah Tuhan dan teknologi itu
merupakan sebahagian daripada dunia yang sama.
Kita tidak pernah dihantui pemikiran dan soalan yang serupa ini. Kita
hanya terus memberikan sokongan kepada diktator Islam di dunia ini -
terutama di Timur Tengah - sebagai ganjaran kepada keakraban persahabatan
mereka dan janji kosong kita untuk membetulkan sejarah ketidak-adilan
mereka semua. Kita telah merelakan diktator yang bersubahat dengan kita untuk mencekik
parti komunis dan sosialis mereka. Kita tidak memberikan peluang kepada
penduduk negara ini untuk mengamalkan sistem pembangkang kecuali melalui
agama. Kita telah membuat kerja memperlekehkan seolah olah mereka itu
adalah haiwan - Imam KHOMEINI, Abu Nidal, Gaddaffi, Arafat, Saddam
Hussein dan Osama Laden, tanpa mahu mempersoalkan rakaman sejarah itu.
Kemudian kita membuat janji-janji manis lagi. Saya masih ingat bagaimana
Presiden Carter dan Reagan, membuat janji kepada kumpulan Mujahidin
Afghan. Perangilah Russia dan kami akan bantu anda pula. Barulah ada
bantuan untuk membaiki ekonomi Afghanistan. Itulah janji membaikkan
ekonomi Afghanistan serupa dengan janji memperbaiki ekonomi Pakistan yang
baru sangat dijanjikan oleh Amerika. Itulah juga janjinya yang telah
diberikan kepada rakyat Saudi, Palestin, Uzbeks dan siapa lagi?
Sebetulnya, sebaik sahaja Russia berundur, pada 1989, tidak adapun
secebis bantuan ekonomi yang ditunaikan.
Tetapi, pada tahun lalu, ada seorang presiden bernama Clinton yang telah
berjanji membantu Pakistan seandainya sanggup menolak Osama bin Laden.
Sedangkan perbuatannya itu samalah dengan memberikan ingatan kepada orang
Pakistan betapa 'sejarah mereka menunggukan janji itu tertunai adalah
sama panjangnnya dengan jarak jauh sungai Indus.'
Saya amat takut sekarang ini, kalaulah kita tidak menghormati sejarah,
kita tidak akan memahami masalah ketidak-adilan. Kita hanya memadatkan
sifat ketidak-adilan itu, setelah lama sangat culas dalam hal itu. Itulah
ketikanya kita menyuap dan merasuah sekutu kita dengan janji-janji manis
yang bersifat mempunyai kepentingan sejarahnya, seperti resolusi
penubuhan Palestin, Kashmir, Timur Tengah yang bebas daripada ancaman
senjata perang, kemerdekaan Arab, satu nirwana dunia ekonomi - kerana
kita sedang berperang. Kerana itu kita beritahu apa yang mereka mahu
dengar dan janjikan apa juga yang mereka mahu kita berjanji,- apa sahaja,
untuk membolehkan kita menggunakan ruang angkasa raya mereka dalam usaha
kita 'memerangi keganasan.' Itulah kiasannya apabila Jeneral Powell berjanji mahu menyelesaikan
masalah Kashmir setelah Jeneral Musharraf merayu agar dibantutkan
peperangan itu, sedangkan pesawat pejuang terus mengaum angkasa
Afghanistan daripada pangkalan Peshawar.
1915 TE Lawrence menjanjikan kemerdekaan Arab sebagai balasan sokongan
mereka melalui Sheriff Hussayn; 1917 Dalam satu surat daripada Arthur Balfour kepada Lionel Rothchild
menjanjikan tanah air Yahudi di Palestin.
1944 Presiden Roosevelt menjanjikan Raja Ibn Saud bahawa Palestin tidak
akan dipinggirkan. 1979-90 Presiden Carter dan Reagan berjanji membangunkan Afghanistan
kalau mereka bersetuju menghalau 1991 George Bush Senior menjanjikan rantau aman di Timur Tengah kalau
Arab menyokong peperangan Teluk. 2001 Tony Blair meyakinkan Yasser Arafat akan iltizam Britain untuk
'penubuhan negara Palestin' yang merangkumi Israel.
Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6153 |