Laman Webantu KM2: 6157 File Size: 5.0 Kb * |
TAG SP 361: IUK - Apabila Yg Tidak Berdosa Disembelih Dengan Kejam... By Robert Fisk 17/10/2001 11:25 am Wed |
http://argument.independent.co.uk/commentators/story.jsp?story=99519
Apabila Yang Tidak Berdosa Disembelih Dengan Kejam,
MERPERKUATKAN Tanggapan Inilah Peperangan Memusuhi Islam
(Slaughter of the innocent bolsters view that this is
war against Islam) Oleh: Robert Fisk Di Baghdad dulu, terdapat satu kubu perlindungan yang telah kita
musnahkan dan mengorbankan lebih 300 nyawa. Di Kosovo, kita telah
mencincang lumat satu barisan pelarian dengan bom. Kini di Afghanistan,
sebuah kampung bernama Karam sudah menjadi bahan kerja jijik kita
membunuh secara beramai-ramai. Memanglah, tiba masanya untuk mengulang kembali perkataan purba yang
berbunyi 'menyesal'. Kita kesal dengan pengeboman kubu perlindungan di
Baghdad dulu, dan kita memang rasa menyesal kerana tersalah tembak satu
barisan pelarian di Kesovo dulu. Kini kita kesali pengguguran bom yang
tersilap sasaran pada malam Jumaat di Kabul. Inilah kisah pengiriman
peluru berpandu yang membunuh empat petugas PBB di Pejabat Pemusnah
Jerangkap Samar Isnin lalu; dan apa juga musibah yang mengena Karam.
Itulah ceritanya yang sama sahaja. Kita mulakan dengan menembak senjata
'pintar' selepas para wartawan dan para penglima tentera menceritakan
kisah kecanggihannya. Sidang akhbar mereka menunjukkan gambar-gambar
landasan kapal terbang yang tidakpun berlubang di permukaannya. 'Inilah
malam penuh kejayaan,' kata mereka, selepas menggugurkan bom di Serbia.
Itu juga yang mereka ulangi minggu lalu, sehinggalah kita orang awam -
memberikan cadangan betapa berperang itu akan menyebabkan kematian yang
tidak berdosa. Inilah yang terjadi. Itu sebabnya pihak tentera mencipta
satu frasa yang menjijikkan berbunyi ' bencana gadaian' (collateral
damage). Mereka juga memang bersedia membohong para pemberita di bumi.
Pada mulanya, Nato mendakwa pesawatnya tidak menyembelih konboi pelarian
pada April 1999 dulu. Apabila kami terjumpa serpihan bom yang digunakan
mempunyai tandanama Amerika, mereka pun mengubah pendirian.
Sekarang mereka cetuskan lagu baru seperti ini: 'Kalau kami bunuh pihak
yang tidak berdosa, kami rasa menyesal dengan tindakan itu. Tetapi,
kenapakah para wartawan berpisah daripada penyelia Serb dan lihat benda
lain di Kosovo' Kita mungkin disoal sekali lagi, kerana pembabitan kita
dalam satu episod bersejarah yang di Britain dianggap Perang Afghan
Keempat. Apakah yang dibuat oleh para wartawan memberikan bantuan untuk
menyelamatkan Osama Laden dan kumpulan perompaknya?
Cuma ada satu perbezaan besar kali ini. Pada 1991 dulu, kita memang
mempunyai satu pakatan negara Islam yang menyebelahi kita. Pada 1999,
kita bersikap buas terhadap kumpulan Serb sehingkan kematian ramai
masyarakat yang tidak berdosa dapat ditunjukkan sebagai kezaliman
Solobodan Mlosevic. Lagipun, secara teorinya ketika itu kita sedang
mencuba menyelamatkan masyarakat Islam Albania.
Kita tidak dapat nafikan adanya panglima yang tongong kali ini menyebut
kemusnahan Karam adalah disebabkan kesilapan Osama Laden. Inilah
pendapat bodoh yang tidak dapat menukarkan fikiran ratusan ribu umat
Islam yang masih marah dengan serangan di Afghanistan.
Inilah masalahnya. Di setiap negara di Timur Tengah, termasuk Lebanon
yang begitu tinggi toleransinya, keraguan bahawa ini adalah satu
peperangan memusuhi Islam, memang sudah lama membengkak.
Itu sebabnya ramai pemimpin Arab diam membisu dan kerajaan Saudi enggan
membantu. Ini juga sebabnya kelmarin, ramai penunjuk perasaan yang mahu
menyerang sebuah pangkalan udara Pakistan yang membolehkan askar Amerika
menggunakannya untuk membakarnya juga.
Maka terdedahlah satu anjakan pemikiran orang Arab terhadap jenayah
memerangi keinsanan di New York dan Washington. Ini yang menjadi satu
anjakan sasaran yang merunsingkan apabila mereka mengutuk kezaliman di
Amerika itu tanpa mengambil-kira respons orang Amerika - dan mengutuk
respons itu tanpa mengambil-kira segala kengerian dan bencana kezaliman
yang terjadi di seberang lautan Atlantik.
Kini, dunia Islam dapat melihat bagaimana ummat Islam yang tidak berdosa
dibom hingga mati oleh serangan udara ke atas Afghanistan. Kalaulah
bencana di Karam itu sama dahsyatnya dengan dakwaan kumpulan Taliban,
segala kata-kata Blair yang menafikan bahawa inilah dia peperangan agama
akan kecundang begitu sahaja. Perdana Menteri kini mampu mengimbau bagaimanakah satu mazhab yang
memecahkan TV dan menggantung tali pita di pokok itu mampu menggunakan TV
dan video untuk menyebarkan propaganda mereka.
Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6137
|