Laman Webantu KM2: 6141 File Size: 18.5 Kb * |
TJ TB: Afghanistan Yang Tidak Dapat Ditembusi [Mesti Baca] By Sayyid Rahmatullah Hashemi 16/10/2001 2:20 pm Tue |
Afghanistan Yang Tidak Dapat Ditembusi
(The Invisible Afghanistan) Oleh Sayyid Rahmatullah Hashemi [Catatan: Sayyid Rahmatullah Hashemi, Duta bagi Afghanistan
telah melawat US awal tahun2001 ini. Berikut adalah cebisan dari
transkrip ceramah beliau di Universiti Southern California di Los
Angles, pada March 10, 2001] Telah difirmankan dalam Al Quran, "Hai orang-orang yang
beriman, jika datang kapadamu orang fasik membawa suatu berita,
maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu
musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang
menyebabkan kamu nanti menyesal atas perbuatanmu itu."
[Al-Hujurat 49:6] " Saya baru sahaja berbincang dengan sekumpulan cerdik pandai
(di Universiti Southern California), dan mereka memulakan
perbualan dengan topik patung-patung (Buddha yang
dimusnahkan). Sangat dikesalkan kerana begitu sedikit yang
mereka ketahui (mengenai Afghanistan). Tidak seorang (dari cerdik
pandai tersebut) mengetahui akan bermacam masalah yang
dihadapi oleh Afghanistan. Dan hanya tentang patung-patung
tersebut sahaja yang mereka ketahui mengenai Afghanistan.
Afghanistan dipanggil "Crossroads of Asia". Kami telah menderita
kerana kedudukan negara kami yang strategik ini. Kami telah
menderita dalam abad ke-18, abad ke-19, dan kami masih
menderita dalam abad ini. Kami tidak menyerang British. Kami tidak
menyerang Russia. Mereka yang menyerang kami. Oleh itu
masalah-masalah yang timbul di Afghanistan bukan dari perbuatan
kami sendiri. Pencerobohan Soviet Masalah yang dihadapi sekarang ini di
Afghanistan bermula pada 1979. Afghanistan adalah negara yang
sukakan keamanan. Tetapi pihak Russia dengan tentera seramai
140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan
Disember 1979, iaitu lebihkurang 21 tahun dahulu, dan telah
menjajah selama satu dekad, membunuh 1.5 juta rakyat
Afghanistan, melumpuhkan sejuta orang, dan 6 juta orang dari
jumlah rakyat seramai 18 juta telah melarikan diri dari kekejaman
Russia dan bermastautin dinegara-negara lain. Di masa ini pun
anak-anak kami mati kerana bahana periok api (land mines) yang
ditanam oleh pihak Russia. Dan tidak siapa di dunia luar
mempedulikan hal ini. Selepas Russia Dikalahkan Masa penjajahan Russia, pihak
kerajaan US, Britain, Peranchis dan China membantu kumpulan
pembebasan yang dipanggil Mujahideen. Hanya 7 kumpulan
Mujahideen beroperasi dari Pakistan sementara 8 kumpulan yang
lain bertindak dari Iran dalam memerangi pihak Russia. Selepas
Russia kalah, kesemua kumpulan-kumpulan Mujahideen ini kembali
ke Afghanistan dengan fahaman yang berlainan dan senjata yang
banyak. Mereka tidak bersatu dibawah satu pemerintahan tetapi
telah bertelingkah sesama sendiri di Afghanistan. Kemusnahan
akibat dari pertemporan sesama sendiri itu lebih teruk dari
kemusnahan yang dialami semasa penjajahan Russia. Seramai
63,000 orang telah terbunuh di Kabul. Seramai sejuta rakyat lagi
melarikan diri dari situasi huruhara tersebut ke negara-negara lain.
Munculnya Taliban Melihat huruhara dan kemusnahan yang
berlaku itu, sekumpulan pelajar-pelajar yang dipanggil Taliban
(Taliban maknanya pelajar-pelajar) telah menubuhkan gerakan
pelajar pelajar. Taliban bermula di sebuah perkampungan di
Kandahar yang terletak di wilayah selatan Afghansiatan. Taliban
mula wujud sebagai sebuah gerakan apabila seorang `warlord'
(ketua kumpulan bersenjata - bandit) telah menculik dan
memperkosa dua kanak-kanak perempuan. Ibu bapa kanak-kanak
perempuan tersebut telah pergi ke sebuah `sekolah agama pondok'
dan meminta guru di sekolah tersebut menolong mereka. Guru
tersebut bersama-sama 53 orang murid beliau, dengan
bersenjatakan hanya 16 senapang, telah pergi menyerang
pengkalan komander tersebut. Selepas membebaskan kedua
kanak-kanak perempuan yang diculik itu, mereka telah
mengantung mati komander. Ramai orang-orang komander tersebut
turut digantung. Kisah ini tersebar luas. BBC telah juga
melaporkannya. Mendengar kisah ini, ramai lagi pelajar-pelajar
telah menyertai gerakan (Taliban) tersebut, dan mereka mula
bertindak dengan merampas senjata-senjata dari semua
puak-puak bandit. Gerakan pelajar ini - Taliban - kini menguasai
95% Afghanistan termasuk ibu negara di Kabul. Hanya segelintir
dari puak-puak bandit terus bermaharajalela di secebis bahagian
utara Afghanistan (mereka ini adalah Northern Alliance).
Kejayaan Taliban Kami (Taliban) baru memerintah selama 5 tahun,
dan berikut adalah kejayaan kami yang tidak diketahui oleh dunia:
2.) Perkara Kedua yang telah kami lakukan, yang gagal dilihat,
adalah melucutkan senjata yang dimilikki rakyat. Selepas
peperangan dengan Russia, hampir setiap orang Afghan memilikki
Kalshnikov , dan juga senjata canggih seperti stinger missiles, dan
ada yang memilikki pesawat dan helicopter pejuang. Melucutkan
senjata mereka kelihatan mustahil. Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
menawarkan US$3 billion untuk membeli balik senjata-senjata itu.
Dan kerana ianya tidak praktikal maka rancangan PBB tersebut
tidak diteruskan, dan dunia pun melupakan Afghanistan. Tetapi
kami telah berjaya melucutkan senjata di 95% kawasan negara
Afghanistan. 3.) Kejayaan kami yang ketiga adalah membawa Afghanistan di
bawah satu pentadbiran, sesuatu yang tidak wujud selama 10
tahun sebelum kami ambil alih. 4.) Kejayaan kami yang keempat, yang mengkagumkan ramai
orang, adalah memusnahkan sebanyak 75% tanaman candu dunia.
Sebelum kami menghapuskannya, 75% bekalan candu dunia
dihasilkan di Afghanistan. Dan pada tahun lepas kami
mengeluarkan perintah mengharamkan penanaman candu, dan
pada tahun ini 2001, ketua Program Kawalan Dadah PBB di bawah
naungan UNDCP, Encik Barnard F. dengan bangganya
mengistiharkan Afghanistan bebas sepenuhnya dari tanaman candu
- 0% of opium cultivation. Zero, zilch, kosong - langsung tak ada
lagi. Malangnya seramai 700 pakar UNDCP yang memantau tanaman
candu telah kehilangan kerja. Pakar-pakar PBB itu tidak menyukai
bila kami mengeluarkan perintah mengharamkan tanaman candu.
Dan tahun ini mereka kehilangan kerja.
5.) Kejayaan kami yang kelima adalah memulihkan hak-hak asasi
manusia di Afghanistan. Memangnya ramai yang telah menuduh
kami melanggar hak-hak asasi manusia. Realitinya adalah kami
sebenarnya telah memulihkan hak-hak asasi manusia. Antara
hak-hak asasi bagi seseorang manusia adalah hak untuk hidup
dengan selamat. Sebelum Taliban memerintah, tidak seorang pun di
Afghanistan boleh hidup dengan selamat.
Malah perkara pertama yang kami lakukan adalah mewujudkan
keadaan yang selamat dan aman. Keutamaan kami yang kedua
adalah memulihkan sistem kehakiman yang bebas dan adil. Rakyat
Afghanistan tidak perlu membayar untuk mendapat pengadilan
seperti yang berlaku di Amerika Syarikat. Di Afghanistan anda tidak
perlu membeli keadilan. Di Afghanistan pengadilan adalah percuma
dan mudah diperolehi. Hak-hak Kaum Wanita Kami (Taliban) telah dikritik kononnya kami melanggar hak-hak
wanita. Adakah anda (di Amerika) ketahui apa yang berlaku
sebelum kami memerintah? Saya lihat dalam dewan ini ada
beberapa orang Afghan yang bermastautin di sini, dan mereka pasti
akan bersetuju dengan saya bahawa sebelum Taliban memerintah,
kaum wanita di kawasan luar bandar diperlakukan sebagai
binatang. Mereka dijual. Kami (Taliban) menghapuskan amalan
yang sangat keji ini. Kaum wanita tidak berhak bersuara dalam pemilihan suami bagi
mereka. Antara perkara yang pertama Taliban lakukan adalah
memberi wanita hak untuk memileh bakal suami masing-masing.
Suatu lagi yang jelek yang berlaku ke atas kaum wanita di
Afghanistan adalah mereka ditukar-tukar sebagai hadiah.
Semangnya amalan ini bercanggah dengan agama. Ia sebenarnya
merupakan budaya. Adalah menjadi tradisi bila dua puak yang
bertempor ingin berdamai, maka mereka akan bertukar-tukar
wanita. Dan amalan keji ini sudah dihentikan oleh Taliban.
Berlainan sekali dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, kaum
wanita di Afghanistan sebenarnya diidzin bekerja. Kami akui
sebelum1996, iaitu sebelum kami menalukki ibu negara, Kabul,
kami telah meminta kaum wanita supaya dudok rumah. Tetapi kami
tidak sekali-kali berniat untuk menyuruh mereka dudok rumah buat
selama-lamanya. Kami menerangkan kepada kaum wanita bahawa
mereka perlu dudok rumah kerana pada masa itu keadaan huruhara
tanpa kuatkuasa undang dan oleh itu tidak selamat bagi wanita
keluar rumah. Kini kami sudah melucutkan senjata-senjata milek persendirian,
kami sudah menguatkuasakan undang-undang, maka dengan
keamanan tersebut wanita sudah dibenarkan bekerja semula. Kami
akui wanita-wanita kami tidak dibenarkan berkhidmat Kementerian
Pertahanan seperti di Amerika ini. Kami tidak mahu wanita kami jadi
pilot jet pejuang, atau diperalatkan sebagai objek-objek menghiasi
iklan-iklan. Tetapi wanita kami memang dibenarkan berkerja.
Mereka bekerja di Kementerian Kesiahatan, Kementerian Dalam
Negeri, pendidikan, kebajikan awam dan seterusnya.
Kami juga tidak menghalang kaum wanita untuk mendapat
pendidikan. Kami telah menyatakan kami mahu wanita diberi
pelajaran, dan kalau pun tidak ada tekanan dari pihak luar kami
tetap akan memberi pelajaran kepada kaum wanita kami, ini adalah
pegangan kami. Kami diperintah (oleh Allah) untuk memberi
pelajaran kepada kaum wanita. Bila kami menetapkan
sekolah-sekolah berasingan untuk lelaki dan wanita, ianya tidak
bermakna kami tidak ingin wanita diberi pendidikan. Memang benar
kami menentang `co-education' (sekolah campuran
lelaki-perempuan), tetapi tidaklah benar sama sekali untuk
menuduh kami menyekat kaum wanita dari mendapat pendidikan.
Kami ada sekolah-sekolah, tetapi masalahnya adalah
sumber-sumber pembiyaan. Sebelum kami mengambil alih
pemerintahan terdapat bermacam sukatan pelajaran - kurrikulum
yang mendidik taat setia kepada keluarga di raja, sukatan pelajaran
ala komunis, dan kurrikulum yang diperkenalkan oleh bermacam
pihak. Oleh demikian, pelajar-pelajar menjadi bingong. Kami sudah
pun dapat menyatukan semua kurrikulum yang
bercanggah-canggah itu. Baru-baru ini kami membuka semula Fakulti Perubatan di Kandahar
dan lain-lain bandar utama di Afghanistan. Terdapat lebih pelajar
wanita dari lelaki yang mengikuti kursus perubatan tersebut. Tetapi
mereka diasingkan. Dan pihak Sweden telah membantu mendirikan
sekolah- sekolah perempuan. Memangnya masih tidak mencukupi,
tetapi ini sahaja yang kami mampu buat masa ini.
Osama bin Laden Kami juga dituduh membiayai keganasan. Dan nampaknya bagi
orang Amerika keganasan itu hanyalah Osama bin Ladin. Sekarang
saya ingin memberitahu anda semua bahawa Osama bin Laden
sudah menetap di Afghanistan selama 17 tahun, iaitu sebelum
Taliban wujud. Bin Laden sudah lama berada di Afghanistan untuk memerangi
Soviet Union, dan Ronald Reagan, presiden Amerika ketika itu,
juga Dick Chenney, telah memberi sanjungan kepada Osama bin
Laden dan kumpulannya sebagai pejuang-pejuang pembebasan
(freedom fighters) atau wira-wira yang memperjuangkan
kemerdekaan (Heroes of Independence), sebab perjuangan Bin
Laden dan kumpulannya ketika itu sejajar dengan dasar Amerika
menentang Soviet Union. Tetapi sekarang ini bila Soviet Union
sudah runtuh dan berpecah, orang-orang seperti Bin Ladin tidak
lagi diperlukan oleh Amerika, dan Amerika melabel mereka sebagai
pengganas dan diburu. Dari disanjung sebagai wira-wira kepada diburu sebagai
pengganas-pengganas Islam. Kaedahnya agak sama dengan
Yasser Arafat yang dulunya pengganas tetapi sekarang di anggap
wira (boneka barat). Sebenarnya tidak ada bedza antara keganasan yang Osama bin
Laden dituduh melakukan dengan kekejaman serangan missiles
berpandu pada 1998 ke atas Afghanistan. Kedua-duanya tidak
diistiharkan terlebeh dahulu, dan kedua-duanya membunuh orang
awam. Jika tindakan keganasan yang Bin Laden dituduh melakukan
itu sesutau yang sangat kejam, maka serangan missiles Amerika
keatas Afghanistan juga sesuatu tindakan yang sangat kejam
kerana orang-orang awam telah terbunuh.
Kerajaan United States cuba membunuh Osama bin Laden tanpa
memberi beliau terlebih dahulu pengadilan. Pada tahun 1998 pihak
US menyerang Afghanistan dengan missiles, dan pihak US dengan
selamba mengumumkan mereka cuba hendak membunuh Osama
bin Laden. Pada ketika itu Osama bin Laden tidak dikenali oleh
orang-orang Afghanistan. Saya sendiri tidak kenal padanya. Oleh
demikian kami semua terperanjat. Saya antara ramai yang berada dirumah pada malam tersebut.
Saya dipanggil hadhir mesyuarat tergempar dan kami diberitahu
bahawa United States telah menyerang Afghanistan. Dengan 75
cruise missiles Amerika cuba membunuh satu orang. Dan mereka
gagal menemui sasaran, dan yang dibunuh adalah 19 orang
kanak-kanak sekolah, dan Amerika tidak pernah meminta maaf atas
pembunuhan tersebut. Syor-Syor Taliban Berhubung Osama Bin Laden
Kami bersikap terbuka dalam isu Osama bin Laden. Kami telah
menyatakan jika Osama bin laden benar-benar terlibat dalam
serangan keatas kepentingan US di Kenya/Tanzania, jika boleh
diberi kami buktinya bahawa Osama bin Laden memang terlibat,
kami pasti akan menghukum beliau. Tidak sesiapa dapat memberi
kami bukti tersebut. Kami membawa beliau ke pengadilan selama 45
hari dan tidak sesiapa pun memberti kami sebarang apa bukti.
United States memberitahu kami bahawa mereka tidak percayakan
sistem kehakiman kami. Kami hairan apakah sistem kehakiman yang
mereka amalkan. Bukankah mereka baru sahaja mencuba
membunuh saorang tanpa terlebih dahulu memberi orang itu
pengadilan yang saksama. Kami di Afghanistan, jika sesaorang itu
dianngap penjenayah, pihak polis kami tidak akan pergi
memusnahkan rumah orang itu, beliau akan diheret terlebih dahulu
ke mahkamah. Syor kami yang pertama telah ditolak. US berkata mereka tidak
percaya dengan sistem kehakiman kami, oleh itu kami kena
serahkan Osama bin Laden. Kami mencadangkan pula dihantar ke
Afghanistan satu pasukan pemantau antarabangsa untuk mengesan
aktiviti Osama bin Laden, supaya beliau tidak boleh lakukan
apa-apa. Kami telah pun merampas segala alat komunikasi
kepunyaannya. Syor kami ini juga ditolak.
Syor kami yang ketiga pada 6 bulan yang lepas adalah kami
bersedia menerima jika Osama bin Laden dibawa ke pengadilan di
negara Islam ketiga. Ini juga telah turut ditolak oleh US.
Afghanistan bukan negara terrorist. Kami tidak pun berupaya
membuat jarum oleh itu bagaimanakah kami boleh menjadi ancaman
kepada dunia ini? Sebenarnya negara yang membuat senjata
nuklear yang boleh membunuh berjuta manusia yang patut
dipanggil negara terrorist. Dan bukannya kami!
Sekatan Ekonomi Kini kami dikenakan sekatan ekonomi yang menimbulkan banyak
masalah. Kami telah menderita begitu lama - 23 tahun berperang,
infrastruktur kami habis musnah, masalah orang pelarian, dan
masalah periok api yang sengaja ditanam oleh Russia di
ladang-ladang kami --- tetapi tiba-tiba Bangsa-bangsa Bersatu
dengan hasutan Russia mengenakan sekatan ekonomi keatas
Afghanistan. Dan sekatan ekonomi itu dikuatkuasakan. Beratus
kanak-kanak mati setiap bulan kerana kekurangan makanan dalam
keadaan iklim yang sejuk. Dunia buat tidak peduli. Tetapi dunia
mengambil berat tentang patung-patung yang dimusnahkan.
Pemulihan Patung Tetapi Manusia Dibiarkan Mati
Kerana dunia memusnahkan masa depan kami dengan sekatan
ekonomi, maka dunia tiada hak merasa bimbang terhadap warisan
kami. Kami memusnahkan patung-patung Buddha tersebut ekoran
dari langkah UNESCO dan sebuah NGO dari Scandinavia yang
datang dengan projek untuk memulihkan muka-muka
patung-patung tersebut yang sudah dihakis oleh hujan. Majlis
Rakyat Afghanistan memohon agar duit untuk memulihkan
patung-patung tersebut digunakan untuk menyelamatkan nyawa
kanak-kanak Afghanistan yang kebuluran akibat sekatan ekonomi
PBB. Tetapi UNESCO dan NGO tersebut menjawab,"Tidak boleh,
duit ini hanya untuk patung-patung." Rakyat Afghanistan berasa terlalu marah kerana pihak UNESCO
dan NGO yang berkenaan menganggap orang Afghanistan sebagai
sampah. Dan orang Afghanistan pun berkata, kalau kamu tidak
langsung pedulikan anak- anak kami yang kebuluran itu, kami
akan musnahkan patung-patung tersebut.
Kalau kamu berada dalam keadaan sedemikian apakah yang akan
kamu lakukan? Anak-anak kamu hendak mati di depan mata kamu,
kamu dibawah sekatan ekonomi, dan orang-orang yang
mengenakan sekatan ekonomi keatas kamu itu telah datang untuk
membaik pulih patung-patung. Apa yang akan kamu lakukan?
Kofi Annan Dan Kofi Annan, Setiausaha Agong Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia
pergi ke Pakistan dan berjanji untuk menemui wakil Afghanistan di
sana. Tetapi orang bernama Kofi Annan ini tidak langsung mahu
ambil peduli penderitaan anak-anak kami akibat sekatan ekonomi
PBB. Kofi Annan juga tidak langsung mahu bercakap tentang
penderitaan 6 juta rakyat kami yang tinggal di
perkhemahan-perkhemahan pelarian. Kofi Annan enggan sama
sekali untuk membincangkan masalah kemiskinan di Afghanistan.
Kofi Annan hanya mahu membincangkan pasal patung-patung
Buddha yang ingin dibaik pulih itu. Ini benar-benar tidak patut. Mereka ini tidak langsung ambil peduli
penderitaan anak-anak kami atau orang-orang Afghanistan kami
yang hampir mati kerana kebuluran dan tidak cukup ubatan akibat
sekatan ekonomi mereka. Yang mereka pentingkan adalah
patung-patung. Maka kami memusnahkan patung-patung tersebut.
Dan saya percaya sekatan ekonomi yang dikenakan keatas negara
kami, Afghanistan, tidak akan diubah selagi kami tidak mengubah
pengangan (agama Islam) kami, dan sememangnya kami tidak akan
sekali-kali berganjak, kerana bagi kami pegangan (agama Islam)
kami adalah segala- galanya. Sesiapa yang cuba memaksa kami
mengubah pegangan agama kami dengan sekatan eknomi tidak
akan berjaya. Mungkin cara ini boleh berjaya di Amerika, sebab di
Amerika ekonomi dan duit itu adalah segala-galanya. Tetapi bagi
kami agama Islam kami adalah segala-galanya. Dan kami
berpegang teguh kepada kepercayaan adalah lebih elok mati
kerana agama kami daripada hidup yang sia-sia.."
[Catatan : Sayyid Rahmatullah Hashemi memberi ceramah ini di Los
Angeles 6 bulan sebelum berlakunya serangan ke atas
WTC-Pentagon] Terjemahan: Tarabulsi 16 Rejab 1422 4 Oktober 2001 Asal: KM2 6140 |