Laman Webantu KM2: 6139 File Size: 7.5 Kb * |
TAG SP 358: Amerika Diancam Serangan 'Hiroshima' By Hugh Dougherty 16/10/2001 2:12 pm Tue |
Newscom Australia (Threat of 'Hiroshima' on America) Oleh: Hugh Dougherty Agensi Siasatan Pusat Amerika (CIA) telah memintas satu hantaran
berita daripada seorang ahli Al-Qaeda yang menggembar-gemburkan
rencana pelancaran serangan 'ala-Hiroshima' di Amerika.
Utusan itu, yang dilakukan tahun lalu telah menyebut Osama bin Laden,
yang merupakan orang yang tertuduh utama dalam serangan ngeri pada
September 11, telah merancang melakukan satu serangan ala-serangan
Hirsohima. Serangan bentuk ini adalah meniru pengguguran bom atom
pada 1945 ke atas Pelabuhan Hiroshima, yang membunuh lebih 200,000
manusia. Namun setelah dilakukan pencarian untuk mendapatkan bahan bukti apa
yang tersorok di sebalik utusan itu, para perisik Amerika telah
menghadapi jalan buntu kerana tidak mendapat sebarang kiasan akan
berlakunya serangan pada September 11 itu. Demikian yang dilaporkan
oleh The New York Times, semalam. Dalam satu lagi siasatan yang membabitkan kisah serangan ganas itu,
pegawai Amerika yang terlibat kini mencari jawapan apakah ketua
kumpulan perampas pesawat, Mohammaed Atta bukan sahaja mengepalai
serangan tersebut, malahan telah merancang rencana operasi itu.
Kumpulan Al-Qaeda pimpinan Osama Laden itu menguruskan latihan dan
bantuan kewangan kepada kumpulan Islam yang cergas (fanatik?) dan
membiarkan mereka membuat perancangan sendiri. Siasatan mendalam cara
kumpulan itu bergiat cergas memberikan satu teori baru kepada para
penyiasat cara-mana serangan itu telah dirancang.
Para pegawai Amerika telah memberitahu The New York Times besar
kemungkinannya Atta pernah mengemukakan rancangannya untuk menyerang
secara serangan rela-mati bersekutu itu kepada Osama Laden, yang
kemudiannya memberikan restunya. Kemudian, Osama Laden memberikan sumbangan dana dan sokongan
logistik, dan segala perutusan antara para panglima Al-Qaeda dengan
Atta diuruskan melalui orang perantaraan.
Kini para penyiasat sedang bertungkus-lumus memperakukan teori itu,
sedangkan pada 1998, pengeboman berganda terhadap kedutaan Amerika di
Kenya, Nairobi dan Daressalam, Tanzania beberapa orang pemberi
maklumat dan saksi telah datang membantu.
'Sebahagian besar sebabnya siasatan ini amat menyulitkan ialah
disebabkan semua pelakon utama telah turut mati sama,' kata seorang
pegawai Amerika. 'Ketika kedutaan diledakkan dulu, terdapat beberapa penangkapan
dibuat terhadap saksi-saksi utama.' 'Mereka telah membuat pengakuan, memberikan nama orang lain. Tetapi,
kini kita tidakpun mempunyai peluang serupa itu.'
Tidak ada sebarang bahan bukti yang menunjukkan orang-orang kuat
Osama Laden pernah mengembara ke Amerika ataupun Eropah untuk
menyelia serangan itu. Para penyiasat percaya serangan 11 September itu telah diselia
sendiri oleh Osama Laden dan tiga orang panglimanya.
Mereka ialah Muhammed Atef, yang dipercayai seorang yang telah
dipilih sendiri oleh Osama Laden untuk menggantikannya dan
bertanggungjawab dengan latihan ketenteraan di khemah Al-Qaeda.
Kemudian ialah Ayman al-Zawahiri, ketua kumpulan Jihad Islamia Mesir,
yang dianggap bertanggungjawab juga dengan latihan di khemah latihan
Al-Qaeda. Yang lagi seorang ialah Abu Zubaydah, ketua 'urusan hal
ehwal luar' yang bertanggungjawab dengan hal ehwal propaganda dan
kewangan. Sementara itu, dengan bertiupnya berita serangan darat Amerika, para
pejuang Taliban sedang melengkapkan para penyokong mereka di kawasan
sempadan dan memerintahkan rakyat biasa untuk keluar meninggalkan
bandar dan desa di kawasan itu. Demikian laporan para penduduk dan
pegawai Pakistan, kelmarin. Penduduk yang menghuni kawasan di sepanjang sempadan Pakistan telah
memberitahu betapa Taliban telah menyudahkan longkang pertempuran
yang dalam dan memperkasakan kedudukan mereka di bahagian Afghan
sepanjang sempadan itu. Pasukan Ketenteraan Sempadan Pakistan (Pakistan Frontier Corps) turut
juga menggali parit untuk kegunaan mereka di sepanjang kaki bukit
yang mengawasi perjalanan di kawasan sempadan itu.
Tamat Terjemahan: SPAR. Asal: http://news.com.au/common/story_page/0,4057,3049520%255E2,00.html
Threat of 'Hiroshima' on America
Hugh Dougherty in New York THE US Central Intelligence Agency intercepted a message from an
Al-Qaeda member boasting of plans to carry out a "Hiroshima" on
America. The message, last year, said Osama bin Laden, the terror suspect
in September 11 attacks on the US, was planning to carry out an
attack like Hiroshima, a reference to the 1945 atomic bomb dropped
on the Japanese port which killed more than 200,000 people.
But in spite of a frenzied search for evidence of what the message
meant, American spies drew a blank and had no idea of the plans
being laid for the September 11 attacks, The New York Times
newspaper reported yesterday. In another development in the investigation into the terror strikes,
American officials are now examining whether hijack ringleader
Mohammed Atta not only led the attacks but also came up with the
daring plot. Bin Laden's Al-Qaeda organisation works by giving training and
cash to fanatical Muslim groups and letting them pursue their own
plans. The insight into how the group works has given investigators
a new theory of how the attacks were planned.
American officials told the New York Times it was possible Atta took
his plan for co-ordinated suicide hijackings to bin Laden, who
approved the plot. Bin Laden then provided cash and logistical support, while
messages between Al-Qaeda commanders and Atta were passed
through intermediaries. But investigators are struggling to confirm their theory, whereas in
the 1998 twin bombings of the American embassies in Kenyan
capital Nairobi and Tanzanian capital Dar-es-Salaam, informers
and witnesses were found. "Part of what is so hard is that so many of the key players are
dead," a US official said. "With the embassy bombings, there were key arrests.
"They made confessions, named names. We don't have anything
like that." There has also been no evidence found that any of bin Laden's
key henchmen travelled to the US or Europe to co-ordinate the
attacks. Investigators believe the September 11 strikes were overseen by
bin Laden's three lieutenants. They are Muhammed Atef, believed to be bin Laden's hand-picked
successor and the man with responsibility for terrorist and military
training within Al-Qaeda. Ayman al-Zawahiri, the head of
Egyptian Islamic Jihad, and the man thought to be in charge of
military operations inside Al-Qaeda is one of the other three. The
final lieutenant is Abu Zubaydah, head of "external affairs",
responsible for Al-Qaeda's propaganda and finance wings.
Meanwhile, girding for a US ground attack, Afghanistan's Taliban
fighters are arming supporters along both sides of the border and
ordering people to evacuate towns and villages in the area,
residents and Pakistani officials said yesterday.
Villagers who live along Pakistan's border said the Taliban have
dug trenches and fortified positions along the Afghan side of the
frontier. Pakistan's Frontier Corps also was digging its own trenches on the low, drab hills that overlook the road to the border. |