Laman Webantu KM2: 6134 File Size: 5.5 Kb * |
TAG SP 357: IUK - Banyakkah Berubah Bila Landasan Kandahar Berlobang Dan Merekah? By Robert Fisk 15/10/2001 10:52 am Mon |
http://www.independent.co.uk/story.jsp?story=99416
14 Oktober, 2001 (Will a few holes in the runaway of Kandahar airport make a difference?)
Oleh: Robert Fisk Alangkah baiknya hati orang Amerika menghentikan pengeboman pada hari Jumaat? Apakah
itu yang mereka lakukan sempena isyrak dan Mi'raj? Bagaimana pada bulan Ramadhan?
Jangan anggap soalan ini semua satu sindiran. Saya baru teringatkan satu kisah -
apabila Jeneral Richard Myers menghormati rakyat Islam di Afghanistan dengan
menghentikan serangan pada hari Jumaat - apakah peperangan kali ini satu tindakan
yang serius ataupun tidak? Apakah yang kita fikirkan ketika menghebohkan kasih
sayang kita kepada Islam ketika kerja mengebom Afghanistan itu dilaksanakan.
Ini bukannya kali pertama kita membodohkan diri sendiri. Ketika memulakan serangan
keatas Afghanistan kita telah melancarkan 'Kosovo mode' (menyerang bertubi kali)
Seperti diberitahu, kita merancang menyerang tembakan daripada bumi arah angkasa,
pusat arahan dan pusat pengawalan kerana mahu meguasai semuanya untuk menentukan
'kekuasaan ruang udara.' Kita tidak perlu mengingatkan begtapa Taliban telah membawa
Afghanistan memasukki zaman jahiliah dulu, sehinggakan sekitar 20 buah pesawat
MIG-21 mereka yang ada itu tidak pun mampu terbang di udara. Ataupun apakah mereka tahu
perbezaan antara pusat pemerintah dan pusat kawalan dan bakul sampah. Hanya dalam
beberapa jam minggu lalu, kita telah menukarkan Taliban menjadi orang Serbs.
Memang benar, kita telah mengebom khemah Osama bin Laden, kerana tidak siapa yang
mampu menafikannya. Memang tidak sukar mengesan lokasi setiap khemah itu kerana
kebanyakannya dulu dibina dengan bantuan CIA, ketika Osama bin Laden dan penyokongnya
adalah orang yang baik-baik - walaupun perkara ini sudah tidak menjadi kenyataan yang
benar lagi apabila para panglima tentera memberitahu apa yang telah mereka
musnahkan. Tetapi apakah kita benar-benar yakin dengan menebuk lubang sebesar kawah di landasan
lapangan terbang Kandahar akan membawa banyak kesan ketenteraan terhadap orang yang
memusnahkan peti TV dan menggantung pita vedeo di dahan pokok? Apakah gelagat
memusnahkan simpanan minyak akan menegah lelaki berjambang dan berjanggut daripada
menembak kita di kaki gunung? Kalaulah manusia yang sama ganasnya daripaa Pakatan
Utara berjaya mara dan menaklukki Kabul, apakah kita akan membenarkan mereka
mengulang cara hidup lama meliwat dan merompak dengan dahsyat? Apakah kita akan
menghantar askar Amerika dan British untuk merampas kotaraya - seperti yang
dilakukan olah Russia pada 1980 dulu - dan keluar untuk membiarkan banjaran
gunung dihuni oleh kumpulan yang ganas itu?
Kita telah gembar-gemburkan Ketumbukan Pergunungan (Mountain Division), yang sedang
menunggu di Uzbekistan. Tetapi menunggu apa? Kalau ada pun taktik ketenteraan
yang masuk akal dan mungkin berjaya kita lakukan - ialah kalau kita masih ingat
lagi untuk menghambat Osama Laden, bukannya memusnahkan lagi segala tembok yang
sudah kehancuran di Afghanistan. Ini bererti kita akan mencincang lumat setiap ceruk
negara itu, dalam missi kita satu per satu. Tetapi, sesiapa yang pernah menjejakkan
kaki melihat keadaan Afghanistan tentu sedar betapa besar dan sulitnya tugas ini.
Satu penjalanan menerusi Banjaran Kabul yang memaparkan puncak gunung yang tegak
meninggi, dan sungai yang beku dan tidak mengalir lagi, memberikan gambaran betapa
pasukan Mountain Division itu akan menghabiskan masa di situ meraba-raba dan
merangkak jalannya di antara ketulan batu yang dahsyat keadaannnya.
Menunggukan semua itu, satu bencana kemanusian sudah pasti akan tiba. Mampukah
askar kita meneruskan perjalanan merentasi pelusuk desa yang dipenuhi manusia
yang lapar dahaga, membebaskan manusia yang hidupnya penuh huru-hara, sambil
mengagehkan bekalan makanan kepada mereka sambil bertanya mana letaknya Osama Laden
dan para penyokongnya. Bagaimanakh kita boleh tumpukan kerja-kerja pembelaan kepada
tragedi negeri September 11 dulu, sedangkan ribuan rakyat Afghan meraung agar
mereka diselamatkan. Seandainya kita berjaya mengesan Osama Laden dan orang-orangnya, apakah kita akan
membiarkan orang Afghan hidup merempat seperti keadaan kedaifan mereka, mereput dan
melarat sambil dihantui jerangkap samar yang lama berkarat? Hanya masa yang akan
menentukan sebelum pemimpin agama di Pakistan mencemuh Barat kerana
bertanggungjawab terhadap tragedi kemanusiann yang akan berlaku - dan yang
menyedihkan ialah mereka memang tidak salah meramalkan perkara itu.
Saya masih bingung dengan apa yang dikatakan oleh Presiden Bush minggu yang lalu,
betapa peperangan ini akan memakan masa satu minggu, berbulan, mungkin juga satu
dekad lamanya. Saya masih memikirkan berapa ramaikah orang Afghan yang akan
bernyawa dalam masa sepuluh tahun lagi yang akan menghargai kehormatan yang diberikan
kerana kita tidak menyerang apabila hari Jumaat datang menjelang.
Tamat Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6133
|