Laman Webantu KM2: 6132 File Size: 12.0 Kb * |
TAG SP 356: Guardian: Tiada sasaran di Afghanistan Berbaloi $1j Peluru Berpandu By Mohamed Heikal 15/10/2001 10:41 am Mon |
http://www.guardian.co.uk/Archive/Article/0,4273,4273924,00.html
Tidak ada satu sasaran di Afghanistan yang
berbaloi ditembak dengan peluru berpandu berharga
Satu Juta Dollar (There isn't a target in Afghanistan worth $1m missile)
Oleh: Mohamed Heikal Pengulas politik terunggul dunia Arab, berbual dengan Stephen Moss
Ada satu perasaan yang semacam khayalan dapat dirasakan apabila kita
berbual dengan Mohamed Heikal, seorang pengulas politik terulung di dunia
Arab, yang juga merupakan bekas menteri luar Mesir. Kami berada di ruang
rehat Claridge, sebuah hotel yang dipengaruhi suasana Swiss di London.
Ketika peluru berpandu menghunjam bumi Afghanistan, Heikal mendedahkan
wawasannya akan kemungkinan tercetusnya keributan di hari muka di
Afghanistan. Ketika itu pemikirannya itu seolah-olah diransang oleh bunyi
piano yang alunannya berdenting dan tiupan klarinet yang meniru siulan
seruling. Memang jarang wujudnya perbezaan antara timur dan barat yang
nampaknya semakin hebat. Heikal sudah pun berusia 78 tahun, namun sifatnya tetap sama, mudah
bersopan santun. Beliau sudah lama menjelajahi dunia dan mengenal yang mana
asli dan mana kepuraannya. Sebagai seorang wartawan selama 60 tahun, dia
pernah menjadi pengarang dan pengerusi akhbar harian Mesir yang paling
terkenal, Al-Ahram untuk selama 20 tahun. Beliau telah menulis lebih satu
dozen buku yang dihormati mengenai Mesir dan Iran. Sejak bermulanya
revolusi rakyat (di Mesir?) dia memang rapat dengan Presiden Nasser, dan
untuk satu masa yang singkat, secara amat culas sekali, beliau pernah
menjadi menteri penerangan dan halehwal luar pada 1970. Dia telah menikmati
satu persahabatan yang rapat walaupun hangat dengan Presiden Sadat, yang
telah menyumbatnya dalam penjara kerana menentang perundingan Kem David
pada 1981. Heikal tidak nampak sebarang logik serangan udara ke atas Afghanistan.
Sebagai awalan, katanya, tidak ada satupun yang berbaloi untuk diserang.
'Saya telah melihat Afghanistan, dan tidak ada satu sasaranpun yang
berbaloi untuk diserang dengan peluru berpandu yang bernilai satu juta
dollar, setiap satu. Termasuklah Istana dijara di situ. Apabila saya kaji
keadaannya, saya merumuskan bahawa ini semua adalah kerja gila. Jadi, saya
fikir mereka ada satu rancangan utama dan ini hanyalah peringkat pertama
sahaja.' Dia juga mempersoalkan apakah Osama bin Laden dan kumpulan Al-Qaeda
benar-benar bertanggungjawab dengan serangan September 11, memandangkan
segala bahan bukti yang dikemukakan amat terhad dan seolah-olah penuh
muslihat. 'Osama Laden tidak mempunyai keupayaan menaja satu operasi begitu
hebat. Ketika saya mendengar Bush menuduh Al-Qaeda dia memberikan bayangan
seoalah-olah dia berhadapan dengan Nazi Jerman ataupun Parti Komunis Soviet
Union. Saya tertawa kerana mengetahui apa yang sebenarnnya. Osama Laden
telah diekori bertahun lamanya, dan setiap hubungan telefon beliau telah
lama dipantau. Al-Qaeda sudah lama disusupi oleh perisikan Amerika,
perisikan Pakistan, perisikan Arab Saudi dan perisikan Mesir. Bagaimanakah
mereka mampu menyimpan rahsia satu operasi yang begitu tinggi tahap
organisasinya dan kecanggihannya'? Heikal tidak yakin kepada cadangan betapa satu peranan pengawasan pusat
telah dilaksanakan oleh timbalan Osama Laden, Ayman-al-Zawahiri, seorang
pemimpin Jihad Islamia di Mesir. 'Dia memang berbahaya dan terlibat dalam
pembunuhan Sadat, tetapi dia bukannya seorang pemikir dan perencana yang
hebat. Dia hanya memainkan peranan sampingan ketika pembunuhan Sadat dulu,
yang tidakpun dirancang dengan baik, tetapi mencapai kejayaan kerana mereka
bernasib baik. Seperti yang didedahkan dalam perbualan mereka di TV
Al-Jazeera, Osama Laden dan al-Zawahiri lebih bergantung kepada perasaan
naluri mereka. Mereka ini bukannya Hamas ataupun Ihwan-u-Muslimin, mereka
adalah satu kumpulan minoriti yang terpencil dan tidak melambangkan Islam
ataupun perjuangan kita. Mereka ini adalah saki-baki sejarah penindasan dan
mereka tidak mewakili masa depan kita.'
Heikel percaya, mungkin terdapat beberapa unsur yang masih tidak dijumpai
dalam keganasan September 11 itu. Apapun kebenarnnya, dia berpendapat
segala penjelasan yang ada masa kini adalah terlalu terburu-buru, tidak
jelas dan sengaja memudahkan sesuatu. 'Saya difahami bahawa pentadbiran
Amerika mahukan satu seteru secepat mungkin untuk dibalun bertalu-talu.
Inilah seteru yang dijadikan satu penampan kemarahan rakyat Amerika yang
membuak-buak,' katanya. 'Saya mengharapkan mereka sudah punyai bukti yang
kukuh. Saya telah membaca ucapan Mr. Blair yang dibacanya di Dewan Rakyat,
dengan amat teliti sekali. Mereka telah bersiap sedia dengan suasana yang
sesuai dengan menyatakan Mr.Blair akan mendedahkan beberapa bahan bukti,
sedangkan tidakpun ada sebarang bukti, kerana semua itu adalah andaian
semata-mata. Collin Powell telah menunjukkan ketelusannya berbanding orang
lain. Dia berkata, kalau bahan bukti itu tidak dapat diterima, tidak
mengapa, kerana dia telah melakukan banyak dosa di lain masa, yang
membolehkan tindakan dikenakan terhadapnya. Tetapi ini amat menyerupai
satu pepatah Cina yang berkata: 'Tamparlah isteri kamu setiap hari, kalau
anda tidak tahu kenapa, tanyalah dia yang akan berkata. 'Anda tidak boleh
menampar setiap masa.' Adalah penting, kata Heikal, membezakan semangat anti-Amerika yang sungguh
kuat pengaruhnya di Timur Tengah dengan tindakan kepada serangan terhadap
Pusat Dagangan Dunia. 'Saya sedar adanya tunjuk perasaan oleh orang yang
menunjukkan keriangan mereka,' katanya,' tetapi itu bukannya sesuatu yang
boleh diambil-kira. Penduduk Timur Tengah faham apa makna keganasan yang
sebenar. Ketika pelancong asing ditembak mati di Luxor, tercetus perasaan
marah di Mesir. Sebaliknya, sudah wujud satu perasaan anti-Amerika yang
meluap di merata dunia.' Beberapa sebab kenapa tercetusnya kebencian terhadap Amerika itu adalah
mudah dicari, katanya: 'Sokongan Amerika yang membabi-buta terhadap Israel,
dan sikap mereka yang tergila-gila menyokong regim yang tidak sah, dan
tidak bermaruah, di merata Timur Tengah. Dia mencemuh setiap kerajaan di
rantau ini, termasuk kerajaan negaranya sendiri, dan menyalahkan Amerika
kerana menyokong mereka dengan ghairah. 'Rakyat tidak memilih semua
kerajaan ini, dan kalau adapun pilihanraya bebas, tidak seorangpun mereka
ini boleh menang di tangga teratas. Mereka bukannya kerajaan yang sah,
mereka tidak mewakili apapun selain kuasa untuk bermegah.'
Memang buruk cerita ini, tetapi, cerita betapa Amerika Syarikat yang
merupakan kuasa besar dunia, bersekongkolan dengan mereka, tentulah
merupakan cerita yang lebih buruk lagi. 'AS menyokong status quo itu,
tidak kira bagaimana. Mereka mendabik dada mengenai demokrasi, sedangkan
merekalah yang mengabainya. Mereka menyebut mengenai PBB tetapi mengabainya
juga. Inilah yang melayakkan anda mencemuh mereka kerana mempunyai dua
jenis kayu pengukur. Adalah menjijikkan bila kita melihat mereka bercakap
mengenai demokrasi, tetapi di waktu yang sama mereka menyokong regim yang
zalim. Mereka bercakap lantang mengenai hak sejagat, tetapi mereka menyokong
perbuatan Israel. Semua itu mereka sebut dengan kejituan seorang
penganalis, dan tidak dengan keghairahan seorang yang pintar berpidato.
Jadi, apakah Islam akan bersatu padu dengan perjuangan Afghanistan? Heikal
berpendapat, tidak banyak sokongan kepada Taliban, yang digambarkannya
sebagai 'mahkluk dari dunia asing'. Dia mengungkit satu cerita membabitkan
Mullah Omar, pemimpin Taliban, ketika menghadiri satu persidangan pemimpin
Islam di Pakisatan yang enggan duduk selagi satu potret yang tergantung di
dinding tidak diturunkan. 'Tetapi itu gambar Jinnah" (bapa kemerdekaan
Pakistan pada 1947, Mohammed Ali Jinnah), kata tuan-rumah persidangan.
'Jinnah itu siapa?' soalnya pula. Dia juga gagal mengecam Yassir Arafat.
Heikal menceritakan kisah itu sebagai andaian bahawa kalaulah masalah Timur
Tengah itu tidak dimaklumi oleh Mullah Omar, sudah tentu masalah Taliban,
tidak menjadi isu utama di rantau itu.
Walau bagaimanapun, sebagai satu simbol imperialisme Amerika, serangan ke
atas Afghanistan itu memang amat berbisa, dan berkemungkinan membengkak,
terutama sekali kalau Iraq dan negara lain dimasukkan dalam senarai sasaran
tambahan. Yang pasti berlaku, kata Heikal, setiapkali wujudnya kelompongan,
Islam - yang merupakan satu budaya penyatuan yang semula jadi dan ubat
mujarab kepada krisis serantau yang berlipat kali ganda masalahnya - memang
sedia ada untuk menjadi pengisinya. Heikal menyebut Pakistan sebagai negara
yang akan dihenyak gangguan yang paling hebat. 'Besar kemungkinan tindakan
sekarang amat berbahaya dan mungkin menjatuhkan regim Pakistan yang ada,'
katanya. 'Limpahannya akan menular dalam angkatan tentera Pakistan, di
mana sebilangan pegawainya adalah pro-Islam. Bayangan senario yang paling
buruk ialah satu keadaan bercelaru di mana tidak ada sesiapa yang berkuasa
untuk mengambil-alih. Keadaan bercelaru itu akan menjalar dengan mudah
merata di Timur Tengah.' Dia juga menyebut betapa Turkipun turut mereput,
walaupun angkatan tenteranya berlagak sebagai penegak kubu sekularisme.
Di sebalik semua masalah itu, wujud masalah Palestin - tidak diselesaikan
dan berkemungkinan tidak dapat diselesaikan juga. 'Krisis Afghanistan yang
terkini, akan membanjiri negara lain juga,' kata Heikal, 'tetapi penyakit
yang kronik ialah masalah Palestin.' Dia amat pesimis dengan cerita
perdamaian, sambil mengingatkan sepucuk telegram yang dikirim kepada
pemimpin Zionis, Theodor Herzl, oleh dua orang rabbi yang dihantarnya ke
Palestin untuk melihat kawasan tanah yang mahu dijadikan tapak perkampungan
Israel. 'Pengantin perempuan memang cantik, cuma dia sudah berkahwin.'
Cadangannya ialah penubuhan satu negara Palestin dan 'sebuah Israel untuk
semua rakyat yang ada,' di mana jutaan Arab yang ada itu tidak dianggap
sebagai warga kelas dua.' 'Yang pentingnya ialah mengenepikan masalah
agama, ' kata beliau. 'Anda bercakap mengenai sebuah negara Islam dengan
saya, sedangkan anda tidakpun menyentuh perihal negara Yahudi, sebuah
negara yang dibina berasaskan agama. Mana aci! Agama tidak boleh dijadikan
satu asas pembinaan sesebuah negara.'
Dia tidak yakin dengan cara Amerika berlembut terhadap orang Palestin, yang
dikatakannya seiras perangai Amerika ketika perang Teluk dulu. 'Setiapkali
Amerika memerlukan bantuan Arab, merekapun bersedia menghulur umpan, '
katanya. 'Pada 1991, seluruh dunia Arab telah diumpan menyertgai peperangan
Teluk menentang Iraq kerana mereka telah dijanjikan satu penyelesaian
terhadap masalah Palestin. Amerika telah mengirim surat utusan yang
meyakinkan kepada semua pihak yang terlibat dan juga negara Arab dan mereka
telah berkumpul di Madrid untuk membincangkan segala janji Amerika itu.
Sepuluh tahun sudah berlalu sejak persidangan Madrid itu, dan tidak ada
satupun yang telah ditunaikan.
Kini, senario yang sama diulang-tayang. Yang anehnya, ia membabitkan
manusia yang sama juga - Cheney, Powell dan seorang ahli keluarga Bush.
Seolah-olah tidak adapun yang sudah berubah. Rakyat di dunia Arab akan
melihat bagaimana pemimpin kami kena kelentong lagi. Mereka yang kerap
tertahan di kelas pengajiannya adalah mereka di kalangan pelajar yang
tongong, dan kami memang pelajar yang tongong (dan bengong semacam Melayu
dalam UMNO -penterjemah) Kami tidak pernah belajar daripada kesilapan,
kerana itu kami akan dilaknat melakukan kesilapan yang sama.'
Tamat Terjemahan: SPAR. Asal: KM2 6126 |