Laman Webantu KM2: 6130 File Size: 7.9 Kb * |
TAG SP 354: TimesUK - Tentera Russia Bersedia Menyerang Kabul By Vanora Bennet 15/10/2001 9:52 am Mon |
Times UK Tentera Russia Bersedia Menyerang Kabul
(Russian Troops Set To Raid Kabul Without approval)
Oleh: Vanora Bennet Moscow 11 Oktober, - Angkatan tentera Russia bersama pasukan pakar teknikal
mereka, yang berpakaian seragam celoreng tanpa sebarang lencana pengenalan,
telah masuk secara rahsia menyusupi bumi Afghanistan dan sedang menunggu
bersama-sama pasukan Pakatan Utara, untuk arahan menyerang Kabul. Demikian
mengikut laporan seorang pengamat ketenteraan Russia yang terkenal.
'Dua minggu lalu, Russia telah melancarkan perang di rantau orang tanpa
kelulusan parlimen seperti yang dimestikan oleh Perlembagaan, demikian yang
ditulis oleh Pavel Felgengauer dalam akhbar Moscow Weekly. Sebagai seorang
pengulas yang disegani, beliau melaporkan betapa angkatan perang Russia itu
dilengkapi oleh 'Russian 201st motor-rifle diivision' yang berpangkalan di
Tajikistan, yang bersempadan dengan Afghanistan. Jumlah kekuatan anggota
telah ditambah daripada 7,500 askar kepada 8,000 orang. Sambil memetik
maklumat yang diperolehinya daripada sumber ketenteraan, dia menulis bahawa
pasukan anti-pesawat terbang dan tentera meriam telahpun menceroboh masuk
Afghanistan. Mr. Felgengauer telah menyebut Alexei Arbatov, daripada jawatankuasa
pertahanan parlimen yang berkata bahwa pasukan Russia itu dihantar memasuki
Afghanistan dengan kereta kebal yang terbaru untuk dibekalkan kepada pasukan
Pakatan Utara Afghanistan. Mr. Arbatov telah dipetik sebagai menyebut akan
kerunsingannya bahawa serangan Amerika terhadap Taliban itu tidak akan kekal
lama, dan ini akan menyebabkan Russia 'terdedah kepada satu barisan musuh
yang baru pula.' Cerita ini menyanggah setiap laporan kenyataan terbuka yang dibuat oleh
kementerian pertahanan Russia sejak negara itu menawarkan bantuan menyokong
Washington memerangi keganasan. Pada hari Isnin, menteri pertahanan Mr.
Sergei Ivanov, telah mengulangi satu kenyataan bahawa tentera Russia tidak
akan memasuki lagi Afghanistan. Malahan seorang jurucakap kementerian
pertahanan telahpun menafikan laporan Mr. Felgengauer.
Dua tahun dulu, askar Russia telah mengejutkan pasukan sekutu Barat apabila
ia menguasai lapangan terbang Pristina ketika Nato giat mengawal Kosovo pada
1990. Nampaknya Moscow yang semakin merasa tidak tenang, mahu menunjukkan
kemampuan angkatan bersenjatanya lebih pantas daripada pasukan tentera Barat.
Kini, Russia adalah lebih mesra dengan barat. Ini menunjukkan Russia kurang
berkemungkinan bersaing dengan Washington untuk berlumba-lumba siapa dulu
yang akan berada di Kabul dan menguasainya. Lagipun, pengalaman selama 10
tahun di Afghanistan yang berakhir dengan episod yang kecundang itu, pasukan
angkatan tentera Russia masih lagi menanggung aib penyakit 'Alahan Afghan'.
Presiden Vladimir Putin telah mengusahakan satu kempen menenangkan pihak yang
kegusaran betapa sikapnya menyokong tindakan sejagat memerangi keganasan
tidak akan bererti dia akan mengirim askar Russia untuk mati di pergunungan
sebelah selatan negaranya. Moscow telah berjanji untuk membekalkan alat kelengkapan perang kepada
Pakatan Utara. Tetapi, Mr. Felgengauer berkata Moscow telah memungkiri janji
itu dengan hanya menghantar satu pasukan tentera yang kecil untuk memberi
sokongan kepada tentera Pakatan Utara. Seandainya pihak Taliban menyerang
sekarang ini, puak Pakatan Utara akan menghilangkan diri mereka di
pergunungan dan membiarkan askar Russia terdedah untuk ditangkap oleh
Taliban. Inilah yang terjadi dalam operasi tentera Russia pada 1994. Ketika itu satu
operasi ketenteraan setengah-masak telah mencetuskan Perang Russia di
Chechnya. Pemandu kereta kebal Russia yang telah dikirimkan secara rahsia
untuk membantu puak Chechen yang pro-Mosow telah menyerang kumpulan pemisah
dan berakhir dengan mereka tertangkap oleh puak Chechnya. Moscow telah
bertindak menafikan pembabitannya dalam operasi yang kecundang itu, dan
bertegas bahawa yang ditangkap itu adalah banduan Russia yang berkhidmat
sebagai askar upahan. 'Kalaulah pakar-pakar kami telah ditangkap oleh Afghanistan, apakah Moscow
akan menuduh mereka sebagai askar telah lari dan tidak memperakui mereka
seperti yang dilakukan pada 1994 dulu, atau mulakan satu perundingan membayar
wang tebusan untuk membebaskan mereka'' demikian soalan yang dikemukakan oleh
Mr. Felgengauer. Tamat Terjemahan: SPAR. Asal: http://www.thetimes.co.uk/article/0,,2001350005-2001352971,00.html
Russian forces 'already in action'
FROM VANORA BENNETT IN MOSCOW RUSSIAN troops and technical experts, wearing camouflage but no identifying
badges, have secretly entered Afghanistan and are waiting with the
anti-Taleban Northern Alliance for orders to attack Kabul, according to a
prominent Moscow military analyst. ?Two weeks ago . . . Russia effectively went to war on foreign territory without
the parliamentary approval demanded by the Constitution,? Pavel Felgengauer
wrote in the weekly Moscow News. Mr Felgengauer, a usually authoritative commentator, said that the strength of
the Russian 201st motor-rifle division stationed in Tajikistan, on the border
with Afghanistan, had been increased from 7,500 to more than 8,000 men.
Quoting informed military sources, he said anti-aircraft and artillery units from
the division had penetrated Afghanistan.
Mr Felgengauer also quoted Alexei Arbatov, of Russia?s parliamentary
defence committee, as saying that Russian technical experts were being sent
into Afghanistan with the latest supplies of tanks for the Northern Alliance. He
said Mr Arbatov was worried that US attacks on the Taleban might not last
long, leaving those Russians ?face-to-face with a new enemy?.
The story contradicts every public statement made by the Defence Ministry
since Russia first offered to help Washington to fight terrorism. On Monday,
Sergei Ivanov, the Defence Minister, repeated that Russian troops would never
again fight inside Afghanistan. A Defence Ministry spokesman denied Mr
Felgengauer?s story yesterday. Two years ago, however, Russian troops startled Western allies by grabbing
control of Pristina airport during Nato?s 1999 operation in Kosovo. An insecure
Moscow apparently wanted to prove that its Armed Forces were quicker off
the mark than the West?s. Russia today is closer to the West, making it less likely that Moscow would
want to compete with Washington over who got to Kabul first and after a
disastrous ten-year engagement in Afghanistan, the Russian military still
suffers from ?Afghan allergy?. President Putin has made a point of reassuring nervous compatriots that his
backing for international action against terrorism will never mean sending
Russians to die in the dusty southern mountains.
Moscow has openly pledged military hardware to the Northern Alliance. But
Mr Felgengauer said Moscow had broken its public promise by sending in small
numbers of troops to beef up the alliance.
If the Taleban counter-attack now, Mr Felgengauer said, alliance guerrillas
could easily vanish into the hills, but Russians would be left to face capture.
This happened during a bungled Russian military operation in 1994 that sparked
Russia?s war in Chechnya. Russian tank drivers who had been secretly sent to
help pro-Moscow Chechens attack separatists fell into enemy hands. Moscow
promptly denied involvement with the botched operation, and insisted that the
Russian prisoners must be mercenaries.
?If our specialists are taken prisoner in Afghanistan, will Moscow call them
deserters and disown them as it did in 1994, or start negotiating to ransom
them?? Mr Felgengauer said. |