Laman Webantu KM2: 6122 File Size: 16.5 Kb * |
TimesUK: Minyak, Israel dan Keganasan By TimesUK 13/10/2001 11:18 am Sat |
http://www.thetimes.co.uk/article/0,,56-2001353957,00.html
Minyak, Israel dan Keganasan (Oil, Israel, terror) Kesibukan Tony Blair menjelajah dunia Arab baru-baru ini memberikan gambaran betapa
taksubnya beliau dengan anggapan bahawa Barat mesti berkerja kuat untuk memenangi
perlumbaan menambat pemikiran dunia Islam. Dia yakin Britian amat sesuai menjalankan
kerja-kerja memberikan penjelasan, kepada para pendengar yang selalunya bersikap
anti-Amerika dan tidak memahami kenapa kumpulan pengganas mesti diganyang dan
dihapuskan. Sasaran utamanya memberi penekanan bahawasanya keganasan Islam itu mesti dibanteras
dalam usahanya menegakkan satu halangan kebencian dan ketakutan antara dunia Islam dan
Barat, dan konflik ini seharusnya tidak disalah-tafsirkan sebagai satu peperangan
agama tetapi sebagai satu pertembungan kuasa yang dilancarkan oleh musuh kesenangan dan
kedamaian di kalangan masyarakat mereka sendiri dan juga di negara-negara Barat. Dia
amat ghairah memberikan jaminan kepada kumpulan pemimpin dan rakyat biasa akan niat
baik Britain dan Amerika, dalam usaha mereka mengembalikan kebaikan daripada
keburukan yang telah terjadi, dan sebagai balasannya mahukan kerjasama mereka untuk
turut menghambat dan memusnahkan jaringan keganasan itu.
Mr. Blair memang sesuai membuat kerja-kerja semacam ini. Masalahnya dia menghadapi
masalah kedegilan yang membantu. Tindakan kerajaan Saudi tidak sanggup menerima
kunjungan seorang perdana menteri Britain adalah satu lambang kemenangan kepada Osama
bin Laden - satu kemenangan yang tidak seberapa, yang bersifat tidak bijak dan tidak
sepatutnya diberikan kepada musuh ketat mereka oleh Istana Saudi. Sikap menyejukkan
al-Qaeda ataupun sebarang jaringan sekutu mereka, terutama sekali oleh pemimpin
Islam yang takut dicop sebagai 'penderhaka' kepada Islam, akan memanjangkan konflik
yang keluar meliar pada September 11, dan akan membahayakan lagi kumpulan Islam dan
Barat. Sepatutnya fenomena itu sudah lama dapat dirasakan kemungkinan penjelmaannya
oleh kumpulan elit Arab yang paling mementingkan diri sendiri. Sayangnya, perkara itu
belum menjadi perhatian mereka. Kewaspadaan Arab Saudi itu memang selari dengan sikap tradisinya memberikan ruang
luas kepada kumpulan militan beragama, baik di negara sendiri ataupun di luar
negara. Inilah sikap yang kini melantun balik bahananya, dan juga menghantui Barat.
Kuasa mutlak Warga Istana Saud, berdasarkan dua tiang seri fahaman dan satu andaian.
Tiang seri fahaman mereka itu ialah politik Barat dan sokongan ketenteraan, dan
kesetiaan puak Wahabi yang mementingkan ajaran dan fahaman agama mereka. Andaiannya
terletak kepada amalan turun-temurun betapa mereka adalah 'khadam-penjaga' dua daripada
tiga kota paling suci dalam peradaban Islam. Osama Laden telah mengeluarkan pendapat
bahawa andaian itu tidak boleh diambil-kira dan ramai orang Arab yang bersetuju
dengannnya. Dia tidak akan senang-hati selagi kumpulan 'kufur' tentera Amerika tidak
keluar dari bumi Arab Saudi. Sedangkan tanpa perlindungan Barat itu, regim yang ada
sudah tentu hidup kurang selesa. Rencana menjatuhkan regim itu dan menggantikannya
dengan satu pentadbrian yang mencontohi pentadbiran sistem khalifah adalah menjadi
tujuan utama dan menepati harapan Osama Laden.
Amalan biasa pemerintahan Saudi yang membeli kesetiaan sudah tidak berfungsi lagi
gara-gara bahana hutang negara yang menggunung tinggi. Inilah yang memberikan
sedikit kemudahan kepada Barat, setidak-tidaknya dari segi menafikan kemewahan dana
yang telah disalurkan kepada kumpulan pengganas Islam. Mengikut taksiran Amerika,
ada sekitar 369 pertubuhan pengganas di dunia ini, di mana 126 kumpulan itu
merupakan kumpulan Islam yang giat mengganyang kerajaan mereka. Beberapa yayasan
'peribadi' Saudi, kebanyakannya warga istana, telah aktif selama bertahun lamanya
membiayai satu kumpulan yang besar di kalangan pertubuhan 'ganas' itu. Mereka juga
membiayai sekolah agama yang kerap merupakan pusat pendidikan untuk masyarakat yang
miskin. Kebanyakan sekolah (surau/madarasah) ini merupakan pusat indroktinasi yang
mendidik anak muda yang tidak ada pekerjaan tetapi mempunyai semangat perjuangan yang
disebut oleh barat sebagai 'religious hatred' (kebencian berunsur keagamaan). Ada
antaranya menjadi khemah latihan ketenteraan Islam. Wang Saudi telah membiayai
al-Qaeda, dan khemah Taleban di Pakistan dan Afghanistan. Sekitar 10,000 graduan
khemah ini, merupakan sukarelawan yang dikatakan sudahpun pulang ke tanahair mereka.
Mereka ini dikatakan berpeleseran dengan kumpulan yang menganggur dan kumpulan pemuda
yang berfikiran radikal, yang memilih Osama Laden sebagai wira mereka.
Kerelaan negara membiarkan sifat keganasan ini, yang telah menyumbang kepada
satucorak naungannya itu, boleh menjadi sama bahayanya dengan kegiatan yang ditaja
oleh kerajaan. Arab Saudi seharusnya diberitahu bahawa peristiwa September 11, tidak
memberikan mereka banyak pilihan; dan mereka tidak seharusnya meneruskan memberi
kesetiaan semata-mata untuk menentukan keadaan yang menjamin ketenangan. Perkara
ini tidak boleh dimaafkan dan tidak mungkin dibiarkan berterusan. Perkara ini mesti
dihentikan. Kalaulah perkara ini dapat disedari untuk kepentingan semua, adalah lebih
baik lagi. Tetapi, Arab Saudi tidak mahu mendengar perkara sebenarnya.
Dilema yang menghantui Barat menunjukkan satu masalah yang lebih luas lagi. Barat
mungkin beranggapan ia melancarkan satu usaha yang baik, tetapi terpaksa mendapatkan
sokongan sekutu yang terdiri daripada kumpulan regim yang sungguh tidak digemari
oleh dunia sejagat. Kebanyakan regim ini yang telah melahirkan kumpulan pengganas
gara-gara kegagalan mereka menumpukan perbelanjaan terhadap pendidikan yang sempurna,
kepintaran dan peluang ekonomi untuk mereka. Barat mempunyai satu rancangan jangka
panjang yang mahukan beberapa kerajaan ini mengurangkan pembaziran mereka dan
mengawal kebuasan kumpulan elit mereka, sama ada mengikut ajaran Islam ataupun
sebaliknya. Britain dan Amerika sedar, kalaulah mereka mahu membasmi keganasan itu di bahagian
akar-umbinya, mereka terpaksa menangani masalah politik dan budaya yang kini
menghantui dunia Arab. Itulah juga pesanan Mr. Blair sepanjang minggu ini.
Namun, dari segi jangka pendek, segala keutamaan itu memang berbeza. Barat mungkin
berhadapan dengan masalah meminta regim yang sungguh ganas menjadi lebih ganas
lagi, lebih dahsyat lagi menangani masalah jaringan pengganas, yang dalam kesah
Saudi, telah sengaja dijinakkan dulu dan kini dianggap sebagai satu bahaya yang
besar. Tindakan Saudi menyentap Mr. Blair adalah satu pertanda bahawa dalam beberapa
bulan yang mendatang, Amerika dan Britain akan menghadapi banyak kesulitannya di Timur
Tengah. Mereka juga akan dihantui kebencian yang membuak lebih dahsyat berbanding
dulu-dulu. Matlamat jangka pendek Arab dan barat mungkin tidak mencapai kata sepakat
disebabkan perbalahan yang berpanjangan, dan kepentingan jangka panjang akan terdedah
untuk menunjukkan perbezaannya. Pihak bersekutu mungkin dapat memenangi hati golongan
intelek Islam tetapi dijangka kecundang dalam memenangi hati orang yang memberontak
jalanan. Besar kemungkinannya mereka turut tersilap mempercayai bahawa sebahagian
besar umat Islam akan terkejut apabila mengetahui matlamat Al-Qaeda yang sebenarnya.
Pada keseluruhannya, seandainya pertembungan yang tidak dapat dielakkan ini terus
berpanjangan untuk bertahun lamanya tanpa satu rumusan yang jelas, kesannya nanti
akan mendedahkan muslihat menemukan dua keutamaan Barat yang tidak bertulis di Timur
Tengah. Satu, mendapatkan kemudahan bekalan minyak di rantau Teluk, dan menentukan
kewujudan Israel mengikut sempadan yang selamat.
Di Israel, kereputan keadaan semakin tidak dapat dielakkan, kerana kumpulan
'pengganas' seperti hamas- yang diongkosi oleh Riyadh - akan menjadi lebih berani, dan
tidak ada sebarang inisiatif diplomatik yang berjaya melepasi ugutan sabotaj mereka.
Untuk tempoh sederhana, Barat akan terus menyokong Yassir Arafat dengan bantuan
ketenteraan terhadap kumpulan ini - dan sebagai balasan kerana memperkuatakan desakan
terhadap Israel agar berundur daripada keseluruhan Tebing Barat dan penempatan baru.
Semua ini merupakan satu proses menghidupkan semula inisiatif Oslo yang terbantut
tahun lalu dalam persidangan perdamaian di Kem David.
Akan tetapi, Barat perlu berterus terang bagaimana mahu menangani semua ini.
Mereka tidak bersetuju dengan tahap pertama. Kehadiran Amerika Syarikat di rantau ini
tidak akan meredakan keadaan, bahkan akan memburukkan semuanya. Pengaruhnya tidak lagi
hebat seperti dulu, malahan akan berkurang lagi. Regim seperti Saudi akan menjadi
lebih terdesak dan bercelaru. Serangan yang dilakukan terhadap Amerika bukannya
bertujuan membunuh ribuan manusia, tetapi adalah bersifat memprovokasi agar tercetus
perang antara Barat dan Islam, mengusir keluar AS daripada Timur Tengah dan
menghancurkan Israel. Barat memang terdaya mengalahkan segala ugutan itu; ia tidak ada upaya
memeranginya di setiap medan perempuran pada satu masa yang sama.
Terjemahan: SPAR Asal: FRIDAY OCTOBER 12 2001 Oil, Israel, terror The trouble when two priorities become three
Tony Blair's latest foray into the Arab world reflects his conviction that the
West must fight and win the battle for Muslim public opinion. Britain, he
believes, is particularly well suited to the task of explaining, to audiences that
will often be both anti-American and uninformed, why terrorists have to be
confronted and quashed. His theme is that Islamic terrorism must be thwarted in its goal of erecting a
barrier of hate and fear between the Muslim and Western worlds, and that this
conflict should be understood not as a war of religion but as a power struggle
launched by enemies of prosperity and civil peace in their own societies as well
as those of the West. He is anxious in particular to assure both rulers and
publics of British and American good faith, of their determination to bring good
out of evil in return for their co-operation in pursuing and grinding down the
networks of terror. This is the sort of thing Mr Blair does very well. But it is stony ground. The
Saudi decision not even to receive a British Prime Minister was a small victory
for Osama bin Laden - a victory timidly, unwisely and unnecessarily handed to
their most implacable enemy by the House of Saud. The appeasement of
al-Qaeda or any of its allied networks, most especially by Muslim rulers
fearful of being branded ?traitors? to Islam, will prolong the conflict unleashed
on September 11 and add to its dangers for Muslims as well as the West. That
ought by now to be apparent even to the most self-deluding of Arab elites. But
it is not. Saudi Arabia?s caution is in line with its long habit of giving a free hand to
religious militancy, at home and abroad. That habit has come home to haunt it -
and to haunt the West. The authority of the House of Saud rests on two main
pillars and one assumption. The pillars are Western political and military
support and the loyalty of the deeply puritanical Wahhabi tribe; the assumption
is that they are owed respect as the hereditary guardians of two of Islam?s
three holiest shrines. Bin Laden has declared the assumption to be invalid and
many Arabs agree. He will not rest until the ?infidel? US troops are driven from
Arabian soil and, without Western protection, the regime would be gravely at
risk. Its overthrow and replacement by a Taleban-like medieval caliphate is a
primary and explicit bin Laden aim. The traditional Saudi response, which is to purchase loyalty, is no longer
sustainable because the kingdom is deeply in debt. That gives the West some
modest leverage, at least on the question of depriving Islamist terrorism of
funds. Of the 369 terrorist organisations that, on American estimates, exist
worldwide, 126 are in the Islamic world and most of them are active mainly
against their own governments. ?Private? Saudi foundations, mostly royal, have
for many years bankrolled a disturbingly high proportion of them. They have
also financed religious schools which are often the only education available to
the poor. Many of these ?schools? are indoctrination centres from which
jobless youths emerge brimming with religious hatred. Some are terrorist boot
camps; Saudi money financed al-Qaeda and Taleban camps in Pakistan and
Afghanistan; some 10,000 Saudi graduates of these camps, volunteers for
jihad, are now thought to have returned to the kingdom. They mix with
unemployed and increasingly radicalised youths for whom bin Laden is a hero.
State toleration of terror, which is what this pattern of patronage has amounted
to, can be as dangerous as state sponsorship. Saudi Arabia has to be told that
September 11 has left them no choice; they can no longer hope to buy these
people off for the sake of a quiet life. It will not be excused; and it will not
work. It must stop. If that can be phrased in terms of a common interest, so
much the better. But the Saudis do not want to be told the truth.
The West?s dilemmas over Riyadh illustrate in particularly acute form a wider
problem. The West may be fighting the good fight, but it is forced to court as
allies in this struggle some of the most reactionary and unpopular regimes
around, regimes which give terrorists purchase by their failures to provide
proper education, skills and economic opportunities. The West?s long-term
goals must be to persuade these governments to lower the barriers of privilege
and to curb the bad behaviour of their elites, both Islamic and ?unIslamic?. Both
Britain and America are acutely aware that if they are to crush the roots of
terrorism, they must deal with the political and cultural troubles that blight the
Arab world. That was Mr Blair?s message this week.
Yet in the short term, the priorities are quite different. The West may find itself
demanding that already repressive regimes become more repressive, more
ruthless in rooting out networks which, in the Saudi case, they have fostered to
their now considerable peril. The Saudi snub to Mr Blair was an indication that
in the coming months America and Britain will have a rough time in the Middle
East. They may also find themselves more hated in the region than they have
ever been. Western and Arab short-term goals may not mesh and in the course
of heated disputes, long-term interests may appear to diverge. The allies may
win over Muslim intellectuals but stay on the losing side in the battle for the
streets; it is even possible that they are mistaken in believing that the great
mass of Muslims would be horrified if they knew what al-Qaeda?s real goals
were. Above all, and particularly if this unavoidable struggle continues for years
without clear-cut results, it may expose the unspoken difficulties of
reconciling the West?s two fundamental priorities in the Middle East, secure
access to the Gulf?s oil, and Israel?s existence within secure borders. In
Israel, deterioration is almost inevitable at this phase; terrorist groups such as
Hamas - supported by Riyadh - will be at their most confident; no diplomatic
initiative has much hope of surviving their sabotage. In the medium term, the
West may find itself giving Yassir Arafat active military support against these
groups - in return for putting enormous pressure on Israel to withdraw from
virtually all the West Bank and its settlements there in a revival of some
version of the Oslo process that reached a dead end last year at Camp David.
But first the West has to get to the point where it can deal with these things. They are not for phase one. The US presence in the region, far from being reduced, is going to be increased. Its influence will be less, not more, discreet. Regimes such as Saudi Arabia?s will be more nervous, not less. The attacks on America aimed not just to kill thousands of people but to provoke war between the West and Islam, drive the US out of the Middle East and destroy Israel. The West can defeat all these threats; it cannot fight on every front at once. |