Laman Webantu KM2: 6099 File Size: 8.5 Kb * |
TAG SP 343: IUK: Fisk - Bush dan Blair Kalah Perang Mulut di Timur Tengah By Robert Fisk 11/10/2001 2:41 am Thu |
http://argument.independent.co.uk/commentators/story.jsp?story=98659
Independent UK 10 Oktober 2001. (Bush and Blair have already lost the talking war)
Oleh: Robert Fisk Bush dan Blair mungkin telah melalak memberitahu dunia betapa mereka akan berjaya
'memerangi keganasan'. Tetapi, di Timur Tengah, Osama bin Laden lebih menonjol dengan
status yang penuh mitos, sehingga mengalahkan dua pemimpin Barat itu.
Sama ada seseorang itu ialah menteri Lebanon, seorang wartawan Saudi, seorang kerani
bank ataupun seorang penduduk Mesir, sambutannya memang sama sahaja: suara Osama
Laden yang diulang-ulang di puluhan juta rumah, menggambarkan desakan dan rintihan -
dan kemarahan - masyarakat Islam di Timur Tengah yang telah melihat para presiden dan
raja mereka yang pro-Barat meloloskan diri daripada sebarang kecaman yang serius
terhadap pengguguran bom barat di Afghanistan.
Kalaulah negara Barat telah meneliti rakaman video terbaru Osama Laden, tentu mereka
memberikan perhatian (kalaulah mereka benar-benar menelitinya) kepada kenyataannya
terhadap keganasan di Amerika Syarikat. Kalaulah dia menyatakan perkenannya, walaupun
menafikan pembabitan peribadinya, apakah ini bermakna dia sebenarnya berperanan di
sebalik pembunuhan beramai-ramai pada September 11?
Dunia Arab mendengarnya dengan cara yang berbeza. Mereka telah mendengar satu suara
yang menuduh Barat kerana mengamalkan dua jenis pengukur yang penuh 'keangkuhan' di
Timur Tengah. Inilah suara yang menonjolkan isu utama yang menyelimuti kehidupan
kebanyakan orang Arab. Konflik Palestin - Israel dan kesinambungan penempatan Israel.
Seperti yang disuarakan oleh seorang penduduk Mesir, semalam; 'Masyarakat Arab percaya
Amerika cuba membunuh seorang insan yang sedia menyatakan kebenarannya.'
Arab biasa selalunya tidak merasa senang mengaitkan diri mereka dengan pendapat
yang tidak seiring dengan pendirian kerajaan, tetapi kini, mereka lebih mudah
menyuarakan kemarahan mereka itu. 'Mula-mula mereka sebut sasaran mereka ialah
Osama bin Laden,' demikian kata Samar al Naji daripada Jordan. 'Kemudian mereka bom
orang Afghan yang tidak berdosa dan tidak ada kena mengena dengan keganasan. Mereka
serang orang Islam sambil melupakan gelagat orang Israel, negara penjenayah yang
memusnahkan rumah kediaman Palestian dan membunuh wanita dan kanak--kanak.' Mr.
Al-Naji baru berusia 29 tahun, dan bertugas sebagai seorang kerani bank, belum
menunjukkan kematangan politiknya. Di Unversiti Ain Shams, Mesir, solat khas dilaksanakan mengenang mangsa Afghan yang
terbunuh dan di bandar Zagazig di tebing Nail, para pelajar mendebatkan masalah
sebenar yang menghantui kebanhyak regim Arab yang pro-Barat. 'Kenapakah pemimpin kita
diam membisu?' tanya mereka bertalu-talu. 'Apakah anda menerima arahan Amerika?'
memang perkara ini tidak masuk akal. Masakan pemimpin negara Arab yang sederhana
memerlukan arahan untuk memberikan sokongan kepada Barat. Lagipun Osama Laden telah
mencadangkan mereka itu digugurkan daripada istana mereka.
Hanya di negara Arab yang lebih bebas, ada menteri yang sanggup bercakap apa yang
terperam di minda mereka. Menteri Penerangan Lebanon, Ghazi Aridi, menganggap rakaman
video Osama Laden sebagai satu kerja yang sungguh pintar. Kini sudah wujud katanya:
'satu kesedaran sejagat mengenai seorang insan - seandainya dia terbunuh, dia akan
menjadi satu simbol dan kalau dia tidak terbunuh simbol itu menjadi lebih besar lagi.'
Di rantau Teluk, semangat semakin bergolak. 'Lihat, aku tahu beberapa wanita tua yang
berjaga malam sembahyang hajat mendoakan keselamatan Osama laden,' kata seorang
wartawan Saudi. 'Kemunculannya di TV adalah satu taktik yang baik, apatah lagi bila dia
menyentuh masalah palestin. Osama tidak akan dibincangkan secara terbuka dan tidak ada
sebarang komen mengenainya di kawasan masjid. Tetapi secara tidak rasmi, mereka kerap
membincang kisah beliau.' Seorang pengarang Saudi, Jamal Kashoggi, menegaskan betapa ramai orang Saudi yang ama
kritikal terhadap Osama Laden sambil mempercayai bahawa dia telah mencemarkan Islam.
Meerka bersedia melihatkan Afghanistan secara pandangan orang pessimis sahaja.
Kandahar diduduki oleh penyokong sistem beraja dan juga penyokong Taliban,' kata
beliau. Orang Afghan yang kecewa dengan kumpulan mujahidin anti--Russia itu dulu
sudahpun membantu Taliban utnuk maju, tetapi menjadi tawar hati dengan Taliban
sehingga sanggup menantikan kepulangan bekas raja untuk menduduki semula takhta.'
Tetapi pandangan ini sudah tentu tidak selari dengan pendapat warga istana Arab Saudi
yang merupakan satu pandangan kelompok kecil sahaja.
Di beberapa negara yang telah dihenyak oleh keazaban pengganasan yang lebih hebat
dalam bentuk penderitaan dan kematiannya, jenayah terhadap kemanusiaan di New York dan
Washington, yang kini menjadi mainan kata Presiden Bush telah menjadi pencetus
kemarahan yang membuak itu. 'Aku jelak mendengar perkataan keganasan, keganasan, keganasan,' jerit seorang pengurus
pembinaan di Lebanon yang dihormati, kepada saya. 'Apabila anda mempunyai musuh
mereka digelar sebagai pengganas, ataupun orang gila ataupun penjenayah besar. Tetapi,
kalau kami menghadapi musuh, kami disuruh bertolak ansur dengan mereka. Kamu ada
Osama laden, kami ada Sharon (perdana menteri Ariel Sharon - penterjemah) yang menjadi
sahabat kamu dan yang dipegang oleh Bush untuk bersalam dengannya.'
Ramai rakyat Lebanon yang percaya, Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon akan didakwa
juga sebagai penjenayah perang kerana peranannya dalam pembunuhan beramai-ramai di
kemah pelarian Sabra dan Chatila pada 1962. Ketika itu 1,800 orang awam terbunuh -
hampir setengah jumlah mangsa yang dikatakan terbunuh di Amerika pada September 11.
Mereka telah disembelih oleh militia Kristian Israel selama tiga hari sedangkan
askar Israel hanya melihatnya dari kawasan markas tentera mereka yang berjiran
dengan khemah pelarian itu. Kalaulah Washington boleh membuktikan dengan lebih meyakinkan lagi bahwa hukuman
yang dijatuhkannya sebagai membalas segala bentuk keganasan, termasuk yang dilakukan
oleh Israel, ia akan kehilangan sokongan, dan dunia ini akan menjadi satu tempat yang
lebih gelita.' (Arab News) 'Tidak ada yang lebih penting dan bermakna daripada satu penyelesaian muktamad
mengatasi masalah Palestin dan menghentikan ketegangan antara Iraq dengan PBB dan
Amerika Syarikat. Kami yakin rakyat negara ini akan .......mengenepikan usaha Osama
Laden untuk memperjuangkan masalah Palestin, Iraq dan segala masalah negara kita.'
(Jordan Times) Iran 'Sejarah tidak pernah menyaksikan sikap kurang ajar dan kediktatoran seperti itu.'
(Siyaset-e Tuz) United Arab Emirates (UAE) Dengan mengizinkan hak menghenyak sesiapa yang difikirkan sebagai musuhnya, tidak
siapa yang tahu bilakah bom-bom itu akan digugurkan pada sasaran yang dipilih oleh
Washington. Ugama kita, malangnya tidak mengizinkan kekebalan disebaban tidak adanya
persekongkolan Allah dalm tindakan itu dan tidak juga menikmati sebarang strategi
yang mencetuskan keadaan kecemasan.' (Al-Khallej)
Israel 'Israel berkemungkinan sekali lagi memainkan peranan utama yang akan menyebabkan
pakatan itu berkecai. Harus diharapkan, Ariel Sharon...akan mengusahakan satu peranan
Israeli yang sesenyap mungkin.' (Ma'ariv)
Syria Walaupun segala alasan yang mensabitkan Amerika memerangi keganasan itu sebagai
sesuatu yang penting, AS, yang merupakan satu kuasa besar politik dan ekonomi,
seharusnya bersikap lebih objektif dan mengelakkan bertindak terburu-buru. Syria,
seperti juga negara Arab dan Islam yang lain, menganggap setiap tindakan politik dan
ketenteraan anti-keganasan itu sebagai tidak berguna, selagi Israel itu dijadikan
sasarannya.' (Tiahrin) Iraq 'Satu tindakan jenayah... yang dilaksanakan oleh Amerika secara unilateral adalah
menyalahi piagam PBB dan perundangan antarabangsa.... dan menyerupai mengamalkan
hukuman rimba' (Al-Qadassiya). Asal: KM2 6090
|