Laman Webantu KM2A1: 6095 File Size: 4.1 Kb * |
TAG SP 341: Pravda - Taliban Tidak Menggunakan Senjata Utama Mereka By Pravda 11/10/2001 12:44 am Thu |
[Amerika kini sedang berperang dalam keadaan teka meneka kerana bukti
kukuh memang tiada. Dalam keadaan ketandusan berita sebenar keadaan di medan
perang ia tidak akan mampu menilai dengan tepat apa yang sudah mengena.
Sebaliknya ia hanya akan mengundang kemurkaan yang tiada tandingnya oleh
rakyat Afghan semuanya kerana mengebom tidak tentu hala.
Taliban nampaknya mahir membaca... tidak perlu membazirkan peluru seperti
Amerika. Lagipun itu menunjukkan betapa hapraknya strategi Amerika yang
akan menjerut Bush sendiri juga (oleh kosnya). Seandainya ramai tentera
Amerika maut alamat tempoh Bush mungkin tidaklah lama....
- Editor] (Taliban Are Not Using Their main Weapon
- Are they preparing a Surprise?) Puak Taliban belum lagi menggunakan senjata utama mereka.
Demikian laporan Al-Jazeera TV di Qatar, yang merupakan hanya
satu stesen TV yang mempunyai wartawannya di medan perang di
Afghanistan. Mengikut mereka, selain Kabul dan Kandahar, pesawat
AS telah mengebom satu pertahanan Taliban di utara Kabul. Dari
sana dijangkakan akan bermulanya serangan Pakatan Utara untuk
menyerang kotaraya negara itu. Al-Jazeera melapurkan betapa Taliban mempunyai sistem menangkis
pesawat terbang termasuk peluru berpandu SAM-7 (Surface to Air
Missile) yang masih tidak digunakannya. Penyerang AS sedang
ditentang oleh senjata penangkis pesawat perang, yang tidak
mampu menjatuhkan pesawat yang terbang tinggi. Amerika Memberi
Amaran Mungkin Perluaskan Tindakan Ketenteraan (US Warn That
Military Action Against Terrorism may Spread Outside Afghanistan)
Amerika Syarikat telah memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa
tindakan ketenteraan terhadap jaringan keganasan Al-Qaeda,
mungkin merebak di luar Afghanistan. Sepucuk surat yang
dialamatkan kepada Majlis Keselamatan bagi pihak wakil tetap AS
di PBB John Ngroponte telah menyatakan, antaranya:
Angkatan Tentera AS telah melancarkan satu tindakan membenteras
serangan lanjut terhadap Amerika Syarikat mengikut hak universal
terhadap pertahanan individu dan pertahanan kumpulan. Siasatan
kepada serangan penganas September 11 dulu menunjukkan 'adanya
bukti yang jelas dan meyakinkan betapa pertubuhan Al-Qeda yang
disokong oleh Taliban telah memainkan peranan utama dalam
serangan tersebut.' Namun, siasatan itu masih diperingkat awal, kerana itu 'banyak
fakta yang masih samar.' 'Eloklah kami membuat rumusan betapa pertahanan-diri kami
memerlukan tindakan lanjut terhadap pertubuhan lain di negara
yang lain.' Ramai pemerhati pecaya bahawa 'tindakan lanjutan' itu
mungkin diarahkan terhadap sebarang negara yang disenaraikan oleh
jabatan negara setiap tahun dalam 'Senarai Negara Keganasan,' di
mana Iraq adalah salah satu contohnya.
Melihat reaksi pertama Majlis Keselamatan itu, adalah tidak
mungkin AS diberikan keizinan untuk meluaskan zon tindakan
ketenteraan kecuali ia mengemukakan bahan siasaan yang lebih
meyakinkan. Terjemahan; SPAR Asal: [portions] http://english.pravda.ru/main/2001/10/09/17481.html
2001-10-09 TALIBAN ARE NOT USING THEIR MAIN WEAPON.
- ARE THEY PREPARING A SURPRISE? The Taliban have not used their main weapon yet, Katar Al-Jazeera TV station reported, the only station that has its correspondents in Afghanistan. According to the TV station, in addition to Kabul and Kandagar, US aircraft bombed a Taliban position to the north from Kabul, which is from where the Northern Alliances attack of the Afghan capital is being expected. Al-Jazeera reported that the Taliban has anti-aircraft systems, including the SAM-7, though they are not using them. US aircraft are being fired on with anti-aircraft guns, which are not capable of shooting down high-altitude aircraft. |