Laman Webantu KM2A1: 6088 File Size: 24.0 Kb * |
MMMM: 7 - Bermulanya Perang Agama By Marhain Tua 10/10/2001 9:11 am Wed |
[Kalaulah cara memerangi keganasan adalah dengan menyerang sesebuah negara,
banyak negara termasuk A.S. sendiri perlu diserang kerana menyimpan dan
melindungi pengganas Israel itu sendiri. Menurut N. Chomsky, Amerika telah
membatalkan (veto) keputusan Mahkamah Antarabangsa dan resolusi Majlis
Keselamatan PBB - malangnya hal ini tidak disiarkan secara meluas oleh media.
Media juga gagal untuk menerangkan bahawa ketika Perang Teluk, 70% daripada
88,500 tan bom yang dihujani di Iraq dan Kuwait langsung gagal mengena
sasarannya, begitu juga dengan serangan Nato di Yugoslavia. Yang lebih banyak mati dan tercedera adalah orang biasa. (J. Pilger - Guardian)
Those who contribute to the current propaganda that says there is no other
way but war might reflect that they, too, are likely to end up with blood on
their hands. - Pilger Bab 7: Musim Dunia Kristian Menipu Dunia Islam
Seperti yang saya tulis kepada segelintir penerima tulisan yang terdahulu, saya
bependapat bahawa peperangan menyerang Afghanistan ialah permulaan Perang Agama yang
pernah kita ramalkan kira-kira dua tahun yang lalu.
Seperti yang saya tuliskan juga dan diulang kembali oleh Robert Fisk, Amerika
sebagai kuasa terkuat di dunia sanggup menghentam negara termiskin di dunia atas
nama memerangi keganasan sedangkan itu hanya satu tipu-muslihat. Kalau betul-betul
mahu perangi keganasan Amerika harus menghentam IRA yang sudah lama membunuh di
negara barat terutama sekali di kota London. Amerika dan NATO harus mengebum
wilayah Basque yang sudah lama mahukan kemerdekaannya daripada Sepanyol. Amerika
harus menyerbu Colombia di mana bersarangnya Mafia Dadah terbesar dunia ataupun Tupak
Maru di Peru. Ketika Milosevic (bekas presiden Yugoslavia) bertindak ganas
membunuh orang yang tidak berdosa setiap hari, Amerika sepatutnya menyerang Kosovo dan
bukan mengarahkan NATO melindunginya. Sehingga kini Ridzwan Karatzhik belum lagi
tertangkap walaupun ratusan ribu umat Islam mati disembelihnya.
Malahan, Amerika seharusnya menakluki Israel kerana mengekspot keganasan seluruh
dunia, termasuk satu pasukan khas di Singpura di mana terdapat satu pangkalan
pesawat udara (drones) tanpa juruterbang sentiasa bersiap sedia (dan diberikan
keizinan menggunakan ruang udara Malaysia secara percuma). Sekaligus Amerika harus
mengebom Singapura yang menjadi proksi Israel membuat kerja risikan di seluruh
Afrika dan Asia Tenggara. Singapura juga merupakan sarang pembikinan jerangkap
samar yang dibekalkan kepada Kuwait untuk dipasang sepanjang sempadannya dengan Iraq;
dan di persisiran pantai di Teluk Arab/Parsi yang tidak mampu dikawalnya.
Banyak lagi tempat lain di mana masih ramai penyangak yang mengganas besar-besaran,
tetapi Amerika tidak pun bertindak mengajar mereka. Semua serangan itu mempunyai
bukti sahih betapa Amerika benar-benar mahu mengganyang dunia Islam.
Memandangkan keadaan sedemikian saya mencadangkan agar pengendali laman Web
menumpukan satu format memberi maklumat kepada bangsa, sebanyak mungkin yang
tidak dapat dibaca di mana juga ataupun diikuti di TV dan radio dalam Bahasa Melayu.
Saya harap pengendali laman web beragama Islam dan mereka yang cintakan keamanan
dunia, supaya tidak terikut rentak CNN dan media perdana UMNO yang memperkecilkan
perang Afghanistan ini, kerana AS mahu menyudahkan perang mereka yang gagal
ditamatkan dengan jayanya oleh Presiden Bush Sr. dulu. Kalau AS berjaya menguasai
Afghanistan melalui perang yang tipu muslihatnya dikatakan untuk mendera Osama Laden
dan Kumpulan Al Qaeda; ini bererti seluruh dunia Islam akan tergugat. Banyak
unsur-unsur penekanan perjuangan Islam itu sedang ditekan oleh pemimpin Islam
sebagai proksi kepada AS dan Zionisme serta dunia Kristian.
Ketika Kosovo dan keseluruhan Bosnia tergugat, Malaysia merupakan salah satu negara
yang mula-mula menawarkan perlindungan kepada masyarakat Islam di sana termasuk di
Albania untuk mendapat perlindungan di sini. Kenapa kali ini tidak ada tawaran
diberi kepada masyarakat Afghanistan? Apakah kerana masyarakat Bosnia yang diberi
perlindungan dulu merupakan oang Islam hanya pada namanya sahaja?
Kenapakah kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan tidak menawarkan kemasukan
pelarian Afghanistan di kalangan kanak-kanak yang belum baligh untuk memasukki
Kelantan dan Terengganu dan minta derma masyarakat Islam untuk menaja pembiayaan
mereka? Bukankah itu lebih besar pahalanya daripada setakat sembahyang hajat dan
berdemo di depan Kedutaan Amerika? Kenapakah UMNO melalui 'Puteri' dan 'Kaum Ibunya' tidak melancarkan gerakan
mengambil anak angkat kanak-kanak Afghanistan yang masih kecil lagi, sebelum mereka
mati kebuluran dan kesejukan di sempadan Pakistan? Kenapa tidak dilancarkan satu
program khas membenarkan sistem anak angkat ini di kalangan keluarga kaya raya di
Malaysia? Kerajaan tidak perlu keluarkan duit untuk projek ini. Serahkan kepada rakyat
biasa untuk mengaturnya dan lihat berapa ribu anak-anak yang merempat di Afghanistan
itu dapat diselamatkan, sebelum mereka diambil oleh UNHCR untuk diagihkan kepada
dunia Kristian seperti yang berlaku di banyak empat sebelum ini. Apa jadi kepada
mereka akhirnya? Ramai yang sudah besar dan kini menjadi sumber tenaga untuk mewarnai
dunia pelacuran di barat, kerana projek anak angkat di Barat selama ini dibiayai
oleh gereja dan ada yang dikendalikan oleh industri pelacuran juga.
Bukankah itu yang berlaku di Vietnam, Congo, Mozambique, Somalia, Bosnia, Ethiopia,
Eriteria, Jerman dan banyak lagi? Serangan yang dibuat oleh AS dan Britain terhadap Afghanistan adalah satu penghinaan
besar kepada dunia Islam kerana tidak mampu menyekatnya. Ketika Amerika di serang pada
September 11 dulu, ia dilakukan sebelum waktu pejabat di siang hari. Ramai orang Yahudi
yang sudah mengambil cuti seolah-olah mereka tahu akan kemunculan serangan. Apakah
Osama Laden dan orang-orangnya yang memberitahu jadual serangan itu ataupun serangan
itu dilakukan oleh kumkpulan proksi Yahudi? Jika demikian, Osama Laden bukannya
orang yang patut dituduh mencetuskan jenayah itu.
Ketika Amerika menyerang-balas, serangan dibuat di tengah malam kerana mengambil kira
'prime-time' untuk tontonan rakyat Amerika (Amerika ada empat zon waktu). Tetapi
itulah waktunya rakyat Afghanistan sedang tidur tanpa lampu letrik di banyak tempat.
Bayangkan kesengsaraan mangsa meraba-raba mencari perlindungan di waktu gelap
gelita tanpa sebarang bantuan kepada pihak yang cedera.
Serangan Amerika diberikan lintas langsung di TV sambil diberikan penjelasan apa
sasarannya. Kemudian diselang seli dengan sinario mencari mayat di Pusat Dagang Dunia
sebagai muslihat untuk menyedarkan rakyat dunia supaya bersimpati dengan Amerika
kerana tindakannya. Kalau Amerika mahu, runtuhan Pusat Dagang Dunia itu sudah boleh
dibersihkan dalam jangkamasa dua minggu. Kalau AS betul-betul ingatkan ajaran Allah
dan hormati mangsa yang sudah mereput di bawah runtuhan batu itu, keseluruhan
timbunan batu sudah pun bersih diangkut dan apa juga mayat yang dijumpai ataupun
cebisan anggota badan, sudah ditanam. Tetapi, ia sengaja dilambatkan supaya tidak
terdedah kemana perginya puluhan ribu orang Yahudi yang dikatakan bekerja di
pusat itu? Ia memang dilengahkan kerana Bush mahu mengimbangi sentimen manusia,
kalau-kalau berlaku kecelakaan dalam serangan mereka di Afghanistan. Timbunan
runtuhan bangunan itu sengaja dijadikan bahan pelancungan terbaru baik dari segi
fizikal ataupun segi lawatan letronik, kerana parti Repablikan mahu menyauk simpati
rakyat untuk merestui perancangan menambahkan belanjawan darurat yang akan
merancakkan industri pengeluaran kelengkapan perang. Untuk menambahkan kehebatan
rencana itu mereka kerahkan hampir 50,000 tenaga kerahan (national sevice) dan
tubuhkan pula satu jabatan 'Homeland Security Service' yang tidak jauh bezanya dengan
konsep 'Home Guard' di zaman pra-kemerdekaan dulu dan konsep 'Rukun Tetangga' di zaman
ini. Alangkah pelik, satu keruntuhan yang memendamkan sekitar 250 juta dolar jongkong
emas di bahagian bawah bangunan dan simpanan dana, jam yang mahal-mahal, simpanan
perhiasan yang mewah-mewah dan simpanan lukisan serta bahan simpanan purba (antik)
yang mahal dan terlalu berharga, dibiarkan terperam begitu sahaja menunggu masa
diselongkar dan diselamatkan hanya selepas AS selesai menjahanamkan sebuah negara
Islam dan bekemungkinan menyambungnya (serangan udara membenteras keganasan) di
negara Islam yang lain seperti Iraq, Syria dan Iran?
Kebenaran cerita perang di medannya hanya dapat diikuti melalui Al-Jazeera
sebuah saluran TV di Iraq dan al-Manar yang berpangkalan di Beirut. Soalnya
sekarang kenapakah negara Islam yang sudah berkokok lama akan keIslamannya seperti
Malaysia tidak mahu mencarum kepada dua saluran TV itu untuk mendapatkan berita
mereka sebagai imbangan berita barat? Kenapakah PAS dan Keadilan sebagai parti pembangkang tidak dapat mengusahakan
menghubungi dua saluran TV itu untuk disalurkan dalam internet Malaysia untuk
diikuti oleh rakyat negara ini? Jelas, apa yang berlaku di Afghanistan mencetuskan banyak kekeliruan kepada
masyarakat Islam di negara ini kerana sikap keangkuhan ramai pemimpin itu sendiri yang
tidak kisah dan perihatin kepada apa yang sebenarnya sedang bergolak di Afghanistan.
Kebanyakan mereka khayal dengan masalah dalaman yang kebanyakannya merupakan
'trivial' ataupun tetek-bengek yang tidak sepatutnya difikirkan ataupun
digembar-gemburkan oleh pemimpin politik. Mereka fikir masalah di Afghanistan tidak
ada kena mengena dengan kehidupan Melayu dan Malaysia. Tidak ramai yang sedar akan
pentingnya memahami pergolakan itu untuk menyedari imbangan kuasa di rantau ini.
Mereka tidak sedar perasaan manusia Islam adalah sama di mana juga, apabila
kesuciaan agama mereka dihambat oleh orang luar terutama apabila orang yang menghina
itu datangnnya daripada agama yang lain. Mungkin disebabkan pemimpin BN seperti
Samy Vellu, Kayeveas dan Ling Liong Sik masih terlepas bebas walaupun sudah semakin
berani menghina agama Islam dan al-Quran, makanya sentimen orang luar dalam
mempertahankan keluhuran agama itu boleh diketepikan sahaja. Seperti juga segala
keceluparan Mahathir memperlekehkan Islam yang lebih aib daripada gelagat Salman
Rushdie, satu ketika dulu. Mahathir sudah tua dan sudah tidak mampu memberikan perhatian yang amat mendalam kepaada
masalah ini. Masalah masa depannya dan anak-anak serta cucu-cicitnya sudah lebih dari
mencukupi untuk menghantui hidupnya. Apatahlagi masalah musuh dalaman UMNO yang
menunggu untuk menyembelih karier politiknya. Kerana itu Mahathir terpaksa
berlakon seolah-olah menangani masalah besar ekonomi negara, sedangkan dia sudah tidak
mampu menangani masalah yang dia sendiri menjadi pencetusnya.
Kenapakah keadaan Mahathir yang paling rapuh ketika ini tidak digunakan oleh pemimpin
parti pembangkang untuk mendedahkan lebih banyak kepincangan pentadbiran negara dan
segala kerakusan Mahathir dan jongosnya. Kenapakah sejak Ezam dan rakannya
dipenjarakan, gelombang penentangan rakyat kelihatan lemah dan tidak bertenaga?
Di sinilah letaknya dalil bahawa kebanyakan pemimpin pembangkang turut berlakon sama.
Kerana itu apabila Mahathir menyekat ceramah terbuka, hampir semua pemimpin
pembangkang bersuara mahu menentangnya, tetapi di waktu yang sama mereka pun
mengurangkan ceramah terbuka itu. Apabila disekat penjualan VCD secara terbuka yang
sebenarnya bertujuan menumpulkan bisa dakwah Islamiah, pihak pemimpin pembangkang akur
juga, sedangkan mereka boleh mempelopori penyibaran VCD itu secara lain. Kalau di
tempat penjualan yang didominasi masyarakat Cina, VCD lucah masih mudah dibeli,
kenapakah VCD dakwah mesti ditegah untuk diedarkan ?
Tekanan Amerika mengganyang Afghanistan tidak dipedulikan oleh dunia Islam, kerana
Afghanistan merupakan sebuah negara yang termiskin di dunia. Apabila Timbalan Presiden
Dick Cheyney memberi katadua, 'You are with me or with the babarians!' tidak ada
seorang pun pemimpin negara Islam yang membantah secara terbuka. Kenapakah Amerika
sanggup menggugat dunia dengan katadua tanpa memberi peluang kepada orang lain
untuk ambil sikap berkecuali? Kalau di PBB semua negara ahli pertubuhan itu boleh
memilih untuk berkecuali, kenapa Amerika tidak mengamalkan dasar itu, sedangkan
Amerika merupakan negara yang paling besar hutangnya kepada tabung PBB itu?
Amerika bangga menunjukkan gambar 'live' mereka mengebom untuk menghancurkan
bandar-bandar Afghanistan. Di waktu yang sama mereka juga menggugurkan bantuan
bekalan makanan dan transistor radio untuk membolehkan rakyat Afghanistan mendengar
propaganda mereka. Tindakan Amerika ini adalah satu tindakan kurang ajar kerana:
a) Kalau setakat mengebom pusat latihan Al-Qaedah kenapakah dimusnahkan rumah
kediaman dan pejabat NGO di sana? Amerika menyerang menggunakan peluru berpandu
'tomahawk' yang bernilai satu juta dollar setiap satu; pada malam pertama serangan
telah memuntahkan 50 biji peluru 'tomahawk' itu. Kosnya ialah sekitar satu juta
dollar, dan kalau diambil kira kos penggembelingan askar dan kelengkapan perang yang
menghenyak Afghanistan pada malam pertama itu sahaja, ia mencecah melebehi setengah
bilion dollar. Jumlah sebanyak itu sudah mencukupi memulihkan ekonomi Afghanistan di
tahap awalannya sehingga orang Afghanistan dapat bermandiri.
Apakah perkiraan di atas tidak dapat dicongak oleh para pemikir yang bijaksana di
Amerika? Setiap institusi pengajian tinggi di Amerika boleh memberikan pendapat yang
sama, tetapi siapakah yang akan mendengar cadangan mereka?
Presiden Bush sudah lama merancang untuk menghancurkan dunia Islam kerana itu
merupakan agenda ayahnya dulu yang pernah berkata 'After Iraq, Islam is next?'
Tetapi, ketika dia menghentam Iraq dulu hampir keseluruhan belanjawan angkatan
tentera Amerika telah dibiayai oleh Kerajaan Arab Saudi, Kuwait, UAE dan Sultan
Brunei. Dengan lain perkataan, sejak pemerintahan bapanya Presiden Bush yang ini
bersama sekumpulan penyangak di Rumah Putih sudah mempunyai satu pendirian tegas mahu
memerangi Islam dengan menggunakan kekayaan Islam. Sekaligus dunia mahu dihancurkan
dengan menggunakan kekayaan dunia Islam itu sendiri. Amerika fikir mereka boleh
berjaya dengan agenda ini kerana hampir semua pemimpin negara Islam termasuk
seorang yang berjiran dengan Indonesia yang hanya tinggal gigi dan lidah sahaja
apabila mahu berdepan dengan Amerika.
Memang sejak peperangan Vietnam dulu Amerika sudah berjaya melancarkan sistem
menghakis kekayaan negara Islam dengan muslihat adu-domba peperangan yang diselangseli
dengan sistem sekatan ekonomi. Suasana peperangan membuatkan negara Islam berbelanja
sakan membeli kelengkapan perang, sehingga banyak negara itu yang membeli lebih pesawat
terbang daripada jumlah juruterbang dan juruteknik terlatih. Kemudian direncana pula
untuk menekan negara yang sudah banyak mempunyai kelengkapan perang itu sehinggakan
wang simpanan mereka di Barat dapat dibekukan, dan sekatan ekonomi dan embargo
dikuatkuasakan. Itulah yang terjadi kepada beberapa negara berminyak seperti Libya,
Nigeria, Iraq, Kuwait, Iran, Saudia, UAE, Indonesia dan Malaysia. Malahan Brunei yang
dikatakan negara Islam yang paling aman sudah semakin hancur apabila sebilangan besar
harta negara disalahurus oleh adik raja yang sedia ada.
Propaganda membeli kelengkapan perang buatan barat dan Amerika dapat dilihat dengan
pertunjukan peralatan perang seperti yang ditaja oleh LIMA. LIMA bukannya sehebat
mana kalau dibandingkan dengan pertunjukan yang sama di negara Barat yang lebih besar
dan lebih hebat. Tetapi, kerana tamak dan haloba ia dibuat selalu di Langkawi tanpa
memikirkan belanja dan pembazirannya. Apakah tanpa LIMA negara yang memerlukan
kelengkapan perang tidak dapat membelinya? Apakah tanpa LIMA Langkawi tidak dapat
membangun pelancungannya? Sepatutnya LIMA kali ini dibatalkan kerana Amerika dan
Britain tidak akan menyertainya. Sudah tentu banyak lagi negara lain dan syarikat lain
yang tidak akan hadir tetapi sengaja tidak mahu diumumkan pada waktu ini. Inilah dasar
kerajaan haprak yang memikirkan rakyatnya semacam gembala keldai di pergunungan
Afghanistan. Di waktu yang sama negara Islam yang mempunyai banyak rakyat yang pintar dalam dunia
pendidikan dan teknologi, terus ditekan agar tidak bangkit sehingga mampu bergusi dan
menggigit. Pakistan, Bangladesh, Indonesia adalah contoh yang terbaik. Tetapi, di
negara Arab inilah negara yang menghantarkan ramai penduduknya untuk menguruskan
pelbagai industri di sana. Adalah satu ironis, Mahathir Mohammad yang selama ini berlagak gagah menjuarai Dunia
Ketiga, tiba-tiba menikus apabila Amerika menyerang Afghanistan. Kenapakah Malaysia
tidak bersuara meminta PBB bersidang tergempar menyekat kemaraan Amerika untuk
terus menghancurkan Afghanistan? Kenapakah Amerika dibiarkan menyerang Afghanistan
dengan pesawat udara sedangkan Afghanistan sudah tidak lagi memiliki tentera udaranya?
Kenapakah Mahathir tidak melaungkan Amerika menipu apabila ada berita mengatakan
perdumbaan pesawat Amerika dengan MIG Taliban? Manakah Taliban ada pesawatt
perangnya lagi yang mampu menandingi F-14 dan F-16 Amerika ataupun pesawat perang
Britain? Selepas menjahanamkan peralatan radar Afghanistan, Amerika sedang menyerang bekalan
simpanan logistik Afghanistan seperti bekalan peluru, pangkalan meriam pertahanan,
bekalan minyak dan sebagainya. Ini merupakah serangan untuk melumpuhkan keupayaan
pertahanan. Dari situ kita menjangkakan Amerika berkemungkinan menurunkan komando
payung terjun di bandar besar, sebagai satu tindakan untuk pablisiti waktu 'prime
time' juga. Selepas itu, mereka akan cuba menubuhkan pemerintahan tempatan
mengandungi orang proksi mereka termasuk satu dua puak Taliban sebagai tukang
sanggup sahaja. Kita menjangkakan, Amerika akan menyerang terus Afghanistan untuk membolehkan
pendaratan askar payung terjun ke bandar besar sebelum askar yang lain dikerahkan. Ini
merupakan kemuncak peperangan ini yang dijangka akan selesai sebelum hari Khamis
terakhir bulan November (Thanksgiving Day = Hari kesyukuran Kristian Amerika). Jika ini
tidak dapat tercapai, Amerika akan menarik pulang askarnya untuk diganti dengan
pasukan baru, lengkap dengan perbarisan kemenangan (victory parade) membodohkan dunia
Islam. Kemudian, peperangan itu akan diselesaikan untuk askar itu pulang bercuti
menyambut Krismas dan tahun baru. Setiap waktu kita diberitahu pembabitan dan sokongan negara besar lain. Peranchis,
Autstralia, Kanada, Jerman, China, Soviet dan Jepun semuanya dikatakan menyokong. Semua
dikatakan akan menghantar pesawat terbang mereka. Tetapi sehingga kini, hanya Amerika
dan Britain yang terlibat. Amerika menggunakan hanya sekitar empat pesawat pengebom
setiap hari, sedangkan Amerika mempunyai longgokan pesawat yang sungguh banyak sekali.
Itupun, ketika menyerang Afghanistan, pesawat Britain hanya memainkan peranan logistik
sahaja (bermakna sebagai tukang iring bersenjata sahaja untjuk ambil gambar tembakan dan
sasaran). Ini bererti Amerika tidak memerlukan penglibatan pesawat perang negara lain untuk
menjahanamkan Afghanistan. Kenapa pula Amerika merungut dengan kemungkinan
berpecahnya pakatan menyerang Afghanistan itu?
Negara lain yang menyokong Amerika sebenarnya berbuat demikian kerana muslihat politik
sahaja. Mereka sendiri faham bahawa bukti penglibatan Osama Laden dalam pengeboman
Menara Pusat Dagang Dunia (WTC) itu masih samar dan penuh tekateki. Mereka sedar
sejarah akan menuduh mereka bersubahat membunuh orang Afghanistan yang tidak berdosa.
Ketika NATO tidak berjaya menangkap Radzwan Karadchik, mahkamah dunia telah mengadilinya
secara 'absentia' berasaskan segala bahan butkti yang ada. Kenapakah Osama Ladin
tidak diadili dulu oleh mahkamah dunia berasaskan bahan bukti yang dikemukakan oleh
Amerika? Nampak sangat Amerika telah memaksa setiap negara yang memperakukan sokongan kepadanya
dengan pelbagai bentuk ugutan ataupun sogokan yang membuatkan mereka menyokong
Amerika. Apabila dibandingkan Osama bin Laden dan puak Taliban, sudah tentu lebih
menguntungkan menyebelahi Amerika. Kerana itu hampir semua pemimpin dunia ketiga dan dunia Arab menyokong Bush dan
Amerika. Tetapi apabila rakyat mereka tidak dibenarkan menaikki pesawat Amerika
adakah mereka membantahnya? Apakah tindakan Mahathir apabila anak-anak kapal (awak-awak)
Malaysia tidak dibenarkan turun menjejakkan kaki di bumi Amerika? Adakah sesiapa di
Malaysia yang menulis surat secara terbuka kepada Bush menunjukkan biadap Amerika
terhadap rakyat Malaysia? Adakah sesiapa di kalangan pemimpin pembangkang yang
menulis mengenai perkara ini kepada kedutaan Amerika di Malaysia?
Sebelum Amerika mengebom Iraq dulu, mereka terpaksa mendapatkan keizinan PBB untuk
membincangkan segala bahan bukti mereka sehinggalah PBB mendapatkan suara
keahlian Majlis Keselamatan PBB untuk menyetujuinya. Salah satu negara yang bersetuju
itu ialah Malaysia. Setelah Iraq dibom hingga lumat, Saddam Husin yang menjadi sasaran
pertama tidak juga mati. Kemudian Amerika lancarkan pelbagai muslihat lagi untuk
mengganyang Iraq hingga kini. Jawatan Presiden Amerika sudah bertukar tangan sebanyak
tiga kali sebelum jatuh ke tangan Bush Jr. Itupun dengan cara tipu muslihat juga.
Apabila Amerika gagal menundukkan Iraq mereka perlukan satu medan perang baru untuk
memacu ekonomi yang sudah jatuh merudum. Mereka mahukan kegiatan yang merancakkan
industri kelengkapan perang. Amerika sudah merasa serik dengan Sadam Hussin. Oleh kerana tidak ada lagi tokoh negara
yang boleh mereka dera sehebat Saddam, mereka terpaksa memilih Osama Laden, kerana
dia adalah berdarah Arab dan beragama Islam. Inilah tipu muslihat Amerika seterusnya,
Osama Laden hanyalah satu sasaran rasmi sahaja. Yang sebenarnya Amerika mahu henyak
negara Islam dan dunianya. Afghanistan telah dikira paling cocok kerana rakyat yang
sudah merempat selama lebih dua puluh tahun. Sehinggakan Amerika terpaksa menghadiahkan
radio kecil untuk memberikan propaganda kepada orang Afghan. Inilah masalahnya dengan
dunia Islam keseluruhannya, membiarkan Amerika memukul rebana untuk diragamkan
tariannya. Sebenarnya gelagat Amerika memberi bekalan makanan kepada Afghan adalah cara yang
dimulakan oleh Askar Melayu pimpinan Jeneral (B) Abdul Latiff Ahmad di Somalia.
Malahan, ketika lebih dua puluh askar Amerika diserang dan dibunuh di Somalia ketika
mahu menangkap Jeneral Aidid, Askar Melayu yang telah menyelamatkan mereka sehingga
mengorbankan seorang pemandu APC daripada Perlis.
Disebabkan kedaifan orang Islam di Afghanisan itu seluruh dunia Islam terpaksa
memilih apakah mereka memihak kepada tamaddun moden ataupun kepada zaman jahiliah.
Inilah kata dua Amerika mengikut hukum ala kaoboi menyuruh kita memilihnya. Osama
Laden dianggap oleh Amerika masih hidup di zaman jahiliah, sedangkan Amerika dan CIA
serta NATO yang mencipta Osama Laden dan Taliban.
Soalnya sekarang, apakah dunia Islam memang masih jahil lagi persis Taliban ciptaan
Amerika itu? Marhaintua |