Laman Webantu KM2A1: 6087 File Size: 4.7 Kb * |
Lori Penguatkuasa MPPJ Dibakar Rentung By Najmi Samsudin 10/10/2001 8:36 am Wed |
[MPPJ nampaknya belum belajar lagi dari kes ngeri di pasar Chow Kit satu
ketika dulu (yang tidak disiarkan di mana-mana media) dimana kenderaan dan
pasukan DBKL turut menjadi mangsa akibat keganasan mereka juga. Masalah
gerai 'haram' boleh diatasi tanpa perlu mengirim 'bala tentera' yang tentunya
akan mengundang bala. Itu tidak akan dapat menyelesaikan apa-apa. Apa yang
perlu cumalah dialog terbuka jika otak itu sememangnya ada. Sayangnya mereka
tidak nampak itu semua mungkin kerana mendapat idea dari pasukan polis agaknya.
- Editor] Sebuah lori pengangkut penguatkuasa MPPJ telah dibakar oleh penduduk pangsapuri Seksyen
6, Kota Damansara, Petaling Jaya di sini malam ini. Operasi menyita gerai yang tidak
berpermit telah bermula pada jam 9.00 malam dengan menggunakan kira-kira 4 buah lori
pengangkut dan sebuah pacuan 4 roda. Anggota MPPJ yang terlibat dalam operasi malam ini
ialah lebih kurang seramai 100 orang yang lengkap beruniform. Pada peringkat awalnya,
pihak penguatkuasa hanya menyita gerai-gerai yang masih beroperasi selain restoran
berhampiran yang membuka meja di tempat letak kereta. Setelah selesai mengangkut segala
barang peniaga gerai dan restoran tersebut, satu daripada lori tersebut bersama-sama
sekumpulan anggota lain telah pergi menuju ke sekitar pangsapuri 5 tingkat yang juga
terdapat sebilangan gerai-gerai kecil penduduk tempatan yang tidak berniaga pada malam
ini. Tanpa ada rasa sikap toleransi dan budibicara anggota terbabit terus mengangkut segala
meja dan kerusi milik penduduk tempatan dengan lagak sombong dan angkuh. Di samping itu
mereka tanpa ada rasa hormat mengugut penduduk tempatan agar diam dan jangan nak buat
kecoh sedangkan perbuatan mereka mengangkut barang milik penduduk yang tidak menjalankan
operasi perniagaan langsung tidak diambil kira.
Apabila salah seorang penduduk (lelaki melayu yang sudah berumur) mempersoalkan tindakan
mereka itu, sekumpulan anggota penguatkuasa MPPJ ini telah memukul kepala dan anggota
badan lain dengan cota di samping sepak terajang yang tidak terkira. Dalam masa yang
sama, seorang penduduk (pemuda berketurunan India) telah diugut dengan pistol oleh salah
seorang penguatkusa setelah pemuda ini mempersoalkan tindakan samseng MPPJ ini memukul
lelaki berkenaan. Hakikatnya, api yang membakar lori milik MPPJ ini, tidak akan menyala
jika tindakan ala-samseng penguatkuasa MPPJ ini tidak berlaku. Perbuatan 'kaki pukul'
MPPJ ini benar-benar mencabar wibawa warga Sekyen 6 ini. Justeru, keadaan menjadi kelam
kabut dengan api yang membakar lori semakin marak di perkarangan antara 2 bangunan
pangsapuri. Kelihatan samseng-samseng MPPJ ini lari lintang-pukang mencari tempat berlindung kerana
para penduduk mula berkumpul dengan ramainya untuk menangkap sesiapa sahaja staff
beruniform MPPJ untuk dibelasah. Mujur tindakan cepat sebilangan penduduk yang prihatin
mengawal keadaan daripada keadaan menjadi lebih teruk dan parah lagi. Namun, apa yang
menyedihkan penduduk di sini, ialah tiada seorang pun pegawai tertinggi MPPJ yang hadir
melawat tempat kejadian pada malam ini. Apatah lagi bayang-bayang pegawai yang mengetuai
operasi malam ini yang dipercayai telah cabut lari lebih awal dengan menaiki 4WD berwarna
biru. Moral daripada kejadian ini ialah, sikap dan lagak MPPJ itu sendiri yang perlu dilihat
dan dinilai kembali. Adakah tindakan brutal dengan memukul orang awam yang tidak berdosa
telah menjadi polisi baru operasi MPPJ? Sejak bila MPPJ diberi kuasa membelasah orang
awam? Apakah terlalu sukar untuk mengeluarkan lesen kepada penduduk-penduduk ini
menjalankan perniagaan secara sah? Kami sendiri penduduk di sini tidak berasa apa-apa
dengan kemampuan dan kebolehan mereka menjalankan perniagaan kecil-kecilan bahkan berasa
bangga kerana sekurang-kurangnya memberi sedikit pilihan daripada restoran berhampiran.
Seperkara lagi, adakah pemilik gerai ini telah diberikan notis lebih awal untuk
mengosongkan barang-barang mereka daripada premis pangsapuri terbabit?
Walau notis telah diberi lebih awal sekali pun, MPPJ mestilah bersikap 'membantu', mesra
dan berakhlaklah sedikit bukannya terus menghukum mereka dengan tindakan semborono dan
membuta tuli. Jika MPPJ masih lagi terus-terusan bersikap samseng dan brutal ini, jangan
harap kejadian yang serupa pada malam ini tidak akan berulang malah mungkin lebih dahsyat
-maut! Najmi Samsudin ANTI KEZALIMAN, CINTA KEADILAN & KEBENARAN
|