Laman Webantu (M) KM2: 6079 File Size: 5.5 Kb |
|
TAG SP 335: TOI: Kumpulan Yang Diharamkan Mahu Kembali Lagi By TimesIndia 9/10/2001 11:21 am Tue |
[Artikel ini nampak simple, tetapi mengikut ramalan pengamat politik yang
masak dengan sepak terajang politik Mahathir, berita ini sengaja
ditonjolkan mengambil sempena pergolakan di Afghanistan di Amerika. Inilah
yang diramalkan oleh banyak veteran politik sebagai usaha Mahathir mahu
mengekalkan kuasa yang sudah lama terhumban di longkang penghinaan
politiknya. Tidak ada yang terbaru dengan isi artikel ini, seperti
pembohongan besar mengenai kem latihan Al Arqam untuk menjatuhkan kerajaan
Malaysia. Sehubungan artikel ini maka terjawab kenapa ada usaha TV Malaysia
mahu memulihkan imej Rahim Noor tukang pukul Mahathir yang sedang merana
keaiban gara-gara kerakusannya membaham Anwar Ibrahim dulu.
Kalau Rahim dipulihkan, bolehlah dia menonjol di TV menceritakan
siasatannya mengenai kem latihan Arqam di Thailand dulu. Manusia akan terus
merancang, Allah Merancang juga....!!! - Penterjemah]
Kumpulan Yang Diharamkan Mahu Kembali Lagi
(Outlawed Malaysian group attempting comeback)
Timbalan menteri hal ehwal dalam negeri Zainal Abidin Zin berkata bekas
ahli Al-Arqam telah mengadakan beberapa perjumpaan rahsia sejak lima bulan
dulu di luar bandar, di mana pergerakan itu masih hidup subur sebelum
kerajaan mengharamkannya pada 1994 kerana dakwaan mengembangkan ajaran
sesat. 'Kami tidak tahu apa sebabnya,' demikian Zianal disebut sebagai berkata
oleh Sunday Star. 'Kita tidak mahukan pergerakan yang diharamkan itu
merancang aktiviti seperti yang pernah dilakukannya dulu.'
Zainal tidak menjelaskan apa bentuk tindkan yang akan diambilnya, tetapi
polis sudah memantau pergerakan itu agar tidak dipulihkan semula.
Kerajaan pimpinan Perdana Meneri Mahathir Mohammed telah menahan pengasas
pergerakan itu, Ashaari Muhamaed, dan 11 orang lagi pemimpin pertubuhannya
selama dua bulan pada 1994. Mereka telah dibebaskan setelah muncul di TV
untuk bertaubat. Kerajaan juga telah membubarkan perkampungan yang dikendalikan oleh
kumpulan itu yang mempunyai supermarket, kilang dan bermacam perniagaan
lain. Pertubuhan itu mendakwa mempunyai 100,000 ahli ketika di zaman
kegemilangannya. Tidak adapun sebarang lapuran keganasan ketika kerajaan melancarkan
gerakan menangkap mereka. Islam ialah agama utama Malaysia. Lebih 60 persen penduduknya yang
berjumlah 23 juta itu adalah beragama Islam, kebanyakannya Sunni - dan
kerajaan tidak menyenangi mazhab lain dan pergerakan kumpulan agama yang
lain. Pada minggu yang lalu kerajaan telah mengarahkan penahanan tanpa
perbicaraan 10 orang yang dituduh menganggotai satu kumpulan militan islam
yang dikatakannya mahu menggulingkan kerajaan Mahathir, yang telahpun
memimpin Malaysia selama 20 tahun. Mereka yang ditangkap, kebanyakannya adalah ahli parti pembangkang yang
berunsur 'fundamentalist Islamic' telah pun menafikan dakwaan itu dan
berkata kerajaan sengaja mahu menjatuhkan martabat parti dengan
mengaitkannya kepada 'Muslim extremism'.
Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: http://timesofindia.indiatimes.com/articleshow.asp?
art_id=49176357 KUALA LUMPUR: The Malaysian government has warned that it will crack
down on followers of a local Muslim sect who try to revive the banned
movement, news reports said on Sunday.
Deputy home minister Zainal Abidin Zin said former members of
the Al-Arqam group have held secret meetings over the past
five months in rural parts of Malaysia, where the movement
flourished before the government banned it in 1994 for allegedly
spreading heretical religious teachings.
"We do not know what their intentions are," Zainal was quoted
as saying by the Sunday Star newspaper. "We do not want the
outlawed movement to organize activities like what it did before it
was banned years ago." Zainal didn't elaborate on what form a crackdown would take,
but police were monitoring the movement to ensure it is not
revived. Prime Minister Mahathir Mohamad's government detained the
movement's founder, Ashaari Muhamad, and 15 other top
members for two months in 1994. They were released after they
appeared on national television and claimed to have repented.
Authorities also disbanded communes run by the Al-Arqam sect,
which owned supermarkets, factories and other businesses and
claimed to have 100,000 members at the height of its popularity.
There were no reports of violence during the crackdown.
Islam is the official religion of Malaysia. More than 60 per cent of
the Southeast Asian country's 23 million people are Muslims
-mostly Sunni - and the government frowns on other sects and
religious cults. The government last week ordered the detention without trial of
10 men accused of belonging to an obscure Islamic militant
group it says were plotting to overthrow Mahathir, who has led
Malaysia for 20 years. Those arrested, mostly members of a fundamentalist Islamic
opposition party, have denied the claims and say the
government is trying to discredit it by linking it to Muslim
extremism.
|