Laman Webantu (M) KM2: 6077 File Size: 9.5 Kb |
|
TAG SP 334: SOT: Penghakiman 15 Oktober By Spirit of Truth 8/10/2001 10:13 am Mon |
M@rhaen Penghakiman 15 Oktober (15th October 2001- Day of Judgement for Federal Court)
Oleh: Spirit of Truth Rayuan Habeas Corpus kumpulan Reformis yang akan didengar oleh
Mahkamat Persekutuan akan menentukan tahap kebebasan dan martabat
badan kehakiman negara, yang tercemar sejak perlucutan jawatan Ketua
Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada 1987. Para mangsa tahanan ISA yang
tidak bersalah: Ezam, Tian Chua, Lokman Adam, Hishamuddin Rais, Saari
Sungib; adalah amat jelas sejelasnya mengikut pengadilan rakyat
jelata. Setiap insan yang berpengetahuan dan berfikiran waras amat
sedar betapa penangkapan dan penahanan mereka semua telah direncana di
bawah tipu muslihat mereka mencetuskan politik militan itu, sebagai
satu pembohongan semata-mata. ISA digunakan terhadap Reformis kerana Mahathir tidak ada bukti yang
meyakinkan Semua orang tahu betapa tergugatnya kedudukan Mahathir oleh keberanian
para Reformis ini, kerana mereka berjaya menyedarkan rakyat jelata
akan segala jenayah dan kerakusan Mahathir sehinggkan kebanyakan
rakyat Malaysia akur betapa Mahathir adalah penjenayah politik yang
pintar memutarbelit. Kesedaran rakyat ini telah memesongkan sokongan
terhadap Mahathir dan UMNO untuk beralih memihak pihak pembangkang.
Inilah yang menakutkan Mahathir dan para jongosnya, sehingga mencari
jalan untuk mengenakan wirawan muda ini secara menumpulkan bisa
pengaruh mereka. ISA merupakan kaedah terbaik untuk Mahathir setelah
menyedari betapa rakyat Malaysia menentangnya sambil lewa sahaja.
Lantas, Mahathir tidak teragak-agak menyalahgunakan akta zalim itu
berselindungkan falsafah keselamatan negara, yang sebenarnya merupakan
satu jaringan keselamatan untuk dirinya.
Badan kehakiman seharusnya tidak mudah ditekan oleh penzalim
Cara Mahkamah Persekutuan yang dipimpin oleh Ketua Hakim Negara
mentadbir kehakiman akan merupakan satu ujian besar dalam sistem
kehakiman Malaysia. Seandainya mereka gagal membebaskan mangsa yang
tidak bersalah dan wirawan muda yang berkorban segalanya untuk
mempertahankan kedaulatan undang-undang, bererti badan kehakiman sudah
tempang, kurang berkesan dan bersalah. Seandainya keadilan masih
wujud, bererti kebebasan mesti dipelihara dan para Reformis mesti
dibebaskan. Mahkamah Persekutuan perlu mendedahkan kebenaran, walaupun
kebenaran itu dianggap lebih pahit kepada Mahathir dan pasukan yang
berkonspirasi dengannya, yang termasuk polis, satu pasukan yang
kebelakangan ini menjalankan tugas terbaru berkhidmat kepada UMNO dan
Mahathir dan mengabaikan kepentingan rakyat jelata. Badan kehakiman
negara mesti bersikap tegas, mencari kebenaran dan mempastikan
keadilan akan tetap menjadi juara. Campurtangan Eksekutif memusnahkan negara
Eksekutif negara mestilah bertindak mengikut bidang kuasa yang
ditetapkan oleh Perlembagaan negara, dengan mematuhi doktrin yang
menjelaskan pengkhususan bidang kuasa yang menghormati domokrasi,
tanpa meracuni keadilan dengan ugutan, ketakutan, sogokan, ugutan dan
mengaibkannya. Rakyat dapat mengesan dengan cepat apakah keadilan
negara telah melutut kepada Eksekutif, kerana sejak tercetusnya kes
Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim, yang sengaja didalangi kerajaan, telah
menyebabkan rakyat sedar akan proses kehakiman itu.
Seandainya mahkamah bertindak untuk memperakukan penahanan itu, maka
sedarlah kita nanti bahawa mahkamah itupun sudah gagal dengan
tugasnya, dan telah tunduk kepada pengaruh eksekutif untuk menjadi
mangsa kezaliman regim Mahathir. Kebencian terhadap kerajaan akan meningkat seandainya Mahkamah
Persekutuan tunduk kepada Mahathir
Walaupun Mahathir pura-pura tidak tahu akan kebencian rakyat
terhadapnya, sambil memilih untuk pura-pura mengenepikannya, sedangkan
dia terus memutarbelit dan memenangi pilihanraya, kebencian yang
semakin membengkak disebabkan penghakiman yang didalanginya, akan
mempunyai kesan buruk yang dahsyat yang berkemungkinan mencetuskan
gerakan bawah-tanah untuk menghancurkan regimnya yang degil itu. Hanya
masa yang menjadi penentu apabila seseorang di kalangan rakyat yang
tidak dapat bersabar lagi menghambat Mahathir secara bersendiri. Badan
kehakiman negara mestilah bertindak mengelakkan perakara begini
daripada berlaku dan mesti tentukan bahawa kebebasan itu diberikan
kepada rakyat untuk membenteras kepimpinan yang tidak adil, zalim, dan
menyalahgunakan kuasa. Kita mendesak para hakim yang bijaksana untuk menggunakan kejujuran
yang paling unggul dalam mempertahankan keluhuran undang-undang.
Janganlah mudah akur kepada ugutan eksekutif, ataupun mudah termakan
umpan kesenangan dunia untuk mencemarkan tugas kearifan membebaskan
mangsa yang tidak berdosa daripada didakwa oleh sebuah regim yang
zalim tetapi semakin menikus yang dipimpin oleh Mahathir.
Tamat. Semangat kebenaran Terjemahan: SPAR Asal: http://e-umno.tripod.com/mar_sot_en021.html
By: Spirit of Truth The Habeas Corpus appeal of the Reformist which will be heard by the
Federal Court will determine the independence and the credibility of
the judiciary, which, since the unceremonial sacking of the chief
Justice Tun Salleh Abbas in 1987, has lost its true independence. The
innocence of the ISA detainees Ezam, Tian Chua, Lokman Adam,
Hishamuddin Rais, Saari Sungib is as clear as the noon day sun from
the judgment of the people. Every well informed and fair minded
Malaysian is fully aware that these summary arrests, made under the
pretext concocted political militancy, is nothing but a pack of lies.
It is common knowledge that Mahathir's position was threatened by the
brave Reformists, they managed to inform the populace on the crimes
and blunders of Mahathir to a point that most Malaysian realized
Mahathir was a deceptive political criminal. This awareness among the
masses shifted the popular support from Mahathir led UMNOBN to the
opposition. This frightened Mahathir and his erstwhile henchmen,
forcing them to find a way to fix these 'young Turks' so that the
threat will be eliminated. ISA was the best method, and knowing that
the Malaysian public will only weakly and verbally oppose it, the
tyrant had no reservation to abuse the draconian act in the name of
national security, which in reality was for his own safety and
security. The Reformists strictly adhered to the laws and operated
within the confines of the Federal Constitution, which allowed for
peaceful voicing of dissent and views.
The Judiciary must not succumb to the pressures of tyrannical
executive The manner in which the Federal Court led by the Chief Justice will
administer justice will be the acid test of the Malaysian judiciary.
If they fail to free these innocent and defenseless brave youths who
risked everything to safeguard truth and justice, then we know the
judiciary is maimed, effete and wrong. If justice is still alive, then
freedom must be safeguarded, the Reformists must be released. The
Federal Court must arrive at the truth, even though that truth will be
bitter for Mahathir and his conspiracy team, which includes the
police, which of late has assumed new duties of serving UMNO and
Mahathir instead of the people. The judiciary must stand upright,
search for the truth and ensure that justice will triumph.
Executive interference into the Judiciary will devastate and ruin the
nation The Executive must act within the defined powers of its role as per
the Constitution, in line with the doctrine of the separation of
powers which upholds democracy, it must not poison the judiciary with
intimidation, fear, bribery, threats and render it worthless. The
people will immediately sense if the Judiciary has succumbed to the
Executive, because ever since the Lim Guan Eng and the Anwar Ibrahim
trials, both of which was orchestrated, the people have become
sensitive to the judicial process. If the court ever decides to uphold
the detention, then we know that it has failed miserably, bowed to the
executive and has become the victim of a despotic regime led by
Mahathir. The hatred for the government will mount if the Federal Courts 'kow
tows' to Mahathir Even though Mahathir plays dumb to the hatred the people have against
him, though he selectively tries to ignore it, though he knows he can
manipulate and win the elections, the hatred that will ensue from the
forced error of the judiciary, will have far reaching implications,
even leading to underground militancy to destroy a stubborn regime. It
will be a matter of time , when some one among the people will lose
his head and go for Mahathir. the judiciary must avoid these things
from happening, and must ensure freedom is given to the people to
oppose a unjust, cruel, power abusing leadership.
We urge the learned judges to exercise the ultimate honesty in the
sacred task of upholding justice. Let not the threats of the
executive, nor the temptations of the ephemeral world temper with
their professional tasks of freeing innocent victims from the
persecution of cruel frightened regime led by the despot Mahathir.
Spirit of Truth |