Laman Webantu (M) KM2: 6075 File Size: 17.0 Kb |
|
TAG SP 332: Guardian: Panglima Perang Afghan By Jonathan Steele 8/10/2001 9:50 am Mon |
[Sila maklum rencana ini mempunyai unsur sindiran yang amat tajam.
- Editor] The Guardian (Our Afghan Warlords) Oleh: Jonathan Steele Arming the Taliban's opponents will only deepen the agony of a ruined nation
Seorang wartawan TV kebingungan ketika meneliti penggambaran yang dibuatnya
ketika merakamkan karung gandum yang dipunggah sebagai bahan makanan yang
disusun menantikan kemunculan pelarian Afghan yang kelaparan dan ketakutan
munculnya serangan udara Amerika. Rencana itu memang sengaja dibuat secara
diam-diam, tidak berapa dikutuk ataupun ada sesiapa yang berani memulakannya.
Tetapi, betapapun membingungkan, dasar yang dilaksanakan itu memang satu dasar
gila. Orang gila manakah yang mencadangkan tindakan ketenteraan yang
menyebabkan orang yang papa kedana lari ketakutan melupakan rumah tangga
mereka dan mengheret ahli keluarga untuk meredah banjaran gunung dan dataran
padang pasir - untuk berpusu-pusu di pintu masuk Pakistan dan Iran, yang sudah
lama tertutup rapat? Kemudian mereka berkata anda akan diberikan bantuan
bekalan makanan sebagai lambang kesucian hati kami kerana 'kami tidak bermusuh
dengan anda, tetapi dengan regim yang memerintah anda'.
Belumpun dilancarkan sebarang peluru berpandu, ratusan ribu penduduk Afghan
sudahpun mula berhijrah. Bayangkan bagaimana berkecamuknya keperitan dan
kekeliruan yang akan menghantui mereka apabila gelombang pertama serangan
'Tomahawks' dilepaskan untuk menyerang mereka di sebalik segala dasar 'bom dan
mentega' yang mereka lancarkan. Namun, liputan luas selama dua minggu di TV itu, yang memaparkan kesengsaraan
di Afghanistan tidakpun bererti, tidak membawa kesan. Ia memberikan ruang untuk
kita berfikir dan memberikan peluang perasaan membalas dendam itu menjadi
dingin dan sejuk. Liputan TV itu telah mendidik berjuta manusia mengenai
keadaan sebenar negara yang amat sukar. Satu generasi ahli politik muda, yang
tidak berapa pasti di mana Afghanistan sebenarnya satu bulan yang lalu, kini
sibuk mendalami pengetahuan mencari perbezaan antara Uzbek, Tejik, Hazara dan
Pashtun. Ada yang sudah mula memahami bahawa inilah sebuah negara yang kerap
berbalah disebabkan isu etnik yang kerap bermasalah, penyatuan suku kaum dan
hubungan wilayah di mana kerajaan pusat sentiasa berada dalam keadaan yang
rapuh dan mudah berpecah-belah. Masa akan membuktikan sukarnya untuk membuktikan betapa Osama bin Laden ada
terlibat dengan serangan ngeri, setidak-tidaknya untuk meyakinkan seluruh dunia
Islam mengenai penglibatannya. Mungkin identiti para perampas pesawat itu
dianggap jelas setakat ini. Tempat duduk mereka dan pusat latihan mereka sejak
beberapa tahun yang lalu sudahpun diberitahu. Cuma bahan bukti bahawa mereka
menerima arahan daripada Osama Bin Laden belum lagi ditemui. Para askar sudah
lama mati, tetapi kaptennya, apalagi para jeneral dalam perang ini, tidak
mungkin akan terpalit. Kerana itu, sasaran Amerika tidak lagi tertumpu kepada perancang utama yang
disyaki. Sasarannya sudah diperluaskan lagi ataupun dibiaskan agar menyimpang
ke arah sisi. Kerana tidak pasti di mana tempat persembunyi Osama Laden, dan
terlalu ghairahkan kejayaannya, Amerika dan juga Tony Blair telah
mengisytiharkan betapa kepimpinan Taliban harus menjadi sasaran yang sah juga.
Kalau tidak mengena sasaran yang tepat di 'mata-kerbau' (bull's eye) sasaran
sipi seperti di papan anak-panah boleh digembar-gemburkan sebagai bukti
kejayaan yang dicapai. Tahap perencanaan tempoh peperangan yang dijanjikan itu sudah semakin
berubah-ubah. Serangan peluru berpandu akan dijadikan hidangan memacu selera
harian sahaja. Hidangan utama ialah berbentuk satu kempen melengkapkan pasukan
yang anti-Taliban, Pakatan Utara (Perikatan Utara) supaya mereka mampu mara
untuk mengambil-alih kuasa di Kabul. Kemudian, bolehlah kita membantu mereka
menubuhkan satu kerajaan baru yang akan menerima kepulangan Raja Zahir Shah
yang sudah lama digulingkan itu. Kita bukannya menakluk dan menjajah, cuma
menerima satu jemputan oleh satu pihak yang beperang untuk memberikan bantuan.
Kumpulan Pakatan Utara mungkin tidak mempunyai perwatakan malaikat. Sikap
mereka terhadap hak kaum wanita dan kemajuan sosial mungkin tidak menyelerakan
tetapi mereka tidak seburuk kumpulan Taliban. Inilah yang menjadikan kita
benar-benar bersifat kumpulan pembebasan.
Segala bunyinya memang semacam menyelerakan malahan semacam ada hikmahnya.
Tetapi di situ, terletak kesilapannya. Saya tidak menjangkakan untuk menjadi
orang lama Afghan. Panggilan semacam itu ada mengimbau zaman penjajahan yang
sudah lama dulu. Namun, saya mungkin layak dipanggil begitu, kerana kursus
pertama saya secara intensif bermula di Afghanistan pada 1981 dulu dan saya
sudah membuat liputan dari sana sebanyak enam kali. Setiap kali saya tiba saya
dapat melihat betapa negara itu sudah semakin mereput ke jurang peperangan yang
semakin menggila. Ketika Soviet menjajah dulu, saya merupakan sekumpulan warga
minoriti yang berpendirian betapa kerajaan yang ditaja oleh Moscow pimpinan
Babrak Kamal dan Najibullah, adalah golongan yang kurang kesyaitananya
berbanding segala kerja-kerja bajingan yang dilakukan oleh Kumpulan mujahidin
yang dibantu dan ditaja oleh CIA dan M-16, seandainya kumpulan ini berjaya
merampas kuasa. Mereka ini telah menghancurkan Afghanistan. Ketika komunis
menjajah dulu, Kabul tidakpun terjejas oleh peperangan - dan kaum wanita
mempunyai hak asasi mereka - tetapi apabila kumpulan Mujahidin mendekati Kabul
mereka telah memusnahkannya. Gulbuddin Hekmatyar, seorang fundamentalis yang berdarah Pashtun, telah
mengebom Kabul selama dua tahun sehingga menghancurkan separuh bangunan
di bandar itu dan mengorbankan 25,000 orang awam. Dia bertindak demikian
kerana mendapati kumpulan Tajik dalam 'pakatan' muhajidin itu tidak
memberikannya kuasa yang secukupnya. Satu tahun kemudian, Ahmed Shah
Massoud, yang digembar-gemburkan di luar negara sebagai seorang 'singa'
dan pemimping unggul anti-komunis dan anti-Taliban, telah berperang
melawan puak Shiah Hazara dan sekutu mereka yang berpusat di Kabul dan
mengorbankan banyak nyawa. Namun dalam satu corak penonjolan kejuaraan
kuasa panglima perang yang menjadi asam garam sejarah Afghan, Massoud,
Hekmatyar dan Karim Khalili (pemimpin Hazara) telah bersatu semula
beberapa bulan kemudiannya. Berita angin mengenai 'satu kerajaan baru' di mana bekas raja akan dijadikan
lambangnya bukannya satu cerita baru. Beberapa perwakilan PBB telah meluru ke
istananya di Rome pada 1988, meminta beliau pulang mengambil alih tampuk
pemerintahan sebaik sahaja Soviet bersetuju menarik diri. Rencana itu gagal
kerana raja itu sendiri yang tidak bersedia memimpin. Lagipun kaum Pashtun
tidakpun memberi penghormatan kepadanya, apatahlagi kaum bukan Pashtun dan puak
mujahidin. Namun, Washington masih yakin dapat membantu kepulangannya walaupun
ini bererti memberikan peranan kepada kumpulan bekas komunis.
Akan tetapi, idea yang paling terserlah ketika zaman kegelapan dulu telah
dikemukakan oleh Amerika. Ketika perundingan Geneva berjaya mendesak Soviet
mengundurkan diri, tercetus isu pembekalan senjata sebaik sahaja Russia
berundur. Soviet Russia ketika itu mahukan hak untuk terus membantu boneka
mereka di Afghanistan, Najibullah, dan meminta agar Amerika, Arab Saudi dan
Pakistan tidak membekalkan senjata kepada kumpulan pejuang Afghanistan. Ketua
Setiausaha Negara Amerika ketika itu, George Shultz telah mencadangkan konsep
berdiam diri dan melancarkan 'negative symmetry' (sama-sama menafikan).
Kedua-dua pihak tidak lagi membekalkan senjata kepada puak yang mereka sokong
dulu. Sekarang ini, tibalah masanya kita mengamalkan konsep 'sama-sama menafikan'
itu. Daripada mengambil sikap membekalkan kelengkapan perang yang baru kepada
Pakatan Utara, seperti yang dilakukan oleh Russia dan Iran, dan seperti yang
dicadangkan oleh AS, seluruh dunia harus menyatakan 'yang sudah itu sudahlah!'.
Pakistan harus juga ditekan agar tidak membekalkan senjata lagi kepada puak
Taliban. Tidak ada satu gerakan sekatan senjata yang dapat terlaksana di negara
seperti Afghanistan yang mempunyai kawasan sempadan yang amat terbuka. Adalah
lebih baik meminta pasukan yang sibuk berperang-saudara mencapai kata sepakat
menghentikannya dan menafikan mereka kelengkapan perang. Usaha ini lebih baik
berbanding strategi Washington mengalahkan Taliban dengan membekalkan puak
penentangnya dan membantu mereka mengebom serta menyerang kubu Taliban dengan
peluru berpandu. Orang asing telah masuk campur dalam politik Afghanistan untuk satu tempoh yang
panjang dengan kesan yang sungguh mengaibkan. Negara itu penuh dengan
kelengkapan perang dan sudah pun berkeadaan padang jarak padang tekukur. Usaha
PBB untuk mencapai pakatan politik, yang telah digerakkan semula empat tahun
yang lalu, perlu ditumpukan dalam pencarian satu struktur persekutuan di mana
kumpulan etnik dan wilayah diberikan autonomi yang lebih besar lagi. Harapan
akan wujudnya satu kerajaan pusat di negara yang begitu berpecah dan tertekan
adalah satu ilusi semata. Sebarang usaha untuk melancarkan serangan udara dan
pembekalan lebih banyak senjata adalah rencana yang paling silap untuk
memulihkan negara. Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: http://www.guardian.co.uk/Print/0,3858,4271595,00.html
Arming the Taliban's opponents will only deepen the agony of a ruined nation
Jonathan Steele Saturday October 6, 2001 Ironic, says the TV reporter, as his footage shows sacks of American flour being unloaded for
the tide of desperate Afghans fleeing their homes in fear of American attacks. The word is
low-key, mildly critical, not daring to stick its neck out. Ironic? Come off it. The policy is crazy.
Can decision-makers seriously recommend military action which drives people in terror out of
their homes to trek with their families across mountains and deserts and huddle before the
closed gates of Pakistan and Iran, and then say we will feed you out of the kindness of our
hearts because "our struggle is not with you but with your rulers"?
Before a single cruise missile has been launched, hundreds of thousands of Afghans are
already on the move. Imagine the even greater panic and dislocation when the first wave of
Tomahawks rolls in and the policy of "bombs and butter" takes off in earnest.
But two weeks of TV coverage of the human misery which is Afghanistan have not been
entirely ineffective. They have provided a pause for thought and allowed the desire for
revenge to cool. They have also given millions of people a crash course on the reality of this
wretched country. A new generation of politicians, who barely knew where the place was a
month ago, busily mugs up on the differences between Uzbeks, Tajiks, Hazara and Pashtun.
Some are starting to understand that this is a place of constantly shifting ethnic, tribal and
regional alliances where central government has always been fragile.
Time has also shown how hard it is going to be to prove Osama bin Laden's hand behind the
terror attacks, at least for the Muslim world to be convinced. The hijackers' identities are
relatively clear. Where they lived and trained over the past few years is also coming into focus.
But evidence that their orders came from Bin Laden has not yet been found. The soldiers are
dead but the captains, let alone the enemy generals in this war, may never be implicated.
So the target of the planned American attacks is no longer just the suspected mastermind.
The aim is being widened, or at least deflected. Unsure where Bin Laden is hiding, and eager
for visible signs of success, the Americans - and Tony Blair - proclaim the Taliban leadership
is equally legitimate a target. Instead of going for the bull's eye, any hit on the dartboard will
be trumpeted as proof we've scored. The phasing of the promised war is also shifting. Missile strikes will just be the hors d'oeuvre.
The main meal will be a sustained campaign to arm the Taliban's opponents, the Northern
Alliance, so that they can seize Kabul and take power. We will then help them form a
broad-based government and bring back the deposed King Zahir Shah. Afghanistan is in the
midst of a civil war. We are not invading but responding to an invitation by one side for aid.
The Northern Alliance may not be angels. Their attitudes to women's rights and social
progress may be unappetising but they are not as bad as the Taliban. So we are really
liberators. It sounds tempting, even noble. But wrong. I never expected to be an "old Afghan hand". The
term sounds irredeemably colonial. But perhaps I deserve the label, as my own crash course in
Afghanistan began in 1981 and I have reported from there six times since. On each visit the
country had slipped deeper into the jaws of ever-widening war. During the Soviet period, I
was in the small and unfashionable minority which came to the view that the
Moscow-supported governments of Babrak Karmal and Najibullah were lesser evils compared
to the ravages which the CIA- and MI6-backed moja hedin were likely to cause if they ever
took power. Ravage Afghanistan they did. In the communist period, Kabul was virtually
unscarred by war - and women had rights - but when the mojahedin moved in, they tore it
apart. Gulbuddin Hekmatyar, the Pashtun fundamentalist, shelled the city for two years, destroying
half its buildings and killing 25,000 civilians because he thought the Tajik wing of the
mojahedin "alliance" was not offering him enough power. A year later, Ahmed Shah Massoud,
lionised abroad as the greatest leader of the anti-communist and anti-Taliban resistance,
turned his guns on his Shi'ite Hazara allies who were concentrated in the western part of
Kabul, killing thousands. Yet, in a pattern of cynical warlordism with which Afghan history is
replete, Massoud, Hekmatyar and Karim Khalili, the Hazara leader, were allies again within
months. The current talk of a "broad-based government" with the ex-king as its figurehead is also
nothing new. UN envoys rushed to his palatial home in Rome in 1988 to urge him to return
when the Russians agreed to withdraw. The effort foundered on the king's chronic
unwillingness to take a lead, the fact that even among many Pashtun he is not regarded with
respect, let alone among non-Pashtun, and on the mojahedins' refusal - ardently supported
by Washington - to give any political role to the ex-communists.
But the most promising idea of those bleak times did come from the Americans. The final
phase of the Geneva talks, which led to the Soviet withdrawal, centred on the question of
arms supplies once the Russians pulled out. The Russians wanted the right to go on aiding
their ally, Najibullah, while insisting the Americans, Saudis, and Pakista nis no longer armed the
mojahedin. In reply, George Shultz, the secretary of state, proposed "negative symmetry".
Both sides would stop arming their clients.
When the Russians refused, the Americans said this was unacceptable and so the two
superpowers agreed on exactly the opposite of what Shultz had proposed. There would be
"positive symmetry". The phrase is now forgotten but as a euphemism for an arms race it
deserves a high rank in the lexicon of linguistic cynicism alongside "collateral damage".
Now is the time to revive "negative symmetry". Instead of giving yet more arms to the
Northern Alliance, as Russia and Iran are already doing, and the United States proposes to
do, the outside world should be saying enough is enough. Pressurealso needs to be put on
Pakistan to end its supplies to the Taliban. No arms embargo is ever complete, especially in a
country, such as Afghanistan, with porous borders. But it is far better to press the parties in
a civil war to reach a compromise by denying them weapons and fuel for their hardware rather
than by Washington's proposed strategy of trying to defeat the Taliban by arming their
opponents and aiding them with bombing runs and missile attacks on Taliban positions.
Foreigners have intervened in Afghan politics for too long and always with disastrous results.
The country is awash with weapons and already in ruins. The United Nations' efforts to find a
political settlement, which were revived four years ago, need to be refocused on the search
for a federal structure in which regions and ethnic groups will have greater autonomy. Hope
of strong central government in a country so split and traumatised is an illusion. Above all, air
strikes and yet more supplies of arms are the wrong way to go.
Guardian Unlimited © Guardian Newspapers Limited 2001 |