Laman Webantu (M) KM2: 6073 File Size: 8.2 Kb |
|
TJ SP MGG: Penerbangan MAS Yang Terhangguk-hangguk By M.G.G. Pillai 7/10/2001 10:38 pm Sun |
Penerbangan MAS Yang Terhangguk-hangguk
MAS's Bumply Flight After A Crony Bails Out
Oleh: M.G.G. Pillai (Permintaan Khas daripada Penterjemah: Dua malam yang lepas, keluar satu
program di TV dan radio yang menonjolkan seorang professor kangkong
Univerti Malaya, bernama Prof. Latif Bakar, yang memuji rencana kerajaan
mengambil-alih MAS sebagai satu tindakan yang mendahului masa, Dia
berhujah betapa pintarnya kerajaan Malaysia mengambil alih MAS apabila
diambilkira masalah semasa. Hujah beliau memanglah jauh menyimpang
kerana penuh propaganda. Penterjemah meminta jasabaik sesiapa
mengirimkan terjemahan artikel ini kepada emel beliau. Saya kesihankan
para pelajar yang menerima 'pendidikan' daripada professor kangkong
ini). MAS sedang keperitan. Pada mulanya ia diserahkan kepada seorang kroni
beberapa tahun yang lalu dalam projek penswastaan. Itulah ketikanya,
kroni yang bernama Tan Sri Tajuddin Ramli bertindak melaksanakan
beberapa operasi untuk membuat wang untuk diri sendiri sambil
mengenepikan amanah rakyat Malaysia. Kemudian dia memujuk mahagurunya,
seorang bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, membeli balik saham
syarikat itu pada kadar RM8 sesaham, dua kali ganda daripada harga
pasaran, dan dia telah mengaut keuntungan sekitar RM900 juta kerana
menghancurkan satu syarikat penerbangan negara.
Apabila tercetus bantahan terhadap pembelian itu, Tun Daim memberikan
keyakinan betapa pembelian itu adalah baik dan berpatutan, walaupun
harganya adalah dua kali ganda harga pembelian saham pegangan Sultan
Brunei yang dibeli oleh kerajaan pada kadar RM16 sesaham. Dia tidak
perlu membeli saham itu kerana kerajaan mempunyai pegangan 51 peratus
suara pengundian dalam syariakat (MAS) itu tanpa perlu mengeluarkan
belanja tidak menentu untuk memperkayakan peniaga itu kerana
kegagalannya berniaga. Tetapi, kroni mana yang mesti dibiarkan papa
kedana. Kerana itu Tan Sri Tajuddin berjaya membodohkan rakyat Malaysia
dan bergelak sakan menyimpan wangnya di bank.
Kini kita sedar kerajaan sudah berbohong. Ketua Pengarah baru sistem
penerbangan itu, Dato' Mohamed Nor Yusuf, telah memberi tahu pengurus
kanan pada 25 September setelah beliau membatalkan satu sidang akhbar,
bahawa MAS sudah muflis sejak empat tahun dulu lagi. Kalau pinjamannya
tidak dibayar pada petang itu, syarikat itu terpaksa ditutup. Mujur ia
dapat dibayar bertepatan jadualnya untuk menangguhkan proses tutup
perniagaan pada tahun hadapan pula. Kini dia memberitahu para wartawan
dan penganalis pasaran betapa tidak ada sesuatu yang boleh diharapkan
lagi. Dia terpaksa mengurangkan jumlah penerbangan, kakitangan dan juga
perencanaan. Dia tidakpun menyebutnya, tetapi perundingan dengan
beberapa syarikat penerbangan asing menunjukkan kemungkinan ada
penerbangan lain yang akan mengambil-alih.
KLM merupakan pilihan, tetapi mereka mahu melaksanakan proses 'bail-out'
dan bukannya mahu menjadikan MAS satu penerbangan yang efisen. KLM tidak
boleh membuang kekitangan yang ada, dan terpaksa terus mengusahakan
keuntungan walaupun pengurusan MAS tidak berjaya melaksanakannya.
Kerajaan memang tidak pernah mahukan MAS membuat keuntungan. Kerana itu
MAS mempunyai jumlah kakitangan yang berlebihan dengan satu peratusan
yang tinggi semata-mata untuk hiasan pandangan sahaja. Ketidak-cekapan
MAS memang menakjubkan. Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik, pernah
menegaskan betapa MAS berada di bahagian hadapan dalam industri
penerbangan global dan pelancongan. Malangnnya, dia tidak faham tidak
ada sesiapa yang akan mempercayai cakapnya itu.
Demikianlah bahana ketidak-cekapan yang sengaja dibiarkan. Perangkaan
terakhir, bertarikh 31 Mac 2001, menunjukkan kerugian sebanyak
RM1.3bilion tahun lalu, sedangkan pinjaman syarikat berada pada RM9.1
bilon yang kebanyakannya terhimpun ketika Tajuddin Ramli diberikan
keyakinan untuk menunjukkan cara membebankan syarikat itu dengan hutang
bertapuk. MAS telah memesan pesawat baru di luar keupayaan kegunaannya,
dan dalam masa tujuh bulan lagi ia akan menerima bekalan pesawat
berbadan luas yang bernilai RM2.28 bilion yang tidakpun dimilikinya.
Dato' Seri Nor berkata MAS memerlukan dana secepat mungkin untuk
membayar bekalan pesawat yang baru itu dan tambahan sebanyak RM1.6
bilion lagi untuk membiayai hutang kerana berpindah daripada Subang ke
KLIA. Dia tidak tahu bagaimana mahu menyediakan wang sebanyak itu.
Pada bulan lalu, MAS telah menjual bon bernilai RM800 kepada Intelek
Perakasa Bhd. sebuah syarikat yang disokong oleh kerajaan yang
ditubuhkan untuk membeli saham pegangan Tajuddin Ramli. Bon ini (yang
dalam bentuk 'redeemable convertible preference shares) merupakan
tambahan kepada RM1.8 bilion yang pernah dibayar untuk membeli saham
utama MAS daripada Tajuddin dulu. Dengan tercetusnya petaka dari angkasa
di New York pada September 11 dulu, MAS turut terjejas dan premium
insurannya naik mencanak dua kali ganda menjadi RM110 juta. Semua kos
lain sudah naik juga dan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu
segala bentuk bantuan kerajaan perlu diteruskan. Tetapi kini para
penumpang terpaksa membayar lebih untuk penerbangan dalaman yang
mengurangkan segala bentuk khidmat mesra penumpangnya; tidak ada lagi
makan dan minum ketika penerbangan dalam negeri.
Kita boleh perhatikan bagaimana caranya kerajaan mengendalikan projeknya
ataupun memberikan kemudahan kepada para kroni untuk mengendalikan
projek mereka. Ia menjadi satu cerita fantasi yang bersalur surelisme
apabila kontrak yang lumayan dan tidak munasabah tinggi harganya yang
membolehkan setiap penerima menjadi jutawan segera sebelum projek mereka
bermula. Kemudian mereka digalakkan berhutang sakan, sedangkan wakil
kerajaan dalam lembaga pengarah syarikat itu turut tidur tanpa
membetulkan keadaan. Semua ini berlaku selepas kerajaan membuat
pendirian bahawa kerajaan tidak sepatutnya bergiat dalam perniagaan.
Tetapi apa sahaja yang boleh diswastakan telah dilaksanakan tanpa
sebarang pertimbangan yang waras, kecuali untuk memperkayakan para
kroni, yang kemudiannya menjualnya kembali kepada kerajaan untuk menyauk
keuntungan besar yang terakhir. Sebagai contoh, Tajuddin Ramli pernah berniaga mengangkut pekerja
pelantar minyak dengan helikopter ke Lautan China Selatan. Inilah yang
dijadikan modal untuk beliau menerima peluang mengambil-alih MAS yang
disalah-urus ketika itu. Dia berjaya menerima peluang itu kerana adanya
satu perundangan yang tidak bertulis di mana kerajaan akan bersedia
menentukan dia dan para jongosnya tidak akan kerugian apa-apa.
Cerita sebenar MAS menjadi terdedah dengan kesediaan Dato' Mohamed Nor
menceritakannya. Mahathir Mohamed telah mencuba mengengsotkan tuduhan
terhadap menteri kewangannya yang tidak kelihatan itu. Ini dilaksanakan
dengan tindakan kerajaan menghambat mereka yang barkait rapat dengan
Daim, dan mereka kini hidup ketakutan kalau-kalau ada sesiapa yang
mengetuk pintu rumah mereka - terutama sekali daripada pegawai Lembaga
Hasil Dalam Negeri. Tan Sri Halim Saad yang pernah menjadi taukeh besar
Renong satu ketika dulu pernah mendapatkan pinjaman sebanyak hampir RM30
bilion mengendalikan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dengan hutang yang
tidak akan dapat terbayar sepanjang satu generasi manusia. Kroni yang
lain sedang beratur untuk menyerahkan kembali syarikat penswastaan yang
sudah banyak hutangnya dan sudah tidak terurus lagi. Tidak ada yang lebih
menakutkan lagi daripada masalah kewangan, apabila dirangkumkan dengan
sikap kerajaan dalam menanganinya. Kerajaan masih bertegas ia masih
mempunyai banyak simpanan wang dan dana. Semua itu adalah sama karutnya
dengan segala pembohongan yang pernah dituturkan oleh Tun Daim di
Parlimen. M.G.G.Pillai Terjemahan: SPAR-01-1701 Asal: KM2 6068 |