Laman Webantu (M) KM2: 6072 File Size: 13.0 Kb |
|
TAG SP 331: Asiaweek: Nilai Secebis Kemurkaan By Sangwon Suh 7/10/2001 10:37 pm Sun |
http://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/
dateline/0,8782,178032,00.html Nilai Secebis Kemurkaan Oleh: Sangwon Suh Kemelut ekonomi global semakin melukakan. Kini, rantau Selatan dan
Tenggara Asia sudah merasa sangsi apakah para pelabur mungkin menyamakan
ketidak-senangan Islam terhadap Amerika selaras dengan unsur pelampau -
dan menarik pelaburan mereka. Oleh SANGWON SUH Inilah masa yang mencabar menjadi eksekutif di rantau Asia. Pada
mulanya, kemalapan sejagat yang melunturkan prospek perniagaan di rantau
itu. Kini, ia bertukar kepada takutkan keganasan dan kebangkitan
perbalahan kaum. 'Hanya setakat beberapa minggu yang lalu, ibupejabat
perdagangan mahu tahu sama ada berbaloi usaha untuk meneruskan kehadiran
kami di rantau ini memandangkan kebangkitan perindustrian China,' kata
seorang ketua perbankan Eropah di Singapura. 'Sekarang ini mereka mahu
tahu apakah benar kumpulan radikal Islam akan mengambilalih Malaysia,
Indonesia, Filipina dan Thailand - dan berapa selamatkah Singapura?'
Sudah menjadi tugasnya menolak mitos dan menulis keadaan sebenarnya,
namun katanya, tugas itu bukan kepalang sukarnya. Dia mengeluh. 'Anda
mungkin memikirkan kita sudah dianggap seolah-solah menyerupai
Afghanistan.' Keadaan mungkin menyulitkan setiap peniaga di Asia, namun ia menjadi
semakin menekan di rantau Selatan dan Asia Tenggara dengan mereka
daripada masyarakat Islam. Ketika Amerika bersiap bertindak terhadap
Afghanistan, disebabkan regim fundamentalis Taliban berdegil melindungi
perancang utama keganasan, Osama bin Laden, semangat anti-AS sudahpun
menggelegak di seluruh rantau itu, dengan munculnya semakin banyak
protes terhadap sebarang usaha tindak-balas Washington untuk menyerang.
Keaadan ekonomi sudah semakin berguling kesan penurunan keadaan sejagat
yang lembab berpusing, yang dilecehkan lagi oleh kebarangkalian betapa
serangan September 11 di New York dan Washington akan melembabkan lagi
sebarang proses pemulihan di Amerika Syarikat. Ada yang khuatir keadaan
ini akan terus menjunam dan berpusing seandainya pelabur antarabangsa
menyamakan sentimen anti-Amerika itu dengan ekstremis Islam - ataupun
sengaja menganggapnya sebagai keadaan politik yang tidak stabil - lantas
bertindak melepaskan pegangannya di rantau ini.
Sebenarnya, Asia tidak mungkin mengalami satu keadaan di mana modal
perdagangan akan dilarikan ataupun merasakan satu keadan terhentinya
urusan dagang dengan Barat. 'Gelagat beberapa kumpulan radikal picisan
tidak akan mencetuskan satu kesan yang besar yang menjejaskan pelaburan
ataupun mencetuskan aliran keluar portfolio niaga untuk satu tempoh yang
lama,' demikian pendapat Manu Bhaskaran, ketua ekonomis di SG Securities
di Singapura. Amat jelas, betapa syarikat asing dan institusi kewangan
sudah semakin khuatir, sehingga terlebih mengada, terhadap mungkin
terjadinya serangan kumpulan agama ekstrimis. Inilah yang akan
menyulitkan Asia. 'Walaupun ramai orang sedar betapa kumpulan ini adalah
kumpulan picisan, soalnya mereka ada di situ,' kata Jim Walker, ketua
ekonomi di CLSA Emerging markets. 'Inilah yang menakutkan, dan kalaulah
ada pelaburan baru di rantau ini yang sememangnya amat mengharapkan
pelaburan asing, (rantau ini) yang akan terus merana.'
Pakistan merupakan calon utama yang akan merana. Jiran terdekat
Afghanistan ini berkemungkinan meledak kerana sebagai sebuah kerajaan
militari yang sekular dan yang telah berikrar membantu peperangan AS
terhadap keganasan, Pakistan terpaksa berdepan dengan bahaya kewujudan
kumpulan militan yang pro-Taliban, yang sudahpun mengisytiharkan jihad
terhadap Amerika. Awan peperangan yang memendungi Pakistan sudahpun
mengeluarkan bayang yang menggelapi industri Pakistan - yang merupakan
nombor empat terbesar di dunia - kerana pembeli Barat sudahpun
memikirkan mencari sumber pembekal alternatif. Pedagang asing dan
pengurus syarikat multinasional telah menerima nasihat daripada kedutaan
mereka agar keluar daripada negara itu selagi keadaan masih tegang.
'Sejak satu tahun dulu secara puratanya, kami telah memerhatikan
peningkatan pelaburan,' kata Sohail Sethi, presiden Dewan Perdagangan
dan Industri Rawalpindi. 'Kami sedang memerhatikan penurunannya.' Sambil
dua orang pembantunya diam bersahaja, Sethi menerangkan betapa itulah
hari pertama dia menjalankan tugasnya.' Saya fikir, ini bukannya hari
terbaik untuk memulakan tugas,' katanya dengan senyuman sahaja.
Indonesia akan merupakan satu lagi negara yang akan merasakan bahananya.
Negara itu sudah bergolak dengan demonstrasi anti-Amerika yang
membengkak dan gelagat liar pelampau Islam yang mahu menyingkirkan warga
Amerika - sehingga kerajaanpun merasa jatuh airmuka, kerana ia baru
sahaja letih memujuk rayu pelaburan pelabur Amerika. 'Kami terpaksa
mengawal padahnya,' kata Suryo Sulisto, timbalan pengerusi Dewan
Perdagangan Indonesia. Ia perlu bertindak secepat mungkin. Kedutaan AS
sudahpun menghantar pulang beberapa kakitangan kurang penting, sedangkan
pembuat barangan berjenama Nike dan gergasi elektronik Motorola sudahpun
mengengsotkan, secara sementara sahaja, ahli keluarga kakitangannya ke
luar negara. Walaupun tindakan lari keluar itu masih sedikit, ia membawa kesan yang
menakutkan terhadap penduduk asing yang lain. 'Adalah amat sukar
menjawab seorang anak perempuan anda yang menyoal kenapakah teman-
temanya di sekolah sedang bersiap untuk keluar negara,' kata seorang
pegawai syarikat perlombongan. Yang terhenyak ialah usaha pemulihan
ekonomi Indonesia, yang memang diperakui oleh Jakarta amat bergantung
kepada modal asing dan kepakarannya. 'Kemasukan pelaburan asing membawa
erti tibanya orang asing untuk menguruskannya, sedangkan amat sukar
untuk mengajak orang luar berdagang ke sini,' kata Frank Shea, seorang
penasihat kepada Arthur Anderson di Jakarta.
Filipina yang didominasi oleh pengamal Kristian sudahpun merasakan
segala bahaya ancaman kumpulan Abu Sayyaf, yang telah mengumumkan mahu
menegakkan sebuah negara Islam di bahagian selatan, tetapi masih
berlagak sebagai pengganas. Tidak perlu dipersoalkan bahawa dua
penculikan (orang asing dan Filipino) yang dicetuskan oleh Abu Sayyaf
telah menumpulkan selera pelabur asing," kata Peter Wallace daripada AYC
Consultants di Manila, yang merupakan seorang pengamat risiko politik
dan ekonomi. Malahan beberapa negara yang tidakpun dibayangi keresahan kumpulan
fundamental dan aktiviti puak pemisah sedang bersedia untuk menghadapi
kemungkinan yang merbahaya takutkan mereka terkait disebabkan hubungan
persatuan. 'Memang ada kemungkinan terjejasnya pelaburan asing memasuki
negara Islam, disebabkan cara Islam itu yang telah ditonjolkan -
walaupun ada usaha untuk mengatakan bahawa Islam dan keganasan itu tidak
boleh disatu-padukan,' kata Ramli Musa timbalan pengerusi eksekutif
Ingress Corp, seorang pengeluar peralatan kereta di Malaysia. 'Ramai
orang yang masih beranggapan bahawa Islam mempunyai potensi untuk
menjahanamkan.' Kemalapan dunia teknologi global sudahpun mencekik Malaysia. Pulau
Pinang yang merupakan pusat pengeluaran elektronik sudahpun merasakan
kesan kelembapan itu sejak awal tahun ini. Nama global seperti Seagate,
dan AMD telah mula membuang pekerja dan syarikat kecilan sudahpun
tutup-kedai mereka. Kejadian September 11 akan menyulitkan lagi keperitan
ini. Pada bulan Ogos, jumlah pekerja yang buang mencecah 9,300 orang,
dan pihak yang berkuasa menjangka angka ini melonjak lagi sehingga
33,000 pada akhir tahun. 'Dalam enam bulan lagi kebanyakan syarikat
Barat akan melengahkan pelaburan mereka kerana sikap sengaja mahu
menafikan pelaburan di negara Islam.' Demikian ramalan Toh Kin Woon,
seorang ahli exco Pulau Pinang. 'Mulanya kami menjangkakan satu henjutan
yang baik, tetapi kejadian terkini menunjukkan Pulau Pinang terpaksa
bersedia menghadapi masalah yang akan mengacahnya.'
YANG IRONISNYA, Pulau Pinang ialah sebuah negeri kosmopolitan yang
didominasi oleh penduduk Cina. Ia dikatakan merana disebabkan orang
asing takutkan puak radikal Islam; sedangakan itulah corak hidup yang
dikatakan menjadi amalan di negeri yang disebut oleh Perdana menteri
mahathir mohammad ditadbir oleh parti Islam yang mempunyai unsur-unsur
ekstremis. Tetapi, para pegawai di Kelantan dan Terengganu yang ditadbir
oleh parti Islam itu (PAS) tidakpun merasakan sebarang ketegangan
ataupun keperitannya.' Kami tidakpun merasa sebarang masalah,' kata
Mustafa Ali yang menguasai ekonomi negeri dalam kerajaan negeri
Terengganu. 'Tidakpun ada sebarang perbezaan sebelum kejadian di Amerika
itu ataupun selepasnya.' Sebab yang jelas di sini ialah kerana Kelantan dan Terengganu adalah
dihayun oleh ekonomi pertanian dan tidak bergantung terlampau amat
kepada pasaran asing dan pelaburannya. Mereka mempunyai kaedah sendiri
untuk menarik pelabur asing untuk terus kekal di negari mereka. 'Di sini
kita boleh rasa selamat, tidak ada bahayanya,' kata Masmitsu Fujikawa,
pengurus besar pengeluaran 'wool processing' yang telah berada di
Terengganu sejak tujuh tahun. 'Pada mulanya kami beranggapan apabila
kerajaan baru (PAS) memerintah, kami akan menghadapi sekatan. Tetapi
tidak pula ada bezanya dari dulu. Kami masih boleh menikmati minuman bir
di rumah.' Namun begitu, negeri yang dikuasai oleh PAS itu tidak pula terlepas
daripada gangguan luaran. Seorang eksekutif sebuah syarikat tekstil di
Kelantan, yang mengeksport sekitar 85% keluarannya ke Amerika, telah
melaporkan menghadapi kesulitan berurusan dengan pembeli di Amerika
selepas kejadian ngeri September 11 itu.
'Pembeli di AS tiba-tiba menjadi lebih memilih-milih,' katanya. 'Kami
tidak tahu apakah ini ada kaitannya dengan peristiwa itu ataupun mereka
manaikkan piawaian mereka. Mereka sudah mula menolak barangan yang ada
sedikit tercemar sedangakan dulu mereka tidak bersikap begitu.'
Para pegawai Kuala Lumpur sudah merasakan bahana bahang kebangkitan di
Barat terhadap negara Islam. 'Kalau sebuah syarikat Amerika terpaksa
memilih antara Singapura, Thailand dan Malaysia untuk mencari tapak
industri mereka, mulai dari ini kita boleh jangkakan kita menduduki
tempat ketiga dalam pemilihan mereka. Demikian pandangan Raja Munir
Shah, seorang anggota UMNO. Ini tidak bermakna tempat lain seperti
Singapura tidak terjejas. 'Bukannya ada satu tembok yang melindungi
keseluruhan Singapura,' kata Mark Mobius daripada Empleton Emerging
Markets Fund. 'Singapura bergantung kepada kesihatan dan keupayaan
negara jirannya dan akan merasakan kesan lengsung kepada setiap
pergolakan di Malaysia, Indonesia dan negara lain di Asia Tenggara.'
Kalaulah ada juara daripada kemalapan yang menghantui keadaan ini, China
merupakan juara itu, kerana sebelum berlakunya serangan itu, ia sudah
menerima sekitar 70% pelaburan terus asing daripada Eropah, dan Amerika
Utara yang ditujukan kepada Asia Timur. 'Satu kesan sampingan daripada
serangan pengganas itu membolehkan China menerima lebih banyak pelaburan
asing mengalir masuk sambil menghenyak nasib Asia Tenggara.' Demikian
pendapat Walker daripada CLSA. Dia juga meramalkan India sebagai satu
lagi peraih peluang ini berasaskan kedudukannya yang berunsur strategi.
'AS memerlukan India yang semakin bertenaga daripada dulu. Ini bererti
syarikat AS akan lebih melabur di India, dan mencetuskan lebih banyak
lagi usahasama dengan India.' Yang ironinya, di sebalik kedudukannya yang berbahaya, Pakistan juga
akan meraih durian runtuh. Kerjasama Islamabad dengan Washington,
dijangka mencuit anugerah Amerika dalam bentuk bantuan yang bertambah.
Namun, Sethi tidak berapa ghairah dengan kemungkinan itu. 'Kami akan
merasa lebih lega kalau diberikan satu pakej perdagangan berbanding
bantuan,' katanya. Berapa lamakah agaknya keperitan itu akan bertahan? Mungkin berbulan
juga, memandangkan serangan yang akan dilancarkan itu berkemungkinan
melembabkan henjutan ekonomi AS itu untuk pulihkan semula ekonomi
global. 'Pada awalannya kami jangkakan ekonomi AS dapat pulih semula
pada penghujung tahun ini, ataupun paling lambat, pada awal tahun
hadapan', kata Wallace daripada AYC. 'Kini, kami fikir pemulihan ekonomi
Amerika itu akan muncul hanya pada pertengahan tahun hadapan.' Bagaimana
pula dengan fahaman Islamofobia? Ia akan menghilang, kerana semangat
ekstremism itu hanya merupakan pakaian sebahagian kecil masyarakat Islam
- itupun bergantung kepada hari yang mendatang dengan harapan kumpulan
yang sederhana tidak akan bertukar arah menjadi ekstrim pula.
Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6065
|