Laman Webantu (M) KM2: 6071 File Size: 5.5 Kb |
|
TJ SP MGG: Mencekik-Darah Di Malaysia By M.G.G. Pillai 7/10/2001 10:24 pm Sun |
Mencekik-Darah Di Malaysia (Blood-Letting In Malaysia) Oleh: M.G.G. Pillai Seorang lelaki yang amat dikehendaki oleh polis telah ditangkap. Dia
dianggap seorang penyangak yang berbahaya. Semestinya polis terpaksa
bertindak memperketatkan kawalan supaya dia tidak boleh membuat kerja
semacam Houdini (pakar silap mata yang boleh melepaskan diri yang
bergari dan dikunci dalam sebuah peti yang ditenggelam dalam air -
penterjemah). Tetapi, itulah yang dilakukannya dengan melepaskan diri
ketika pihak polis cuai mengawasi. Kisah dia melepaskan diri telah
disiarkan di setiap akhbar tetapi yang merunsingkan kita ialah bagaimana
perkara itu boleh belaku, dan kenapa tidak ada tindakan dikenakan ke
atas dua anggoa polis yang cuai itu. Sepatutya mereka didakwa di
mahkamah dan dipenjarakan. Mereka telah ditugaskan mengiringi seorang
penjenayah dan mereka tiba di destinasi tanpa penjenayah itu. Sehingga
kini saya belum mendengar rencana polis untuk mengurangkan peristiwa
seperti ini supaya tidak berulang.
Begitulah kisahnya dalam cara hidup kita orang Malaysia yang sentiasa
lalai, kemarahan yang ketara telah ditumpukan kepada cara penjenayah itu
melepaskan diri, dan bukannya kepada polis yang mengawalnya. Bagaimana
sistem kepolisan tercemar sengaja diabaikan. Tidak banyak bezanya dengan
apa yang kita lihat di kaca TV dan akhbar pada September 11 yang
merakamkan petaka dari angkasa di Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon:
kengerian dan ketaksuban telah tertumpu kepada kumpulan beragama Islam
yang melancarkannya dan bukannya kepada apa yang mereka capai:
sehinggakan sebuah negara yang paling berkuasa terpaksa melutut
kerananya. Ada sepucuk surat yang disiarkan di The New Straits Times pada 4
Oktober, 2001 (Ruang Letters mukasurat 11), yang mencadangkan satu idea
yang baik: penjenayah itu harus dipasung kakinya dengan rantai besi pada
masa depan. Mr. P. Selvam daripada Petaling Jaya telah mengaku betapa
cara pengawalan yang tidak cekap tetapi memberikan kepujian kepada polis
kerana 'bukan senang untuk polis menangkap penjenayah dan kumpulannya
yang menakutkan orang awam'. Tetapi setelah menangkapnya polis
membenarkan penjenayah itu lepas walaupun tangannya bergari.
Mr. Selvam berpendapat: 'Polis dan Jabatan Penjara harus meniru satu
kaedah yang diamalkan di negara jiran. Setiap banduan digari tangannya
dan pasung kakinya dengan rantai (dan bebola besi - penterjemah) sebelum
dibawa masuk ke mahkamah. Ini adalah penting, mengikut Selvam, supaya
seseorang tertuduh itu dimalukan dan dinafikan hak asasinya sebaik
sahaja polis mengetahui akan bahaya yang dicetuskannya. Dalam kes ini
orang itu tidak pun didera, dan kita tidak pun tahu siapakah dia
sebenarnya dan apakah pihak pendakwa mampu mengenakannya satu hari
nanti. Tetapi sikap menyorot kepada zaman purba sudah semakin menarik rakyat di
kawasan bandar. Eloklah kita kudungkan sahaja tangan si pencuri,
demikian kata kumpulan beragama Islam di dalam UMNO dan PAS dan
mengambil amalan Wahabbi di Arab Saudi. Penzina eloklah direjam dengan
batu. Kumpulan orang bukan-Islam dan yang lainnya, termasuk juga orang
Islam yang melihatkan tindakan yang tidak berperikemanusian ini, sambil
memikirkan kita akan menyorot amalan lama, tentu menjadi terkejut dengan
bentuk hukuman seperti ini. Sebaliknya kumpulan bukan-Islam yang sama
tidak akan berlengah mahukan hukuman yang sama terhadap mereka yang
menganas di persekitaran mereka - kerana itulah sahaja untuk mereka
hidup senang lenang. 'Mungkin,' dia berpendapat, 'kita boleh ubah
amalan itu dengan menggari dan merantai kaki orang yang melakukan
jenayah besar dan para penjenayah yang berbahaya.'
Saya ingin mencadangkan satu veriasi: kenakan pasung kaki, dan gari dan
rantai di tangan anggota polis yang membenarkan orang tahanan terlepas
sebelum mereka dipenjarakan. Keaibannya sahaja sudah mencukupi untuk
mencegah segelintir polis yang berani membebaskan seseorang pesalah
terlepas bebas, selepas ini. Saya memang tidak bersimpati anggota polis yang gagal menjalankan tugas
mereka. Di Malaysia ini, anggota polis ialah bahan ketakutan. Rakyat
lebih rela menjauhi diri daripada mereka. Kerana itu banyak kes jenayah
yang tidak dilaporkan. Bantuanpun tidak diperolehi. Mereka terus
mempunyai satu cara bertugas yang mencekik darah kita: cuba perhatikan
jumlah rakyat Malaysia, terutama sekali kaum India yang telah terbunuh
secara kejam oleh polis. Anggota polis yang telah melanyak bekas
timbalan perdana menteri Dato Seri Anwar Ibrahim, merupakan seorang
ketua polis negara. Ada satu kes yang dibawa ke pengadilan di mana
keluarga kepada seorang wanita yang sedang mengandung ditembak mati
dengan kejamnya dekat Kuala Lumpur, mahukan satu pengadilan yang saksama.
Beberapa tahun dulu, beberapa ahli MIC telah ditembak mati ketika
polis menahan sebuah van di Kelantan dan membunuh semua penumpangnnya.
Kita diberitahu van itu enggan berhenti di satu sekatan polis di
jalanraya. Tetapi setiap mangsa yang mati itu ditembak di pelipis
(temple) kepalanya. Perangkaan memang jarang disiasat. Namun dalam
kes ini, keluarga mangsa berkemungkinan membawa kes ini ke mahkamah.
M.G.G.Pillai Terjemahan: SPAR-01-1691 Asal: KM2 6048 |