Laman Webantu (M) KM2: 6070 File Size: 32.7 Kb |
|
TAG SP 330: Beranikah Sesiapa Bertanya Kenapa? By David Duke 7/10/2001 9:59 pm Sun |
http://www.duke.org/writings/09-17-01.shtml
(Will Anyone Dare to Ask Why?) Oleh: David Duke Kita baru sahaja mengalami satu kejutan yang dahsyat dan serangan yang
paling ganas dalam sejarah moden. Seolah-olah satu babak yang sungguh
mempersona dalam wayang bikinan Hollywood, telah bermain di depan mata.
Pada September 11, 2001, pesawat penumpang yang dirampas telah dihunjam
untuk menikam Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York dan Pentagon di
Washington. Ribuan rakyat Amerika kehilangan nyawa dan tersiksa. Kerugian
mungkin mencanak naik melebehi satu trillion dollar, dan peristiwa ngeri
itu berkemungkinan mencetuskan kegawatan ekonomi di seluruh dunia.
Gelagat keganasan yang sungguh kejam ini mesti ditangani dengan segala
Keazaman setiap rakyat Amerika. Mereka yang melaksanakan perbuatan yang
menggila ini perlu dihukum seberat hukuman yang dizinkan oleh perundangan,
supaya perbuatan ganas seperti itu tidak dibenarkan berulang di bumi
Amerika. Tetapi, bagaimana pula kita mahu melindungi diri daripada keganasan pada
masa hadapan, nanti? Oleh kerana peningkatan pengetahuan sains di seluruh dunia, keganasan yang
mungkin tercetus nanti berkemungkinan lebih dahsyat lagi daripada yang
kita alami pada 11 September dulu. Seandainya berlaku, ia berkemungkinan
tidak mencetuskan ledakan sebarang rupa, tetapi mungkin merupakan kematian
manusia besar-besaran disebabkan serangan biologi dan radiasi.
Berita terburuk dalam suasana ini ialah kalaupun kerajaan membelanjakan
berbilion dollar ataupun menggugurkan banyak bom yang dimilikinya, adalah
tidak mudah melindungi diri kita sepenuhnya daripada bahaya besar semua
itu. Malahan, lagi banyak bom yang kita gugurkan dan kemusnahan yang kita
cetuskan, lebih besar kemungkinannya kita menerima balasan dalam bentuk
keganasan. Kita sudah memasuki ambang kehidupan di mana kekuatan ketenteraan tidak
menjamin banyak perlindungan. Ini bukan masanya lagi di mana negara yang
kuat mampu menyerang negara yang lemah tanpa memikirkan balasannya. Sebuah
negara yang paling kenit ataupun sebarang entiti politik yang ditersepit
sudah mampu menuntut bela dengan melaksanakan keganasan secara
besar-besaran. Tidak ada sebuah negara yang kebal lagi, termasuklah negara
yang paling kuat di dunia ini.
Lainlah kalau kita mula cuba memahami kenapa berlakunya tindakan ganas ini
semua, dan sebab-musabab ianya terlaksana, barulah kita mampu menyekat
keganasan yang serupa itu di hari muka. Kita, rakyat Amerika mesti menyoal
diri sendiri, kenapa kita mesti merana penuh ketakutan terhadap segala
keganasan ini. Apabila sebuah jam berhenti, kita menyoal diri kenapa?
Apakah tercabut plag dari dindingnya? Apakah bateri di dalam kehausan
kuasanya? Apakah ia telak rosak dan kenapa?
Apabila kita mempunyai masalah, kalau kita tidak menyoal kenapa dan
mencari jawapannya untuk bertindak memperbaiki keadaan, masalah itu akan
berkekalan dan akan menjadi lebih teruk di luar dugaan.
Media massa Amerika telah menyedapkan mata kita dengan segala gambaran
penuh warna-warni dan terperinci walaupun sungguh ngeri, senario serangan
yang menyerang Amerika dan menyayat hati.
Mengutuk para penyerang itu dengan panggilan 'bacul' memang tidak kena
pada tempatnya. Para pengganas telah melakukan satu tindakan yang tidak
boleh dibayangkan betapa ganasn dan kejamnya mereka terhadap rakyat
Amerika. Namun, mereka bukannya golongan yang pengecut. Kumpulan
juruterbang 'kamikazi' dulu mungkin merupakan kumpulan yang songsang,
tetapi untuk merelakan diri sendiri menghadapi kematian untuk mencapai
satu perjuangan bukannya satu mainan. Melabel para penyerang itu sebagai
bacul dan penakut ataupun orang gila bukannya jawapan yang memuaskan
soalan kenapa perbuatan jenayah ini dilakukan. Lainlah kalau kita fikirkan
bahawa setiap orang yang pengecut dan gila mahu menjahanamkan Menara Pusat
Dagang Dunia dan Pentagaon secara bersaja-saja.
Kenyataan demikian menyekat manusia untuk mencari sebab-musabab sebenarnya
kenapa peristiwa itu berlaku juga. Seandainya kita mahu menyekat perkara
demikian berulang lagi, tentu ada kunci rahsia yang mesti kita tanya
'kenapa' dan fahami. Mungkin satu soalan terbaik yang perlu kita soalkan, kenapa dalam kerja
gila dan bacul ini, orang Arab tidak menyerang Switzerland ataupun Sweden?
Apakah sebabnya yang membuatkan negara itu tidak diambil peduli untuk
turut diserang sekali? Biarlah saya mengambil sikap berterus terang. Sebab yang paling utama
tercetusnya keganasan begini berpunca daripada penglibatan kita dalam
mencetuskan dan memberi sokongan kepada gelagat bajingan Israel.
Rakyat Palestin dan sekutu mereka berbangsa Arab telah menjadi bahan
sasaran keganasan Israel sejak setengah abad lamanya.
Pada akhir 1940-an, puak zionis telah mengambil-alih Negara Palestin dan
menghalau 700,000 orang Palestin daripada tanah halaman mereka melalui
pelbagai kegiatan ganas. Antaranya ialah pembunuhan kejam secara
besar-besaran terhadap 254 orang Palestin yang terdiri daripada lelaki
tua dan uzur serta perempuan dan kanak-kanak (yang tidak berdosa) di Deir
Yassin. Itulah satu peristiwa pembunuhan berami-ramai yang sungguh kejam
yang dilakukan oleh Yahudi dengan cara membelah perut wanita yang sedang
hamil. Setelah melakukannya, para pembunuh yang kejam itu telah sengaja
memberikan liputan meluas akan kejadian itu dengan tujuan menakutkan orang
lain agar mereka terus keluar lari daripada rumah kediaman dan pusat
perniagaan yang sehingga kini masih tidak dipulangkan kepada mereka.
Bekas Perdana Menteri Israel, Menachem Begin, turut terlibat dalam
pembunuhan kejam ini, pernah berbangga dengan kepentingan peristiwa di
Deir Yassin dalam tulisannya yang dibukukan berjodol 'The Revolt: The
Story of the Irgun'. Dia telah menulis betapa negara Israel (the state of
Israel) tidak dapat diwujudkan tanpa kemenangan di Deir Yassin. 'Pasukan
Haganah telah melancarkan beberapa serangan di beberaapa Bahagian sehingga
mencapai kejayaan... Dalam keadaan ketakutan yang amat sangat orang Arab
telah lari lintang-pukang, menangis dan berteriak; 'Deir Yassin''.
Pembunuhan beramai-ramai itu tidak juga dihentikan selepas tertubuhnya
sebuah negara Yahudi; mereka teruskan kerja jijik itu di waktu perang dan
ketika keadaan sudah aman. Di sini kita rakamkan beberapa peristiwa kejam
itu: Pembunuhan beramai-ramai Sharafat, Peristiwa Ngeri Kibya, Peristiwa
Ngeri Kafr Qasem, Peristiwa Ngeri Al-Sammou, Peristiwa Ngeri Sabra dan
Shatila (yang diketuai oleh Ariel Sharon - penterjemah), Peristiwa Ngeri
Oyon Qara, Peristia Ngeri Al-Aqsa, Peristiwa Ngeri Masjid Ibrahim,
Peristiwa Ngeri Jabalia. Sebagai satu dasar pembasmian etnik, Israel terus menyekat penduduk
Palestin yang pernah lahir di tanahair mereka dan mempunyai kaum keluarga
turun temurun di situ untuk pulang ke kampung halaman. Di waktu yang sama
Israel telah memberikan pampasan dan insentif kepada kaumnya yang tidak
pernah tinggal di Palestin untuk datang berhijrah daripada empat penjuru
dunia dan menduduki tanah orang Palestin.
Orang British pun pernah merasa bahana keganasan Israel, seperti yang
berlaku ketika meledaknya bom di Hotel David di Jerusalem.
Keganasan Israel itu tidak berhenti sejak itu. Itu sebabnya wujud jumlah
banduan per kapita yang lebih besar berbanding negara lain, malahan lebih
ramai berbanding Russia pimpinan Stalin dulu dan China Komunis di zaman
keganasannya. Israel menyiksa secara bersistem setiap banduan Palestin,
dan Israel merupakan hanya sebuah negara di zaman moden ini yang
membenarkan penyiksaan para banduan di penjara. Malahan, ada kumpulan hak
asasi manusia di Israel yang membuat satu laporan setebal 60 muka surat
yang merakamkan betapa 85% banduan Palestin di penjara Israel dihenyak
penyiksaan. Pernah New York Times menyiarkan satu artikel tulisan seorang
Yahudi, Joel Greenburg yang melaporkan betapa secara purata Israel
menzalimi sekitar 500 hingga 600 banduan Palestin setiap bulan.
Israel telah menyerang dan membunuh ribuan pemimpin Palestin, termasuk
para bijak pandai, ulama, peniaga, dermawan, dan penyajak, malahan sesiapa
sahaja yang mempunyai semangat patiriotisme. Pembunuhan kejam secara
upahan ini telah direncana di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat.
Dalam proses ini mereka turut membunuh ribuan wanita dan kanak-kanak.
Malahan mereka kerap mengebom secara bertubi-tubi khemah pelarian dan
membunuh wanita dan kanak-kanak. Setelah mengisytiharrkan negara Israel di atas tanah kepunyaan Palestin
(ketika itu pada 1948, rakyat Palestin merupakan tuanpunya 90 peratus
tanah itu) orang Yahudi telah merampas semua harta benda Palestin; tanah,
kebun dan ladang, rumah kediaman dan perniagaan. Setelah menghalau para
pelarian Palestin itu dan menolak kepulangan mereka, mereka pun meluluskan
satu 'undang-undang harta peninggalan', untuk membolehkan mereka merampas
hartabenda orang Palestin untuk diberikan kepada masyarakat Yahudi.
Undang-undang itu mempunyai 'chutzpah' (syarat) menegah penjualan semula
setiap harta pencurian itu kembali kepada orang Palestin.
Pada 1982, Israel telah menakluki Lubnan. Sepanjang itu dan selama 18
tahun menjajahnya, sekitar 40,000 orang awam telah terkorban. Israel telah
mengebom dan menyerang bandaraya dan perkampungan termasuk hospital dan
rumah kanak-kanak miskin (seperti yang dirakamkan oleh Palang Merah
Norway) sehingga menghancurkan sebuah bandar purba yang sungguh indah,
Beirut. Perdana Menteri Israel yang terkini, Ariel Sharon, tidak berani
menjejakkan kakinya di Belgium dan Netherland, kerana takutkan hukuman
yang pernah diisytiharkan oleh Mahkamah Dunia kerana jenayah perangnnya.
Sharon bertanggungjawab membunuh sekitar dua ribu pelarian di Khemah Sabra
dan Shatila di Lubnan. Israel pernah menembak jatuh sebuah pesawat penumpang Libya yang bermuat
111 penumpang di Semenanjung Sinai. Bukan sahaja orang Palestin yang telah menanggung kesengsaraan daripada
keganasan Israel. Amerika pernah menanggung kesengsaran bahana keganasan zionis. Malahan,
zionis pernah melancarkan beberapa tindakan peperangan terhadap Amerika
Syarikat. Rekod keganasan Israel terhadap Amerika Syarikat itu bermula sejak 1954
lagi. Pada tahun itu, kerajaan Israel telah merancang memusnahkan
infrastruktur Amerika di Kahirah dan Iskandariah (Cairo and Alexandria)
mentohmah kerja itu dilakukan oleh beberapa warga Mesir. Mujur rencana itu
gagal dan tidak dapat dikesan. Itulah Kisah Lavon, yang mengambil sempena
nama orang merancang keganasan itu, Pinhas Lavon, yang menjadi Ketua
Pertahanan Israel ketika itu. Dia meletakkan jawatan pada 1955 selepas
kegagalan projek keganasan itu. Pada 1967, telah menggunakan pesawat yang tidak bertanda dan bot yang
dilengkapi torpedo untuk menyerang USS Liberty, sebuah kapal tentera laut
Amerika di Semenanjung Sinai, termasuk menembak dengan mesingan pelampung
dan rakit keselamatan kapal itu. Serangan itu membunuh 31 askar Amerika
dan mencederakan 170 orang lagi. Pihak Yahudi itu bercadang menenggelamkan
kapal Amerika itu dan membunuh semua rakyat Amerika untuk mentohmah
kemudiannya bahawa kerja itu adalah bikinan Mesir. Dengan cara itu Israel
merencana untuk mendapat sokongan Amerika dan menguasai lebih banyak tanah
kepunyaan negara Arab. Serangan terhadap Liberty itu adalah serupa dengan satu tindakan ganas
yang mencetuskan keadaan perang terhadap Amerika Syarikat oleh Israel.
Walaupun Setiausaha Negara Dean Rusk dan Ketua Tentera Laut Admiral Moorer
telah mengumumkan bahawa perbuatan Israel itu sengaja dilancarkannya
terhadap USS Liberty, kuasa yang ada di tangan kumpulan pelobi zionis
telah berjaya mempengaruhi keadaan untuk mengelakkan tertubuhnya satu
siasatan tajaan Congress. Kalaulah pelobi itu berjaya menutup rapat
keganasan Israel terhadap Amerika itu, adalah tidak menghairankan apabila
Israel berjaya menyorokkan jenayahnya yang berpanjangan terhadap Palestin.
Namun, selepas Liberty diserang, Amerika tidakpun bertindak mengurangkan
jumlah bantuan kita yang berbilion banyaknya. Sebaliknya kisah itu lenyap
sahaja daripada mukasurat pemberitaan dalam masa beberapa hari sahaja.
Pada 1986, telah sengaja menyebabkan kita melancarkan perang dan menyerang
sebuah negara lain. Pasukan Mossad telah memasang satu pemancar
(transmitter) di Tripoli, Libya dan menyiarkan beberapa pesanan
menggunakan kod Libya memberi kiasan bahwa Libya telah bertanggungjawab
dengan pembunuhan dua rakyat Amerika disebabkan pengeboman Disko La Belle
di Jerman. (Tidak lama kemudian barulah disahkan betapa Libya tidak ada
kena mengena dengan pengeboman itu). Dengan tipu muslihat begini, Israel
telah menggalakkan Amerika mengebom Libya sehingga mengakibatkan banyak
kemusnahan. Salah seorang yang terkorban ialah anak perempuan Presiden
Libya, Muammar Gadaffi. Inilah satu perbuatan sial dalam menipu sebuah
negara untuk mengisytiharkan perang tanpa usul periksa terhadap sebuah
negara lain. Hanya regim musuh yang benar-benar zalim yang mampu berbuat
begitu kepada Amerika. Setiap rakyat Palestin dan Arab amat sedar akan keganasan Israel sejak
setengah abad yang lalu, Keganasan itu tidak dapat menyubur tanpa bantuan
kewangan, ketenteraan, dan sokongan diplomatik Amerika Syarikat. Mereka
sedar betapa berpengaruhnya kumpulan pelobi Yahudi mengawal Dasar Timur
Tengah Amerika dan Kumpulan zionis yang mampu mendapatkan apa sahaja yang
mereka ingini daripada Congress mengenai sebarang isu yang berkepentingan
kepada mereka. Kerana Amerika memberikan sokongan penuh kepada Israel melancarkan
penaklukan ganas terhadap Lubnan dan menjajahnya pada 1980-an dulu yang
menyebabkan pengeboman terhadap Amerika Syarikat.
Itulah serangan yang mengorbankan 300 askar muda Amerika daripada pasukan
komandonya. Orang Arab sedar betapa setiap bom yang membunuh orang mereka datang
daripada Amerika. Setiap butir peluru, setiap kereta kebal, setiap jet
pejuang, telah dibikin ataupun dibayar oleh dollar Amerika. Berbilion
dollar Amerika telah menyokong dan membolehkan negara Yahudi mengganas
terhadap orang Arab lebih satu abad, lamanya.
Walaupun Israel telah menakluki Lubnan dan membunuh ribuan orang awam,
Amerika tidak pernah mengugut mengebom Tel Aviv (seperti yang dilakukannya
dengan kejam terhadap Iraq) kalaupun Israel enggan mematuhi arahan dan
keputusan resolusi PBB. Satu perbandingan tindakan Amerika terhadap
penaklukan Iraq ke atas Kuwait berbanding penaklukan Israel terhadap
Lubnan memang menunjukkan faktor yang amat jelas. Dasar luar Amerika yang berat sebelah itu boleh ditera mengikut pelbagai cara yang dikenakan terhadap Iraq berbanding terhadap Israel.
Selama ini, dasar luar Amerika adalah merupakan dasar Israel, belum pernah
sekalipun Israel diugut untuk disekat bantuan Amerika walaupun ribuan
orang Lubnan mati disebabkan tindakan ganas mereka. Pada satu ketika dulu
Iraq adalah sahabat baik Amerika dam kita mampu berniaga dengan mereka dan
membeli minyak Iraq. Malahan, Amerika menyokong Saddam Hussein dalam
peperangan Iraq menentang Iran. Iraq tidak pernah berbuat apa-apa
menyakiti Amerika, tetapi ia tersilap menjadi musuh Israel. Inilah yang
membuat Yahudi dan segala birokrasi yang dikuasai oleh Yahudi bertindak.
Media massa yang dikuasai oleh Yahudi telah bingkas mencemuh bekas sahabat
karib kita dulu, Saddam Hussein, menjadi musuh ketat Amerika.
Kita telah menggugurkan lebih banyak bom menghujani Iraq, dalam satu
minggu, berbanding jumlah bom yang kita gunakan sepanjang Perang Dunia
Kedua. Kita telah membunuh ratusan ribu orang Iraq termasuk golongan
kanak-kanak yang tidak brdosa. Kemudian kita kenakan pula sekatan ekonomi
dan embargo terhadap Iraq sehinggakan PBB yang anti-Iraq itu sanggup
mengaku betapa sekatan itu telah membunuh sekurang-kurang 1,200,000 (1.2
juta) kanak-kanak dan ratusan ribu warga tua Iraq. Kita mahukan rakyat
Amerika yang tidak pernah faham kenapa munculnya keganasan menyedari fakta
yang mengejutkan ini. Satu juta, dua ratus ribu kanak-kanak telah
terkorban hasil tindakan kita terhadap Iraq.
Beberapa rakyat Amerika yang membaca tulisan saya ini tidak akan
mempercayainya, kerana mereka enggan percaya betapa Amerika telah
menyebabkan kematian ratusan ribu kanak-kanak dengan sengaja. Di sini
ialah transkrip wawancara Setiausaha Negara Amerika yang berbangsa Yahudi
dengan Leslie Stahl dari CBS (Colombia Broadcasting Services -
penterjemah) pada Mei 11, 1996: Leslie Stahl telah menyentuh sekatan ekonomi AS terhadap Iraq: 'Kita telah
difahamkan bahwa setengah juta kanak-kanak tealh mati. Ini bererti, lebih
ramai kanak-kanak yang terkorban berbanding mereka yang mati di Hiroshima
(ketika bom atom digugurkan- penterjemah). Dan - sebagaimana yang puan
sendiri maklum - apakah berbaloi kerja-kerja itu?'
Madeline Albright: 'Saya fikir ini adalah satu pilihan yang amat sukar.
Saya fikir kerja itu berbaloi juga.' Namun, masih ada rakyat Amerika kehairanan kenapa orang membenci kita.
Kumpulan 'The Jewish Lobby' (pelobi Yahudi) dan media yang dikuasai oleh
Yahudi memang pintar menentukan agar rakyat Amerika TIDAK memahami alasan
sebenar kita memerangi Iraq dan isu sebenar yang menghantui rakyat
Palestin. Merekan menyekat sedaya mungkin agar rakyat Amerika terus bebal
memikirkan kenapakah berjuta rakyat Arab membenci kita dan kenapakah
bilangan ini terus meningkat. Mereka tidak mahu kita memahami sebab sebenar Amerika dibenci begitu teruk
sekali - kerana inilah kerja ketua Yahudi yang mengawal dasar luar Amerika
yang bertanggungjawab dengan kemaraan kebencian terhadap Amerika.
Bayangkanlah betapa dahsyatnya kemarahan manusia yang tertindas dan rasa
kehampaan mereka itu sehingga sanggup bertindak merelakan nyawa mereka
untuk menuntut bela. Tuan besar Zionis sedar cara Amerika menyokong dasar jenayah Israel telah
mencambah kebencian orang terhadap Amerika. Tentu mereka juga sedar
kerja-kerja mengebom dan mengisytiharkan perang terhadap negara yang
bertujuan semata-mata untuk kepentingan Israel telah melahirkan
segerombolan musuh yang beriltizam dan nekad memerangi Amerika, dan inilah
musuh yang dahagakan darah Amerika untuk membalas dendam.
Sebenarnya, Amerika tidak pun mendapat sebarang faedah membunuh orang bagi
pihak Israel; tetapi semua itu terlaksana bagi kepentingan Yahudi yang
dianggap paling utama. Hakikatnya mereka sedar betapa serangan ganas dan
bodoh yang baru melanda New York dan Washington hanya meningkat perjuangan
Zionis untuk meluapkan kemarahan orang Amerika terhadap musuh Israel.
Dengan cara ini Amerika menjadi semakin rapuh dan mudah diputar-belitkan
oleh Israel. Cuba fikirkan siapa sebenarnya yang untung daripada semua keganasan ini.
Adakah orang Palestin meraih sebarang keuntungan? Tindakan ganas ini telah
menghancurkan segala usaha Palestin untuk menyeleraikan pendapat dunia.
Inilah yang telah menutup pandangan dunia sejagat sehingga buta terhadap
keganasan Israel. Hanya Israel yang menang dalam tragedi ini. Mereka kini
diberikan isyarat 'lampu hijau' untuk berbuat sesuka hati terhadap
Palestin. Mereka boleh membunuh musuh mereka samada yang mengganas ataupun
tidak. Mereka akan mendapat sebanyak wang yang mereka perlukan daripada
rakyat Amerika, dan tidak ada sesiapa yang memikirkan kegiatan ganas
mereka, membunuh dan mengengkari hak asasi manusia terhadap rakyat
Palestin. Hanya Zionis yang untung besar pada hari yang sungguh dahsyat bertarikh 11
September, 2001. Alangkah ironisnya, walaupun Zionis yang mencetuskan
keganasan yang dahsyat itu, Zionis juga yang meraih keuntungan
daripadanya. Sebabnya ialah kerana media massa Amerika adalah dikawal
sepenuhnya oleh puak musibat ini (hasil kajian mereka mempelajarinya
daripada Mahathir). Kerana itu rakyat Amerika pada amnya tidak mampu
bertanya soalan yang bernas kenapakah peristiwa ngeri iitu boleh berlaku.
Malangnya, tidak ramai manusia yang akan mendengar suara kecil seperti
rintihan saya yang berani mencabar pembohongan Zionis.
Inilah sebabnya kita bercelaru, kerana sebuah kuasa asing sudah menjadi
satu kumpulan pelobi yang sungguh berkuasa mempengaruhi kerajaan Amerika
dan menentukan halatuju media massa di Amerika.
Biarlah saya ulangi perkara itu sekali lagi. Sebab utama kita dihantui
keganasan di Amerika masakini, adalah kerana dasar kerajaan Amerika yang
telah dikotak-katikkan sepenuhnya oleh kuasa asing. Itulah dia Israel dan
segala usahanya untuk mewujudkan Ketuanan Yahudi seantero dunia.
Bendera Amerika berkibar di mana sahaja di seluruh Amerika sejurus
berlakunya serangan ngeri terhadap Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon.
Memang baik perkara itu kerana kita mahukan orang kita lebih bersikap
patriotik. Kalaulah kita lebih patriotik untuk kepentingan sebenar Amerika
dan bukannya untuk Israel, kita tidak merana sekarang ini dihambat
keganasan. Hakikatnya, apakah yang lebih patriotik daripada mahukan orang kita
sendiri memimpin kita, berjuang untuk negara tercinta dan bukannya kerana
sebuah kuasa asing ataupun untuk golongan minoriti yang berkuasa.
Sememanggnya, kita harus bekerja keras memerangi keganasan yang menyerang
negara kita ini. Namun, kita mesti memahami kenapakah keganasan ini
terjadi, dan bagaimana ia sudah membiak. Ia sudah terjadi kerana sudah
lama sangat wujudnya penderhakaan terhadap Amerika dan rakyatnya.
Pelobi Yahudi dan kuasa media mereka membuatkan Amerika Syarikat
mengeluarkan belanja sekitar 6 juta dollar setiap tahun dan bentuk bantuan
luar dan kelengkapan perang. Hampir satu pertiga daripada keseluruhan
peruntukan bantuan luar Amerika sejak setengah abad dulu dan bersamaan
dengan jumlah peruntukan Amerika memerangi dadah.
Inilah yang telah meracuni hubungan kita dengan negara minyak di Timur
Tengah yang kaya-raya. Sebagai bertindak kepada dasar kita itu, orang Arab
telah bersatu dan melancarkan 'senjata minyak' mereka yang menyebabkan
rakyat Amerika berbelanja sekurang-kurangnya sepuluh trilion dollar hanya
kerana kenaikan harga minyak. Ini juga yang membuatkan dunia Arab itu menjadi terpinggir, menyebabkan
kepada kehancuran dan rampasan harta benda Amerika yang bernilai berbilion
dollar di dunia Arab, rakyat Amerika yang diculik, dan bangkitnya perasaan
kebencian yang membuak-buak terhadap rakyat Amerika.
Apakah cara Israel membalas balik sokongan yang kita berikan kepada
mereka? Mereka telah merisik aktiviti kita (seperti yang terdapat dalam
kes Jonathan Pollard), menjual rahsia negara kepada pembeli yang sanggup
membayar harga tertinggi (seperti menjual rahsia bikinan nuklear kepada
musuh ketat kita, China Komunis), dan mencuri uranium untuk pembikinan
secara haram senjata nuklear mereka).
Mereka telah melakukan serangan ganas terhadap Amerika Syarikat seperti
dalam Episod 'Lavon Affair', dan serangan terhadap USS Liberty. Dua
tindakan ini tidak ada bezanya dengan tindakan memerangi Amerika Syarikat.
Tindakan memberikan Amerika maklumat songsang sehingga menyebabkan Amerika
tersilap langkah memerangi negara lain adalah juga sama caranya
seolah-olah Israel yang telah berperang dengan Amerika Syarikat. Namun,
dalam cara mereka bertindak dalam perihal terkutuk ini terhadap Amerika,
para pemimpin kita yang telah dikelabui dan dikawal oleh Zionis tidak
pernah mahu mengurangkan wang berbilion dollar dalam bentuk kewangan dan
bantuan ketenteraan terhadap Israel. Kita memberi Israel sekitar 6 bilion
dollar dalam bentuk bantuan setiap tahun, yang bersamaan lebih banyak lagi
dari bantuan Amerika kepada semua negara di Sub-Sahara Afrika, Caribbean
dan Amerika Selatan (dijumlahkan bersama).
Berapa pula jumlah kerugian kita kerana menjadi khadam Zionisme dalam
tindakan jenayah mereka yang ganas itu? Itulah yang kita terima dalam
bentuk jenayah keganasan yang sungguh ngeri pada September 11, 2001.
Agen-agen Israel di Amerika memang sungguh berpengaruh dalam bidang media
dan peringkat pentadbiran kerajaan, sehinggakan mereka bertanggungjawab
dalam keganasan terhadap Amerika Syarikat sama dahsyatnya seandainya
mereka yang memandu pesawat yang menikam Pusat Dagangan Dunia dan
Pentagon. Kini, mereka sudahpun bersedia menggunakan segala tipu muslihat yang
mencetuskan keganasan itu dulu untuk melancarkan satu pusingan keganasan
terhadap musuh Israel. Anda boleh bayangkan betapa Zionis merancang
sesuatu yang lebih dahsyat daripada hanya mahu mendera mereka yang
malaksanakan peristiwa keganasan yang ngeri itu. Sekali lagi Amerika akan
digunakan untuk menyerang sesiapa yang ditentukan oleh Israel.
Satu tindakan yang sembarangan atau terburu-buru dari Amerika akan
akhirnya mencetuskan kemarahan yang meluap terhadap Amerika juga. Ini akan
mengundang lebih banyak tindakan ganas yang akan menghambat setiap rakyat
Amerika. Putaran kebencian yang semakin ligat adalah idaman Zionis, kerana
mereka mahukan kita memerangi musuh Yahudi, sambil kita menumpahkan darah
untuk perjuangan mereka. Mereka akan Merupakan golongan yang meraih
keuntungan daripada kepedihan Amerika ayng berdarah. Sepatutnya Israel
yang merana, tetapi kita yang ditimpa bencana.
Media massa dan kerajaan Amerika telah diserang pelbagai jeritan mahukan
kehancuran kepada musuh baru Amerika yang disangkakan. Dalam tinjauan
pendapat terbaru (opinion polls CBS dan CNN) terdapat 65 hingga 70 peratus
rakyat Amerika yang memperakukan pengisytiharan perang terhadap pengganas
yang dituduh. Mereka menyokong tindakan Amerika (saya sebutkan soalan poll
itu secara jelasnya) 'walaupun ia akan menyebabkan kematian beribu orang
yang tidak berdosa'. Saya merasa tertekan melihatkan majoriti rakyat
Amerika yang mempunyai pendirian yang sama terhadap kemanusian seperti
yang dipunyai oleh pengganas yang mencetuskan peristiwa ngeri September
11. Setakat ini, saya belum lagi mendengar sesiapa, tidak seorangpun tokoh
agamawan yang terkenal melalui media, atau Presiden Amerika Syarikat,
ataupun ketua gereja, ataupun sesiapa juga yang dianggap tokoh masyarakat
yang berani bersuara mendedahkan sikap munafik yang penuh kepura-puraan
ini. Jadi, kita mahu memerangi keganasan. Apa jadinya nanti apabila Amerika
mula menyerang dan melepaskan bom untuk menghunjam bumi negara luar dan
secara sembarangan membunuh 'ratusan ribu manusia yang tidak berdosa'.
Mampukan kita menghapuskan keganasan itu sebenarnya? Amerika telah
bertindak begitu, satu ketika dulu. Cuba kita renung kembali kesan
tindakan Amerika dulu. Seperti yang telah dikisahkan, pada 1986, Israel telah memberikan maklumat
songsang kepada Amerika terhadap Libya sehingga menjentik kita menghunjam
bom menyiram bumi Libya. Kita mendera Libya dalam usaha 'memerangi
keganasan' dan jenayah yang tidakpun dilakukan oleh Libya. Satu tahun
selepas pengeboman itu, satu kumpulan puak radikal di Libya telah menuntut
bela dan mengebom PanAm Flight 103 di ruang angkasa Lockerbie, Scotland,
menyebabkan satu bencana udara yang ngeri membunuh 270 nyawa. Kita lakukan
tindak balas dengan pesawat B-1; mereka lakukan balas dendam dengan
pengebom relamati. (Baca Gideon's Spies: kemusnahan di Lockerbie adalah
kerja CIA dan Mossad dan tidak ada kena mengena dengan Libya -
penterjemah). Ini bukannya cara terbaik untuk melindungi diri kita daripada tindakan
seperti itu. Pihak yang membenci kita memerlukan hanya seorang yang
sanggup relamati dan menyebabkan sebuah pesawat jatuh terhempas tanpa
keperluan bersiap sedia dengan bahan letupan yang tidak dapat dikesan pada
dirinya. Kita sedang hidup dalam satu dunia di mana agen biologi yang
sungguh berbahaya dengan kesan kehancuran yang melibatkan massa boleh
dicipta di mana-mana. Amerika harus ingat: lain kali, tindakan ganas boleh
dilakukan oleh hanya seorang insan yang mampu memusnahkan ratusan ribu
manusia. Keupayaan menggembleng kuasa tentera yang perkasa tidak lagi
mampu melindungi setiap negara. Adakah sesiapa yang masih tidak lupa tindakan Amerika 'memerangi
keganasan'? Clinton telah menjanjikan untuk melancarkan 'memerangi
keganasan' dengan mengebom Afghanisan dan memusnah satu kompleks farmasi
di Sudan. Serangan ini telah dilancarkan dengan begitu terancang oleh
Clinton ketika dia dihantui saat yang kritikal melibatkan skandal Monica
Lewinsky. Mereka gaagal membunuh Osama bin Laden, cuma menambahkan
semangat nekad golongan Taliban mahu menuntut bela terhadap Amerika kerana
memusnahkan Afghanistan. Peristiwa September 11, mungkin merupakan kesan
terus yang tercetus daripada 'peperangan terhadap keganasan'. Biar saya
ulangi, kita kirimkan pengebom B-1 dan mereka balas dengan mengirim
pengebom relamati. Kini, selagi kepala dingin tidak menonjol kita akan
melancarkan satu lagi peperangan terhadap keganasan yang akan mengorbankan
lebih banyak manusia yang tidak berdosa dan meligatkan lagi putaran
keganasan. Selagi tidak diubati luka yang masih terbuka dan dicari jalan lain untuk
Amerika, setiap serangan baru peluru berpandu dan bom yang diledakkan,
kita akan menerima serangannya balik mengenai kita juga. Setiap titisan
darah yang kita tumpahkan di negara orang, akan berakhir dengan tumpahan
darah kita di negara asing dan di laman sendiri. Amerika akan mereput di
kancah ketidak-tentuan dan ketakutan.
Selepas peristiwa September 11, seorang ayah bernama John Mosey, yang
kehilangan seorang anak perempuan dalam kemusnahan pesawat Pan Am di
Lockerbie telah menulis sepucuk surat kepada Tony Blair, Perdana Menteri
British. Dia menyatakan bahawa 270 nyawa yang terkorban dalam peristiwa
ngeri 1988 di Lockerbie adalah kesan balas dendam kepada tindakan ganas
Amerika yang menghenyak dunia Arab. Dia telah memberi ingatan: 'Setiap
rencana harus diteliti agar setiap pilihan akan menghasilkan kejayaan yang
tidak menjejaskan nyawa orang yang tidak berdosa, yang memungkinkan balas
dendam yang mencetuskan keganasan lagi.'
Marilah kita kirimkan doa untuk mangsa yang teraniaya termasuk keluarga
mereka yang sedang merana. Marilah kita hambat pencetus tindakan ganas itu
dengan segala kepintaran. Tetapi, yang lebih penting lagi, marilah kita fahami kenapa musibah ini
terjadi dan bagaimana caranya mengubati kebencian terhadap negara kita
yang tercinta ini. Ramai penderhaka dalam kerajaan kita yang memberikan sokongan kepada
aktiviti jenayah para Zionis berbanding kesetiaan mereka kepada
kepentingan negara. Mereka telah menabur benih kebencian yang kini
mencetuskan kegiatan jenayah yang ganas. Selagi pengaruh mereka tidak
dihapuskan, Amerika akan dihantui bermacam rupa keganasan lagi.
Apabila kita sudah memahami sebab-musababnya, barulah kita dapat bersatu
menyetujui cara terbaik untuk mencegah tindakan ganas di masa depan.
Penyelesaian kepada masalah yang besar ini terlalu nyata dan terlalu mudah
sekali. Amerika seharusnya mengimbau kembali kata-kata terakhir yang diucapkan
oleh Bapa Kemerdekaan kita yang mengingatkan agar kita 'elakkan muslihat
pembabitan orang luar'. Akhirnya, mesti sentiasa utamakan Amerika dan Rakyat Amerika!
Tamat Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6056 |