Laman Webantu (M) KM2: 6054 File Size: 9.7 Kb |
|
TAG SP 322: Pravda: Tiada Peperangan - Ianya Tidak Perlu By Sergey Snegov 5/10/2001 12:22 pm Fri |
http://english.pravda.ru/main/2001/10/02/16850.html
Pravda Online (There will be no war, it is not needed)
Oleh: Sergey Snegov Wartawan Pravda Suasana yang menyelimuti Afghanistan telah bergolak seperti yang
pernah kita ramalkan. Amerika masih lagi menggenggam penumbuknya,
mengugut Taliban dengan pengeboman sebagai membalas dendam. Operasi
ketenteraan yang dijanjikan itu sudah tertunda banyak kali,
sehinggakan tercetus kesangsian betapa peperangan itu tidak akan
menjadi. Kata-dua Bush sudah terkubur dalam lipatan sejarah bersama
ugutannya untuk membersihkan sarang pengganas sejagat dan memusnahkan
Osama Laden, sekali gus. Kini, ada yang menjangkakan peperangan itu
akan bermula dalam minggu yang terdekat selepas berakhirnya tempoh
kata-dua itu. Latihan perang angkatan tentera yang dilakukan oleh
Amerika semacam menunjukkan kemungkinan serangan itu akan dilakukan
juga. Akhbar 'The British Observer' telah menakutkan puak Taliban kelmarin
dengan berita serangan yang akan dimulakan. Tetapi, semua kapal induk
pembawa pesawat penyerang masih lagi belayar di samudera, peluru
berpandu masih terikat di sarangnya, dan pesawat itu masih tersimpan di
penebatnya. Media barat melapurkan tarikh baru peperangan Afghan itu -
'minggu ini'. Kini, puak Taliban kerap mengacah Amerika. Mereka menyebut Osama Laden
ada di Afghanistan, kemudian mereka menyebut oleh kerana mereka telah
lama bersekongkolan dengannya, persahabatan itu akan terus dikekalkan.
Soal menyerahkan tertuduh utama itu tidak pernah ditimbulkan. Pihak
pentadbiran Afghan itu hanya menyebut: 'Amerika Syarikat akan menanggung
bahananya, seandainya tentera darat mereka menyerang Afghanistan.'
Mungkin juga mereka sudah semakin yakin betapa peperangan itu tidak akan
dilancarkan. Memang ada alasan untuk menyerang Afghanistan sebaik sahaja tragedi
menghenyak Amerika Syarikat. Itulah waktu yang tepat, mencetuskan
peperangan sebagai satu tindakan serang balas. Kita tidak akan
membincangkan isu ini seperti siapa yang sepatutnya dipersalahkan dan
apa yang sepatutnya dilaksanakan. Berita terbitan media massa Amerika,
dan segala surat daripada pembaca kita telah memberikan banyak ilham:
tunjukkan kepada kami, siapa musuh sebenarnya supaya kami boleh
bertindak balas. Memang ada alasannya mengebom Afghanistan satu minggu selepas terjadinya
tragedi. Kemarahan seluruh dunia naik memuncak begitu hebat ketika Pusat
Dagangan Dunia menyala dengan dahsyat. Tetapi apa faedahnya mengebom
Afghanistan sekarang? Hingar-bingar sudahpun reda, sedangkan sudah
semakin banyak tunjuk perasaan di merata tempat di Britain, Amerika, dan
negara barat membantah pelancaran satu perang baru di dunia. Semakin
ramai manusia menyertai pergerakan membantah peperangan ini.
Apa faedahnya pengeboman itu? 'Nyet!!!', kecuali melahirkan mangsa di
kalangan orang awam dan anggota tentera. Inilah yang telah melunturkan
semangat keperwiraan Amerika berasaskan lambang helang terkangkang
mereka yang semakin terhumban di longkang sejak beberapa minggu yang
lalu. Ini juga bererti pentadbiran presiden sudah semakin merana
daripada usaha meningkatkan propaganda mereka. Di tahap awalnya dulu
para pakar propaganda muncul di kaca TV mencetuskan pelbagai propaganda
itu dan mempertikaikannya. Perkara itu disauk pula oleh akhbar harian
untuk membentangkan keadaan itu mengikut sudut kajian yang berbeza.
Lagi lama masa beredar sejak peristiwa serangan angkasa yang dahsyat
mengenai Amerika, semakin tumpul makna persediaan ketenteraan mereka.
Mungkin juga sasaran anti-keganasan global yang histeris itu tidak sama
dengan agenda peperangan anti-penjenayah sejagat?
Pentdbiran Amerika berjaya merencana rancangan yang mereka idamkan pada
permulaan kempen peperangan Balkan. Cara NATO menguasai Kasovo,
Macedonia, dan negara lain tidak boleh dibandingkan dengan persiapan
NATO yang terbaru ini. Dulu, tentera NATO telah memasuki beberapa negara
termasuk negara pasca-Soviet - yang tidak kelihatan semacam betul-betul
dilakukannya sedikit masa dulu. Terdapat banyak pra-syarat untuk
membelah-bagikan negara-bebas bekas jajahan Soviet itu. Kalaulah sistem
itu membangun seperti yang berlaku sekarang, bererti Russia akan
kehilangan pengaruhnya di bahagian Timur. Ruang angkasa majoriti negara
yang merelakan NATO menggunakannya, menunjukkkan kerelaan negara ini
untuk meneruskan kerjasama mereka. Ini membolehkan Amerika Syarikat
melipat-gandakan pengaruhnya ke atas negara ini dalam jangkamasa dua
bulan sahaja. Jadi, gelagat menggenggam penumbuk itu nampaknya berbaloi
juga. Lagipun, beberapa biji bom masih boleh digugurkan untuk mengena
bumi Afghanistan. Yang lebih penting ialah melancarkan sasaran yang
lebih utama. Inilah yang sedang dilaksanakan dengan giatnya. Bush telah
membayangkan peperangan itu sebagai 'satu peperangan yang ganjil' -
bukan sengaja bersaja-saja. Sergey Snegov Gambar AP: Seorang lelaki Islam sedang memegang kitab suci Al-Quran,
ketika menunjuk perasaan di hadapan kedutaan Amerika di Kuala Lumpur
pada hari Isnin, 1 Oktober, 2001. Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: http://english.pravda.ru/main/2001/10/02/16850.html
SERGEY SNEGOV: THERE WILL BE NO WAR. IT IS NOT NEEDED
The events around Afghanistan are developing exactly the way we predicted.
Namely: America is still shaking its fists, threatening the Taliban with
bombardment and retribution. The start of the military operation has been
delayed several times, so there is a suspicion growing the war would not start.
The ultimatum sank into oblivion together with President Bushs determination to
clean the nest of the international terrorists and destroy bin Laden. It was
expected, the battle would start in the forthcoming week, after the ultimatum term
was over. The military maneuvers, which were performed by the American
forces seemed to be a good proof for that.
The British Observer frightened the Taliban yesterday the battle would start that
instant. However, the aircraft-carriers still sail in the ocean, the missiles are in
their mines, the aircrafts are in the hangars. The media reported on the new
date to begin the Afghan war this week.
The Taliban is pressing on the USA. They claim bin Laden is in Afghanistan,
then they said they collaborated with him for many years and the collaboration
continued. The question to deliver the prime suspect is not being raised. The
administration of the Afghan movement just says: The USA will be really sorry, if
they start the land operation in Afghanistan. May be they are making
themselves more and more sure there will be no such operation?
There was a point to attack Afghanistan right after the tragedy in the US. It was
the right time, when the war would really look like the act of retribution. We
would not go into such issues like who is to blame and what to do. The
publications of the American mass media, the letters from our readers had the
common idea: show us, who is the enemy and we will take revenge.
There was a point to bomb Afghanistan in a week after the terror attack. There
was so much anger in the world, the ruins of the World Trade Center were still
burning. What is the point to bomb Afghanistan now? The commotion has settled
down, there are mass demonstrations taking place in Britain, America, in other
western countries as a protest against the beginning of the new war in the
world. More and more people join those actions of protest.
What can the bombing bring? Nothing, with the exception for victims among the
civilians and military men. It is also clear the spread-eagle spirit in the USA
went down a lot over the recent weeks. And this means that the presidential
administration may suffer a failure from the point of view of propaganda
campaign. In the beginning the specialists will appear on television wondering
what it was all for? The newspapers will pick this up and look at the situation
from the different angle The more time passes since the moment of the terror attack in the USA, the more
pointless the military preparations become. May be the goal of the global
anti-terrorist hysteria is not the global anti-terrorist war?
The American administration managed to do the things that could be dreamed of
in the beginning of the Balkan campaigns. NATOs control over Kosovo,
Macedonia and other countries can not be compared to the operation that has
been carried through by NATO recently. The troops entered several countries,
including the post-Soviet ones this did not seem to be real a very short time
ago. There were prerequisites laid to break-up the Commonwealth of
Independent States. If the situation develops the way it is going now, then
Russia will lose its influence in the East. The air space of the vast majority of
countries is open for the NATO Air Forces, the states express their readiness
for further cooperation. U.S. doubled its influence over just 2 months. So shaking
fists is worthy. Moreover, a couple of bombs could be dropped on Afghanistan.
The most important thing is to execute the major goal. It is being executed,
rather actively. Bush called the up-coming war the strange war not for nothing.
Sergey Snegov PRAVDA.Ru
|