Laman Webantu (M) KM2: 6053 File Size: 16.1 Kb |
|
TAG SP 321: Mata Lebam Itu: Selepas Tiga Tahun By Raja Ahmad Aminullah 5/10/2001 11:58 am Fri |
Mata Lebam Itu: Selepas Tiga Tahun
Oleh : Raja Ahmad Aminullah 20 September 1998 akan sentiasa terukir di dalam himpunan memori rakyat
kita. Adalah sukar untuk menidakkan peri-pentingnya tanggal ini di dalam
setiap hati dan fikiran ramai rakyat Malaysia.
Apabila pintu rumah seseorang - yang hanya tiga minggu sebelumnya
bergelar Timbalan Perdana Menteri - dirempuh dan dipecahkan pada hari
yang bersejarah itu, ia memberikan gambaran yang berbeza-beza kepada
orang yang berlainan. Pada tahap peribadi (dan ini tidak kurang juga kesannya pada peringkat
umum atau politik), peristiwa yang agresif ini sudah tentu meninggalkan
satu kesan yang mendalam kepada isteri Anwar Ibrahim, anak-anak dan
keluarganya. Malahan, episod yang memalukan ini telah dirakamkan dengan begitu baik
sekali oleh penyair kebangsaan kita, Usman Awang, di dalam sajaknya yang
bertajuk Jentayu Yang Luka (Untuk Wan Azizah) :
Tiba-tiba dia bangkit Lama dulu wajahnya tersembunyi Walau bagaimanapun, pada tahap yang lain peristiwa tersebut memberikan
isyarat bahawa langkah-langkah yang berhati-hati ke arah penerapan
nilai-nilai masyarakat madani di Malaysia telah terhenti buat
sementara. Peristiwa yang tercetus berikutnya, walau bagaimanapun, telah
menunjukkan bahawa masyarakat awam tidak lagi rela diperlakukan
sewenang-wenangnya atau cuba dibelenggu pemikiran mereka. Orang ramai
pada umumnya lebih peka terhadap hak-hak mereka dan bersedia untuk
mempertahankannya. Mempertahankan hak-hak mereka itu kini dianggap sebagai lambang
penghormatan dan bukannya sesuatu yang perlu dijauhi.
Apa yang pasti adalah ia telah menunjukkan bahawa 'kuasa bagi yang tidak
berkuasa' - sebagaimana yang diterangkan oleh Presiden Czech Vaclav
Havel di dalam kerja-kerjanya yang menyediakan asas kepada pembangunan -
bukanlah binaan secara teori. Bahkan, kuasa bagi rakyat adalah sesuatu
yang diraikan, sesuatu yang dipilih untuk menegaskan
kemungkinan-kemungkinan di dalam kehidupan dan diteruskan pencariannya
untuk membentuk perubahan yang kreatif bagi kebaikan masyarakatnya.
Dalam pada generasi pelajar-pelajar yang lepas, para pemimpin belia dan
bijak-pandai memperkatakan tentang proses kesedaran ala Paolo Freira,
peristiwa tragis 20 September di dalam sekelip mata menyedarkan segmen
yang luas dari populasi. Tumbukan yang hinggap ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri oleh Ketua
Polis Negara pada masa itu telah menggemparkan seluruh negara apabila
diketahui umum. Hakikatnya, kejadian yang menimpa Anwar yang matanya ditutup dengan
kedua-dua belah tangannya terikat ke belakang merupakan insiden yang
tidak boleh diterima akal; namun ia akhirnya didedahkan kepada dunia
melalui penampilan pertama kalinya di mahkamah beberapa minggu kemudian,
kesan lebam di sekeliling matanya menarik perhatian dan memeranjatkan
dunia sama ada di dalam atau di luar sempadan Malaysia.
Kemarahan orang awam begitu jelas sehinggakan satu Suruhanjaya Diraja
ditubuhkan bagi menyiasat kecederaan Anwar yang berlaku semasa beliau
di bawah jagaan polis. Percubaan awal Perdana Menteri untuk menggambarkan bahawa kecederaan itu
adalah hasil perbuatan sendiri hanya menambahkan lagi kemarahan orang
ramai. Sekalipun ini tidak begitu ketara melalui pembacaan dari
akhbar-akhbar utama, ia sudah cukup jelas bagi mereka yang berhubungan
dengan orang ramai. Apabila ketua Wanita Umno juga mencadangkan perkara yang sama, ia
menambahkan lagi kemarahan rakyat biasa Malaysia yang sehingga pada hari
itu telah mempercayai bahawa masyarakat mereka adalah sebuah masyarakat
yang tidak sukakan keganasan di mana masalah-masalah diselesaikan
melalui perbincangan atau pilihan raya secara muktamat dan sudah pasti
bukannya melalui keganasan atau kekerasan.
20 September juga telah menodai kesucian Malaysia yang selama ini
dicurahkan sepenuh kepercayaan oleh orang awam kepada pihak yang
berkuasa. Rakyat Malaysia telah secara umumnya mempercayai, mematuhi dan
memberikan penghormatan yang tinggi kepada para pemimpin mereka. Namun
apa yang mereka lihat kini adalah bahawa pemimpin-pemimpin tersebut,
yang telah mereka pilih untuk menerajui negara, berkeupayaan untuk
mengambil tindakan yang tidak adil terhadap mereka yang sepatutnya
diberikan perlindungan. Pepatah Melayu, harapkan pagar, pagar makan padi, begitu tepat sekali
dengan keadaan ini. Kemerosotan yang berterusan: Semenjak itu keadaan telah menjadi seperti semakin merosot. Kebebasan
untuk membuat kenyataan telah disekat. Luahan secara alternatif dan
pandangan-pandangan yang dikeluarkan kelihatan tidak wujud di negara ini
sekiranya seseorang hanya bergantung kepada akhbar-akhbar rasmi utama.
Suara parti-parti politik di dalam Barisan Alternatif tidak langsung
diberikan tempat di dalam media-media massa. Malahan, Harakah yang
paling laris jualannya itu, yang sebelum itu dibenarkan untuk
diterbitkan dua kali seminggu, kini telah dihadkan kepada hanya dua kali
sebulan dan begitu juga dengan penerbitan dari parti-parti politik yang
lain. Penerbitan bebas yang lain seperti Detik pula telah ditarik balik
permit penerbitannya. Akta Keselamatan Dalam Negeri telah dipergunakan semula untuk menahan
rakyat tanpa perbicaraan di atas pertuduhan yang dikatakan oleh para
peguam sebagai tidak kukuh. Perbezaannya sekarang adalah para isteri dan
ibu mereka yang ditahan telah bangkit dan memberi penerangan kepada umum
mengenai tindakan angkuh yang dibuat terhadap suami dan anak-anak
mereka. Pada keseluruhannya, 20 September 1998 telah mencatatkan perubahan besar
kepada perjalanan jatuh bangun negara selepas 44 tahun merdeka. Sudah
tentu tidak banyak yang dapat diharapkan apabila bersama-sama
pembangunan fizikal yang boleh dilihat, tidak pula terdapat pembangunan
yang selari dari segi kemanusiaan. Mungkinkah sesiapa pernah terfikir
bahawa pemerhatian Hobbes iaitu 'kehidupan adalah rumit, kejam dan
singkat' tidak akan menjadi kenyataan selepas lebih dari 200 tahun
kemudiannya. Kita, yang begitu bangga menjadi bangsa yang moden dan bertamadun, sudah
pasti perlu memikirkan kelemahan kita di dalam konteks ini.
Seorang penyair Indonesia W S Rendra pernah berkata di dalam puisinya :
Aku terdengar Barangkali kita perlu belajar, bukan sahaja untuk memerhati semata-mata,
tetapi untuk menjadi saksi kepada rasa tidak puas hati dan ketidakadilan
yang berterusan dilakukan di dalam masyarakat kita - semuanya dibuat di
atas nama kita. Tanggal 20 September mungkin adalah masa yang tepat untuk kita
memikirkan perkara ini dan sekiranya boleh untuk memberikan perhatian
kepada apa yang dituliskan oleh Julien Benda di dalam bukunya ?Trehison
de clercs yang memperkatakan tentang orang-orang bijak pandai yang
memilih untuk menjadi golongan pemerhati apabila negara mereka bergelut
dengan kesukaran. Anwar telah dikenali sebagai insan yang sering berusaha untuk mendekati
masyarakat umum dan mementingkan rakyat di dalam hal-ehwal negara.
Sehingga ke penghujungnya beliau telah mengemukakan cadangan pembentukan
sebuah masyarakat madani bukan sahaja secara teori tetapi secara
praktikal, walaupun beliau sendiri terkongkong di dalam bidang kuasa
yang terhad. Sekalipun idea untuk membentuk sebuah masyarakat madani telahpun dibawa
oleh mereka yang pernah menerajui negara kita satu masa dahulu dan
sehingga satu peringkat dinyatakan oleh beberapa peruntukan yang
berkaitan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Anwar dan generasinyalah
yang telah berjaya menarik pandangan umum dan membantu meluaskan lagi
ruang umum itu. Oleh itu, 20 September perlu disambut sebagai satu tanggal yang telah
membawa rakyat terbanyak untuk memperjuangkan penilaian mereka secara
bebas dan juga lebih mengambil berat terhadap hal-hal yang berkaitan
dengan orang awam di dalam masyarakat mereka.
Kita sepatutnya menuju ke arah sikap yang lebih penyayang, cuba memahami
dan mengamalkan toleransi yang berupaya membuahkan kelainan.
Tamat. Terjemahan: SPAR RAJA AHMAD AMINULLAH merupakan seorang aktivis kebudayaan dan pelajar
sejarah. Beliau kini meneruskan minatnya di dalam penulisan dan puisi.
Asal: http://www.malaysiakini.com/News/2001/09/2001092105.php3
Black eye: three years later NOTES FROM THE PERIPHERY Raja Ahmad Aminullah Last modified: Friday September 21, 5:03 pm
2:20pm, Fri: Sept 20, 1998 will forever remain etched in the collective
memory of our people. Little can be done that will obliterate the
significance of this day in the hearts and minds of many Malaysians.
When the doors of the private residence of a man - who only three weeks
earlier had been the nation's deputy prime minister - were smashed and
broken down on that fateful day, it symbolised different things to different
people. At the personal level (and this is not to be underrated as the personal is
of no less significance than the public or the political), this aggressive
event has surely left its poignant mark on Anwar Ibrahim's wife, children
and family. In fact, this shameful episode has best been captured by our national poet
laureate, Usman Awang, in his poem Jentayu Yang Luka (Untuk Wan Azizah):
Tiba-tiba dia bangkit Lama dulu wajahnya tersembunyi Dia adalah jentayu yang luka Public awareness However, on another level the events signaled that the tentative steps
towards ingraining the values of a civil society, or masyarakat madani, in
Malaysia had ground to a temporary halt.
Subsequent events that have transpired have however shown that the public
is no longer willing to be pushed around or to be so malleable in their
thinking. People are generally more aware of their rights and are willing to
stand up for them. Standing up for their rights are now worn as badges of honour and not
moments to be avoided. It has certainly shown that "the power of the powerless" - as elucidated by
Czech President Vaclav Havel in his seminal work - is not a theoretical
construct. In fact, the power of the people is one that is celebratory in
nature, one that chooses to affirm the possibilities in life and continually
seeks to engender creative change for the betterment of his or her society.
Where previous generations of students, youth leaders and intellectuals had
spoken of the process of conscientisation ala Paolo Freire, the tragic
events of Sept 20 overnight conscientised vast segments of the population.
The blows rained on the ex-deputy prime minister by the then Inspector
General of Police shocked the entire nation when it became public knowledge.
The fact that Anwar was blindfolded with hands tied behind his back during
the incident was too surreal a happening to comprehend; but when it was
finally revealed to the world through his first court appearance several
weeks later, the black mark around his eye galvanised the attention and
shocked the world within and beyond Malaysia's borders.
Public indignation and anger was so manifest that a Royal Commission was set
up to enquire into Anwar's injuries whilst in police custody.
That initially the prime minister chose to depict the injuries as
self-inflicted only heightened the people's anger. Although this was not
apparent from reading the mainstream media, it was palpable enough for those
who were in contact with the people. And the fact that the head of Wanita Umno suggested the same thing added to
the annoyance of the ordinary Malaysians who up till then had chosen to
believe that theirs was a non-violent society where problems are resolved
through discussions or ultimately elections but certainly not through terror
or violence. Sept 20 also breached the Malaysian innocence with regards to those whom the
public had entrusted civil authority. Malaysians had by and large trusted,
deferred and gave due respect to their leaders. But now they saw that those
leaders, whom they had elected into office were also capable of meting out
acts of injustice towards those they were supposed to protect.
The Malay proverb, harapkan pagar, pagar makan padi, is instructive in this
respect. Downward spiral Since then things have appeared to be on a downward spiral. Freedom of
expression has been curtailed. Alternative expressions and points of view do
not seem to exist in this country if one merely had recourse to officially
endorsed mainstream media. The voice of political parties in the alternative front - Barisan
Alternatif - are not given their due attention in the mass media. Indeed,
the top selling Harakah, which until then was allowed twice a week to
publish, has now been restricted to only twice a month as with publications
of other parties. Other independent publications such as Detik have had
their publication permits revoked. The Internal Security Act has been invoked again to detain people without
trial on charges many lawyers best described as flimsy. The difference now
is that the wives and mothers of the detainees go out to speak publicly at
the high-handed action meted out to their husbands and sons.
All in all, Sept 20, 1998 marks a sea change in the nation's journey 44
years down the road after independence. It would surely be not too much to
expect that along with the visible physical development there would be a
parallel development in terms of humanitarian consideration. One would have
thought that Hobbes's observation that "life is nasty, brutish and short
would no longer ring true more than 200 years later.
We, who pride ourselves on being modern and civilised, will certainly need
to consider our shortcomings in this regard.
The noted Indonesian poet W S Rendra says in his poem:
aku terdengar (we hear Continuing injustices Perhaps we need to learn, not only merely to observe, but to bear witness to
grievances and continuing injustices being perpetrated in our society - all
done in our name. Sept 20 is perhaps the right time for us to reflect on these matters and if
possible to take note of what Julien Benda in his book Trehison de Clercs
says on the intellectuals who choose to be passive bystanders when their
nation is grappling with its soul. Anwar had been the person most identified with pushing the boundaries of
public discourse and the engagement of the citizenry in affairs of state. To
this end he had pushed the ideas of a civil society not only in theory but
in practice; albeit within the confining parameters that he was in.
Although the ideas for a civil society has been laid down by the founding
fathers of our nation and to some extent prescribed for in the relevant
provisions of the Federal Constitution, it was Anwar and his generation who
captured the public imagination and helped to enlarge public space.
Thus, Sept 20 should be celebrated as enabling greater number of people to
exercise their independent judgement as well as showing greater concern in
the ordering of the public realm in their society.
We should in fact be moving towards a kinder, understanding and tolerant
dispensation which celebrates difference.
RAJA AHMAD AMINULLAH is a cultural activist and student of history. He is currently pursuing his passion in writing essays and poetry. |