Laman Webantu (M)   KM2: 6044 File Size: 6.1 Kb

| KM2i Index | KM2 Index |


TAG SP 320: TGraph - Tentera Israel Mahu Membunuh Arafat, kata Peres.
By Inigo Gilmore

4/10/2001 2:40 am Thu

http://www.portal.telegraph.co.uk/core/Content...

01/10/2001


Tentera Israel Mahu Membunuh Arafat, kata Peres.

(Army wants to kill Arafat, says Peres)

Oleh: Inigo Gilmore di Jerusalem

Menteri luar Israel, Simon Peres, telah menuduh pegawai tinggi tentera darat Israel merancang untuk membunuh pemimpin Palestin, Yasser Arafat.

Tuduhan luarbiasa itu terdapat dalam wawancara yang akan diterbitkan hari ini dalam akhbar 'Yediot Ahronoth,' satu akhbar harian terkemuka; tetapi beberapa bahagian temubual itu telah dibocorkan semalam.

Dalam wawancara itu Peres menuduh tentera darat memulakan kempen cemohan untuk menjatuhkan air-muka beliau dan berkata timbalan ketua turus tentera, Maj. General Moshe Yaalon, tidak faham 'penderitaan Palestin'. Dia menyebut betapa Maj. Gen. Yaalon mahu menghapuskan Mr. Arafat.

'Kalau pun kita musnahkan yasser Arafat, apa yang akan jadi kemudiannya?' demikian lapuran yang menyebut soalan Mr. Peres itu. 'Hamas, Jihad Islamiyah, dan Hizbollah akan muncul pula. Arafat menerima kewujudan Israel. Dia sanggup berbincang dengan kita dan mahu diterima di Barat. Tetapi, mereka mahu mewujudkan satu buah negara antara Iraq dan Mediteranean.'

Memang sudah agak lama juga Mr. Peres menuduh angkatan tentera Israel 'terlalu gatal tangan' dengan senjata mereka dan sentiasa mensabotaj usaha beliau untuk memabawa kedamaian dengan Palestian dan mengajak mereka berunding terus.

Yaser Arafat telah lebih berterus terang. Keika mengadakan satu lawatan di Mesir semalam dia telah berkata betapa perundigan yang dimetrai dengan Mr. Peres minggu lalu memperakukan betapa runding-damai yang lalu telah sengaja dimusnahkan oleh pegawai tentera dan pemimpin politik Israel.

'Walaupun saya telah mengadakan rundingan politik dengan Mr. Peres, ada sahaja kekecohan yang dicetuskan oleh beberapa pemimpin tentera dan segelintir pemimpin politik di banyak pihak,' kata Arafat di Kahirah.

Kekecohan politik semakin meningkat dan terdeah menjadi satu perang politik apabila Mr. Peres, yang merupakan 'merpati' terunggul dalam kabinet Israel cuba merrayu secara terbuka kepada masyarakat isreal dan Amerika untuk menyokong usahanya menyelesaikan masalah Palestin dengan satu kedamaian yang berkekalan.

Tentera Israel elah bertindak ganas sejak Mr. Peres mengadakan rundingan dengan Yassir Arafat. Sekurang-kurangnya 12 orang palestin telah terbunuh dan lebih 150 mendapat kecederaan sejak perundingan yang bermula pada hari Rabu lalu.

Peningkatan keganasan ini telah dikutuk oleh pemimpin Amerika yang telah meminta Israel mengelakkan sebarang bentuk 'provokasi' dengan menceroboh wilayah Palestin dan tindakan yang menghangatkan keadaan.

'Nampaknya pihak tentera Israel tidak boleh berdiam diri melihatkan usaha kedamaian itu dan tidak bersedia menerima hakikatnya bahawa kuasa mengawal terletak di tangan pemimpin Politik, ' demikian kata pegawai Kemenerian Luar negara.

Suara lantang yang luarbiasa itu menggambarkan ketegangan yang semakin meluas di kalangan ahli kabinet Israel tentang usaha untuk mendamaikan konflik Israeli-Palestin satu tahun selepas tercetusnya kebangkitan Palestin itu.

Para menteri yang berfahaman kanan sedang mencuba menyediakan satu barisan pemimpin yang menentang usaha Peres untuk mewujudkan 'insiatif politik bayangan' dan para penyokong Mr. Peres telah menyebut betapa para pegawai tinggi angkatan tentera telah berbaris menyokong barisan politik yang menentang usaha beliau itu.

Pemimpin Palestin telah mengadu betapa sukarnya merencana satu gencatan senjata kerana sikap 'provokasi' angkatan tentera Israel. Pembunuhan kejam keatas penunjuk perasaan palestin pada hari Rabu yang lalu telah mencetuskan beberapa tuduhan daripada puak kiri Israel betapa perdana menteri, Ariel Sharon memang tidak bersedia menerima genjatan senjata itu.

'Jika tidak, adalah sukar untuk mencari penjelasan kenapa begitu ramai rakyat yang terbunuh dan tercedera di pihak Palestin,' kata pemimpin pembangkang Yossi Sarid.

Yossi Melman, seorang penganalis ketenteraan berkata: 'Kalau dulu-dulu saya tidak akan mempercayai ada yang tidak kena dengan pihak ketenteraan kerana mereka akan mematuhi arahan pemimpin politik untuk bertindak. Kini, sudah ada ruang untuk membuat tafsiran dan mungkin mereka mempunyai agenda sendiri untuk membantutkan usaha Mr.Simon Peres.

'Sepatutnya apabila genjatan senjata diumumkan mereka harus lebih berhati-hati.'

Amerika telah menekan kedua belah pihak untuk mencegah keganasan dan mengembalikan ketenangan ketika mereka cuba mendapatkan kerjasama negara Arab dalam peperangan mereka memerangi keganasan.

Ariel Sharon kini terjerat antara puak Kanan yang gelojoh, yang merupakan penyokong kuatnya, yang mahukan tindakan ketenteraan memerangi 'Intifada' dan usaha beliau untuk melegakan Amerika. Ada puak dalam kerajaan Israel yang melihat serangan terhadap Amerika (September 11) sebagai satu peluang baik untuk menghumbankan Intifada, regim 'pengganas' Yasser Arafat dan mungkin juga pemimpin Palestin itu dibunuh sekali. Lagipun Ariel Sharon kerap sangat mengaitkan Arafat dengan Osama Laden.

Jawatankuasa Keselamatan kabinet telah memberikan Pihak Berkuasa Palestin sehingga Selasa untuk membuktikan betapa ia benar-bbenar mahukan genjatan senjata. Pegvawai Israel berkata, kalaulah Palestin tidak bertindak terhadap puak pengganas itu, kerajaan akan menyambung semula 'tindakan yang dirancangnya'

Ketika kabinet bersidang, Uzi Landau yang merupakan helang-puak-kanan, mengecam tindakan Peres menemui Mr. Arafat. Beliau berkata pertemuan itu telah 'mengkaburkan keadaan orang yang baik dengan orang jahat'dan telah melumpuhkan keupayaan pertahanan untuk melaksanakan 'kuasa perlindungannya.'

Tamat

Terjemahan: SPAR