Laman Webantu (M) KM2: 6043 File Size: 4.2 Kb |
|
TAG SP 319: CNN - Sumber pertikai laporan bualan telefon Osama Laden By CNN 4/10/2001 3:36 am Thu |
CNN Sumber pertikai laporan bualan telefon Osama Laden
(Sources dispute reports of bin Laden phone call)
Washington CNN: Beberapa pegawai AS yang berpengetahuan mempunyai
kepercayaan bahawa laporan Osama Laden menghubungi ibunya beberapa hari
sebelum serangan September 11, adalah satu berita yang tidak benar.
'Kami tidak percaya berita itu. Kami tidak fikir ia pernah terjadi,'
kata salah seorang dari mereka. Apabila didesak mengenai laporan itu, sumber itu menyangkalnya:
'Kami fikir berita itu tidak benar.' Seorang pegawai lain berkata dia tidak dapat menafikan perkara itu
seratus persen tetapi menganggapnya sebagai satu laporan yang boleh
diperlekehkan. Akhbar 'The New York Times' telah melaporkan pada hari Selasa betapa
Osama Laden telah menelefon ibu (tiri)nya pada September 10 dan
memberitahu kemungkinan 'sesuatu yang dahsyat' akan berlaku dan
kemungkinan ibunya tidak akan dihubunginya untuk satu tempoh yang
lama. 'The Times' telah menyebut berita itu berpunca daripada seorang pegawai
tinggi kementerian luar. NBC yang mula-mula membuat liputan kisah
hubungan telefon itu pada hari Isnin, berkata bahawa panggilan itu
dibuat dua hari sebelum pengganas merampas pesawat terbang. Osama Laden
dilaporkan telah berkata: 'Dalam dua hari lagi, ummi akan mendengar
berita besar dan ummi tidak akan dapat mendengar suara saya selepas itu
untuk satu tempoh yang panjang..' Pegawai AS telah memberitahu CNN betapa sejak beberapa tahun
kebelakangan mereka telah dapat memantau beberapa panggilan telefon
Osama laden dengan ibunya. Ketika itu dia menggunakan hubungan satelit
dan isyarat panggilan telefonya itu telah pintas untuk rakaman.
Tetapi akhir-akhir ini, pegawai AS percaya Osama Laden telah
menggunakan cara lain untuk komunikasi dan pakar risikan memberitahu
CNN mereka tidak dapat memperakukan apakah mereka masih dapat memantau
panggilan telefon beliau. Osama laden adalah warga Arab Saudi yang menetap di Afghanistan dan
telah dituduh oleh Presiden Bush sebagai 'tertuduh utama' dalam
serangan terhadap Amerika Syarikat. Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: http://asia.cnn.com/2001/US/10/02/inv.binladen.mother/
By David Ensor and Eileen O'Connor WASHINGTON (CNN) -- Knowledgeable U.S officials believe there is no truth to
reports that Osama bin Laden called his mother shortly before the September 11
attacks and hinted at upcoming terrorist attacks against the United States.
"We doubt it. We do not think it happened," one of the sources said.
When pressed about the reports, the source said flatly: "We think it's wrong."
Another official said while he could not "one hundred percent eliminate the
possibility, I would view those reports with skepticism if I were you."
The New York Times reported Tuesday that bin Laden called his mother September
10 and told her "something big" was about to happen and that she would not hear
from him for a long time. The Times attributed the information to a senior foreign official. NBC, which first
reported the phone call Monday, said the call came two days before the terrorist
hijackings and said bin Laden told his mother: "In two days, you're going to hear big
news and you're not going to hear from me for a while."
U.S. officials told CNN that in recent years they've been able to monitor some of bin
Laden's telephone communications with his mother. Bin Laden at the time was using
a satellite telephone, and the signals were intercepted and sometimes recorded.
More recently, U.S. officials believe bin Laden has used other means of
communicating, and intelligence experts told CNN they could not confirm that they
have been able to continue overhearing his calls.
Bin Laden, a Saudi native, lives in Afghanistan and has been labeled by President Bush as the "prime suspect" in the attacks against the United States. |