Laman Webantu (M) KM2: 6037 File Size: 7.6 Kb |
|
TAG SP 314: Pesanan merangsang minda dari Ameer-ul-mukminin Afghanistan By Mullah Omar 3/10/2001 5:32 pm Wed |
Pesanan merangsang minda dari Ameer-ul-mukminin Afghanistan
(Thought-provoking Address by Afghan's Ameer-ul-mumineen)
Amerika pada hakikatnya memusuhi negara Islam Afghanistan dan bukannya Osama.
Jika semua umat Islam di dunia bangkit dan bersiap sedia untuk berjihad,
insyallah, Allah akan menghapuskan segala masalah, mengembalikan semula harga
diri umat Islam secara amnya dan rakyat Afghanistan khususnya. Bagi kali
ketiganya dalam sejarah, tindakan serangan serta pencerobohan dilakukan kepada
Afghanistan. Saudara-saudari sekelian sudah tentu sedia maklum akan hakikat
ini. Adakah Britain berhak untuk menceroboh bumi Afghanistan dua abad dulu? Ketika
itu, Osama b. Laden belumpun lahir di dunia ini. Persoalan yang sama juga
timbul apabila Rusia juga melakukan perkara yang sama ke atas Afghanistan.
Ketika itu Osama sudahpun ada di Afghanistan. Kini bagi kali ketiganya, kami
berhadapan dengan satu lagi tindakan serangan dan pencerobohan. Saudara semua
tentu tahu bahawa Osama hanyalah sebagai alasan sahaja kepada ancaman tindakan
ketenteraan Amerika ke atas kami, tetapi penyebab utamanya, adalah kerana
perasaan permusuhan yang sudah lama tertanam terhadap Islam.
Ramai orang tahu bahawa apa yang berlaku di Amerika itu adalah satu kejadian
yang sudah dirancang dengan begitu teliti, yang tidak upaya dan tidak terdaya
dilaksanakan oleh seseorang pendatang, dengan serba-serbi kekurangan. Kerajaan
Amerika tahu siapa sebenarnya bertanggungjawab terhadap serangan tersebut
tetapi mereka tidak mahu menangkap mereka. Yang penting bagi mereka ada lah
hakikat Muslim sejati dan Islam sebenarnya berada di bumi Afghanistan, dan
suara "deen" sedang dilaksanakan di sini. Mereka mengibaratkan suara2 ini
sebagai loceng kecemasan yang membahayakan dan dengan itu merasa terancam.
Oleh itu saudara saudari harus lah memahami bahawa hanya ada satu cara sahaja
untuk menyelesaikan krisis in iaitu bertawakkal kepada Allah SWT., serta
bersabar. Perkara-perkara ini lah yang dapat menjamin kejayaan.
Kami sedar bahawa kami tidak dapat lari daripada bahaya apabila Amerika
mengambil tindakan ketenteraan terhadap negara kami, tetapi kami tidak akan
tunduk kepada ugutan mereka kerana takut. Umat Islam harus kembali kepada
ajaran Islam dan berani mempertahankan harga diri dan tidak harus berputus
asa. Sama ada kita hidup atau mati, kita wajib patuh kepada ajaran Islam dan
mempertahankannya. Kematian tidak dapat kita elakkan; tetapi apabila kita
mati, kita mempertahankan Islam serta keimanan kita dan menjaga maruah diri.
Apakah yang lebih baik dari ini? Adakah kejayaan yang lebih baik dari ini?
Adalah menjadi hakikat bahawa kematian itu pasti, ia akan datang pada hari
ini, esok atau pun lusa. Bukan kah lebih baik untuk mati kerana
mempertahankan Islam dari mati tidak beriman dan bacul serta pengecut.
Kematian tidak dapat kita elakkan. Oleh itu janganlah saudara berasa takut
dan sentiasalah yakin dan bersabar dan meletakkan keyakinan kepada Allah. Jika
kita berbuat demikian, saya berpendapat kita tidak akan disakiti. Allah SWT
berfirman, '"kamu akan berjaya jika kamu seorang mu'min". Adakah saudara
meyakini firman Allah atau ugutan Amerika ini? Allah SWT seterusnya berfirman,
kamu akan tetap menjadi unggul jika kamu seorang mu'min. Keimanan seseorang
bukan diukur sekadar berkata aku seorang mu'min, tetapi hendaklah diikuti
dengan perbuatan. Keimanan kita kini sedang diuji Allah SWT dan kita wajib
menentang kekufuran dan menentang ugutan Amerika dan mempertahankan maruah
Islam. Allah Taala sedang menguji kita semua. Jika tidak begitu mudah untuk kita jika
tiada missile atau bom dari Amerika. Jika Allah katakan jadi maka jadilah.
Tidakkah ia pernah dialami oleh orang-orang yang terdahulu dari kita.
Berjayakah orang-orang dari Britain dan Russia dahulu menghapuskan rakyat
Afghanistan? Sejarah membuktikan bahawa dengan bantuan daripada Allah dan
semangat cekal serta pengorbanan para mujahideen, kami berjaya menghalau
mereka keluar dari negara kami. Tidakkah saudara lihat nasib negara-negara
Islam lain yang tidak mahu mempertahankan agama mereka dan tunduk kepada kaum
kuffar. Mereka telah hilang keyakinan, iman dan maruah diri. Kaum kuffar telah
berjaya merampas segala-gala yang ada pada mereka. Patutkah kami, negara Islam
Afghanistan menurut mereka? Sejarah telah membuktikan bahawa dua penceroboh besar dunia berjaya dihapuskan
oleh orang-orang Afghanistan. Afghanistan tetap Afghanistan yang sama. Ia
masih punya nama yang sama, harga dirinya masih ada, masih Islam dan kukuh
keimanannya. Oleh itu apakah sebenarnya berlaku semasa pencerobohan tentera
Britain dan Russia dulu? Serangan Amerika ini adalah satu episod yang sama.
Jika mati, biarlah mati. Sekurang-kurang nya mereka mati kerana mempertahankan
Islam, keimanan serta maruahnya. Setiap umat Islam hendaklah bersiap sedia
untuk berjihad terhadap tindakan pencerobohan dan serangan ini dan haruslah
bersiap sedia pada setiap masa apabila diperlukan, dia hendaklah sanggup
berkorban jiwa raganya kerana Islam. Jika tiada keyakinan cuba lihat bagaimana
si tempang dan si cacat. Bagaimana mereka telah menunjukkan keberanian mereka.
Bagaimna mereka telah menghalau penceroboh Rusia itu dan merobak-rabikkan
Russia. Tidakkah anda nampak bagaimana Mujahiddin ini masih lagi hidup.
Penceroboh Amerika juga akan menerima nasib yang sama, dengan izin Allah.
Oleh itu jangan sekali-kali tunjukkan kebaculan kita dan menampakkan keresahan
dan menuduh Taliban, Osama atau sesiapa lagi. Saya bersumpah dengan nama Allah
yang Esa, bahawa jika kita serahkan Osama kepada mereka, keadaan tidak juga
akan berubah, mereka tetap akan terus mengugut. Kita akan dipersoalkan lagi,
mengapa kamu berbuat demikian. Apa akan terjadi dengan keimanan kita, harga
diri serta keislaman kita? Osama tidak melakukannya. Tidak ada kemungkinan dia berupaya untuk membentuk
satu rangkaian yang begitu teratur dan berjaya pula melaksanakannya. Kedua,
ini bukan misile yang Osama telah lancarkan. Ini adalah kerja orang-orang yang
telah mengorbankan nyawa mereka. Tiada siapa akan mengorbankan nyawa mereka
kerana Osama. Tiada siapa akan membahayakan diri kerana Osama atau membunuh
kerananya. Apa yang berlaku di Amerika adalah perancangan sebuah negara
ketiga. Orang-orang Amerika telah berjaya mempengaruhi dunia membenci kami.
Siapa yang tidak percaya bersama mereka walaupun mereka berseteru dan tidak
mempecayai antara satu sama lain. Dalam keadaan yang sedemikian, setiap umat
Islam hendaklah bersatu teguh. Jika tidak mereka selalu akan dihantui
ketakutan dan akan kehilangan rasa hormat terhadap mereka di mata dunia. Dalam
keadaan ini lambat laun mereka mati juga, tetapi dalam keadaan kufur, bacul
dan hina. Oleh itu setiap umat Islam wajiblah mempertahankan Islam. Moga-moga
Allah SWT memberikan kejayaan kepada kita semua
Yakinlah bahwa saya tidak merangsangkan semangat anda semua atas dasar hendak
mempertahankan kepimpinan saya. Saya cuma menasihatkan anda sebagaimana Allah
perintahkan. Setiap umat Islam harus bangun dan menghulurkan bantuan, jangan
resah dan tidak kecelaruan dengan berita-berita di radio. Moga-moga Allah
Taala memperkukuhkan lagi keimanan kita
Ameer-ul-mukmineen Afghanistan Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6036 |