Laman Webantu (M) KM2: 6031 File Size: 4.9 Kb |
|
TAG SP 310: Cerita Dongeng Terbaru Amerika By Tehran Times 3/10/2001 11:49 am Wed |
Cerita Dongeng Terbaru Amerika
(Ashcroft Reads the Latest Fairy Tale)
Oleh: Tehran Times [Mahathir Mohamad harus berbangga, taktik yang diajarnya kepada PDRM kini
sudah dikenali oleh seluruh dunia. Dia harus berbangga betapa dalam kes
pengeboman WTC di New York kaedah beliau menyediakan barang bukti terhadap
kes-kes besar seperti Al-Maunah, Al-Arqam, Memali, KMM dan banyak lagi yang
berakhir dengan kematian, keputusan memenjarakan ramai rakyat Malaysia yang
tidak berdosa di bawah ISA kini menjadi amalan Presiden Bush dan agensi
risikannya, serta para menteri dan ahli Kongresnya. Contohnya ialah berita
yang kita petik daripada Tehran Times: - Penterjemah]
Malangnya, masa terus berlalu, segala kenyataan dan gambaran yang
dibentangkan oleh FBI (Biro Siasatan Persekutuan Amerika) dan beberapa
agensi keselamatan AS nampaknya semakin tidak boleh dipercayai dan dikira
munasabah, dan ini memungkinan bertambahnya pelbagai penipuan di kalangan
pihak yang berkuasa. Beberapa andaian bukti yang dikemukakanoleh FBI telah memperkuatkan teori
ini. Berikut adalah beberapa contoh yang menyerlah yang tidak mampu
meyakinkan kanak-kanak sekolah, apa lagi masyarakat sejagat:
1. Pada 12 September, akhbar 'Boston Herald' melaporkan bagaimana pihak
berkuasa di Massachusets telah menjumpai sebuah kereta sewa di 'Logan
International airport'. Kereta itu dikatakan berkemungkinan telah digunakan
oleh para perampas pesawat, dan dalam kereta itu telah dijumpai beberapa
buah buku panduan memandu pesawat terbang dalam bahasa Arab dan sebuah kitab
Al-Quran. Cuba fikirkan, kenapakah juruterbang yang begitu terlatih dan
pintar mengendalikan jet jumbo untuk menghunjam bahagian tengah menara
kembar itu memerlukan satu buku latihan dalam bahasa Arab? Apakah mereka
membuat ulangkaji terakhir cara mengendalikan sebuah kapal terbang? Apakah
mereka tidak pandai berbahasa Inggeris? Juruterbang manakah di dunia ini
yang tidak pandai bertutur bahasa Inggeris? Kenapakah mereka tidak membawa
bersama Al-Quran itu memasuki pesawat terbang?
2. Pada 16 September, FBI telah mengumumkan mereka menjumpai satu pasport
kepunyaan salah seorang tertuduh yang menyerang Bangunan Menara Kembar itu
kira-kira satu blok jauhnya daripada bangunan tersebut! Bukankah ini satu
peristiwa secara kebetulan yang paling luarbiasa, terutama sekali apabila
semuanya yang ada di situ telah musnah terbakar. Mengikut laporan rasmi,
kehangatan minyak jet yang menyala itu telah mencairkan keluli yang membalut
tiang bangunan dan telah merosakkan 'kotak hitam' pesawat terbang. Boleh
jadi, seorang perampas itu telah membuka jendela pesawatnya di saat-saat
akhir dan mencampakkan pasportnya itu sebelum pesawat itu menghunjam
bangunan sasarannya dengan kelajuan sekitar 1000 km/jam.
3. Bukti yang disebut ini telah dibentangkan dengan bangganya oleh Peguam
Negara AS, Johan Ashcroft pada Jumaat yang lalu.
Ashcroft telah memberitahu para wartawan kisah satu dokumen setebal empat
muka surat yang dijumpai dalam beg kepunyaan Mohammed Atta, seorang tertuduh
oleh pihak berkuasa AS sebagai tertuduh utama dalam serangan membabitkan
American Airlines Flight 11 untuk menjahanamkan 'north tower' Pusat Dagangan
Dunia itu. Mengikut Ashcroft, salinan surat itu yang bertulis tangan dalam bahasa Arab,
telah dijumpai dalam sebuah kereta yang diletakkan di luar lapangan terbang
Dulles, dan kereta itu pernah digunakan oleh seorang lagi tertuduh dalam kes
menghunjamkan pesawat ke atas Pentagon, dan sebuah lagi yang meledak di
Pennsylvania. Apakah rakyat Amerika boleh mempercayai bahawa sepucuk surat boleh selamat
dan dapat dijumpai dalam dua ledakan pesawat yang telah terbakar dengan
dahsyatnya? Surat itu dikatakan mengandungi banyak doa, ingatan dan panduan kepada bakal
perampas pesawat udara(!) Kemungkinan FBI mempunyai masa yang panjang untuk menulis sendiri surat
dalam bahasa Arab itu selama dua minggu yang lalu, sayangnya mereka tidak
mempunyai masa menulisnya mengikut susur atur pendidikan Islam dan
tradisinya. Sudah tentu orang Islam yang membaca surat palsu itu akan ketawa
membaca kandungannya. Apakah Amerika Syarikat betul-betul mahu meyakinkan dunia ini kepada
kesahihan barang bukti yang membohong seperti itu? Adalah amat sukar untuk
sahabat terbaik AS dapat menerima-pakai semua cerita dongeng itu.
Tamat. Terjemahan: SPAR. |