Laman Webantu (M) KM2: 6029 File Size: 6.6 Kb |
|
TJ SP MGG: Kad Pintar Di Mata Kacip By M.G.G. Pillai 3/10/2001 11:44 am Wed |
Kad Pintar Di Mata Kacip (Smart Cards At The Chopping Block) Oleh: M.G.G. Pillai 27 September, 2001. Darulboleh mempunyai satu fungsi yang tidak boleh dipertikai: menyulitkan hidup para
pengguna dengan segala tipu muslihat pembetulan teknologi. Tidak kira apa
barangannya, kalau anda seorang pengguna, pada penghujugnya anda akan naik marah dan
merasa hampa seperti orang lain juga. Sama ada berkaitan dengan cara
mengeluarkan wang simpanan anda melalui Kad ATM, tiket keretapi, ataupun kaedah
membayar secara otomatik harga tol lebuhraya, segala janji mengenai kemudahan itu
kini menjadi satu ilusi sahaja. Kita sudahpun mempunyai Internet, tetapi cubalah
tambahkan akaun anda dan perhatikan betapa anda tertekan jadinya. Tidak kiralah
kalau anda mempunyai akaun dengan Jaring ataupun TMNet, kemudahan membuka akaun itu
terpaksa dibayar dengan cara lain, seseorang yang ceria dengan sistem itu tidak
seharusnya dibiarkan begitu untuk satu waktu yang lama.
Pernahkah anda menyetujui rancangan Touch 'nGo kerana mahukan kemudahan membayar
melalui pemindahan wang melalui kad kredit? Kini, mengikut cerita birokrasinya
sudah tidak berfungsi lagi. Kalau had akaunnya sudah menurun, anda terpaksa beratur
untuk menambah simpanan pada akuan kad itu di pintu bayaran, ataupun di mana juga
Touch 'nGo membuka tempat untuk menerima bayaran itu di merata Lembah Kelang,
ataupun di tempat yang lain. Saya sudah diberitahu betapa Touch'nGo telah
menghentikan sistem 'Auto Reload' (tambahan otomatik) kerana kelulusan profesional
perundingnya hanya bersifat kebolehannya yang dikatakan rapat dengan pihak atasan;
dan hanya merupakan agen komisen yang menjaja kepakaran perundingannya itu kepada
pihak yang menawarkan bayaran yang tertinggi.
Rupanya Touch 'nGo kerugian ratusan ribu ringgit setiap bulan sehingga menjadikan
projek itu satu masalah besar. Memang ada sistem onlain dengan bank dan syarikat
kad kredit, di mana ia mengubah masuk butiran kredit kad dan juga wang apabila
akaun sesuatu kad itu menurun. Tetapi Touch 'nGo terpaksa mengirimkan butiran yang
sepatutnya kepada bank dan syarikat kad kredit yang bersangkutan untuk mengutip
wangnya. Di sinilah di mana wang itu hilang. Terlalu banyak kad kredit dan akaun
bank yang terpaksa digantung, dibatalkan ataupun tidak wujud menyebabkan Touch 'nGo
mengalami kerugian yang besar. Inilah bahananya kontrak diberikan di Darulboleh.
Tidak kiralah seandainya ia menggunakan sistem pertahanan yang berunsur
'start-of-the-art' (ingat bukan state of the art - penterjemah) ataupun usaha
merencana satu sistem perakaunan di sebuah supermarket. Tujuannya ialah agar ada
seseorang yang membuat komisen, dan bukannya menentukan sistem itu dapat berfungsi
dengan efisen. Amalan memakan komisen di tengah-tengah inilah yang menjahanamkan sistem kehidupan
kita. Kerajaan sudah muflis sekarang tetapi Perdana Menteri mengumumkan suntikan
RM4 bilion ke dalam sistem kewangan. Bursa Saham Kuala Lumpur kini meraba dan
meraban, lebih takutkan pergerakan Wall Street daripada pergerakan benda-benda lain
yang lebih penting lagi yang ada kaitannya dengan piawaian sejagat. Semalam (25
September 01) MAS hampir tidak dapat berniaga, dan pucuk kepimpinan pengurusan yang
baru telah memberitahu pegawai kanannya betapa syarikat itu sudah muflis sejak empat
tahun yang lalu. Sebaliknya, baru sangat kita diberi tahu betapa membayar dua
kali ganda harga pasaran untuk menyelamatkan pengurusan yang haprak dengan hutang
syarikat yang banyak adalah satu keputusan yang bijak. Lebuhraya Utara-Selaan
adalah bertujuan untuk menyenangkan hidup kita, tetapi menepati dasar Darulboleh, ia
sudah menjadi satu beban kerana kita selalu kena membayar tol yang semakin meninggi,
di samping hutang bertapuk yang semakin tinggi yang tidak akan selesai hutangnya
selama 50 tahun lagi. Apabila sistem begini tumpul, tentluah kita dapat melihat tanda bencana yang akan
menyusul. Setiap dasar ada kepincangannya, dan setiap tindakan ada reaksinya, tetapi
di Darulboleh semua itu tidak boleh ditonjolkan kecuali olah para 'penderhaka'. Oleh
kerana rakyat sudah memilih sebuah kerajaan, adalah tanggungjawab kerajaan yang wujud
itu memegang amanah rakyat, walaupun setakat ini semua amanah itu sudah lama
terhumban di jendela. Inilah yang kita tanggung sekarang. Kerajaan yang ada terlampau
kuat kuasanya, sehinggakan pembangkang dapat ditekan begitu dahsyat sekali
sehingga tidak mampu menubuhkan satu persatuan ataupun barisan untuk setakat
menyakat kerajaan. Tidak ada sesiapa di pihak pembangkang mahupun di pihak kerajaan
yang merasa sedih dengan keadaan hidup yang sudah mereput. Bukan sahaja setakat
teknologi ataupun kad bayaran yang sudah bercelaru. Keseluruhan hidup di Darulboleh
sudah menjadi bercelaru. Touch 'nGo adalah sebuah syarikat yang baik, ia boleh
merujuk kepada dasar lain dan tindakan yang boleh sengaja menghenyak ragam hidup
selesa mereka yang telah memilih kerajaan sekarang untuk berkuasa.
Di Sarawak, kita diberitahu pihak pembangkang tidak akan mampu menubuhkan kerajaan
dan oleh itu calon mereka seharusnya tidak dipilih untuk menjadi wakil rakyat.
Memanglah, tidak ada sesiapa termasuk pembangkang yang mengaku ia mampu, (waktu
ini). Apa yang mereka minta dan harapkan ialah untuk peluang memenangi sedikit
kerusi untuk bergerak aktif dalam Dewan Negeri sebagai penyelia kegiatan kerajaan
setiap hari. Ini bermakna kerajaan tidak dapat lagi bergerak bebas sesuka hati,
seperti yang dinikmati oleh BN selama ini, sehingga hancur martabat Malaysia yang
suci murni. Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, tersilap apabila
mengajak orang Sarawak menolak parti pembangkang kerana ia tidak boleh
menubuhkan kerajaan. Inilah dia contoh keangkuhan yang selama ini dibiarkan kepada BN
sehingga ia terus berkuasa dan menyebabkan kita melutut papa kedana. Tetapi
kerajaan tidak inginkan satu pembangkang yang boleh menyedarkan segala kesilapan
mereka agar mentadbir mengikut perlembagaan negara. Hairankah kita kalau kepincangan
Touch 'nGo disebut sebagai satu kesulitan pentadbiran sedangkan ia sebenarnya
sudah membuatkan para pengguna teraniaya?
Terjemahan: SPAR-01-1671 Asal: KM2 6000
|