Laman Webantu (M) KM2: 6022 File Size: 5.6 Kb |
|
TAG SP 307: IUK: Negara Beraja Yang Menjadi Sarang Kepada Pembunuh Nekad By Robert Fisk 2/10/2001 7:27 am Tue |
Independent UK Negara Beraja Yang Menjadi Sarang Kepada Pembunuh Nekad
(Divided kingdom that became a cradle for determined killers)
Oleh: Robert Fisk Segala ketumbukan perang sedang menuju bumi dan perairan yang rapat
dengan Afghanistan. Tetapi, pada hari yang mendatang, perhatian para
diplomat dan Agen perisikan mungkin tertumpu kepada satu negara sahabat
di mana rakyatnya - sekitar 12 orang semuanya - adalah antara 19 orang
perampas pesawat yang telah mengorbankan 7,000 nyawa - Arab Saudi.
Arab Saudi tidak mengeluarkan visa kepada para wartawan untuk memasuki
negaranya - dan kenapakah perlunya mereka mengeluarkan visa itu ketika
banyak tandatanya akan mendedahkan sebuah kerajaan beraja yang begitu
begolak neracanya antara pelampau beragama dan satu keluarga diraja
yang telah mengizinkan askar Amerika Syarikat untuk berkubu di bumi
negara itu sejak 11 tahun yang lalu? Sekurang-kurangnya enam orang
perampas pesawat terbang dahulu datangnya daripada Arab Saudi,
kebanyakannya daripda keluarga kelas menengah. Antara mereka adalah
pengikut Safar Hawali, seorang ulama yang diikhtiraf degil dan telah
berulang-kali menuntut - seperti Osama Laden - agar angkatan tentera
Amerika Syarikat berundur daripada rantau Teluk.
Ketegangan dalaman di Arab Saudi sudah semakin ketara apabila kisah
tragis itu mula diulang-ulang. Kalaulah kerajaan Taliban di Afghanistan
- yang dilahirkan dengan belanja berjuta-juta dolar oleh Arab Saudi
hasil tajaan ketua polis risikan Saudi yang kini sudahpun lucutkan
jawatannya, Putra Turki bin Faizal al-Saud - boleh menyembunyikan Osama
bin Laden, apakah tahap risikan Saudi itu begitu rendah sekali sehingga
tidak menyedari enam orang warganya sedang merancang untuk menyerang
Amerika Syarikat? Di sebalik tabir, kebanyakan orang Saudi memang sudah
mengaku betapa wujudnya ketegangan - yang belum menonjol secara terbuka
lagi - antara ulama Saudi yang berwibawa dengan keluarga istana.
'Perkara ini memang sudah merupakan satu masalah dan kami sedar betapa
sensitifnya perkara itu kini,' kata seorang kawan lama saya seorang
Saudi, semalam. 'Hawali ialah seorang fanatik dan saya pernah
bertelagah dengannya, sekali. Dia tidak tahu bertolak ansur.
Pendiriannya terlalu teguh. Tetapi, setiap negara mempunyai ulama
fanatiknya dan orang gilanya. Anda melihatnya di Lubnan. Mereka wujud
di Chechnya dan Pakistan.' Tidak ada negara yang mampu menonjolkan enam
- mungkin juga 12 - pejuang rela-mati di kalangan warganya, yang mampu
membunuh begitu ramai manusia di Amerika pada bulan ini.
Hamza Alghamadi datang daripada Baljurchi, di wilayah Baha di Saudi,
sama pekannya dengan Ahmad Alghamdi dan Ahmed Alhaznawi - kedua-duanya
adalah perampas pesawat juga. Akhbar Saudi, Al-Watan, telah melaporkan
minggu ini betapa seorang yang bernama Hamza Saleh Alghamdi telah
meninggalkan rumahnya untuk pergi ke Chechnya dan kemudiannya menelefon
ibu bapanya untuk meminta pengampunan mereka dan mendoakan
kesejahteraannya. Bapanya bertegas bahawa gambar Alghamdi yang
disiarkan oleh FBI bukan gambar anak lelakinya.
Apakah ini satu lagi kisah pasport yang dicuri untuk menyediakan satu
identiti palsu untuk para perampas pesawat terbang? Hani Hanjour yang
menjunamkan pesawat ke arah Pentagon, berasal daripada kawasan bukit
peranginan Saudi di Ta'if. Seperti keluarga Lubnan Ziad Jarrahi, yang
dikatakan memandu pesawat yang meletup di Pennsylvania setelah
dikerjakan oleh para penumpang, ibu bapa Hanjour bertegas mengatakan
beliau mungkin merupakan seorang penumpang biasa dalam pesawat itu.
Dua beradik Wail dan Waleed M Alshehri berasal daripada Khamis Mushayt
berdekatan Abha, bandar di mana Safar Hawali mengajar. Ahmad Alnami
adalah daripada wilayah Asir - Abha ialah ibukota wilayah itu dan
beliau dikatakan kerap mengimamkan sembahyang di masjid itu.
Jelas segala bukti ini menunjukkan Arab Saudi sebagai sarang pembunuh
yang nekad. Namun tidak ada sebarang perdebatan dalam negara itu untuk
membincangkan bagaimana - dan kenapa - beberapa anak muda, semuanya
dalam usia dua puluhan, sanggup mengaggotai satu pasukan rela-mati.
Untuk mengemukakan soalan ini akan mendedahkan jurang yang wujud dalam
masyarakat Saudi, dan membuktikan betapa besarnya pengaruh golongan
ulama, satu kumpulan pemimpin agama yang didakwa oleh Osama Laden
menyokong perjuangannya. Pertelingkahan terbaru antara golongan ulama
dengan kerajaan Saudi, adalah mengenai insuran - yang mengikut pemimpin
agama itu tidak berunsur keIslaman. Daripada menentang kumpulan elit
golongan ulama itu, kerajaan telah membenarkan polisi insuran
dikeluarkan oleh syarikat 'persisiran' melalui wakil perniagaan mereka
yang menetap di negara sendiri.
Kerana curiga AS akan mengetahui wujudnya jurang pertelagahan dalam
masyarakat Saudi, kerajaan Saudi telah menegah usaha Amerika untuk
menyoal-siasat lelaki yang ditangkap kerana disyaki melakukan
pengeboman. Putera Turki Al-Faisal tidakpun membuat sebarang komen
mengenai penyingkirannya bulan lalu. Seperti biasa, kerajaan Saudi mahu
meneruskan kawalan ketat terhadap para pembangkangnya - jika tidak
dunia akan mengetahui betapa Afghanistan hanya mematangkan apa yang
dikeluarkan oleh Saudi. Tamat. Terjemahan: SPAR. Asal: http://www.independent.co.uk/story.jsp?story=96305 atau KM2 6021 |