Laman Webantu (M) KM2: 6015 File Size: 10.2 Kb |
|
TAG SP 304: Asiaweek: Peperangan Dunia By Penny Crisp 30/9/2001 6:04 pm Sun |
Asiaweek Peperangan Dunia (The War Of The Worlds) Oleh: Penny Crisp Pemimpin negara Asia sedang kekeliruan. Apabila AS meminta bantuan
mereka untuk membantu memerangi keganasan, sudah muncul satu gerakan
bantahan yang berunsur anti-Amerikan.
Ada kalanya, pembangkang muncul daripada tempat yang paling tidak
kita sangkakan. Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo mungkin
terfikir dia berada di tempat yang selamat minggu lalu apabila
menawarkan Amerika kemudahan menggunakan pelabuhan Filipina sebagai
pangkalan transit ataupun sebagai pangkalan pelancaran 'perang
salib' terhadap keganasan. Lagipun, pertubuhan Islam yang utama di
Selatan Filipina telah bertindak cepat mengutuk serangan terhadap
Pusat Dunia Dagangan dan Pentagon. Tetapi dia telah menerima kecaman
berbisa daripada satu kumpulan Kristian. 'Arroyo... sudah menjadi
satu boneka kepada imperialis Amerika dalam usaha mereka menjaja
peperangan,' kata Amie Dural, timbalan setiausaha agung di
'Promotion of Church People's Response', satu kumpulan agamawan dan
penganut Kristian. Di Thailand, Perdana Menteri Thaksin Shinawarta telah menunjukkan
keghairahan kepada AS sehingga menyebabkan perasaan kurang senang di
kalangan masyarakat Islam, namun pemimpin politik negara lebih
bersifat berhati-hati. 'Amerika Syarikat tidak berbuat apa-apa untuk
membantu ketika krisis ekonomi melanda Thailand,' kata Kraisak
Choonhavan, Pengerusi Halehwal Luar Dewan Senat. Ketua pembangkang
Jurin Laksanavisit pula menambah: 'Kerajaan harus berhati-hati agar
musuh tidak berpaling ke arah kita.' Inilah 'pertembungan tamadun' di Asia, yang dicetuskan oleh satu
tindakan ganas di bahagian lain di dunia ini. Seorang professor
Universiti Harvard yang bernama Samuel Huntington pernah mencipta
frasa itu (The Clash of Civilisation), sambil memberi amaran betapa
satu pertembungan yang bersejarah antara agama Islam dan Kristian.
Tetapi konflik yang menghantui Asia masakini mengikut rentak perang
yang semakin lantang, adalah lebih berkecamuk lagi. Bukan sahaja
kumpulan Islam yang sederhana terjebak dalam kecelaruan itu, mereka
terpaksa memihak-mihak apabila kerajaan mereka menyerlahkan sokongan
terbuka kepada Washington. Kebanyakan negara Asian mengalukan
kemunculan Amerika sebagai lambang keselamatan, sebagai pelabur,
sebagai rakan perdagangan, dan dalam banyak hal sebagai seorang
kawan. Tetapi, kalau diambil kira apa yang sedang berlaku, tindakan
balas AS menyebabkan rantau ini menjadi medan perang yang hebat, di
mana bahana ekonomi, kemanusian dan politik akan bertambah dahsyat.
Orang Asia memang perlu dimaafkan kerana perasaan yang bercelaru. Di
sebalik kesanggupan kerajaan mereka menyerlahkan fahaman solidariti,
ramai rakyat Asia yang percaya bahawa ada kalanya AS bergelumang
dengan dasar yang songsang di Asia dan Timur Tengah. Mereka naik
marah terhadap satu kuasa besar yang menganjurkan globalisasi
sebagai satu ubat yang difikirkan mujarab, tanpa memikirkan penyakit
sampingan yang tercetus olehnya. Mereka faham seandainya Washington
tidak berhati-hati dan bersikap gelojoh dalam tindakan balasnya,
Asia akan merana apabila berlakunya serangan balas.
Keseluruhan rantau itu, rakyat mula mengimbau segala rintihan yang
lalu. Pengeboman kedutaan China di Belgrade, (adalah contohnya).
Begitu juga dengan keperitan terpaksa menelan preskripsi
(atur-jadual) daripada agensi multilateral yang dikuasai oleh AS
seperti IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) dan Bank Dunia. Sedangkan
Amerika mempunyai hutang menggunung dengan PBB, ia enggan
menandatangani perjanjian ujian nuklear dan protokol senjata kimia -
sambil mendera negara lain yang engkar. Jelas sudah wujud kini satu
persepsi menggunung adanya satu imperialis yang sungguh angkuh,
tidak bersedia ataupun tidak sanggup memahami gelombang kesengsaraan
di luar sempadannya. Naib Presiden Indonesia, Hamzah Haz telah
menyindir suasana ini. 'Diharapkan,' katanya, 'tragedi (keganasan)
itu dapat membersihkan segala dosa AS.'
Apakah yang termampu dilakukan oleh para pemimpin Asia tentang
gelombang bantahan itu, selain mencuba berpura-pura? Kim Dae Jung
daripada Korea Selatan, yang mengizinkan penempatan 37,000 askar
Amerika di buminya, mungkin berpendapat bahawa kalau dibandingkan
negaranya dengan negara Asia yang lain, dia dapat meraih sokongan
tempatan kerana pendiriannya itu. 'Kerajaan Korea akan memberi
segala bentuk sokongan dan bantuan kepada AS sebagai seorang rakan
dan akan menyertai sebarang koalisi untuk membasmi aktiviti
keganasan,' katanya. Akan tetapi, apabila sebuah akhbar menyoal 184,461 rakyat Korea
apakah patut tentera Korea turut menyertai pasukan yang diketuai
oleh AS itu, hanya 21% yang menjawab 'Ya'. Satu seruan kerajaan agar
diadakan penghormatan bertafakur selama satu minit pada September
14, telah tidak diendahkan. 'Kenapa kita mesti berkabung'? tanya
Seong Joo Myung, 32 tahun yang bertugas sebagai seorang pereka
barangan eceran. 'Ketika kompleks belibelah Sampoong tumbang pada
1995, kerajaan tidakpun meminta rakyat bertafakur. Korea masih
merupakan sebuah jajahan Amerika dan tidak sepatutnya meratapi warga
Amerika yang mati.' Begitu juga pendapat sekitar 50 orang daripada 21 pertubuhan bukan
kerajaan yang menunjuk perasaan di hadapan kedutaan AS, mengutuknya
kerana pelbagai perbuatan yang kejam. Kumpulan pelajar menunjuk
perasaan di seluruh negara itu sambil mengutuk sikap imperialisma
dan 'ancaman kepada kedamaian dunia'. Laman web Kementerian
Pertahanan telah menerima sekitar 250 kiriman, hampir semuanya
menentang niat AS untuk melancarkan tindak balas ketenteraan.
'Adalah lebih baik kalau kita dapat kumpulkan derma dan membantu
anak-anak Afghan yang merana, daripada membantu Amerika yang sudah
kaya raya,' kata salah satu kiriman emel. Persekutuan Islam Korea
telah memohon dan diberikan pengawal bersenjata untuk mengawal
Masjid Islam Korea di Seoul, tetapi sedar dengan cepat betapa
anggotanya tidakpun menjadi sasaran kemarahan. Yoon Young Mo,
seorang jurucakap Korean Confederation of Trade Unions pernah
berkata: 'Korea sedar bagaimana perasaan dibuli oleh AS. Amerika dan
IMF telah menolak kami, bertindak sehingga ada yang kehilangan
pekerjaan. Kami memang tidak senang dengan serangan itu, tetapi AS
mesti fikirkan masalah pihak lain dan bersikap saksama.
Korea Utara memang sibuk memperbaiki maruahnya yang teraib, walaupun
ia mengutuk serangan itu. Jepun sedang kekalutan bagaimana mahu
memberikan sokongan ketenteraan tanpa mencemar perlembagaannya yang
bersifat pasifis. China yang sedang digugat oleh penduduk Islam di
Xinjiang yang resah gelisah telah menyatakan sokongannya dalam usaha
menentang keganasan - tetapi bertegas mahukan bukti yang kukuh
sebelum sebarang tindakan dilaksanakan. Lagipun China mahu setiap
cadangan dibincangkan oleh Majlis Keselamatan PBB sebelum ia
bersetuju membantu AS. 'Saya fikir kalaulah Amerika menghancurkan
Talibanpun, mereka tidak akan ambil pusing.' Demikian pendapat
Brendan Smith seorang professor sains politik di Foreign Affairs
College, di Beijing. 'Tetapi kewujudan askar AS di negara (berjiran)
di Asia Tengah merunsingkan mereka.' Demikian pendapat Laurence
Brahm, seorang peguam Amerika, pengarang dan penasihat kepada
pemimpin China. 'Besar kemungkinannya kerajaan China menyediakan kemudahan logistik
yang positif kepada AS, tetapi ia tidak akan menyentuh perasaan
dunia Islam. Menyedari banyaknya warna politik di rantau negara
Islam, China memang tidak berminat menyalakan sebarang warna itu.'
Indonesia yang merupakan negara Islam yang paling besar penduduknya
masalah yang berbangkit memang merupakan sakit kepala yang bukan
kepalang. Presiden (terbaru) Megawati Sukarnoputri telah terbang ke
AS minggu lalu, di mana pengamat menjangkakan beliau memohon
sokongan ketenteraan yang berterusan setelah dihentikan gara-gara
tindakan militia Indonesai bermaharajagila di Timor Timur. Walaupun
secara dasarnya Indonesia bersifat sederhana dalam fahaman
keIslamannya, masih terdapat beberapa kumpulan yang paling radikal
di Asia Tenggara menghuni negara itu. Kebanyakannya sibuk dengan
agenda tempatan, namun ada sebuah kumpulan kecil yang telah
bersumpah mahu menyerang kedutaan Amerika di Jakara seandainya
Amerika meneruskan rencana menyerang negara Islam. Satu kumpulan
lagi menjanjikan mengisytihar perang jihad terhadap AS.
Walau bagaimanapun terdapat pendapat umum yang mahukan AS menarik
balik niat mengistiharkan perang itu, ataupun setidak-tidaknya
menghentikan tekanan terhadap negara Islam untuk menjadi sekutunya.
'Kami faham dan dapat rasakan kemarahan mereka,' kata lidah
pengarang akhbar utama Indonesia, 'Kompas' mengenai suasana di
Amerika. 'Tetapi, seperti orang lain juga, termasuk teman-teman
Amerika, kita terpaksa memilih jalan yang betul-betul memerangai
keganasan dan mengelakkan dengan apa cara jua, mendorong orang yang
tidak berdosa turut menjadi mangsa.' Dengan memihak kepada Amerika dalam pertembungan ini, negara Islam
menghadapi risiko dianggap sebagai boneka kepada pentadbiran George
Bush. Lagipun kalaulah serangan Amerika terhadap Afghanistan
dilakukan juga tanpa sebarang bukti sahih yang dapat diterima
mengenai kesalahan Osama bin Laden, pihak berkuasa di Pakistan,
Malaysia, Thailand, dan Indonesia akan menjadi sasaran penduduknya
sendiri yang beragama Islam. Keseluruhan masyarakat pengganas di
merata tempat di dunia ini mempunyai sebab untuk bersatu. Apa yang
berpusing sudah tentu akan memusing - dan seperti yang akan difahami
oleh Asia, ia akan berpusing sekali lagi.
Tamat Terjemahan: SPAR Asal: http://www.asiaweek.com/asiaweek/ magazine/dateline/0,8782,175612,00.html
atau KM2: 6014
|