Laman Webantu (M) KM2: 6008 File Size: 9.1 Kb |
|
TAG SP 300: IUK: Ini Bukannya Perang Melawan Keganasan.. [WTC] By Robert Fisk 30/9/2001 10:29 am Sun |
Independent Ini Bukannya Perang Melawan Keganasan...
(This is not war on terror. It's a fight against America's enemies)
Oleh: Robert Fisk 'Kita telah diminta menyokong satu peperangan yang mempunyai
sasarannya yang songsang dan bermuslihat.'
Ketika saya membuat liputan akhbar semasa Afghanistan dijajah oleh
Russia, ada kalanya saya merentas bandaraya Jalalabad untuk pergi ke
sempadan Pakistan dan memasukki Peshawar. Di Hotel Intercontinental
ada satu tempat yang menyerupai satu gua yang mempunyai bahagian
dalaman yang kelam rupanya, di situlah saya menggunakan satu mesin
telex tua yang sentiasa mengerang setiap kali kekuncinya ditekan
orang. Mesin telex itu dipasang ialah di sebelah satu pejabat yang
dipunyai oleh seroang 'Ketua Akauntan', kerana itulah yang terpasang
di hadapan pintu itu. Di satu dinding tidak jauh dari pintu kamar
itu, terdapat sehelai kertas yang disimpan rapi dalam cermin yang
berbingkai, dan saya tidak pasti apakah Ketua Akauntan itu yang
menggantungnya di situ. Pada kertas itu ada tertulis empat baris ayat
yang diambil daripada sajak Rudyard Kipling dan saya masih ingat akan
baitnya. 'A scrimmage at a border station (kalau diterjemahkan dalam bahasa Melayu ia boleh bermaksud begini!)
Perbalahan di kubu sempadan Saya fikir sekarang ini, sepucuk Kalashnikov AK-47, buatan tempatan
di Quetta, ataupun salah satu bilah missail sumpitan yang pernah kita
faraidkan kepad para mujahidin dengan banyaknya pada awalan 80-an
dulu untuk mereka gunakan membunuh musuh sekutu kita - Russia.
Akan tetapi, ingatan saya masih banyak tertumpu kepada lorong gelap,
gaung dan jurang yang dalam di kaki pergunungan, dengan tembok yang
tinggi sehingga 4,000 kaki, gua dan lorong serta ruang pintas yang
membolehkan Osama bin Laden menyelinap di antara kawasan pergunungan
itu. Di sini, agaknya terdapat 'lubang-lubang' yang akan menarik
petugas barat untuk memasang 'asap-perabun' untuk menangkap Osama
bin Laden mengikut andaian bahawa di sanalah dia kerap bersembunyi
ketika melarikan diri. Demikianlah kepercayaan yang semakin menyubur
berasaskan cakap kosong yang sentiasa ditutur - betapa Osama bin
Laden dan para pengikutnya sentiasa berpindah-randah mencari tempat
bersembunyi takutkan penyerang yang mengejar, setiap hari.
Saya tidak pasti lagi, malahan saya sendiri semakin sangsi apakah
betul tindakan Osama Laden masakini. Malahan, saya sendiri tidak
yakin apa yang dilaksanakan oleh Barat adalah tindakan yang betul dan
kena pada masanya. Yang kita tahu, kapal pemusnah dan kapal induk
pesawat terbang yang dilengkapi pesawat penyerang dan pengebom
beserta askar sudah pun bersedia di pengkalannya di rantau Teluk.
Kita diberitahu berapa pasukan SAS (komando British) telahpun mula
bergerak di pergunungan utara Afghanistan di kawasan pergunungan yang
dikuasai oleh pasukan yang dulunya diketuai oleh Almarhum Shah
Massoud. Tetapi, apakah sebenarnya rancangan kita itu? Apakah kita
akan menculik Osama bin Laden? Apakah kita akan menyerbu
perkhemahannya dan membunuh mereka semua: Osama bin Laden bersama
pejuang daripada Algeria, Mesir, Jordan, Syria dan Arab di rantau
Teluk? Apakah Osama Laden merupakan Bab Satu dalam episod 'Timur Tengah',
untuk dilebarkan nanti merangkumi Iraq dan menumbangkan Saddam
Hussein, dan kemudiannya kemusnahan Hezbollah di Lebanon, penundukan
Syria sebelum Iran dihenyak juga, sebelum direncana pula lakonan satu
'proses kedamaian' antara Israel dan Pelestin?
Kalau ini dianggap anih, kita harus mendengar segala berita yang
dicerna di Washington dan Tel Aviv. 'The New York Times' telah
menyebut sumber Pentagon yang mencadangkan agar Saddam Hussein
dijadikan Bab Kedua pula. Puak Israel sedang menyediakan Lebanon
sebagai satu medan 'pusat keganasan sejagat' mengikut kehendak
perdana menteri Ariel Sharon agar dapat dilancarkan serangan untuk
sekali-dua, bersama dengan serangan memusnahkan Tebing Gaza yang
masih taat kepada Yassir Arafat, dan yang sudah dipastikan oleh
Israel sebagai satu markas cawangan Osama Laden.
Sebenarnya, orang Arab memang sudah lama mahukan kedamaian. Tetapi
mereka mahu catatkan beberapa nama dalam senarai mereka. Mereka mahu
Ariel Sharon mengaku dengan pembunuhan kejam beramai-ramai di Sabra
dan Chatila - inilah keganasan kejam yang dilakukan oleh puak Lebanon
yang diupah oleh Israel, yang telah dilatih oleh tentera Israel pada
1982. Seramai 1,800 terkorban pada waktu itu, bersamaan satu per
empat daripada jumlah yang terkorban pada 11 September (di New York).
Penduduk Syria di Hama mahu menuntut agar Rifaat Al-Assad, adik
kepada presiden yang sudah mati, kerana terbabit dengan kemusnahan
yang dilancarkan oleh Briged Pertahanan keatas penduduk Hama pada
tahun yang sama. Jumlah yang terbunuh ialah 20,000 bersamaan lebih
dua kali ganda jumlah yang terkorban pada September 11.
Rakyat Lebanon mahukan pegawai Israel yang melancarkan penaklukan
Lebanon pada 1982 dulu, yang mengorbankan 17,500 nyawa, kebanyakannya
orang awam, bersamaan dengan lebih dua kali ganda jumlah korban
September 11. Rakyat Sudah yang beragama Kristian mahukan Presiden
Omar al-Bashir dibicarakan kerana peristiwa berdarah yang berleluasa.
Tetapi, seperti yang telah diterangkan oleh Amerika, mereka mahu
menghambat musuh mereka yang mengganas, bukannya kawan mereka yang
mengganas ataupun para pengganas yang telah bermaharajagila di rantau
di luar kawasan yang diminati oleh Amerika. Malahan, para pengganas
yang hidup senang-lenang di Amerika tetapi tidak berbuat kacau
dianggap selamat. Contohnya ialah kumpulan militia pro-Israel yang
telah membunuh dua orang askar Ireland pasukan PBB di Selatan lebanon
pada 1980, dan kini menetap di Detroit setelah diterbangkan keluar
daripada Tel Aviv. Pembunuh Irish itu mempunyai nama dan alamat yang
jelas, kalau FBI meminati mereka. Tentu sekali mereka tidak
meminatinya. Jadi, kita tidak sebenarnya diajak memerangi 'keganasan dunia'. Kita
diajak memerangi musuh Amerika di seluruh dunia. Kalau perjuangan itu
bertujuan memerangkap pembunuh yang menjahanamkan New York dan
Washington, memang tidak ada sesiapa yang membantahnya. Tetapi yang
dipersoalkan kenapakah ribuan mereka yang tidak berdosa dianggap lebih
penting, lebih bermakna daripad usaha kita dan mungkin juga darah
yang akan mengalir sama, berbanding ribuan lagi yang tidak berdosa.
Inilah yang mencetuskan persoalan yang lebih mencurigakan, apakah
jenayah terhadap kemanusian yang dilakukan pada 11 September dapat
diadili dengan saksama - ataupun apakah itu merupakan satu serangan
ketenteraan yang bertujuan untuk memperkasakan kekuatan politik
Amerika di Timur Tengah. Apa caranya, kita telah diminta menyokong satu peperangan yang nampak
songsang sasarannya dan terlalu berahsia rencananya. Amerika telah
memberitahu kita betapa perang kali ini adalah satu bentuk peperangan
yang berbeza. Yang semakin jelas perbezaannya ialah siapakah musuh
kita dan berapa lamakah kita akan memeranginya. Yang pasti, tidak ada
inisiatif politik yang baru, tidak ada pertembungan politik yang
tulen di Timur Tengah, dan tidak ada pengadilan yang berkecuali untuk
menyelia konflik yang tidak ada tepiannya. Kehampaan, keaiban dan
keperitan penduduk Timur Tengah sudah tidak menjadi pertimbangan kita
dalam mencapai sasaran perang - yang penting ialah kehampaan Amerika
dan negara barat dan apa juga bentuk kehampaan dan keperitannya.
Apabila kita sebut nama Osama Laden, tidak siapa yang percaya dengan
dakwaan Taliban yang tidak tahu-menahu akan kedudukannya. Dia masih
berada di Afghanistan, tetapi apakah dia sudah pergi bersembunyi?
Ketika perang Russia dulu, dia kerap muncul, berkali-kali, untuk
memerangi penjajah Russia, dan menyerang kuasa besar dunia nombor
dua. Dia pernah terluka enam kali, tetapi dia adalah pakar serangan
hendap, yang hanya difahami oleh Russia secara terlambat. Segala
perilaku manusia yang dirasuk kesyaitanan tidak dapat menggambarkan
pembunuhan beramai-ramai di Amerika. Tetapi, kalau semua itu adalah
hasil kerja Osama bin Laden, ini tidak bererti dia tidak akan bangkit
untuk melawan lagi. Kali ini dia berperang di lamannya sendiri.
Memang terdapat lorong gelap yang akan kita susuri, dan tentu banyak
senapang murahan yang menghujani kemunculan kita. Itu semua bukannya
satu bentuk peperangan baru. seperti yang dikata.
Tamat Asal: http://www.independent.co.uk/story.jsp?story=95825">
atau KM2 5515
|