Laman Webantu (M) KM2: 6007 File Size: 6.4 Kb |
|
TAG SP 299: IUK: Osama Laden Tak Kisah Kalau Panggil Dia Seorang Pengarah By Robert Fisk 30/9/2001 9:48 am Sun |
Independent Osama Laden Tak Kisah Kalau Panggil Dia Seorang Pengarah
(It suits Bin Laden if we call him the head of World Terror Inc.)
Oleh: Robert Fisk Sudah ada persyarikatan antara manusia yang bersekongkolan mahu
merobah sinario Timur Tengah. Mereka telah melanggari peraturan
setiap agensi perisikan, sehingga menipu CIA dan Mossad, dan menjadi
igauan setiap pegawai keselamatan dan setiap sub-editor. Mereka
berbohong mengenai kuasa yang ada pada diri mereka seperti mana para
perisik berbohong mengenai mereka. Osama bin Laden tidak berkecuali
dlam perkara ini. Dia mengaku pernah mengenali dua orang daripada
tiga orang lelaki yang dihukum pancung oleh Arab Saudi kerana
mengebom pangkalan tentera Amerika di Al-Khobar. Namun dia bertegas
mereka tidak bertugas dengannya. Dia mengaku orangnya berjuang
menentang askar Amerika di Somalia, tetapi berkata mereka berbuat
begitu bukannya kerana dirinya.
Apakah mereka yang ingin menjadikan Osama Laden berperanan sebagai
pengarah 'World Terror Inc' akan memberikannya satu kekuatan
luarbiasa - berpadan dengan minatnya. Inilah dia orangnya yang berada
di puncak pergunungan Afghan empat tahun dulu, yang telah merangkul
pengarauh akhbar Arab kerana peristiwa yang dicetuskannya, walaupun
dia sendiri ada yang tidak tahu, sehinggakan terkejut dan
tersipu-sipu enam bulan kemudiannya, walaupun orang Amerika mendakwa
dia adalah ketua perancang 'keganasan sejagat'. Dia memerlukan
jolokan itu walaupun dia tidak layak dengan sanjungan begitu.
Oleh kerana manusia persis Osama Laden dan segala agensi perisikan
dunia, hidup saling dendam-berdendam. Ketua 'Jihad Islam' pernah
memberitahu saya betapa William Buckley, ketua CIA di Beirtu yang
telah mati kerana disiksa selepas diculik - telah menyediakan satu
senarai nama orang Islam yang perlu dihapuskan oleh pemerintah
Lebanon. Penculik yang sama kini disebut namanya oleh perisik Israel
sebagai orang perhubungan Osama Laden. Kedua tuntutan itu memang
tidak ada kebenarannya. Tetapi ia menepati kepentingan mereka yang
mempercayainya. Pada hari isnin, bekas ketua 'Canada Security Intelligence Service'
telah menceritakan betapa negaranya 'dipenuhi oleh pengganas' -
seramai 350 daripada 50 kumpulan yang berasingan, katanya. Ini memang
menakjubkan. Walaupun kemungkinan seorang pemasang bom Algeria
berjaya sampai ke sempadan AS - dan berkemungkinan merupakan orang
suruhan Osama Laden - adalah sukar menyebut banyak nama kumpulan itu
di Timur Tengah, apalagi 50 orang di Kanada, sahaja.
'Seandainya AS pupus esok hari,' kata seorang bekas perisik David
Harris, 'kami di Kanada memang dihantui kumpulan maniak yang berani
mati.' Kesian Kanada. Orang Israel pun tidak perlu pergi begitu jauh
menunjukkan kegilaan mereka. Yang terserlah, orang Arab yang memerangi Russia di Afghanistan, sama
ada di bawah arahan Osama bin Laden ataupun pemimpin gerila yang
pro-Amerika, telah memainkan peranan utama memanjangkan peperangan
memerangi Barat taupun regim yang pro-barat di Timur Tengah. Sebagai
contoh, tidak ada sebarang bukti hubungan Osama Laden dengan
kumpulan Islamiyah Algeria yang telah bersekongkolan dengan pasukan
angkatan tentera negara itu untuk menghapuskan sekitar 120,000 nyawa
di Algeria. Namun, kedutaan Pakistan di Algeria mempunyai satu
senarai mengandungi ribuan nama warga Algeria yang mendapatkan visa
untuk memasuki Afghanistan pada 1980-an untuk pergi ke Peshawar dalam
perjalanan ke Afghanistan. Pegawai keselamatan Mesir, yang menyiasat pelancung asing yang
terkorban di Luxor membuat andaian betapa Osama Laden, walaupun
namanya telah diketahui oleh para pembunuh secara rambang sahaja,
tidak pun terlibat. Tetapi, setiap agensi keselamatan, kini
menyenaraikan pembunuhan kejam di Luxor itu sebagai hasil kerja Osama
Laden. Osama laden amat membenci Saddam Hussein sambil menuduh beliau
adalah seorang diktator ciptaan Barat - dan ini bukannya satu
panggilan yang tidak tepat - walaupun dia kini sudah dituduh
bersekongkolan dengan insan yang diberi gelaran 'Haiwan Baghdad'.
Osama Laden tidak punyai masa untuk Kolonel Gadaffi daripada Libya.
Namun dia dituduh bersekongkolan dengan perisik Libya. Kumpulan Abu
Sayaf di Indonesia (Manila? - penterjemah) adalah ciptaan Gadaffi -
dianggotai oleh pejuang yang pernah berpengalaman di Afghanistan.
Tetapi, Osama Laden sudah tentu tidak berkemungkinan mempunyai
sebarang hubungan dengan insan yang pernah disebut dengan panggilan
'flakey' (makanan anjing). Ada berita yang diulang-ulang menyebut
betapa orang Arab yang dituduh mengebom dan membunuh itu semuanya
pernah berkhidmat di bawah telunjuk Osama laden. Sedangkan ribuan
pendatang asing yang berjuang di Afghanistan memerangi Russia dulu
melakukannya setelah digalakkan oleh CIA dan bukannya Osama bin
Laden. Ini tidak membersihkan nama warga Saudi itu. Pembabitannya dengan
pembunuhan di kedutaan Amerika di Nairobi dan Dar es-Salam, memang
kukuh buktinya. Hubungannya dengan pejuang berjihad di Pakistan
adalah satu perkara kebanggannya. 'Pakatan Jarman' yang membabitkan
beberapa pejuang yang bersekolah sama (satu maktab pengajian) di
Jarman dulu dan merampas pesawat Amerika pada September 11 itu -
semakin menonjol setiap hari. Demikian juga dengan negara kelahirannya Arab Saudi. Satu sebab
kenapa kerajaan Saudi enggan membenarkan FBI menyoal-siasat semula
orang yang dituduh mengebom pangkalan udara Amerika di al-Khobar
ialah kerana meahu mengelakkan terdedahnya kisah betapa Osama Laden
telah mampu mempengaruhi masyarakat Saudi, termasuk warga istana.
Dengan itu, adalah baiknya kalau didengar segala bahan bukti di
mahkamah apabila Osama Laden di bawa ke hadapan pengadilan. Lainlah,
kalau Amerika tidak berniat memberi peluang dia diadili - dalam hal
ini, segala 'bahan bukti' terpaksa dilakonkan dulu sebelum
menghukumnya. Tamat Terjemahan: SPAR Asal: http://www.independent.co.uk/story.jsp?story=95878 atau KM2 5514 It suits Bin Laden if we call him the head of World Terror Inc |