Laman Webantu (M) KM2: 5511 File Size: 7.1 Kb |
|
TAG SP 297: CNN - Menjejak Jaringan Ganas di Asia By Maria Ressa 29/9/2001 3:20 am Sat |
CNN Manila Menjejak Jaringan Ganas di Asia
(Tracing the Asian terror links) Oleh: Maria Ressa Filipina telah menghantar lebih 1,000 pejuang Islam. Indonesia dan Malaysia
telah mengirimkan sekitar ratusan. Seperti Osama bin Laden dan penyokong beragama Islam di serata dunia, orang
Islam di Asia Tenggara mendapatkan pengalaman dan semangat militan mereka di
Afghanistan ketika berlaku peperangan Afghan melawan Soviet Union pada
1980-an. Sel ataupun markas yang paling besar dan berpengaruh di rantau ini terdapat
di Filipina. Senator Rodolfo Biazon, daripada Filipina yang juga bekas ketua Turus
Angkatan Tentera Filipina telah menceritakan betapa kumpulan Abu Sayyaf yang
merupakan satu kumpulan ekstrim Islam di Filipina telah menculik lebih satu
ratus orang Filipina dan pelancong Barat sejak dua tahun yang lalu. Kumpulan
ini seolah-olah meniru gelagat warga Saudi Osama bin Laden, yang kini
menjadi tertuduh utama di belakang serangan terhadap Amerika Syarikat.
'Sekitar 1,000 pejuang Islam telah digembleng, dengan ihsan CIA,' kata
Biazon kepada CNN. 'Apabila peperangan itu tamat di Afghanistan pada 1989, semua pejuang pulang
ke tanah air masing-masing. Osama pulang ke Saudi. Pejuang Filipina pulang
ke sini. Setelah bergelumang dengan sentimen fundamentalis Islam terutama
sekali selepas Perang Teluk, Osama bin Laden membuat keputusan untuk
memerangi Amerika. Sejak itu kumpulan Abu Sayyaf (dikatakan) memulakan
tindakan keganasannya.' Apabila pejuang Islam pulang ke Filipina, kebanyakan mereka telah
menganggotai Moro Islamic Liberation Front ataupun MILF.
Abu Sayyaf Pada 1992, Khadaffy Janjalani, yang tegas orangnya berpecah dan menubuhkan
Abu Sayyaf. Pasukan terasnya telah mengamalkan ajaran fundamentalis Islam,
tetapi apabila dia terbunuh beberapa tahun kemudiannya, adiknya telah
mengambil alih pucuk kepimpinan Abu Sayyaf dan telah menerima beberapa
pejuang upahan untuk menyertai mereka. Sekaligus matlamat perjuangan semakin
luntur. Kini, tentera Filipina menyambung operasi menentang Abu Sayyaf dengan
matlamat untuk menyelamatkan satu kumpulan mangsa penculikan, termasuk dua
orang warga Amerika. Walaupun Abu Sayyaf mendesak agar dibebaskan seorang
pengganas antarabangsa Ramzi Yousef sebagai pertukaran dengan mangsa
culiknya tahun lalu, pihak berkuasa Filipina menolak sebarang pertalian
kumpulan itu dengan Osama bin Laden. Penculikan Untuk Tebusan 'Kami fikir Abu Sayyyaf ditubuhkan untuk menculik dan mendapatkan wang
tebusan,' kata jurucakap istana presiden Rigoberto Tiglao kepada CNN.
'Mereka mungkin mempamerkan sedikit aksi militan Islam, tetapi sebenarnya
mereka sudah menjadi satu kumpulan pengganas.'
Tetapi, anggota kumpulan Abu Sayyaf pernah menerima latihan daripada Ramzi
Yousef, yang pernah menetap di Filipina pada 1994-1995. Sebagai seorang
pakar membuat bom, Yousef adalah salah seorang pakar perancang di sebalik
pengeboman Pusat Dagangan Dunia pada 1993. Selepas itu dia telah menubuhkan
satu markas pengganas ataupun disebut sel di Filipina, membolehkannya
menghantar sahabat dan saudara mara daripada Timur Tengah.
Tiga Rencana Jahat Satu kebakaran terjadi di apartmen yang diduduki Yuosef hingga menarik
perhatian pihak berkuasa kepada persembunyiannya itu dan mendedahkan tiga
rancangan ganasnya: - satu konspirasi memusnahkan pesawat Amerika di Asia dalam Operasi Bojinka
(ledakan kuat); - satu rancangan mendapatkan khidmat juruterbang untuk menculik jet
kepunyaan AS dengan tujuan menghunjamkan pesawat itu ke pejabat kerajaan dan
bangunan komersial. Kerajaan Filipina telah menyerahkan bukti yang diperolehi kepada kerajaan AS
lengkap dengan butir yang membolehkan AS menangkap Ramzi Yousef dan mereka
yang bersekongkolan untuk melancarkan 'Operasi Bojinka'.
Ketika tinggal di Filipina, Yousef pernah pergi ke Basilan dan melatih
sekitar 20 ahli Abu Sayyaf pada 1994. Setahun kemudian dia telah
mengumpulkan sekitar 20 orang di Matabungkay, berdekatan Manila, dan melatih
mereka untuk membunuh Pope. Pengembara Biasa Sementara itu, adik ipar Osama bin Laden, Mohamad Jamal Khalifa, kerap
datang ke Manila sebagai seorang pengembara biasa. Mungkin kerana dia
mempunyai dua orang isteri warga Filipina. Ataupun besar kemungkinannya
kerana dia mempunyai matlamat yang lebih besar. Pihak berkuasa Filipina
percaya pertubuhan bukan-kerajaan yang dibiayainya adalah satu operasi
proksi untuk Osama bin laden menyalurkan dana sokongan kepada MILF.
Kejayaan jaringan kewangan yang dicipta oleh Osama Laden mengikut taksiran
perisik kerajaan, adalah sebabnya kenapa Ramzi Yousef memilih untuk
melancarkan satu sel di Filipina. 'Dia datang ke sini kerana wujudnya jaringan dan struktur yang sedia ada,'
kata Col. Rodolfo Mendoza kepada CNN. 'Mereka mudah memainkan peranan di sini. Apabila menerima dana, mereka boleh
bersembunyi bertopengkan pertubuhan NGO Islam seperti yang biasa mereka
amalkan. Dengan kehadiran Mohamad Jamal Khalifa, mereka boleh berfungsi
secara bebas di Filipina.' Satu Jaringan Lagi Jaringan itu telah ditutup pada tahun berikutnya, selepas tertangkapnya
Ramzi Yousef. Namun, ramai di Filipina percaya pertubuhan itu masih lagi
memainkan peranan mereka. 'Jaringan lama itu telah dibubarkan. Tetapi kami terima maklumat yang sahih
- mengatakan pertubuhan itu telah mencipta satu jaringan baru,' tambah
Mendoza. Sudah tentu segala bukti yang dimulakan oleh Yousef bersama penyokongnya
masih membesar lagi. Di tahun kebelakangan, ada petanda kegiatan kerjasama
antara beberapa pejuang Muslim di rantau ini.
Siasatan di Indonesia mendapati sekitara 700 pejuang telah dilatih oleh
pakar Filipina di Markas Abubakar, yang merupakan pengkalan MILF. Tahun
lalu, apabila askar Filipina menawan markas Abubakar, mereka telah menjumpai
beberapa pasport Indonesia. Serangan Maut Seorang diplomat kanan Barat telah memberitahu CNN betapa peledak yang
digunakan dalam bahan letupan dan juga bom yang meledak di Bursa Saham
Jakarta (Jakarta Stock Exchange) tiga bulan kemudiannya mempunyai tanda
pengenalan MILF. Warga Malaysia telah juga ditangkap di Jakarta kerana terbabit dengan
serangan terhadap sasaran Kristian di Indonesia antara Disember dan Julai.
Sementara itu di Kuala Lumpur, pihak berkuasa Malaysia telah memintas usaha
mengebom dengan tertangkapnya dua orang warga Indonesia.
'Jaringan antara negara sudahpun wujud,' kata Col. Mendoza.
'Jaringan ini memang mantap: Indonesia, Malaysia dan Filipina. Saya fikir
segala siasatan dan sistem operasi di tiga buah negara ini perlu
ditingkatkan.' 'Kerjasama mesti ditingkatkan kerana kecanggihan jaringan ini yang semakin
membesar.' Tamat. Terjemahan: SPAR |